• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • May 2013
    M T W T F S S
    « Apr   Jun »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • Archives

Lea and Khalil – The Character

Kegelapan malam menjadi tangis kepada sang pungguk…kerana merindui bulan. Malam tidak berseri tanpa cahaya bulan yang dipagari bintang dan begitu jugalah hati dan perasaan sepasang kekasih yang merindui. Senyum dan tawa menjadi hambar kerana disisinya bukan dara idaman dan jejaka pujaan.

Tirai kata di atas membawa saya kepada dua watak yang begitu hebat diperkatakan sekarang ini. Takdir menemukan mereka, takdir jua memisahkan mereka dengan berbagai dugaan dan cabaran di dalamnya. Walaupun begitu jaluran hidup tetap menemukan mereka walaupun di dalam keperitan yang melanda.

Di antara jaluran hidup yang ada membawa Lea dan Khalil bekerja di bawah satu bumbung. Akan tetapi pertemuan kali ini bukan suratan atau kebetulan. Pertemuan di kali ini adalah pertemuan yang telah dirancang oleh Khalil untuk melunaskan dendam di hati. Walaupun keadaan kerja yang tidak menyenangkan, Lea tetap bekerja bersama Khalil dan Lea dengan begitu yakin memberitahu EL yang dia tidak akan berhenti selagi Khalil tidak mengenali dirinya. Untuk mencapai tujuan dan hasrat itu Lea menahan diri dengan herdik tengking Khalil sehingga ke satu masa ia menjadi hinaan.

Soalan saya…apakah yang Lea fikirkan semasa itu? Andainya dia mampu memulihkan ingatan Khalil apakah pula langkah seterusnya? Apakah pula yang Lea harapkan apabila ingatan Khalil kembali pulih? Di sini saya merasakan bahawa Lea meletakan pemulihan ingatan Khalil sebagai “top priority” sehingga meletak tepi Hud, EL dan JD. Plan Khalil mendera Lea Soraya menjadi…dengan kerja yang banyak Lea tentu punya masa yang kurang untuk bersama Hud dan kawan-kawan.

Sudah semestinya ramai yang tidak berpuas hati dengan Khalil dan membenci Khalil. Saya tidak menyokong tindakan Khalil akan tetapi saya tetap menyoalkan kebijaksaan Lea di dalam keadaan ini. Peluang terbuka luas buat Lea untuk melangkahkan kaki meninggalkan Khalil dari awal lagi akan tetapi kenapa Lea masih di situ?

Persoalan begini tidak mungkin akan berakhir kerana rentetan cerita masih menunjukan Lea memberi tanda-tanda yang salah kepada Khalil sepanjang masa seperti bila Khalil meletakan nota “enough” dibalas Lea oleh “never”. Tidak mungkin Khalil lupa akan perkataan itu kan? Khalil marah…Khalil herdik makin kemas dan cantik lapuran yang Lea siapkan.

Halwa telinga Lea setiap hari adalah tengkingan dan herdik Khalil. Dendam yang tersimpan, dendam jua yang terlafaz. Fokus Khalil hanya satu yakni mendera Lea Soraya. Tidak ada dua atau tiga tujuan yang lain. Keadaan Khalil sekarang mengingatkan saya kepada dialog ini..,“Hanya orang yang cetek akal saja menggunakan kekerasan right…saya pasti ramai yang mengingatinya”

Hajat dan hasrat Khalil terlaksana dan Shireen satu-satunya wanita yang setia disamping Khalil menjadi umpan. Sejak episod 1 kita sudah sedia maklum Khalil tidak pernah menyukai atau melayan Shireen jauh sekali mencintai wanita itu akan tetapi cinta juga yang menggelapkan mata Shireen sehingga tidak nampak Khalil mempergunakan dirinya.

Di sini Khalil tidak pernah menyimpang. Walaupun apa yang dia buat menambah sakit di hati akan tetapi dia puas melihat Lea tergagap-gagap dan menggigil dihadapannya. Itu yang Khalil mahukan….namun semuanya hampa kerana Lea tidak tegas dan tidak pernah mahu menjerit pekik di hadapan Khalil untuk membuat lelaki itu “terkejut”. Hasrat Khalil yang satu tercapai sehinggalah hampir ke penghujung episod 15.

Disebaliknya pula Lea mempunyai terlalu banyak simpang sehingga Lea keliru yang mana satu perlu diikuti dan setiap keputusannya adalah kerana orang lain atau dibuat oleh orang lain. Pertama-tamanya Lea menerima kerja dan terus bekerja kerana Khalil dan demi Khalil. Disamping itu Lea sudah punya tunangan. Semestinya kita akan berbalik kepada persoalan itu lagi dan kita akan terus berada di dalam belenggu itu. Lelaki yang kini sudah tidak mengenali dirinya adalah lelaki yang Lea pertahankan. Secara logiknya apakah kita boleh terus menerima tindakan Lea itu? Sehingga selesai episod 15 saya masih lagi meragui tindakan Lea Soraya.

Beralih perhatian kita kepada Lea setelah Shireen memberitahu bahawa Khalil dan dia akan berkahwin. Berubah serta merta wajah Lea. Terusik sangatkah hatinya dengan pengakuan itu? Oh Lea…dimanakah hatimu diletakan? Akhirnya setelah kata nasihat yang selama ini tidak dipeduli, Lea menyiapkan surat perletakan jawatan kerana pengesahan Shireen. Benarkah begitu? Bagi saya peratusan kebenarannya amat tinggi kerana keputusan Lea ambil keesokan harinya.

Telah saya katakan tadi bahawa Khalil amat fokus dengan apa yang dia buat…jahat atau tidak, dendam atau sebaliknya itu adalah perkara kedua. Sebaik saja Khalil terbaca surat perletakan jawatan Lea, hatinya sudah tidak keruan. Pertama dia akan kehilangan Lea dan kedua misinya belum selesai. Pertembungan 6 mata memberikan saya gambaran bahawa Khalil sudah “menghidu” sesuatu akan tetapi saya lebih berminat kepada senyuman Lea apabila mendengar Khalil menegur Shireen. Sukakah Lea dengan teguran itu?

Apabila rancangan awal kurang menjadi dan mendapat berita yang menyeramkan dirinya, Khalil menukar strategi. Sudah tentu Khalil mengambil kira apa yang disebutkan oleh JD walaupun kita kurang menyakininya di permulaan sehinggalah pengakuan Khalil kemudiannya. Di dalam sekelip mata Khalil berubah dan Lea masih tetap sama.

Berhadapan dengan Khalil gigil dan gagap tidak hilang. Aduhhh Lea…kuatlah sikit. Tegas kita bukan bermakna kurang ajar akan tetapi tegakkan hak kita…frust menonggeng tengok Lea di masa ini. Bantuan yang Khalil minta Lea tolak dengan alasan tidak penting dan juga sudah terlambat. Salah tu Lea…sepatutnya Lea tanya untuk apa dan kenapa sekarang? Apa pentingnya sekarang berbanding dahulu?

Bak kata pepatah “desperate man do desperate things”…Khalil bertanya Lea terkedu. Renungan Khalil sudah membayangkan Lea “goes week down the knee” apatah belaian yang Khalil beri dengan pertanyaan. Kenapa Lea terdiam? Apakah Lea tergamam sehingga tidak ada sebarang tindak balas yang kelihatan? Sememangnya Lea menggigil namun apakah gigilnya kerana ketakutan ataupun membawa harapan?

Sekali lagi Khalil mampu melemahkan Lea. Kenapa Lea tidak bergerak dan tampar saja Khalil di waktu itu?

Ketika keadaan agak tenang antara Khalil dan Lea, angin Khalil bertiup kencang kembali dengan kehadiran Hud di pejabat. Api kemarahan Khalil memuncak lalu pertengkaran berlaku di antara Lea dan Khalil. Apabila soal perasaan disebut dan ditanya barulah Lea mahu bersuara dan kata-kata pedas Khalil membawa kepada perletakan jawatan Lea Soraya….is it because of Khalil?

Sekali lagi Hud menjadi “scapegoat” Lea. Sebaik saja meletakan jawatan Lea berjumpa Hud, tiada langsung marah di hati dan cara bercakap juga sederhana sahaja. Apakah nampak Lea bahagia? Apakah senyum yang terukir datangnya dari hati yang penuh cinta? Saya masih mencarinya…

Kehadiran EL membawa kita lebih mengerti kenapa Lea meletakan jawatan apabila ditanya. Jawapan Lea menambah keyakinan yang ada dan adalah kerana “DIA”.

Adakah sekarang Lea berterima kasih kepada Khalil kerana menyedarkan dirinya atau sememangnya Khalil adalah segalanya sehingga Lea sanggup menjadi bahan herdik sehari-hari sehingga hari itu? Nada percakapan Lea membawa satu perasaan ke dalam diri EL. Di sini saya merasakan EL tahu bahawa di dalam diri Lea masih ada Khalil namun EL juga tahu Khalil tidak tahu sebenarnya apa yang terjadi. Atas dasar kawan sejati EL mengambil keputusan menemui Khalil.

Saya akui babak EL dan Khalil amat menyentuh perasaan dan di dalamnya juga terbongkar satu rahsia. Luahan hati EL akhirnya berjaya menyedarkan Khalil, tindakan yang dibuat selama ini adalah salah.

Walaupun begitu saya punya pertanyaan…Apakah dengan memberitahu Khalil apa yang Lea lalui akan melepaskan Lea dari segala belenggu perasaan? Oleh itu saya masih dan tetap berpendapat pertemuan perlu ada di antara Lea dan Khalil untuk menyelesaikan kemelut ini. Kemana arah tuju mereka selepas itu biarlah masa dan takdir yang menentukan.

Menyentuh sedikit keadaan dan persekitaran Khalil dan Lea Soraya. Di antara episod-episod yang berlalu saya tetap mengatakan bahawa Lea tidak punyai ruang yang luas untuk berfikir sendiri dan memikirkan apa yang terbaik di dalam hidupnya setelah kehilangan Khalil.

Kenapa Lea menerima Hud dengan agak mudah? Apakah kerana kerinduannya terhadap Khalil atau Lea merasakan sudah sampai masa untuk meneruskan kehidupan? Sekali lagi saya cuba menyelami perasaan Lea melalui sudut penulis.

Perwatakan Lea sekarang tidak sama seperti masa di UK dahulu. Ketika di UK, saya melihat Lea sebagai seorang wanita yang berani, tegas, berprinsip dan ‘independent’ (nak guna ‘berdikari’ macam tak best aje, any suitable word?). Lea suka mengembara seorang diri. Sesuatu yang amat jarang dilakukan oleh wanita timur. Lea juga seorang yang sangat merancang hidupnya. Kemunculan Khalil dalam hidupnya juga tidak merubah perwatakan Lea. Dia masih merancang dan kali ini perancangannya melibatkan Khalil pula. Lea merancang hidupnya dengan Khalil dan dikongsi perancangan masa depannya dengan Khalil sebelum Lea pulang ke Malaysia.

Namun demikian semuanya berubah semasa Lea pulang ke tanahair dan kehilangan Khalil lebih nampak dengan jelas cara-cara orang keliling “managed” Lea. Lea seolah “terikat” dengan orang-orang sekelilingnya dan sebaik mungkin tidak mahu mengecilkan hati mamanya sendiri. Lea seperti berhenti merancang masa depannya. Dia membiarkan sahaja semua diatur dan dirancang oleh orang-orang sekelilingnya. Atau, adakah Lea tidak pernah mengubah perancangannya ketika di UK dahulu?

Mana hilangnya Lea yang saya kagumi di episode 1 dan 2? Mana perginya ketegasan, keberanian dan keteraturan hidup Lea Soraya?

Semasa di UK, Khalil digambarkan sebagai seorang pemuda yang tiada perancangan hidup. Baginya, hidup ini perlu dinikmati dan biarlah takdir yang menentukan perjalanan kita. Namun demikian sedikit demi sedikit Khalil berubah kerana Lea. Dia mula merancang perjalanan hidupnya bersama Lea. Meminta Lea menunggunya setahun lagi dan membeli rumah idaman Lea di Interlaken.

Kepincangan keluarga Khalil tetap menunjukan kesefahaman kedua orang tuanya. Walaupun Khalil tidak mahu atau belum bersedia kepulangannya diketahui oleh ayahnya, ia tidak dapat membendung perasaan seorang ibu untuk menghubungi ayah kepada anaknya. Sebaik saja Khalil memberitahu ibunya tentang Lea Soraya walaupun ada kebimbangan di hati sebagai seorang ibu, Nora tetap mengizinkan pemergian Khalil untuk berjumpa Lea Soraya serta memberikan cincin yang Khalil beli untuk Lea. Gelodak perasaan seorang ibu ternyata benar apabila Khalil pulang dengan perasaan hampa.

Tiada ibu di dalam dunia ini yang akan mengajar anaknya untuk menjadi jahat dan begitu juga dengan seorang ayah. Akan tetapi Nora dan Ibrahim mengambil langkah “membiarkan” Khalil dengan dunianya setelah nasihat tidak diterima. Ternyata apabila rancangan Khalil gagal mereka seperti “memulangkan paku buah keras” ke anak sendiri. Lihat saja reaksi Ibrahim ketika di pejabat Khalil setelah Lea berhenti kerja dan Ibrahim masih lagi bersabar dengan perli anak sendiri apabila Khalil melihat ayahnya dimarah oleh isteri.

“Untuk apalah terus dinasihati seorang lelaki yang keseluruhan hidupnya difokus kepada dendam dan benci dan yang masih terus gigih untuk memastikan dirinya hidup”

Apakah ini pegangan yang diambil oleh kedua orang tua Khalil? Kedua mereka tidak pernah bersetuju tentang niat Khalil walaupun nasihat yang diberi tidak ditunjukan dengan jelas akan tetapi melalui babak-babak yang ada kita dapat tafsirkan sendiri.

Berbalik kita kepada Lea Soraya dan Khalil Ibrahim, rentak Khalil berubah sedikit sejak Ibrahim kata masih ada cinta di hati anak ayah ini dan jangan berputus harap (di sini saya tidak mahu menyentuh bab ataupun hal agama kerana sepanjang drama bersiri ini tidak ada satu babak pun kearah itu walaupun meminta Khalil mengucap apabila meluahkan rasa untuk membalas dendam. Seperti kita sedia maklum haram hukumnya mengganggu tunangan orang) lalu kita teruskan dari sudut penceritaan sahaja.

Perwatakan Khalil sememangnya licik, setelah sessi kali pertama Khalil sekali lagi “menggoda” Lea. Dari apa yang ditunjukan Lea masih lagi merasa serba salah dan yang pasti Lea masih di situ.

Kesalahan Khalil terlalu besar akan tetapi Lea juga punya kesalahan sendiri. Bagaimanakah Khalil mahu membetulkan keadaan yang sudah runcing dan teruk andainya kepercayaan sudah tiada lagi. Luka yang Khalil alami adalah dalam dan ia adalah di atas perbuatan sendiri seperti petikan kata ini “Hate is too great a burden to bear. It injures the haters more than it injures the hated”.

Di penghujung episod 15 kita melihat kelemahan dua insan yang saling mencintai. Cinta yang ada telah mengaburi mata mereka. Laluan yang mereka lalui amat sukar akan tetapi tidak mendidik dua hati untuk menjadi seorang yang pemaaf.

Terkejut Khalil dengan apa yang didengarnya membawa penyesalan dan cuba untuk membetulkan keadaan barangkali. Di sini kita melihat personality Khalil, yang tidak mudah menyerah kalah. Masih ada ‘fighting spirit’ di dalam dirinya, walaupun peluang kelihatan amat tipis baginya. Khalil masih berusaha untuk menghubungi Lea. Panggilan telefon tidak Lea jawab dan Khalil cuba juga dengan pesanan ringkas. Kita ditunjukan bahawa Lea masih lagi berada di dalam keadaan tidak menentu sehinggalah kehadiran Shireen yang membawa Lea menemui Khalil.

Sesungguhnya “damage done”. Untuk berpatah balik tidak semudah yang Khalil mahukan akan tetapi sekali lagi kedua hati ini tidak memberi ruang untuk diri masing-masing “a strong give forgiveness but weak give permission”. Sebelum rahsia terbongkar mereka berdua merelakan diri disakiti dan menyakiti lalu apakah yang mereka perolehi dari semua ini?

Apakah nanti adanya peluang berterus terang di antara Lea dan Khalil? Soal hati membawa kepada soal jodoh di mana pernah Khalil tuturkan bahawa ketentuan bukan di tangan kita dan saya berharap Khalil faham dengan segalanya di kali ini. “Kalau masih ada cinta di hati Lea tentu dia akan memaafkan Lil dan kalau sudah tiada Lil tidak perlu kemaafan darinya”. Ungkapan kata Khalil itu sudah jelas menunjukan kesediaanya menemui Lea Soraya dan memohon maaf. Itu yang saya rasakan. Jauh disudut hatinya Khalil masih membina harapan dan perjuangannya belum selesai.

Kata-kata ibu pula sudah cukup untuk menjelaskan duduk perkara “dia dah nak kawinkan”? Dengan lain perkataan ibu meminta Khalil melepaskan dan memahami keadaan sekarang. Saya suka babak ini kerana ia tidak panjang dan meleret…tiada juga juraian airmata serta sessi pujuk memujuk untuk menerangkan keadaan atau situasi yang dialami Khalil.

“Great job guys and my appreciation goes to Kabir and Mira for the amazing originality story line and script”.

Note:

Sebagai penonton kita meletakan diri sebagai orang yang sudah tahu keadaan Khalil namun kita lupa kepada Lea, EL dan JD. Perlu diingat bahawa mereka tidak tahu menahu lalu kita mesti meletakan diri kita di dalam kasut mereka supaya nanti apabila kita membaca kupasan ataupun kritikan kita tidak akan sentiasa menyoal benda yang salah terhadap Khalil, Lea, JD, EL dan juga Hud

Rumusan :

Hidup akan sentiasa dipengaruhi dan mempengaruhi. Keadaan sekeliling, kelompok masyarakat, kawan-kawan serta budaya pasti ada kesan terhadap pembesaran serta tahap pemikiran seseorang. Kekentalan jiwa tidak mudah diperolehi dan itu yang amat diperlukan oleh setiap individu dalam menangani setiap cabaran dan dugaan serta hasutan yang datang. Allah memberikan kita akal untuk kita berfikir dan menimbang baik buruk sesuatu keadaan.

Jiwa Lea dan Khalil rapuh akan tetapi masih ada bezanya. Kerapuhan jiwa Khalil tidak ditambah dengan kerapuhan lagi oleh keluarganya dan ini amat berbeza dengan Lea. Orang keliling merasakan mereka berhak menentukan jalan hidup Lea. Saya mengakui dan menerima keakraban hubungan Lea dan EL akan tetapi dalam sesetengah keadaan EL melemahkan Lea dengan nasihat dan teori yang ada.

Moral disebalik drama bersiri Cinta Jangan Pergi amat banyak dan segala yang berlaku di dalamnya adalah perjalanan hidup manusia sejagat. Oleh itu terpulanglah kepada kita bagaimana hendak mengambil iktibar dari sebuah cerita.

Tulisan bersama : Sanaa dan Ally 27/5/13

One Response

  1. Wow! Saya kagum dengan perincian awak tentang karakter Lea & Kalil. Hebat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: