• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2013
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    30  
  • Archives

‘A Place Called Home’ – Prologue

Seorang gadis berusia 27 tahun, anak tunggal kepada Dato’ Malek dan Datin Rahimah seorang gadis periang dan amat mudah dikenali. Secara peribadi Nadiah adalah seorang yang amat sederhana di dalam perwatakan sehariannya. Bertugas di firma guaman milik ayahnya tidak pernah melekakan Nadiah dengan glamour dan wang ringgit. Riak wajah Nadiah yang sentiasa senyum tidak menampakan bahawa gadis ini punya rahsia serta kesunyian bertapak di hatinya untuk sekian lama.

“Bukannya Nadiah tak nak beraya dengan mummy tapi boringlah every year beraya kat overseas. Lagipun I had enough of London. Tujuh tahun Nadiah kat UK, tujuh tahun jugak Nadiah beraya disana”, panjang sungguh alasan Nadiah kepada mummynya tadi.

“That’s not my fault…Nadiah yang selalu degil tak mahu balik beraya”, ibunya sudah mula meninggikan suara.

Terngiang kembali di telinga Nadiah perbualan dengan ibunya tengahari tadi. Pujukan pada awalnya berakhir dengan ketegangan di dalam perbualan mereka. Itulah yang selalunya terjadi dalam apa juga topik bicara mereka. Walaupun lagi 3 bulan umat Islam akan menyambut Ramadhan diikuti dengan Syawal, ibunya sudah berpesan berkali-kali supaya dia menempah tiket penerbangan memandangkan harga tiket sedang murah sekarang. Tahun ini merupakan tahun ke 3 Nadiah mengelak dan mencari alasan untuk tidak bersama ibunya di hari raya. Perasaan kekok masih menyelubungi Nadiah apabila berhadapan dengan bapa tirinya walaupun usia perkahwinan mereka hampir mencecah 4 tahun. Oleh kerana desakan yang tidak kunjung padam, tahun lepas Nadiah mengambil keputusan drastik pergi bercuti ke Tokyo pada hari raya, walaupun dimarahi oleh ibu dan ayahnya.

*****

Salam kepada teman-teman, rakan taulan dan juga pembaca sekalian…a very good day to everyone.

Terlalu lama sudah rasanya meninggalkan ruangan yang punya nostalgia indah di dalam perjalanan hidup saya namun apabila keadaan berubah segalanya juga turut berubah. Di dalam keterpaksaan tugas mencari rezeki, sesuatu yang indah saya tinggalkan di dalam kotak draf yang jarang sekali terusik. Setiap kali juga rakan karib saya bertanya bagaimana perkembangan cerita yang kami bincangkan, jawapan yang saya beri sama saja. Idea tidak keruan, jalan cerita kucar-kacir, dialog tidak kukuh dan bermacam alasan sehingga akhirnya terbiar begitu sahaja.

Ramadhan berakhir hadir pula Syawal. Kami masih bercerita dan terus bercerita dan selalunya apabila bercerita pasti akan tercetus rasa yang membawa kepada ilham cipta. Lalu terbitlah sebuah cerita yang masih di dalam proses diberi judul “A Place Called Home”. Cerita mengenai seorang wanita yang menganggap dirinya tidak mempunyai keluarga walhal dikelilingi oleh ibu, ayah dan juga adik-adik. Perasaannya bagaikan mati setiap kali menjelang Syawal dan kami cuba mencungkil rahsia hati wanita berkenaan.

Kepada teman, rakan dan pembaca sekalian…seandainya ada cadangan bernas untuk tajuk cerita ini berdasarkan prologue yang diberi amatlah kami alu-alukan.

Nantikan kemunculan “A Place Called Home” di blog setiakasih tidak lama lagi. Kerja-kerja penyuntingan sedang giat diusahakan.

Idea Asal : Ally

Olahan bersama : Sanaa and Ally 6/9/13

One Response

  1. ok teman sedia menunggu…tapi jgn la lama sangat kn tunggu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: