• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • May 2013
    M T W T F S S
    « Apr   Jun »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • Archives

Lukisan Kenangan – (Sequel Part 2)

Di ruang bilik yang tersusun kemas bersama kanvas di atas stretcher Ain meneliti setiap satu ukuran yang ada. Hampir empat tahun Ain tidak melukis di atas kanvas. Empat tahun lamanya juga Ain tidak bermain warna selain dari waktu mengajar. Hampir dua bulan lamanya Ain dan Arif “bertelagah” tentang dunia lukisan yang makin dilupakan. Ain sedar dia hanya perlu membuka mulut kepada Arif untuk melukis semula akan tetapi yang terasa sedikit aneh dan pelik apabila Arif yang “memaksa” sehingga keadaan menjadi tegang di antara mereka untuk beberapa minggu.

“Apa semuanya ni”? Ain bertanya Arif dengan rasa terperanjat dan bersungguh-sungguh. Berkerut dahi dan kening Ain apabila Arif membawa balik berbagai ukuran stretcher bersama kanvas yang siap terpasang.

“You know very well what it is”, jawapan Arif beri dengan nada serius.

Sesungguhnya Ain merasa amat marah apabila Arif tidak langsung berbincang dengannya mengenai semua ini. Bilik yang terletak di bahagian kiri rumah mereka sememangnya telah Arif sediakan khas untuk Ain sebagai studio. Namun demikian Ain biarkan bilik ini sunyi sehingga segalanya berubah. Arif juga berubah menjadi seorang yang memaksa.

Kalau bercerita dengan orang bahawa pertengkaran mereka timbul kerana lukisan besar kemungkinan ramai yang tidak akan percaya, akan tetapi itulah hakikatnya. Kehidupan mereka suami isteri menjadi tegang. Bercakap apabila perlu dan hanya kerana anak-anak sahaja. Nama saja tidur sebilik dan sekatil, butir bicara sudah tiada dan makin hambar.

Please go through the list…”, kata Arif kepada Ain seperti memberi arahan kepada pekerjanya.

Api kemarahan Ain makin meluap-luap apabila diminta meneliti senarai yang baru dihulurkan oleh suaminya itu. Sekilas pandang sudah Ain ketahui ia adalah senarai warna dari berbagai media serta alatan melukis yang lain seperti berus, pensil dan charcoal. Kesemua barangan tersebut Arif mahu membelinya daripada seorang pembekal di Australia dan United Kingdom. Tertanya pula Ain kenapa Arif perlu membelinya dari negara luar kerana sebahagian daripada barangan tersebut boleh diperolehi di sini.

“Abang nak Ain melukis semula”, tegas saja bunyi suara Arif dipendengaran Ain. “Forget about cafe, gallery and everything…just start painting again”, sambung Arif tanpa memberi ruang untuk Ain bersuara.

Tanpa ada perundingan Arif menyiapkan segala keperluan lukisan untuk Ain. Makin menjadi-jadi tanda tanya di fikiran Ain dengan siapakah Arif mendapat panduan untuk membeli segala kelengkapan. Sewaktu menyemak barang-barang yang ada sebagai permulaan tiada satupun yang tertinggal ataupun kurang.

“Are you out of your mind”? jerkah Ain pula. “Abang tak boleh nak paksa Ain macam ni”, jerit Ain lagi.

Pandangan Ain masih terlontar kepada kanvas yang putih bersih. Sudah hampir dua minggu Ain keluar masuk ke bilik ini namun masih belum ada yang terlakar. Di hari ini juga sama. Ruang rumah yang sunyi sepi tanpa anak-anak dan suami tidak mendatangkan apa-apa ilham kepada Ain, yang ada hanyalah ingatan kepada pertengkaran yang berlaku di antaranya dengan Arif semenjak Arif dapat tahu yang Ain menolak beberapa undangan dari Mrs. Gregory untuk mengadakan pameran solo.

Keluhan lagi Ain helakan. Entah ke mana pula Arif membawa anak-anak hari ini. Mereka keluar sejak pagi tadi selepas sarapan. Hanya jadual ke club house saja Ain ketahui, selepas itu Arif berkeras tidak mahu memberitahunya.

“Sayang…we need to talk”, ujar Arif dalam sunyinya malam. Ain sekadar mematikan diri apabila Arif berkata begitu. Membetulkan duduknya di birai katil dan tanpa kata Ain menanti Arif memulakan bicara.

Sudah hampir sejam berlalu mungkin, Ain sekadar menjadi pendengar setia. Tidak sepatah katapun yang terkeluar dari mulutnya. Menyampuk tidak, membantah jauh sekali. Sesekali terasa renungan Arif tajam kepadanya, akan tetapi Ain tetap tidak berkata apa sehinggalah Arif menyatakan betapa kesalnya kerana tidak pernah benar-benar bertanya kenapa dan mengapa Ain tidak melukis lagi. Alasan yang Ain beri Arif terima bulat-bulat apabila idea menjadi penghalangnya. Melukis di atas kertas dengan pensil Ain yakinkan tetap melukis dan melakar pelan untuk hiasan dalaman juga adalah melukis lalu Arif menerimanya tanpa banyak soal.

Hati Ain sudah tertusuk duri yang tajam apabila Arif berkata begitu. Tebal sungguh rasa bersalah yang menyelinap masuk apabila Arif mengungkit bahawa Ain tidak jujur kepadanya dan menyembunyikan kesemua tawaran pameran yang datang dari Mrs. Gregory.

“Ain tak pernah pun sebut tentang tawaran tu…why?”, tanya Arif dengan nada penuh kesal. “Kenapa Ain langsung tak mahu berbincang dengan abang…kenapa Ain”? pertanyaan Arif ulang dengan keras bersama getar dihujung suara.

Setelah letih memerhati kanvas-kanvas yang terbentang, Ain mengambil ukuran kanvas yang paling kecil dengan hasrat memulakan sesuatu. Akan tetapi hasrat itu terbantut apabila terdengar suara anak-anak memanggil. Kanvas yang berukuran 1 meter x 1 meter itu terbiar juga. Hati Ain menjadi riang lalu dengan serta merta meletakan berus yang dipegang. Apabila pintu terkuak luas Ain mendepangkan tangannya untuk menyambut anak-anak yang baru pulang. Hilang rindu hampir seharian tidak berjumpa. Dakapan Ain erat kepada mereka bertiga dan riuh mereka nak bercakap dan bercerita adalah penawar penat menanti sepanjang hari.

“Masih tak ada idea ke sayang”? tegur Arif lembut apabila Ain mengangkat muka.

Jelas di mata Ain wajah Arif yang dibayangi kecewa. Keluhan yang terkeluar membuat hati Ain terusik. Tidak terniat langsung di hati Ain untuk menghampakan harapan Arif akan tetapi dia benar-benar tidak dapat menumpukan perhatian sepanjang hari ini. Walaupun begitu Ain juga turut rasa kecewa kerana permulaan segalanya ini tidak Arif bincangkan bersamanya terlebih dahulu. Ain bersetuju sedikit demi sedikit setelah Arif berjaya memujuknya.

Keletihan melayan kerenah anak-anak sepanjang hari membuatkan Arif tertidur lebih awal. Ain terlalu pasti suaminya keletihan apabila terlena di kerusi dengan suratkhabar masih di tangan. Semasa Ain menarik cermin matanya pun tidak membawa Arif tersedar. Serba salah Ain dibuatnya. Mengejutkan Arif pasti akan menganggu tidurnya, tidak dikejutkan pula tidak mungkin Arif tidur di sofa semalaman. Ain memandang suami yang lena dalam tidurnya, seorang lelaki yang telah terlalu banyak mengajarnya erti kehidupan. Hembusan nafas Arif mengundang kembali sayu di hati Ain.

Pertengkaran demi pertengkaran hanya kerana Ain mendahulukan anak-anak dan keluarga sehingga melupakan dunia lukisan menjadi rencah hidup mereka kebelakangan ini. Kemahuan Arif yang mahukan Ain melukis semula membawa mereka suami isteri menilai kembali erti pengorbanan dalam ikatan pernikahan dan perkahwinan mereka.

“Abang sayangkan Ain…abang sayangkan anak-anak dan abang sayangkan rumahtangga kita akan tetapi abang juga tidak dapat membuang rasa bersalah apabila mengetahui yang Ain menolak pelawaan Mrs. Gregory for your solo exhibition. Abang jadi marah bila Ain tidak pernah bersuara mengenainya…Ain biarkan abang berfikir segala apa yang abang bagi selama ini membahagiakan Ain. Do you know how do I feel bila Mrs. Gregory cakap you are giving up on your paintings because of the family. Well…maybe it is not exactly what you said to her but her perception on your refusal leads to it” .

Ain menyeka airmatanya yang mula menitis. Perjalanan hidupnya dengan lelaki ini terlalu dalam dan amat jauh. Dari hari pertama mereka berkenalan, berkawan, bercinta dan berpisah telah Ain tebarkan di atas kanvas. Lelaki ini jugalah yang bertanggungjawab menjadikan dirinya seorang pelukis…lelaki ini jugalah mengajarnya erti rindu, kasih dan sayang. Lelaki ini jugalah yang mendidik dirinya mengenal erti tabah, sabar dan redha dalam meniti dugaan Allah. Di saat dia kehilangan neneknya, bahu lelaki ini pernah menjadi saksi kesedihannya, memujuk dan mententeramkan kacau bilau di hati akan tetapi kenapa sekarang lelaki ini juga yang menggoreskan luka di hati seorang isteri dan ibu?

“Apakah aku yang tidak mengerti atau dia yang terlalu menyalahi diri”? Pertanyaan yang serupa Ain ulangi. Entah yang keberapa kali untuk hari ini.

Menatap wajah suami yang tetap nyenyak dalam tidurnya tidak mungkin ada jawapan. Dengan berbagai rasa yang masih bermain di fikiran, Ain mengambil tempat disisi Arif, meletakan kepalanya di dada suaminya itu memberikan Ain kedamaian walaupun Arif tidak menyedari kehadirannya disisi. Sedetik yang berlalu mengingatkan Ain betapa dia merindukan belaian kasih seorang suami dan betapa berdosa dirinya yang terlalu menguji kesabaran lelaki ini.

*****

“Selamat pagi Zubaidah”, Arif menegur setiausahanya dengan suara yang amat letih.

“Selamat pagi boss…letih benar bunyinya”, sambut Zubaidah pula.

Tawa kecil Arif lepaskan sebaik saja mendengar kata-kata setiausahanya itu. Di fikirannya terlalu banyak perancangan yang mesti diubah dan diperbaiki, terutama sekali hubungannya dengan Ain. Untuk menyempurnakan itu tidak mudah kerana kalau tidak berhati-hati Ain akan melompat lagi nanti. Meninggalkan anak-anak bermalam dengan pembantu rumah bukan satu pujukan yang mudah untuk Ain persetujui. Sejak mereka lahir lagi Ain tidak pernah berenggang dan berjauhan dengan anak-anak.

“Sampai bila abang nak hukum Ain”? tanya Ain dengan nada tersekat-sekat.

“Terpulanglah kepada Ain…kalau Ain anggap ini hukuman bermakna apa yang abang cakapkan selama ini tidak Ain fikirkan langsung”, terngiang kembali pertengkaran mereka yang dahulu di telinga Arif.

Beberapa hari selepas itu barulah Ain bersetuju untuk keluar melukis dan meninggalkan anak-anak dengan pembantu rumah. Walaupun sekadar empat hari, Arif berpuas hati kerana dengan 4 hari itu siap juga 2 lukisan Ain dan kerana lukisan itu juga rahsia yang Ain simpan darinya selama ini terbongkar.

Sambil memerhati kertas kerja yang berselerakan di atas mejanya, Arif cuba menumpukan perhatian pada kerja. Akan tetapi tatkala melihat jam di tangan hatinya terdetik bahawa Ain masih belum lagi menghubunginya. “Eh..tak bangun lagi ke”? pertanyaan melintasi fikiran Arif. Rasa bimbang menyelinap masuk kerana Arif pasti Ain tidak sedar langsung ketika Arif mendukungnya ke katil sepertimana Arif tidak menyedari bahawa dirinya tertidur di sofa dan Ain yang lena di sisi.

Kehadiran Zubaidah bersama secawan kopi amat di nantikan Arif. Meneguknya bagaikan hilang serabut di kepala lalu meminta Zubaidah duduk untuk mengambil nota. Deringan pesanan ringkas di telefon bimbitnya membuatkan Arif membacanya dahulu.

“Salam abang…tq for taking care of the children and biarkan Ain tidur mcm org x sedar diri…lain kali tolong kejutkan Ain ok…love Ain”

“Wassalam sayang…you are most welcome darling…will call you later…sambunglah tido tu…love abang”.

Terbeliak mata Zubaidah memandang Arif apabila jadual perjalanan Arif ke China dan juga UK untuk beberapa bulan yang akan datang dirombak hampir seratus peratus. Senyuman yang Arif berikan kepada Zubaidah masih tidak membuatkan setiausahanya itu yakin dengan rombakan yang ada.

“Boss rombak hampir kesemuanya…kenapa”? tanya Zubaidah kehairanan. “Kalau untuk UK saya pasti Mike boleh handle tapi yang lain-lainnya”? sambung Zubaidah dengan nada yang amat terperanjat sehingga berkerut-kerut dahinya.

Kali ini bukan sekadar senyuman yang Arif berikan akan tetapi disulami tawa kecil lalu Arif menghuraikannya “untuk apalah saya ada business team kalau mereka tidak boleh handle pemasaran”? jawapan berbentuk pertanyaan membuat Zubaidah diam sebentar lalu mengangguk. Memahami dan mengerti mungkin apa yang Arif cuba sampaikan.

Sebaik sahaja selesai urusan pagi itu bersama beberapa pesanan untuk Zubaidah selesaikan, Arif meninggalkan pejabat. Secara kebetulan pula tiada temujanji di hari ini, lalu Arif bercadang untuk menghabiskan masa dengan anak-anak lagi.

Gelak tawa anak-anak melekakan Arif. Memerhati gelagat mereka adalah kebahagian. Dicelah ramai Zahra adalah di antara mereka yang sedang tekun menguli doh untuk projek masing-masing. Kelahiran Zahra melengkapkan lagi rumahtangganya bersama Ain. Setelah kelahiran anak kembar lelaki kedatangan seorang puteri pasti mengeratkan ikatan kasih sayang mereka.

Kepincangan keluarganya sendiri sentiasa membuat Arif menanam hasrat dan tidak putus-putus berdoa agar Allah jauhkan rumahtangganya dari segala hasad dengki manusia dan musibah. Perceraian adalah sesuatu yang Arif takutkan. Oleh itu ketegangan yang melanda tidak mahu Arif biarkan berlarutan. Setiap hari Arif berusaha mencari jalan terbaik bagi merungkaikan segala salah faham yang berlaku di antara dirinya dan Ain.

Mengenang kisah dahulu sesekali amat perit buat Arif. Sekian lama Arif menyalahkan arwah ayahnya dan gagal untuk menerima realiti kehidupan. Walaupun begitu berkat dorongan, usaha dan doa seorang ibu Arif berjaya mengatasi segala rintangan yang datang. Janji Arif untuk membela nasib keluarga tercapai jua walaupun di awalnya segala yang Arif lalui teramat payah.

Setelah tangga kejayaan Arif kecapi sedikit demi sedikit, perkara pertama Arif utamakan adalah memastikan kehidupan 2 orang adiknya dan ibunya tidak terus terbiar. Nasib menyebelahi adik bongsunya kerana ketika itu kedudukan kewangan Arif mula kukuh dan adiknya tidak akan mengalami kesukaran untuk menyambung pelajaran. Alhamdulillah adiknya berjaya dan kini menjawat jawatan di jabatan kerajaan. Kedua-dua adiknya telah berumahtangga. Adik perempuannya pula mempunyai bengkel serta kelas jahitan sendiri.

Nasihat ibu kepada Arif tidak pernah kering. Setelah melihat adik perempuannya mampu berdikari dan adik lelakinya juga sudah ada pekerjaaan tetap, ibu sering berkata sudah tiba masanya Arif memikirkan diri sendiri.

“Sampai bila nak membujang…duit kalau dicari tak akan pernah cukup. Dah ada calon”? tanya ibunya lembut.

Masih terbayang-bayang di mata Arif senyuman meleret dan mata ibunya menjeling sewaktu mengusik dirinya. Namun begitu umur ibunya tidak panjang untuk melihat Arif berumahtangga dan berkeluarga. Beberapa bulan sebelum pemergian ibu yang dikasihi Arif membawa ibunya tinggal bersama kerana senang untuk berulang alik ke hospital untuk mendapat rawatan.

Walaupun ibu tidak sempat berkenalan dengan Ain lebih dekat, namun Arif sempat bercerita dengan ibunya pertemuan semula mereka. Di dalam kelesuan wajah tetap ada sinar kebahagiaan semasa Arif menceritakan perihal Ain. Genggaman erat jari jemari ibunya yang mahu Arif bahagia bersama gadis pilihannya menjadi inspirasi bagi Arif untuk meneruskan hidup.

Di hari ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuan Arif kekesalan terbit kerana sedikit sebanyak Arif telah membohongi ibunya. Ketika itu hubungannya dengan Ain belum ada arah tuju dan di hari yang sama juga Arif tersedar bahawa hanya Ain seorang saja yang pernah Arif kenalkan kepada ibunya. Sepanjang perkenalan Arif dengan Juliana, wanita itu tidak pernah tahu tentang keluarga dan asal usul hidupnya.

Pemergian ibu juga menjadikan titik tolak merenggangkan hubungan Arif dengan dua orang adiknya. Tidak Arif tahu di mana silapnya, puas ditanya akan tetapi kedua adiknya hanya diam membatu. Tidak pernah terniat di hati Arif untuk melupakan keluarga setelah ketiadaan orang tua, oleh itu Arif tetap memberitahu mereka apabila mahu mendirikan rumahtangga serta kelahiran anak-anaknya. Namun hanya Allah saja yang tahu luka di hatinya apabila adik-adik tidak langsung mahu datang menziarah mereka sekeluarga.

Apabila mengenangkan itu semua Arif amat kasihan kepada anak-anaknya kerana mereka miskin saudara. Ada sepupu pun tak dapat nak bermain sama kerana mereka dah besar untuk dibandingkan dengan Haris, Hafiz dan Zahra.

“Ayahhh…” jeritan serta terpaan Zahra mengejutkan Arif dari lamunan yang panjang. Memeluk dan mendakap anak kecil itu adalah bahagia yang tidak ternilai buat Arif. Nakal dan manja anak ini adalah penawar keletihan setelah penat bekerja dan sejak akhir-akhir ini pula anak-anaklah yang “menyatukan” dirinya dengan Ain. Ketegangan yang mereka lalui membawa Arif tersedar betapa dia telah mengambil kesempatan ke atas kesabaran dan kesanggupan Ain selama ini.

Sebaik saja meninggalkan perkarangan sekolah, Zahra terlena di dalam kereta. Mungkin penat bermain sehari suntuk semalam masih dirasakan oleh anak kecil ini. Melihat Zahra sekaligus mengingatkan Arif tentang rancangan yang dibuat. Ligat memikirkan bagaimana cara yang terbaik untuk berdepan dengan Ain tentang rencananya kali ini.

“Romantic dinner…hadiah..atau cakap saja”, pilihan amat terhad dengus Arif sendiri. “Aduhh nak ajak isteri pergi for romantic get away pun susah sekarang…mana hilangnya daya memujukmu Arif Idlan”, marahnya kepada diri sendiri.

Sebaris pesanan ringkas daripada Ain memaklumkan bahawa dia berada di galeri membuat Arif mengubah haluan setelah mengambil anak kembar mereka dari sekolah.

*****

Deruan kenderaan di jalan raya menjadi perhatian Ain tengahari itu. Entah kenapa sejak sampai ke galeri pagi tadi Ain menumpukan perhatian kepada jalanraya. Agak lama Ain berdiri di cermin galeri yang berada di tingkat dua rumah kedai 3 tingkat yang menempatkan kafe di tingkat bawah dan tempat permainan anak-anak serta ruang rehat di tingkat 3. Walaupun pada asalnya Arif mahu menempatkan galeri lukisan dan hiasan dalaman di tingkat bawah.

Melayan pelanggan yang mahukan bilik bakal cucu kembarnya dihias cantik hampir sejam yang lalu, Ain berfikir konsep yang hendak diajukan nanti. Dari perbualan mereka tadi nampaknya bakal datuk dan nenek amat teruja untuk menimang cucu. Cucu sulung kata mereka setelah menunggu hampir 6 tahun dan mereka tiada anak lain untuk mengharapkan kehadiran cucu. Sewaktu itu puas Ain menahan rasa kerana bayangan ibunya hadir.

Ketika Ain mendirikan rumahtangga dan mempunyai cahayamata Ain hanya ada suami disisi. Hanya Arif bersamanya melalui proses mengandung dan kelahiran. Sesekali Mrs. Gregory bergurau di telefon dengan tips yang ada. Ibunya telah lama tiada. “Aku miskin”….Tiada ibu dan ayah dan tiada juga keluarga mertua”, desis hatinya dengan tidak sengaja.

“Betul ke…betul ke doktor apa yang saya dengar”? Arif terkejut dengan pengesahan Dr. Aziz tentang kandungan Ain. “Bukan olok-olok”? Arif bertanya lagi bagaikan anak-anak yang mesti diyakini. Ain ingat lagi wajah Arif yang menceritakan berbagai rasa tidak percaya, tidak yakin dan lawak pun ada apabila Dr. Aziz ketawa walaupun telah diyakinkan beberapa kali.

“Congratulations ayah…there’s two in there”, kata Dr. Aziz sambil berjabat tangan dengan Arif lalu menepuk bahunya sebelum memohon diri untuk beredar.

Semasa kandungan Ain sudah hampir mencecah 7 bulan, Arif tidak lagi keluar negara untuk urusan perniagaannya sehinggalah Ain selamat melahirkan Adam Haris dan Adam Hafiz. Rutin hidup Arif berubah sehinggalah bayi kembar mereka berusia 3 bulan. Dalam masa 3 bulan itu Arif sentiasa ada disisi Ain, sama-sama membantu menjaga anak-anak dan selalunya Arif yang mengambil alih di waktu malam.

“Kenapa nak kena tutup mata pulak ni”? rungut Ain kerana sebaik saja pintu rumah dibuka Arif memasangkan penutup mata. Ain pelik. “Dah tu nak ajak sayang pergi mana”? tanya Ain pula dengan geram.

“Sabarlah wahai isteriku…kejap lagi kita sampai”, pujuk Arif sambil berhati-hati memimpin Ain menaiki tangga untuk ke tingkat atas.

Dalam pada itu teringat pula Ain bahawa Arif tidak pernah endahkan permintaannya untuk mencari katil bayi. Setiap kali mereka membeli belah untuk persediaan kelahiran anak mereka Arif mesti mengajak Ain ketempat lain apabila Ain mahu melihat katil dan juga stroller. Hari ini pun sama juga. Keengganan Arif telah lali buat Ain lalu didiamkan saja. Agaknya bila sampai masa semuanya dah siap barangkali, detik hati Ain sendiri.

Gelap dan kabur sebaik saja matanya dibuka. Terkelip-kelip Ain memandang sekeliling. Warna lembut dan syahdu menangkap matanya sedikit demi sedikit. Dua buah katil bayi (baby cot) berwana putih tersusun rapi di tengah-tengah bilik bersama alas yang dibentang berwarna biru air. Langsir juga biru. Di sudut kiri bilik ada sebuah kerusi goyang yang besar, bersebelahannya ada sebuah stroller kembar dua berwarna biru tua dan ada buaian rotan yang telah diadun indah cantuman warna biru, putih dan kuning air. Tidak ada kata untuk Ain lafazkan kerana terlalu terkejut.

“Thank you for the lovely surprise”, kata Ain setelah menarik nafas dalam beberapa kali. Hanya itu saja yang mampu diucapkan sebelum Arif memaut bahunya erat.

“I love you”, bisik Arif di telinga Ain lalu membawa Ain melentukkan kepalanya di bahu Arif dan memaut pinggang suaminya itu penuh kasih.

“Apakah itu patut aku lakarkan di kanvas kali ini”? bibirnya melafazkan kata-kata. Ain mengeluh. Saat itu amat indah dan tetap indah dalam kamus kenangannya.

Ain hilang dalam angannya sendiri lalu tersentak apabila sepasang tangan yang sejuk menutup matanya. Terkial-kial Ain mahu melepaskan tangan itu namun tidak berdaya. Seram Ain rasa apabila bibir mula menyentuh tengkuknya. Di sebalik kain nipis tudung yang dipakai hari itu, Ain menjerit ketakutan. Serentak dengan itu tawa anak-anak kecil kedengaran di telinga Ain dan matanya masih gelap memandang keliling. Apabila matanya mula terang dan cerah figura Arif yang sedang ketawa nakal dipukul-pukul dan dicubit dengan geram.

“Eee geramnya”, Ain mengetap bibir menahan rasa dan mencubit dengan kuat.

“Sakitlah”, jerit Arif sambil mengelak cubitan Ain seterusnya.

Anak-anak pula masih tak henti ketawa. Suka benar agaknya melihat telatah ibu dan ayah mereka yang bergurau macam anak kecil. Mungkin masih bersisa rasa sakit, Arif masih lagi menggosok-gosok kesan cubitan sambil bibirnya mencebik kepada Ain dengan jegilan mata juga. Tawa kecil yang Ain berikan sambil bercekak pinggang mendapat balasan jeliran lidah dari Arif lalu kedua-duanya terpaku. Bagaikan halilintar menyambar dua pasang mata bertemu, pertemuan yang memberi sinar dan cahaya bahawa cinta yang ada tidak pernah padam.

Hayunan langkah yang diambil Arif merapatkan mereka berdua. Dengan pegangan lembut di bahu beralih ke pipi, Arif memberi kucupan kasih diubun-ubun Ain lalu membawanya ke dalam pelukan. Dakapan erat dan belaian seketika membawa pergi jauh segala ketegangan yang mereka lalui sejak akhir-akhir ini. Hilai tawa anak-anak meleraikan dakapan itu lalu mengundang tangis di mata Ain apabila setiap seorang daripada mereka memegang tiga kuntum mawar merah berserta huruf besar tertulis ‘WE LOVE YOU’. Perlahan dan teramat perlahan Ain merendahkan diri di hadapan mereka sambil menyeka airmata.

“Okay….siapa suruh buat semua ni”? Ain bertanya lembut. Sememangnya telah diduga, 3 pasang mata bundar itu terus memandang ayah mereka. Susunan seperti selalu Zahra berada di tengah-tengah diapit oleh Haris dan Hafiz bergilir-gilir memandang ayah dan ibu lalu membawa ayah juga berteleku disisi Ain lalu terus merangkul bahu isteri tersayang.

“They have a surprise for you”, bisik Arif di telinga Ain.

“On behalf of ayah”? tanya Ain dengan memberi pandangan kepada Arif yang sudah tersenggeh disisinya.

Zahra melangkah beberapa tapak sehingga berada betul-betul di hadapan Ain. Seperti anak patung yang diputarkan kunci, Zahra mencium kedua belah pipi ibunya dan menghulurkan sekeping sampul surat berukuran A4. Sepintas lalu Ain teringat di malam Arif melamar dirinya dan Arif menggunakan taktik yang hampir sama di tengahari ini. Yang berbeza cuma dihadapan Ain sekarang ini adalah zuriat mereka berdua berbanding 7 tahun yang lalu Arif dan Mike “meminjam” anak-anak tadika.

Mengambil sampul surat dari tangan Zahra dan mengucapkan terima kasih, Ain membeleknya dahulu lalu memandang Arif yang kini mengalihkan pandangan kepada anak-anak mereka.

“You have done a goob job guys…let’s go have pizzzaaa”, kata Arif lalu bingkas bangun setelah anak-anak berteriak riang mendengar perkataan “pizza”.

Serentak dengan itu Ain juga bangun lalu menghalang Arif untuk pergi dengan melayang-layangkan sampul surat tadi dihadapannya. Mengangkat bahu dan menggelengkan kepala tanda tidak tahu membuat Arif melepaskan diri dan mendukung Zahra serta-merta lalu diletakan dibahunya.

Sebaik saja empat beranak itu mahu berlalu pergi, Arif berpusing menarik tangan Ain yang masih tercegat di situ. Anak-anak memang pantang diajak makan luar melonjak macam tak pernah jumpa makan. Terdengar di telinga Ain bicara Haris dan Hafiz apa yang akan mereka pesan nanti. Bagi mereka kalau nak makan pizza mestilah Pizza Hut yang sudah sebati dengan mereka melalui iklan di televisyen dan Zahra pula selalunya tidak banyak kisah. Bab makan Zahra terima saja janji jangan pedas sangat. Layanan Arif kepada anak-anak sering Ain menegur kerana setiap kali bila keluar Arif terlalu mengikut kemahuan mereka.

Sampul surat berwarna kuning air itu masih Ain pegang. Hatinya amat berdebar untuk membukanya dan tawa kecil Arif yang sedang memandu di rasa bagaikan menyindir membuatkan Ain terus memasukan sampul surat tersebut ke dalam handbag.

“Iyalah orang dah tak sudi nak terima…nak buat macam mana”, rintih Arif sambil mengerling isteri yang mula mencebik bibir disebelahnya.

“Let me say without hope or agenda…it has a million little things when we added them up they meant we were supposed to be together…” Arif Idlan.

“Accomodation for two at Lakehouse Cameron Junior Suite 3 days 2 nights for our beloved guest Encik Arif Idlan and Puan Ain Adawiyah”

Dah lewat malam baru Ain teringat sampul surat yang diberikan oleh Zahra siang tadi. Membacanya walaupun sekali lalu Ain sudah pasti ianya rancangan Arif. Terlalu lama Ain tidak menerima kejutan dari suaminya ini.

“Salah aku jugak”, bisik Ain di hati. Dalam diam Ain mengakui sejak melahirkan anak kembar mereka Ain sering memberi berbagai alasan untuk tidak meninggalkan anak-anak dengan pembantu rumah bermalam. Kehadiran Zahra dua tahun kemudian menambahkan alasan Ain dan sekarang membaca “kad jemputan” Lakehouse di Cameron Highlands Ain berkeluh kesah. Ligat sudah fikirannya dengan tanda soalan…bagaimana? macam mana? Perlukah? Soalan datang silih berganti sambil matanya membaca huruf-huruf yang tertera.

“Hmmm…bulan pun dah lama lena”, tegur Arif ketika masuk ke bilik dan melihat Ain memegang kad di tangan.

Pandangan tajam Ain berikan kerana tahu sangat-sangat Arif memerli dirinya. Senyum dan senggeh yang Arif berikan bersama “flying kiss” dari hujung katil memang sengaja hendak menghangatkan hatinya. Perasaan yang bergelodak di hati Ain pasti dapat dibaca oleh Arif.

“Maaarilahhh sayang…” pelawa Arif dengan manja sambil menepuk bantal di sebelahnya.

“Maaarilahh sayang…”, kata Ain pula lalu menghulurkan tangannya kepada Arif sebaik saja merapati suaminya di katil.

Wajah Arif terpinga-pinga walaupun menyambut tangan Ain dengan senyuman nakal. Senyuman balas Ain mendatangkan debar di hati Arif, lalu mengikut langkah Ain yang tidak tahu hendak ke mana.

****

“London”? “Mana tempat tu ibu”? tanya Hafiz dengan wajah tulus ikhlas seorang anak kecil.

“Kejap”, sampuk Haris pula lalu menghilangkan diri seketika. Beberapa minit kemudian Haris muncul dengan “globe” dan menghampiri ayahnya.

Senyuman lebar Arif beri kepada anak kembarnya yang mahu kepastian di manakah letaknya kota London sejak Arif dan Ain memberitahu akan membawa mereka ke sana. Si kecil tak kurang “hebohnya”. Melihat saja kedua abang bersama ayah terkedek-kedek datang berlari bersama “Apollo” terus mengambil tempat di tengah pangkuan ayah. Walaupun abang berdua sudah berada di kiri dan kanan peha Arif.

Setelah Arif bercerita serba sedikit tentang kota London mengenai cuaca dan jauhnya perjalanan dengan menaiki kapal terbang, Hafiz kembali dengan kalendar meja meminta ayah menandakan tarikh mereka akan berangkat. Anak-anak memang mempunyai “inquisitive mind” dan kita sebagai ibu dan bapa sentiasa harus peka dengan perkembangan mereka sehari-hari.

Setiap hari Haris dan Hafiz akan memangkah tarikh di kalendar dan membilang hari untuk pergi.

“That’s me”, kata Haris semasa berada di bilik Ain melukis. “That’s Zahra, Hafiz and ayah”, sambung Haris lagi. Terkebil-kebil mata anak kecil itu memerhatikan lukisan ibu mereka yang hampir siap. Lukisan potret mereka yang memanjang ke bawah berukuran 2” x 10” diamati.

“Ibu mana”, tanya Hafiz pula. Tiba-tiba Zahra menghampiri Ain yang sudah hampir menyiapkan lukisan wajah puterinya itu. Buat sementara waktu Ain biarkan saja anak-anak memerhatikan lukisan itu dengan omelan mereka tanpa berkata apa. Sekadar senyuman Ain berikan apabila Zahra menepuk-nepuk badannya sambil menunjuk lukisan wajahnya. Pastinya Zahra ingin bertanya atau berkata sesuatu akan tetapi tidak dapat menzahirkannya melalui kata-kata. Hilang Zahra dari pandangan untuk sementara dan kembalinya dia ke dalam bilik itu bersama ayah dan drawing block di tangan.

“Pencil please ibu”, Zahra meminta dengan menadah tangan. Sesekali Zahra sudah mampu menuturkan ayat yang penuh dan adakalanya pula masih pelat berbunyi. Wajah anak kecil itu dipandang dan mata bundarnya memohon simpati apabila Ain lambat menghulurkan pensel. Tatkala ditanya anak kecil itu apa yang hendak dilukisnya, tiada jawapan diterima. Apabila diulang tanya oleh abang-abang pula Zahra marah dengan menepis tangan abang berdua akan tetapi bila ayah bertanya dengan manja jawapan diberi “nak draw macam ibu” tanpa mengangkat mukanya memandang sesiapa. Sesekali Zahra melepaskan pandangan kepada beberapa lukisan Ain yang terbentang memenuhi ruang bilik itu.

Pelukan mesra yang Arif berikan ketika Ain menunjukan beberapa keping lukisan yang sudah siap membawa mereka meniti nostalgia bulan madu. Tidak terlintas di fikiran Ain sama sekali bahawa bulan madu mereka di sebuah tempat yang jarang didengar menjadi kunjungan pelancung satu masa dahulu. Aturcara bulan madu juga berbeza…dari sungai ke gua hinggalah pergunungan sawah padi adalah detik indah penuh “adventure” yang tidak mungkin dilupakan.

Menerima pelawaan Arif untuk bertemu di Sicily sudah cukup memeranjatkan dirinya sendiri apatah lagi Arif sentiasa berkias-kias tentang soal hatinya di masa itu. Sepanjang seminggu di sana terlalu payah untuk Ain meneka niat dan hasrat Arif sebenarnya dan lebih-lebih lagi hatinya sendiri tidak begitu menyakini. Semuanya bagaikan mimpi apabila Arif melamar dengan bunga, sajak, nyanyian dari anak-anak tadika, cahaya lilin serta percikan bunga api pasti boleh membuat siapa saja berada di awangan untuk sekian lama.

Apabila Guilin menjadi pilihan destinasi bulan madu mereka, puas Ain fikir macam manalah Arif boleh memilih tempat yang sebegitu.

“It’s an adventurous honeymoon”, kata Arif kepada Ain, isteri yang baru dinikahinya 2 minggu yang lalu.

“Guilin enjoys the best landscape under heaven. There are many scenic spots in Guilin City, the most famous and also symbol of Guilin is Elephant Trunk Hill. Reed Flute Cave is full of stalagmites and stalagmites that display striking shapes and colors. The Li River cruise from Guilin to Yangshuo is the centerpiece of any trip to Guilin, with hundreds of hills flanking the emerald water. Cruise among the vivid reflections of scenery on the river while passing the fertile farm lands covered in brocade or veiled in mists”.

Mainan lembut bibir Arif di leher Ain membuatkan butir bicara Ain tersekat-sekat. Arif masih nakal mengusik Ain ketika mereka sama-sama melihat lukisan yang telah siap. Ada saja komen yang Arif berikan kepada setiap lukisan walaupun sekadar mengusik Ain yang dia tidak suka lukisan yang ada. Namun apabila mata Arif tertumpu kepada lukisan separuh siap di hadapan mereka dia diam sebentar. Kanvas yang berukuran 5 ft x 8 ft itu sudah terbentuk gambaran “landscape” Guilin walaupun masih samar-samar lagi.

“Simpan yang ini untuk kita”, pujuk Arif bersama mainan bibir yang makin nakal di leher Ain. Arif memberikan tawa kecil apabila Ain mengelak usikan nakal Arif.

“Pay me”, kata Ain dengan tegas.

“Name the price”, balas Arif tanpa teragak-agak. Kekesalan sehingga hari ini masih bertapak apabila gagal memiliki siri lukisan Ain yang lalu bertajuk “Memory”.

Malam itu hingga ke awal pagi adalah saat dan detik paling bermakna dalam hidup Ain apabila menyiapkan lukisan “Guilin – Where it’s all begin/Guilin – di mana segalanya bermula” di dalam pelukan Arif. Setiap lengguk dan lentuk Ain ketika melukis Arif ikuti dan adakalanya mereka sama-sama memegang berus dan bermain warna untuk lukisan tersebut.

Senyuman terukir dan ucapan selamat datang menyambut mereka di lobi Lakehouse Cameron. Dekor yang cantik serta aura keliling yang nyaman dan bayu dingin yang meniup belum dapat meredakan resah di hati Ain. Wajah comel Zahra dan mata bundarnya serta pelukan kemas puteri kesayangan Arif masih Ain rasakan.

Pertama kali dalam sejarah hidupnya bergelar ibu meninggalkan anak-anak kepada pembantu rumah dan di temani oleh Zubaidah, setiausaha Arif. Sesungguhnya tidak dapat Ain bayangkan bagaimana Arif mampu memujuk Zubaidah dan kegirangan anak kembarnya mengetahui ayah dan ibu tidak akan berada di rumah selama tiga hari amat memeranjatkan.

“Jangan bimbang…everything will be alright, Insha’Allah”, begitu yakin Zubaidah memujuknya. Tidak ada sepatah ayat yang keluar dari mulut Zubaidah ketika Ain cuba mencungkil rahsia darinya. Soalan yang datang Zubaidah balas dengan senyuman dan mengurut-ngurut bahu dan belakangnya untuk memberi lebih keyakinan.

Munculnya Suffian di depan pintu sebelum mereka bertolak juga punya tanda soal. Tiada yang lebih memeranjatkan Ain apabila Arif memberitahu yang Suffian akan tidur di rumah juga. Bukan Suffian ataupun Zubaidah saja yang memenuhi ruang fikirnya akan tetapi keseluruhan rancangan Arif membuat Ain bingung seketika. Senyum dan tawa kecil yang bertukar di antara Suffian dan Arif sambil menjeling kepadanya membuat Ain mencebik bibir serta merta.

“Don’t worry, chill and have a good time” pujuk Suffian dengan senyum meleret. Seorang pegawai pemasaran yang kini berusia di awal 30’an, Suffian sudah bersama Arif sejak awal perniagaan dimulakan. Tidaklah menjadi kehairanan Arif meletakan kepercayaan kepada Suffian untuk menghantar dan mengambil anak-anak mereka dari sekolah dan menemani mereka di rumah selepas itu. Kerunsingan Ain menjadi-jadi apabila menyoal Arif tentang jadual kerja mereka berdua. Zubaidah tidak akan ke pejabat sepanjang ketiadaan Arif, boleh kah begitu? Timbul pula persoalan di hati Ain lalu menjadikan dirinya resah gelisah sepanjang perjalanan.

Keresahan Ain terbang hilang ditiup oleh moleknya “junior suite”. Sekilas mata Ain memerhati sekeliling suite tersebut dengan hati yang masih tertanya-tanya. Bukan tidak menghargai apa yang dirancang oleh suaminya akan tetapi apa yang membuat Arif mengaturkan ini semua. Sudah lama sebenarnya mereka tidak berdua begini dan sudah terlalu lama mereka tidak duduk bersembang hal mereka berdua dari hati ke hati. “Apakah itu yang Arif hajati semasa get away ini”? tertanya Ain lagi.

Setelah puas memandang keliling mata Ain dan Arif bertaut. Senyuman terukir di bibir masing-masing dan untuk sekian kalinya Ain masih gagal untuk terlalu lama merenung mata suaminya. Tertunduk seketika Ain mengangkat kembali wajahnya dan menghulurkan ucapan terima kasih. Arif memang gemar tertawa kecil apabila melihat Ain kehilangan kata-kata. Sesuatu yang terjadi sejak awal perkenalan lagi dan apabila ucapan terima kasih Ain hulurkan sekali lagi, Arif merapatkan ruang di antara mereka.

“We are here…let’s enjoy the moment”, ujar Arif lembut lalu mengangkat dagu Ain semoga mata mereka bertemu kembali. Helaan nafas Ain lepaskan di antara keinginan yang hadir jauh di lubuk hati yang dalam dan kerisauan yang masih mundar mandir di fikiran.Lalu Ain cuba buang jauh-jauh kerisauan itu dengan meletak perlahan kepalanya di dada Arif. Ucapan terima kasih sekali lagi Ain hulurkan dan rangkulan erat Arif berjaya membuat air bertakung di kolam matanya.

“Boleh tak kalau surprise ni semua disimpan”, Ain tergamam lagi apabila sebuah motor berkuasa besar menanti mereka di halaman Lakehouse setelah selesai makan malam.

“3 hari 2 malam tak lama sayang” redup mata Arif memandang Ain ketika itu.

Sekilas pandangan yang Ain berikan telah dapat diduga bahawa Arif tidak mahu membuang walaupun sedikit masa yang ada. Seperti kilat dan petir menyambar sabung menyabung, segalanya membawa Ain kembali ke zaman mereka berkenal dan bercinta dahulu. Arif mengulangi sejarah hidup mereka ketika pertemuan tidak disangka di London 7 tahun yang lalu dan sekali lagi Arif membawa Ain ke zaman itu. Yang berbeza hanya tempat sahaja.

“Let’s go for it”, kata Arif mengejutkan Ain dari lamunan. Menyambut huluran tangan Arif untuk menaiki motor, mereka berdua hilang dalam kabus dan kepekatan malam itu.

“Malam ni abang nak Ain cakap apa saja yang terbuku di hati selama kita berumahtangga”, Arif bersuara melenyapkan sepi di antara mereka.

Tergaman Ain mendengar kata-kata Arif. “Apakah ini yang Arif mahukan”? Terdetik pertanyaan di dalam hati Ain. Berada jauh dari anak-anak, Arif mahukan mereka memulihkan ketegangan yang hadir sejak beberapa bulan yang lalu. Jujurnya memang sudah terlalu lama Ain mengabaikan keinginan dan kemahuan Arif untuk “short holidays” berdua begini. Alasan Ain sentiasa tidak mahu meninggalkan anak-anak dengan pembantu rumah. Besar kemungkinan juga di antara mereka berdua tidak punya saudara-mara yang boleh diminta bantuan membuat Ain bertegas begitu rupa.

Keriuhan pasar malam masih kedengaran dan nampak jelas di penglihatan. Arif sengaja berhenti di kawasan yang berhampiran kerana berhajat untuk merakam beberapa kisah di lensa kameranya.

“Abang nak Ain bagi tahu apa”? tanya Ain lalu memandang Arif yang duduk di sisinya.

“Anything and everything”, jawapan Arif beri membuatkan Ain lama terdiam.

Beberapa minit yang berlalu membawa Ain meneliti apakah sebenarnya yang berlaku di antara mereka. Tidak banyak yang Ain temui, namun masalah kecil boleh menjadi besar apabila wujudnya “lack of communication”. Perkara sebegini berlaku kepada pasangan-pasangan lain di dalam rumahtangga. Kesibukan untuk menyesuaikan diri di awal perkahwinan, mengandung, melahirkan serta menjaga dan membesarkan anak-anak membuatkan ramai yang terlupa untuk melihat pasangan bagaimana semasa bercinta dahulu.

Duduk berdua di atas moto dengan jagung di tangan Ain mengimbau zaman bercinta. Keseronokan terbit di hati Ain apabila Arif menghulurkan secawan jagung rebus kepadanya. Bukan perlu tempat mewah, tidak perlu juga makanan yang paling enak di dunia cukup sekadar merasakan rasa kasih dan sayang itu tidak pernah pudar dan padam.

Semasa mereka mula berkenalan jagung dan moto sinonim dengan hidup seharian. Selepas kerja Ain menjadi pembonceng setia yang selalu menemani Arif menjelajah celah-celah kota merakam kehidupan penghuninya. Walaupun Ain tidak melukis waktu itu, gambar-gambar yang diambil Arif kebanyakannya terakam dilubuk hatinya yang dalam. Sebahagian daripada gambar-gambar tersebut adalah keinsafan dengan kedaifan akal dan fikiran manusia. Gadis-gadis yang memenuhi lorong memperdagangkan diri banyak terakam di lensa Arif dahulu dan kini ada di antaranya tergantung di dinding galeri yang Arif susun menjadi sebuah cerita kota dan masyarakat sejagat. Itulah mereka dahulu.

“Jagung dah habis…air pun dah habis tapi orang tu bisu saja”, gurau Arif sambil melanggar bahunya ke bahu Ain.

Gurauan Arif membawa mata mereka bertemu lalu Ain menghadiahkan sekuntum senyuman. Senyuman yang Ain berikan Arif balas dengan kucupan di dahi bersama belaian mesra di pipi. Ain menarik nafas yang amat dalam sebelum sekali lagi hilang dalam angannya.

“Melukis bukan sesuatu yang mudah. Abang sendiri tahu lukisan tanpa rasa akan menjadi hambar lalu menjiwai sesuatu tema untuk diluahkan di atas kanvas mengambil masa. Selain itu semuanya berlaku begitu pantas. Selepas Sicily, Ain tak tahu nak harapkan apa…abang lebih banyak berteka-teki. Abang balik ke Kuala Lumpur tanpa pesan apa-apapun. Abang datang semula ke London untuk pameran itupun Ain tak tahu. Semuanya surprise. Tanpa Ain duga abang melamar. I was in cloud nine masa tu. We got married, balik ke Malaysia and immediately after our honeymoon Ain mengandung. Ain cuba melukis masa tu tapi tak boleh sebab tak boleh terhidu langsung bau warna”

“Lepas tu Ain jadi ibu lalu kuburkan segalanya”? Arif mencelah semasa Ain berhenti seketika. Agak keras juga suara Arif dipendengaran Ain.

“Bukan macam tu”, Ain membantah serta merta lalu memberikan pandangan dalam kepada Arif.

Tanpa menunggu lama, Ain terus menyambung. Dapat Ain rasakan ketegangan Arif disisinya apabila Ain memberitahu mengutamakan tanggungjawab menjaga anak-anak dan keluarga daripada keinginan untuk terus melukis. Ketegangan Arif makin Ain rasakan, lalu memaut lengan suaminya itu dan melentukan kepalanya di bahu Arif.

“Sebenarnya apa yang berlaku di antara kita adalah “lack of communication”, Ain menyambung lagi. Pertemuan abang dengan Mrs. Gregory seperti mengejutkan abang dari mimpi. Ain mengangkat muka untuk melihat wajah Arif seketika yang masih tidak berkata apa.

“Selama Ain tidak melukis abang terima saja segala alasan yang Ain beri kerana itulah perkara yang paling mudah. Besar kemungkinan juga abang merasakan Ain cukup bahagia dengan kelas lukisan, galeri, kafe serta hiasan dalaman kerana Ain tidak pernah bersungut tentang segalanya. Waktu yang berlalu begitu pantas sehingga kita lupa untuk bertanya perasaan masing-masing dalam semua hal. Kita sama-sama sibuk dan bila kita berjumpa topik yang mesti adalah anak-anak. Lama kelamaan jiwa kita jadi karat”.

“What”? Arif terperanjat apabila Ain berkata telah lama dia berhajat untuk bercuti keluar negara. “Kenapa Ain tak cakap apa-apapun selama ini”? tanya Arif dengan nyaring di antara keriuhan peniaga pasar malam yang sibuk melelong barangan.

Tawa kecil Ain berikan lalu memaut kembali lengan Arif. Wajah serius yang Arif pamerkan mengundang tawa yang lebih besar. Dalam tawa Ain memberitahu Arif bahawa ada sesetengah hasrat dipendamkan saja kerana Arif pantang diberi idea, pasti nak dibuat cepat-cepat sehingga tidak berbincang terlebih dahulu.

“I’m sorry”, kata Arif perlahan lalu memaut bahu isterinya. “Abang janji abang tak akan buat lagi. Next time, we will plan everything together.”, sambung Arif memberi keyakinan. “Hmm and lagi satu..Ain tolong janji dengan Abang selepas ni, tiada rahsia antara kita. Apa saja yang Ain tak puas hati jangan simpan sendiri, please…please cakap dengan Abang” pinta Arif lagi sambil mengenggam erat tangan isterinya. “Janji ok”, ujar Arif dengan renungan dalam kepada Ain.

Ain tersenyum mendengar kata-kata Arif dan melentokkan kepalanya ke bahu Arif. “I will always love you sayang” tiba-tiba kata keramat itu terkeluar daripada mulut Ain.

Dakapan Arif makin erat dan lebih erat apabila Ain menyakinkan Arif bahawa tidak pernah dalam seharipun Ain menyesal mendahulukan anak-anak dan keluarga walaupun mengaku merindui untuk melukis adakalanya. Pengakuan Ain amat bermakna buat Arif dan berharap agar selepas ini tiada lagi salah faham di antara mereka. Tanpa berlengah Arif berikrar di dalam hati bahawa selepas ini dia akan menyusun semula jadualnya agar Ain punyai waktu lapang andainya dia ingin melukis.

Sepoi angin menyapa wajah Ain dan meniup lembut tudung yang dipakai. Sudah terlalu lama Ain berjalan dan terlalu lama juga Ain berilusi. Keluasan Hyde Park menggamit segala memori suka duka hidupnya. Di satu titik kehidupannya, Ain melangkah ke kota metropolitan ini bersama cebisan hidupnya. Di masa itu Ain tidak tahu apa yang akan terjadi. Mengikut arus hidup, Ain mendambakan diri dengan lukisan di padang ini sehingga Ain bertemu dengan Mrs. Gregory.

Setelah tujuh tahun meninggalkan kota ini dengan membawa memori hidupnya, kota ini kembali menemukan Ain dengan tujuan asal kedatangannya dahulu. Mata Ain liar memandang sekeliling. Di antara luruhan daun-daun kering, memandang ke atas warna kekuningan, manusia yang lalu lalang, jeritan suara anak kecil memanggil ibunya membuat Ain menoleh. Lambaian-lambaian kecil Ain balas. Riang mereka bermain bersama ayah dan uncle Mike membawa Ain mengucap berbanyak syukur ke hadrat Ilahi. Terlalu banyak anugerah yang telah Allah beri kepadanya berbanding derita yang ditanggung sebelum ini. Di dalam anugerah itu Ain bergelar isteri, ibu, usahawan dan pelukis.

Sejarah hidupnya menemukan dia dengan Arif Idlan, seorang lelaki yang berjiwa kental dan bersemangat waja. Kebahagian dan kegembiraan yang mereka kecapi sekarang tetap ada onak dan duri serta dugaan yang harus mereka tempuhi. Tidak ada satupun ianya sekadar khayalan. Usaha Arif tetap dan terus gigih untuk memberi yang terbaik buat dirinya dan keluarga.

“Abang tidak mampu menjadi lelaki yang sempurna. Abang hanya mampu berharap dan berdoa menjadi suami yang sempurna buat Ain dan juga ayah yang sempurna suatu hari nanti, andainya kita diberikan rezeki…

Sayangku….

Cinta bukan sekadar ucapan maka tidak akan selalu aku ucapkan.
Cinta juga bukan sekadar di mataku maka tidak mungkin aku menatapnya
Cinta bukan sekadar sentuhan maka tidak akan aku sentuh dirimu tanpa relamu

Apakah terdetik di hatimu untuk bertanya
Lalu dengan apa mungkin cintaku mampu kau lihat

Andai itu soal hatimu
Bahawa ini adalah jawapan dari ku

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Cintaku atas nama kebenaran
Lalu aku yakin kita dipertemukan semula
Cinta ku dengan memuliakanmu.
Lantas aku menjaga kehormatanmu.

ALLAH mendengar detik hati ini di hari pertama ia berbisik

Biarlah apa saja mereka mahu berkata
Di atas kebisuan cintaku ini
Kerana aku amat yakin inilah yang terbaik.
Sesungguhnya aku akan tetap merahsiakan rasa cinta ini
Cukuplah sekadar kau saja yang tahu

Ya ALLAH
Aku bermohon padaMU
Izinkan aku menjaga kesucian hatiku
Terus juga mempertahankan kesucian wanita yang aku cintai
Dengan terkuncinya ia dihatiku dengan rahsia suciMU.

Percayalah kasihku
Di sebalik cintaku yang diam
Pasti nanti terbukti kesungguhanku.
Di sebalik cintaku yang bisu
Akan aku janjikan sebuah kesetiaan.
Dan di saat kita diijabkabulkan
Ternyata sudah bukti cinta ini
Walaupun tiada ucapan
Dan aku pasti
Engkau tahu dan hatimu pun tahu
Kebenarannya

Biarlah mereka
Yang mahu bermadu kasih di luar janji suci
Lantas dipenuhi dengan kehinaan
Waktu muda yang disia-siakan
Jangan sampai kita menjadi mereka
Hanya terbit penyesalan di akhir sebuah cerita cinta

Kasihku
Aku mahu kita mengukir kisah cinta
Dalam bermadu kasih
Bersama sebuah janji suci
Yang diredhai ALLAH

Dalam mimpi yang aku layarkan
Aku mengukir kisah yang amat manis waktu ini
Semoga nanti kisah kau dan aku
Menjadi bualan tidur cahaya kasih kita berdua

Sayangku
Cinta ku di dalam bisu
Diamnya diriku serta tunduknya pandanganku
Dan malu ini
Itu adalah bukti cintaku padamu
Dan itu yang aku yakin ia benar

InsyaAllah,
Andai kita tidak di pertemukan di dunia, maka aku pasti menunggumu di SyurgaNya nanti
Insya Allah.

Aamiin.”

Bayu dingin yang bertiup lembut menemani Ain di petang itu. Tenggelam lagi dirinya dalam angan sendiri. Melepaskan lelah di petang itu Ain masih lagi memerhatikan anak-anak bermain bersama Arif dan Mike. Sebentar tadi layang-layang telah diturunkan dan Mike mengeluarkan bola pula.

Baris-baris ayat tadi masih Ain baca. Sekeping kad yang Arif berikan kepadanya sewaktu meninggalkan kota London sehari selepas Ain menerima lamarannya. Mengikut kata Arif, sebenarnya dia berhasrat untuk memberikan puisi indah itu sebaik saja mereka sampai dari Sicily, namun entah macam mana dibatalkan saja niatnya itu.

Walau apapun di saat Ain menerimanya, ia adalah sebuah janji yang terukir dan sehingga hari ini Ain yakin dan pasti Arif berusaha mengotakan janji itu. Di dalamnya terdapat juram, lurah, belukar, onak dan duri yang mesti mereka tempuhi.

“Ya Allah…KAU lindungilah keluargaku dari segala musibah dan bencana, dari khianat dengki manusia, dari hasutan iblis dan syaitan. Teguhkanlah hati kami Ya Allah dalam menjaga cinta yang KAU anugerahkan bersama dengan amanah yang telah KAU serahkan kepada kami. Anak-anak yang lahir dari cinta dan kasih ini”…doa Ain penuh khusyuk sambil matanya masih lagi memerhati anak-anak, ayah serta uncle Mike bermain.

Senyuman Arif di hujung dewan amat dirindui. Sudah lama rasanya Ain tidak dapat menatap senyuman itu. Setibanya mereka di London, Ain terus menyambung kerjanya di galeri bersama Mrs Gregory dan Edward. Memilih lukisan-lukisan yang sesuai untuk pameran dan juga sketch yang Ain buat selama tidak melukis di atas kanvas.

Mendepangkan tangannya untuk menyambut kehadiran Arif di hadapannya, membuatkan lelaki itu memberi senyuman paling nakal dengan kenyitan mata.

“Congratulations darling”, ucap Arif sebaik saja merangkul erat tubuh kecil isterinya lalu membuai lembut tubuh kecil itu ke kiri dan kanan. “Another success”, sambung Arif lagi lalu meleraikan dakapannya dan memberikan kucupan kecil di bibir.

“Cut it off lovebirds…I want my big hug too”, bising suara Mike yang baru saja sampai. Gurauan Mike mendapat tawa pengunjung dan memberikan ‘high five” kepada Arif.

“Uncle Mike…Uncle Mike”, suara anak-anak pula kedengaran sehingga membuat hampir semua pengunjung menoleh kearah mereka.

Tidak Ain sangka amat susah mengawal mereka bertiga sejak berjumpa dengan Uncle Mike, Uncle Edward dan juga Grandma Gregory.

“We are not their parents…we have the golden ticket to spoil them…aren’t we son”, bisik Mrs. Gregory kepada Edward sambil menepuk bahu Mike juga. Tawa kecil Edward dan senyum lebarnya mengiyakan apa yang dicakapkan oleh Mrs. Gregory.

Mendengarkan bahawa “chocolate, cookies dan ice cream” sudah menunggu, lupa sudah agaknya mereka bertiga ikrar janji kepada ayah dan ibu supaya tidak nakal dan buat bising. Melompat dan bernyanyi sambil tangan dipegang oleh Mrs. Gregory dan Zahra pula didukung oleh Edward, Ain dan Arif memerhati dari jauh Haris, Hafiz dan Zahra dilayan mesra oleh orang-orang yang baru mereka kenali lebih kurang dua minggu.

Memerhatikan mereka sehingga hilang dari pandangan, teringat Ain kepada kata-kata Arif bahawa anak-anak mereka “miskin” saudara, akan tetapi di hari ini Ain merasakan sebaliknya. Menerima hakikat bahawa anak-anak sememangnya “miskin” saudara darah daging akan tetapi Ain percaya kebaikan dan kejujuran yang Arif berikan selama ini kepada keluarganya Allah telah membalas dengan berbagai cara. Kejayaan yang Arif kecapi, bahagianya kini melihat anak-anak membesar dan mengotakan janjinya kepada seorang isteri adalah “kekayaan” yang tidak mungkin diukur dengan wang ringgit.

Rangkulan lembut tangan Arif di bahu Ain seolah mengerti apa yang sedang bercanang di hatinya. Lentukan kepala Ain di bahu Arif pula di celahan orang ramai adalah kedamaian.

“Terima kasih Allah”, ucap syukur Ain lafazkan.

Ilham Cipta : Ally

Tulisan bersama : Sanaa dan Ally

Disclaimer: Hakcipta terpelihara. Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Nama dan tempat juga adalah khayalan penulis dan tiada sangkut paut kepada sesiapa yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Sebarang cetak di luar blog ini adalah dilarang. Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: