• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2013
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • Archives

Bercerita lagi…Cinta Jangan Pergi

Kisah masih berputaran jawapan masih dalam kesamaran cinta terjalin kini menemui jalan buntu dan tanpa restu. Cemburu serta perasaan mahu memiliki menjadi dendam kesumat sehingga tidak ada lain yang difikirkan kecuali menggenggam apa yang diidam.

Penyiar Cinta Jangan Pergi memberikan beberapa clue sejak semalam seperti apakah Khalil dan Lea akan terpisah lagi? Kenapa Lily menemui kunjungan Ibrahim (ayah Khalil) dan Khalil menemui jalan buntu tentang hubungannya dengan Lea Soraya.

Tidak cukup dengan itu TV9 juga bertanya apakah yang Shireen mahukan daripada Khalil dan Lea terus dimarahi oleh EL. Seperti sebelum ini semua tahu termasuk saya bahawa Cinta Jangan Pergi adalah sebuah drama bersiri yang di dalamnya diletak rencah-rencah kehidupan. Sebuah drama berat yang mempunyai banyak tanggapan dan tafsiran namun kita tidak terlepas dari bercerita lalu mengaitkan isi cerita ke alam nyata.

Dari apa yang dilalui oleh Khalil dan Lea sebenarnya telah banyak berlaku di dalam masyarakat kita di hari ini yang mana lebih menyedihkan ada yang berlaku kepada pasangan yang sudah berumahtangga. Bertemu dengan tidak sengaja mungkin di majlis alumni, Facebook twitter serta laman sosial yang lain membuat ramai yang gembira dan tidak kurang juga ada yang menyambung kisah lama. Perceraian menyusul kepada pasangan yang telah berumahtangga dan putusnya ikatan pertunangan kepada yang telah bertunang. Semuanya ini adalah soal perasaan yg tidak dapat dibendung apabila bertemu kembali dengan kekasih lama.

Perit dan derita tiada siapa yang tahu. Menanggung rasa rindu terhadap orang yang di cintai dan di dalam masa yang sama berpura-pura dihadapan suami/isteri/tunang/kekasih baru/kekasih sedia ada. Itulah yg dihadapi oleh Khalil dan Lea sebagai contoh kepada ramai pasangan yang tidak pernah kita kenali dialam realiti. Khalil, Lea, Hud, Shireen serta pemegang watak-watak lain di dalam drama Cinta Jangan Pergi menghidupkan dilemma yang berlaku disekeliling kita. Sama ada kita mahu percaya atau sebaliknya bahawa ia wujud di alam realiti terpulanglah kepada kita semua.

Apakah dada yang kosong membawa kepada persoalan ini atau genggam bara api biar sampai jadi abu menjadi pegangan. Sebagai seorang yang punyai kenalan dari berbagai golongan masyarakat saya cuba mencari sedikit kebenaran di dalam hal ini. Puratanya mengatakan bahawa sudah tiada jodoh dengan pasangan yang dahulu dan untuk apa dipendam perasaan kalau tidak bahagia? Apabila saya lontarkan soalan kenapa perlu curang ramai yang terdiam pada awalnya dan alasan paling biasa adalah kerana anak-anak. Huhh berputar sekejap dunia saya mendengarkannya. Andai itulah jawapannya ia amat menyedihkan kerana berada di dua dunia yang tidak membahagiakan.

Di antara babak-babak di dalam Cinta Jangan Pergi kita juga pasti mempunyai pandangan dan penerimaan yang berbeza. Contoh yang ada…Lea hanyalah tunangan Hud, perlukah Lea menjaga Hud seperti seorang isteri? Tidak dinafikan Hud perlukan sokongan semasa menghadapi saat getir hidupnya akan tetapi apakah perlunya Lea berada di hospital sehingga menyediakan makanan untuk Hud dirumah? Begitu juga dengan Khalil yang membawa “lari” Lea. Tidak dinafikan Lea dan Khalil perlu duduk berbincang dan jauh dari orang lain namun perlukah mereka “lari”? Di sini saya merasakan bahawa Lea yang patut menentukan perjalanan hidupnya.

Dihimpit oleh dua orang lelaki sememangnya payah dan pastinya penonton juga dapat melihat dengan jelas sikap Lea terhadap Khalil dan Hud dari awal lagi. Oleh kerana rasa yang dalam, Lea memaafkan Khalil dengan mudah walaupun dia tersakit oleh perbuatan Khalil di awalnya. Bersama Khalil kita melihat Lea gembira dan bahagia. Satu perkara yang amat saya sedari adalah Lea boleh bercakap apa saja dengan Khalil seperti rasa bimbang dan takutnya menghadapi mamanya nanti apabila pulang dan bagaimana untuk berhadapan dengan Hud. Begitu juga apabila Lea memberitahu Khalil bahawa Hud berada di hospital. Dengan mudah juga Lea memberitahu Khalil bahawa dia tidak sanggup memberitahu Hud untuk berpisah dengannya. Walaupun Khalil menunjukan kekerasan di peringkat awal akan tetapi akhirnya lentur juga. Babak-babak seterusnya menunjukan bahawa Khalil memahami keadaan Lea dan kemesraan mereka. Apakah ini yang kita panggil keserasian?

Sebelum kemunculan Khalil lagi kita seolah-olah dapat membaca perasaan Lea. Menghabiskan masa bersama Hud akan tetapi hati dan perasaannya tidak bersama Hud. Hadirnya Khalil di dalam dirinya kembali walaupun dengan tengking herdik tidak membawa Lea memberitahu Hud…kenapa ya? Apakah logik di sebalik tindakan Lea itu? Rentetan babak-babak serta episode selanjutnya membawa Khalil dan Lea di dalam kemelut yang tidak berkesudahan.

Kerana itukah berlakunya perceraian dan putusnya hubungan insan? Apakah cinta saja cukup untuk mempertahankan sebuah ikatan? Apakah restu memainkan peranan? Sejauh mana pula pengaruh kawan-kawan serta nasihat keluarga di dalam sebuah perhubungan? Orang selalu berkata semuanya ada “give and take” lalu tepuk dada tanyalah selera. Sekali lagi apakah benar begitu apabila kadar perceraian di kalangan pasangan beragama Islam melonjak naik di awal tahun ini. Di beritakan dalam setiap 15 minit ada saja pasangan yang bercerai…aduhhh begitu longgarkah institusi kekeluargaan kita sekarang ini?

Fikir-fikirkan lah di dalam menikmati drama bersiri Cinta Jangan Pergi.

Buah fikiran yang terbatas…Sanaa 15/06/13

Note : Apa yang pasti cantuman dua hati ada banyak intipatinya dan yang sering dibicarakan adalah seperti pokok yang ditanam perlu disiram dan dibaja untuk hasil yang lumayan. Namun sejauh mana gambaran ini dapat bertahan? Mungkin pokok menjadikan lambang peribahasa Melayu kerana sampai masa walaupun disiram dan dibaja, pokok itu akan mati jua lalu ia adalah sama dengan putaran hidup manusia…walaupun kita menjaga tubuh badan dengan baik apabila tiba masa ajal pasti menjemput kita. Lalu di sinilah perpisahan akan terjadi dengan secara semulajadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: