• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2013
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    30  
  • Archives

A Place Called Home (Chapter 2)

Permulaan hari yang indah ketika Nadiah melangkah keluar ke balkoni honeymoon suite mereka. Jam baru saja menunjukan 7 pagi. Deruan kenderaan sudah mula memenuhi jalanraya namun begitu bayu pagi yang bertiup selepas hujan semalam ternyata lebih nyaman. Terasa juga dinginnya meresap ke tubuh Nadiah yang sudah berdiri di situ hampir setengah jam yang lalu.

“Nak stay another night?” tegur Faris di belakangnya lalu Nadiah menoleh. Hanya gelenggan kepala Nadiah berikan kepada pertanyaan itu. Ternyata suite ini cantik dan mampu mengunci setiap pasangan yang menghuninya akan tetapi cuti mereka tidak panjang dan banyak perkara yang mesti diuruskan dalam masa 3 hari.

Deringan loceng di pintu membuatkan Faris dan Nadiah memandang satu sama lain. Sebaik saja pintu dibuka, seorang pekerja hotel menyorong troli sarapan pagi katanya. Oleh kerana tidak mengetahui apa rencana atau rancangan yang diaturkan untuk mereka, Nadiah sekadar mengucapkan terima kasih lalu memberi pandangan kepada Faris yang memberikan senyuman lebar. Di tangan Faris seperti ada sehelai kertas atau sekeping kad.

“From this moment your life has begun
The two of you becoming one
Hope your love for each other grows every day
And may your life blooms with happiness
A good day begin
With good healthy meal
After a long day and tiring night
Good Morning
With a bundle wishes for tomorrow”

Setiap patah perkataan Nadiah baca dengan teliti sehingga ke hujungnya dan telah juga menggenggam penumbuk kerana tertera tandatangan daripada “Ira dan kakitangan Malek and Co”. Serta merta dirasakan merah padam mukanya apabila Faris menghampiri dan berbisik after a long day and tiring night.

“Long day definitely yes…but not tiring night”, lalu merapatkan dirinya kepada Nadiah dan memaut pinggangnya. Puas Nadiah menahan geram dan malu di hatinya. Tidak berani pula Nadiah menolak tangan Faris ketika itu lalu menahan segala rasa yang mampu menyesakkan nafasnya.

“Ok…let’s enjoy our breakfast…we absolutely needs the good meal to replenish our energy”, kata Faris diiringi tawa dengan menarik perlahan tangan Nadiah. Bagaikan patung Nadiah mengikut saja dan membulatkan biji matanya apabila Faris terus mengusik bahawa tangannya sejuk mengalahkan salji di kutub utara.

“Jemput masuk wahai isteriku”, ujar Faris sebaik saja membuka pintu rumahnya. Rumah teres 3 tingkat milik Faris itu membuat Nadiah terpegun. “Haihh banyak benar yang perlu aku pelajari dari hari ini”, keluhnya di hati. Sekali imbas mata Nadiah melirik hiasan di dalam rumah itu dan memandang cincin di jarinya juga. “His taste is splendid”, itulah perkataan yang terucap. Dari depan pintu dan sejauh mata memandang semuanya cantik tersusun dan ternyata putih dan hitam menjadi tema pilihan Faris. Elegant terdetik lagi di hati Nadiah dan apakah Faris yang menghias rumah ini sendiri? Pertanyaan pula muncul di fikirannya.

“Awak bagi saya satu alasan kukuh kenapa awak tak boleh pindah masuk ke rumah saya”, tanya Nadiah dengan marah. Itulah perkara pertama yang Faris tegaskan dan hampir seminggu mereka asyik bertengkar tentang siapa yang masuk rumah siapa. Seboleh-bolehnya Nadiah tidak mahu berpindah masuk ke rumah Faris kerana tidak mahu melalui proses penyesuaian di tempat baru. Akhirnya Nadiah mengalah memikirkan dirinya bakal menjadi isteri Faris atas kehendaknya sendiri.

“Pertamanya rumah saya lebih dekat ke tempat kerja kita berdua, keduanya rumah saya telah saya beli manakala rumah awak masih awak sewa dan yang paling utama dan kukuh saya adalah suami awak selepas ini dan menjadi tanggungjawab saya menyediakan tempat tinggal yang selesa dan segala keperluan awak sebagai seorang isteri mengikut kemampuan saya. Lagipun arwah ayah saya berpesan jangan siksa anak orang… siapkan semuanya dulu sebelum nak pinang anak orang…rumah penting sebagai aset sebelum berumahtangga”, terngiang kembali di telinga Nadiah apa yang Faris cakapkan sewaktu perdebatan mereka tempohari. Berdiri di hadapan rumah ini menyakinkan Nadiah segala apa yang Faris katakan.

“Lahhh kenapa masih tercegat kat situ?” tanya Faris mengejutkan Nadiah dari lamunannya. “Nak saya dukung ke?”, kata Faris lagi dan terus saja memaut pinggangnya. Seperti lazimnya tawa nakal itu tidak ketinggalan dan setelah hampir 48 jam berlalu tawa itu makin Nadiah sukai.

Dengan lafaz Bismillah, Nadiah melangkah masuk . Matanya masih mengamati sekeliling dan tanggapan pertama yang ada dia sudah jatuh hati dengan aura di dalamnya.

“Rumah ni tak lah sebesar rumah daddy…tapi saya harap awak akan selesa di sini”, kata Faris mengusik.

Sepantas kilat Nadiah memberi jelingan dan mencebik bibirnya. Pantas juga tangan Nadiah mahu mencubit Faris apabila suaminya itu berkata wajahnya cute ketika mencebik bibir. Seketika tangannya berada didalam genggaman Faris apabila cuba mengelak cubitan tadi.

“Ok, where is my room?” tanya Nadiah melepaskan nafas yang panjang.

Correction my dear…our room”, balas Faris pantas membetulkan kenyataan Nadiah. Tangan Nadiah dipimpin untuk ke kamar mereka yang berada di tingkat atas. Berada disisi Faris ketika itu, melangkah dari satu anak tangga ke anak tangga yang lain, perasaan halusnya cuba memberi beberapa isyarat. Walaupun Nadiah sendiri tidak pasti akan isyarat yang ada, ruang bilik yang luas sekali lagi membuat Nadiah terpegun.

This is our room”, kata Faris lalu membawa Nadiah masuk. Hampir keseluruhan perabut di dalam bilik itu berwarna putih, katil, almari dan juga meja solek. Katil bertiang empat berukuran king size yang siap dihias kelambu berwarna putih susu, susunan jambangan lilies dan roses berwarna putih, merah dan jingga terletak di hujung katil serta taburan kelopak mawar menandakan bilik ini diadun untuk menyambut kehadiran mereka. Sepasang kerusi hiasan (love chair) berdekatan dengan pintu balkoni serta sebuah meja bulat kecil melengkapi hiasan yang ada. Wangian lavender menyemarakkan lagi suasana bilik pengantin.

“Hmm…kak long dan angah insist siapkan bilik ni untuk sambut awak”, Faris berkata seolah-olah memahami apa yang sedang bermain di fikiran Nadiah. Mata Nadiah masih lagi mengamati sekeliling dan matanya terus saja mengikut jari-jemari Faris menerangkan serba sedikit tentang “syurga dunia”nya. Hanya satu saja yang tiada di bilik ini yang pada kebiasaannya ada di dalam bilik orang bujang. Tiada set television di dalamnya kerana Faris tidak mahu “terkurung” di dalam bilik sendiri. Selepas cukup lama berada di dalam bilik pengantin mereka, Faris membawa Nadiah menjelajah setiap pelusuk rumah.

“Hmm…dah berapa lama awak tinggal sini?”, tanya Nadiah sebaik saja mereka sampai di penghujung jelajahan mereka, iaitu dapur. “Awak suka warna putih ya?” tanya Nadiah lagi apabila hampir kesemua perabut yang ada berwarna putih.

“Taklah lama sangat, lebih kurang 5 bulan yang lalu. Selepas dapat kunci dan buat ubah suai sikit…inilah hasilnya dan saya memilih warna putih sebab nampak bersih dan luas”, terang Faris satu persatu. “Saya nak awak selesa di rumah ini…nanti ubahlah mengikut kesesuaian awak dan juga kita”, lembut saja Faris berkata sebelum meninggalkan Nadiah untuk membawa keluar barang-barang dari kereta.

Mungkin kerana harum semerbak kamar pengantin mereka, mungkin juga keletihan yang melanda atau adakah ketenangan hati mula tercipta, Nadiah terlena sebaik saja merebahkan diri di atas katil yang besar dan mewangi.

Lembut angin bertiup yang mengerbangkan rambutnya dan lembut juga tangan yang menguak rambutnya ke belakang. Laungan azan hinggap di telinganya dan tidak Nadiah tahu di mana dia berada. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Faris berada di tepi katil sebaik saja dia membuka mata.

“You sleep like a baby”, ujar Faris sambil menolak sedikit rambut yang menutup dahinya. Senyuman yang Faris beri teramat nakal di mata Nadiah. Perasaan malu menerjah dan fikirannya melayang sekejap memikirkan apa yang mungkin terjadi sebentar tadi.

Oleh kerana perasaan malu yang menebal sebab tertido dan dikejutkan pula oleh suaminya Nadiah menyembamkan mukanya ke bantal. Tawa itu kedengaran lagi bersama ciuman di atas kepalanya. Perlakuan Faris itu menambah rasa malu yang sedia ada.

“I’m sorry”, kata Nadiah di sebalik bantal yang menutupi mukanya.

Tangan yang mengusap rambutnya kini beralih di bahunya. Dengan perlahan Faris berusaha supaya Nadiah tidak menyorokan wajahnya lagi. Hendak tak hendak terpaksalah menahan malu apabila memandang Faris yang duduk rapat dengannya. Kedua belah tangan Faris kini mengepung dirinya dan tidak boleh hendak lari kemana. Matanya dipejam erat apabila Faris makin merapatkan diri ke wajahnya. Tangannya pula menggenggam erat cadar bagi menahan getar yang ada.

“Jom solat”, kata Faris. Seraya itu Nadiah terus membuka matanya walaupun dia sedar bahawa Faris masih lagi tidak membetulkan duduknya di katil. Huluran tangan Faris beri sewaktu hendak bangun, lalu memimpin Nadiah ke bilik mandi.

Bilik itu sederhana besar, mungkin mampu memuatkan 20 orang jemaah sekaligus dan aura bilik ini teramat tenang. Barisan buku-buku yang memenuhi rak buku dari penjuru ke penjuru dan sekitar ketinggian tujuh kaki Nadiah perhati. Berbagai jenis buku menjadi koleksi Faris, bermula dari kerjayanya, agama, hal-ehwal semasa dan tidak ketinggalan hiasan dalaman. Kagum dan terpegun Nadiah melihatnya lalu mencapai satu di depan mata.

Terkejut Nadiah apabila ekor matanya menangkap bayang lelaki yang berdiri berpeluk tubuh dan bersandar di tebing pintu. Berkali-kali Nadiah beristighfar dan mengurut dada lalu Faris datang memintanya duduk dan memberi segelas air.

“You scare me”, kata Nadiah yang masih terperanjat. Nafasnya turun naik dengan pantas sehingga Faris mengurut perlahan tangan Nadiah bagi menghilangkan rasa itu.

“Kenapa tadi tak tunjuk bilik ni”, tanya Nadiah sebaik saja rasa terperanjatnya reda.

“I’m sorry”, kata Faris sepatah. “Tour kita tak complete sebenarnya tadi sebab saya nak awak explore dan merasa “curiga” dengan rumah ini, terang Faris lagi.

Berkerut dahi Nadiah mendengarkan penjelasan Faris dan walaupun rasa terperanjatnya masih ada bahu Faris menjadi sasaran tangannya apabila mula memahami maksud perkataan “curiga” itu tadi. Puas sudah Faris mengelak dalam tawanya dan bunyi “haek…haek” yang Faris keluarkan semasa menahan pukulan membuat Nadiah ketawa. Kini Faris beraksi di hadapan Nadiah macam orang ber “kung-fu” membuatkan tawa Nadiah bersambung.

Tawa girang dan riang itu surut akhirnya dan mata mereka bertemu. Tidak Nadiah tahu apa yang hendak dicakapkan kerana Nadiah tersedar yang dirinya sudah lama tidak ketawa begitu dan merasa benar-benar gembira. Di hari ini setelah sekian lama seorang lelaki yang dia pilih atas alasan paling selfish membawa tawa itu kembali. Seketika Nadiah tenggelam di dalam emosinya sendiri.

“Eh..kenapa nie?”, tanya Faris lalu berteleku di hadapannya. Sekali lagi Nadiah menyembunyikan apa yang tersimpan jauh di lubuk hatinya namun desakan Faris tidak dapat dielak lagi.

“Thank you”, itu saja yang terdaya Nadiah ucapkan.

“You are most welcome”, jawab Faris lalu membawa Nadiah kedalam dakapannya.

Tidak mungkin Faris tahu apa yang bersarang di hati Nadiah akan tetapi dakapan serta usapan lembut di belakangnya memberi kelegaan yang amat dalam. Yang pasti ada air mula bertakung di kolam matanya dan Nadiah berusaha supaya ia tidak tumpah kerana Faris tentu akan terus bertanya nanti.

Tatkala pelukan direnggangkan, Faris membelai wajahnya dan ciuman hinggap diubun-ubunnya. “Apakah mungkin suamiku ini tahu segala isi hatiku”, detik Nadiah di hati.

*****

Terlalu cepat masa berlalu. Semalam adalah majlis pernikahan dan persandingan. Di awal pagi tadi selepas bersarapan, pergi ke rumah Nadiah mengambil barang serba sedikit , lepas Asar keluar beli barang, sekarang dah senja, bebel Faris sendiri. Matanya masih memerhatikan Nadiah menyusun dan mengemas pakaiannya untuk ke rumah mereka.

“Banyak betul baju orang perempuan ni kan?” desis Faris sendiri apabila melihat masih banyak lagi pakaian Nadiah yang tinggal walaupun tadi telah diambil sebahagiannya.

“Membebel apa cik abang ooii” tegur Nadiah pula apabila dilihatnya Faris mundar mandir di dalam biliknya itu dan mengomel sendirian. Matanya melirik juga memerhatikan gelagat Faris yang mula membuka laci yang menyimpan berbagai khazanahnya sejak zaman sekolah lagi.

“Nadiah…” panggil Faris perlahan.

“Hmm…” jawab Nadiah manja lalu mengangkat mukanya.

“Kalaulah selalu macam ni memang tak pergi kerjalah aku” berkata Faris di hati. Wajah manja isterinya dipandang. Beberapa jam yang lalu tubuh kecil molek itu berada di dalam dakapannya dan degupan jantungnya menunjukan rasa hati yang tidak menentu.

Di saat itu juga Faris mengakui mahu bertanya dan terus bertanya segala rahsia yang tersimpan dilubuk hati Nadiah yang dalam. Keyakinan bertapak di hati Faris bahawa wanita yang baru dinikahinya ini cuba melawan sesuatu yang bertentangan dengan dirinya. Gerak gerinya yang sopan, periang, nakal dan manja telah Faris amati dari awal pertemuan mereka. Walaupun perkenalan mereka tidak lama sehingga membawa kepada pernikahan ini tapi apa yang pasti mereka berdua selesa bersama dan ikatan ini memudahkan lagi Faris untuk mengenali Nadiah.

Have you ever feel lonely?” tanya Faris dengan memandang tepat ke wajah Nadiah. “Apakah tadi sebahagian dari your emotionally unstable?” sambung Faris lagi sehingga membuat Nadiah mengalihkan pandangannya.

Sesuatu yang sudah dijangka oleh Faris apabila Nadiah pura-pura sibuk mengemas barang-barangnya dan mengalihkan pandangan. Sejak apa yang berlaku beberapa jam yang lalu Faris nekad untuk mencungkil rahsia hati isterinya sedikit demi sedikit dan waktu yang begini adalah wajar berbuat demikian pada pandangannya.

“I’m sorry…I’m not ready”, spontan Nadiah memberi alasan apabila Faris mendekatinya. “Please Faris…”, rayu Nadiah apabila tangan Faris sudah memegang pinggangnya dan sebelah lagi di bahunya.

Hanya keluhan saja yang mampu Faris lepaskan apabila Nadiah berkeras untuk tidak berterus terang. Cubaan Faris gagal walaupun sudah memujuk dan mengingatkan cuti mereka tidak lama dan akan kembali ke pejabat semula lusa nanti.

Sejak pernikahan mereka semalam, Faris sedar yang Nadiah senang menutur kata maaf. Salah sikit saja dah cakap maaf walaupun mungkin sesuatu yang tidak perlu pada pandangan orang lain. Tidak ada salahnya, akan tetapi Faris tidak mahu ia menjadi kebiasaan sehingga Nadiah lari dari garisan maaf yang sebenar. Mata Faris masih lagi memandang isterinya berkemas, hendak ditolong tak diberi lalu sebuah buku di tangan hanya menjadi alasan.

Sesekali Faris menjeling ke arah bilik mereka dan melihat Nadiah masih lagi mengemas pakaiannya. “Itu baru baju belum lagi barang lain. Nasib baik aku buat walk-in wardrobe, macam tahu-tahu saja nak dapat bini yang banyak baju”, gumam Faris sendirian.

Sejak kesedihan yang melanda Nadiah tiba-tiba, Faris asyik memerhatikan gerak geri isterinya itu. Terselit perasaan tidak puas hati apabila Nadiah menjadi terlalu degil dan tidak mahu lentur langsung apabila diajak berbual mengenainya. “Tapikan bagus jugak dia sedih dapatlah aku peluk dia tadi”, tawa nakal Faris bergema di hatinya.

“Hellooo…Encik Faris berangan apa tu?” tiba-tiba datang Nadiah menegur.

“Macam-macam”, jawab Faris dengan keluhan. “Nah”, kata Faris lalu menghulurkan satu bungkusan.

Gelagat Nadiah diperhatikan dengan teliti apabila menerima bungkusan tersebut. Dibelek kiri kanan depan belakang dengan wajah berkerut dan keliru. Masih tidak mahu membukanya Nadiah menggarukan kepala yang mungkin tidak gatal dan menekan-nekan bungkusan di tangannya itu. Bungkusan yang dibalut dengan kertas berwarna merah jambu dengan taburan bentuk love Nadiah goncang pula.

“Bukak sajalah”, ujar Faris seketika kemudian.

“Dari siapa ni?” tanya Nadiah pula.

Sedang Nadiah masih teragak-agak untuk membuka kotak tersebut, telefon berbunyi. Ketika Nadiah berlari untuk menjawab telefonnya Faris membawa bungkusan tersebut ke dalam bilik. Bahasa isyarat yang Nadiah berikan membuat Faris tahu bahawa Nadiah sedang bercakap dengan ibunya lalu mohon disampaikan salam. Sebaik saja talian dimatikan Nadiah mencapai bungkusan itu semula.

“Apa?” tanya Faris apabila Nadiah memberikan pandangan semacam kepadanya.

“Awak tahu apa ada dalam kotak ni kan?”, sudah Nadiah bercekak pinggang apabila dilihat Faris cuba mengawal senyumnya.

Sejujurnya petang tadi Faris menerima panggilan telefon dari ibu mertuanya untuk bertanya kabar dan bertanya sama ada hadiah pemberiannya telah dibuka ataupun belum. Suara wanita itu agak kecewa dipendengaran Faris apabila berterus terang bahawa belum ada satupun hadiah dibuka.

Jeritan Nadiah memberi kejutan kepada Faris lalu menerpa keluar dari bilik mandi. Kelihatan Nadiah memegang sesuatu lalu Faris merapati.

“Arrghhh mummy ni takde benda lain ke nak bagi as a present. Eeeh” bebel Nadiah dengan geram apabila mengangkat baju tidur lingerie Victoria Secret berwarna merah hati yang dihadiahkan oleh ibunya.

“Eh…kenapa simpan? Pakai lah” Faris mencelah di belakang Nadiah. Bulat mata Nadiah mendengar kata-kata Faris dan serta merta merah padam mukanya dirasa kerana menahan malu apabila Faris tersenyum nakal memandangnya dengan lirikan mata dari atas ke bawah.

Tawa nakal Faris yang tidak henti membuatkan Nadiah membaling bantal kecil kepada suarminya itu. “Apalah nasib badan…tido peluk bantal lagilah nampaknya…” giliran Faris mengomel apabila melihat Nadiah mencampakan bungkusan tersebut ke dalam almari. Kali ni Nadiah menjadi makin ganas lalu mencapai hair dryer di atas meja solek dan terus membalingnya kepada Faris. Bersepai hair dryer tersebut bersama jeritan kecil yang sengaja dibuat oleh Faris dengan melompat ke atas katil.

“Aduhhh bini ku gangster rupanya”, kata Faris bersama tawa tak henti. Sambil duduk bersila di katil dan mendongkat dagu seperti seorang yang sedang beratip, berulang kali Faris menyebut “cobaan” dengan memandang Nadiah yang tidak tentu arah apabila mengambil hair dryer yang dah pecah. “Cobaan”, kata Faris lagi dengan wajah sedih memandang Nadiah. Hasrat Faris tercapai apabila Nadiah mencubit lengannya.

‘Jom gusti”, kata Faris yang dengan secepat kilat menangkap tangan Nadiah. Gusti tangan mereka berlanjutan seketika sehingga Nadiah merayu untuk dilepaskan. Bersama gelengan kepala sambil menyebut “no…no..no”, pandangan mereka bertemu. Simpati Faris tertumpah serta merta apabila dilihatnya Nadiah menahan sakit akibat pegangannya yang kuat.

“Nak buat lagi tak”, tanya Faris kepada Nadiah seperti bertanya kepada anak kecil. Puas hati Faris apabila Nadiah asyik berkata “please…please”. Sempat juga Faris menggosok bahagian yang merah di tangan Nadiah tapi direntap Nadiah dengan segera.

“Aikk..buat muka cembeng lagi”, usik Faris semula namun Nadiah sudah bangun untuk menyambung kerjanya. “Boleh tahan jugak bini aku ni bergusti”, detik hati Faris apabila hendak menyandarkan badannya di kepala katil. Sejak semalam sememangnya dia asyik mengusik Nadiah dan melihat berbagai reaksi dari isterinya itu cuma harus diakui belum dapat mencantumkan segala emosi Nadiah setakat ini. Dua hari yang berlalu tidak menampakan Nadiah mengelak dan melarikan diri darinya.

Jam berdenting menunjukkan pukul 12 tengah malam. Meletakan buku yang dibaca lalu terus memandang Nadiah yang tetap asyik mengemas baju-bajunya.

“Awak tak mengantuk lagi ke?” tanya Faris yang dah mula merasa gelisah.

“Saya nak habiskan mengemas dulu. Awak tidur lah dulu tak payah tunggu saya”, jawab Nadiah

“Hmm mengelak lagi lah tu”, kata Faris mengusik dan menguji. Geram pulak dia dengan sikap Nadiah yang asyik mengelak sahaja. Faris terus merebahkan badannya dan menarik selimut hingga menutup mukanya apabila tiada sebarang reaksi daripada Nadiah.

“Awak nak tutup lampu bilik ke? Saya boleh on table lamp saja”, tiba-tiba kedengaran Nadiah bertanya.

Sekali lagi fikiran nakal Faris berfungsi. Berpura-pura adalah jawapan terbaik.

“Biarkan dia rasa dan tahu kekecewaan suaminya…”, bisik hati Faris.

“Awak…dah tidur ke? Cepatnya tidur”, kata Nadiah lalu membawa langkahnya ke katil. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Besar kemungkinan ada sesuatu yang terbit di fikiran Nadiah sehingga mematikan langkahnya.

“Guilty?” tegur Faris di belakangnya membuat Nadiah terkejut lalu menoleh. Tergagap-gagap Nadiah hendak bercakap sehingga Faris meletakan jarinya di bibir Nadiah. Akibat terkejut, tangan Nadiah berada di dada Faris. Perasaan malu yang menyelinap membawa Nadiah menundukan mukanya apabila Faris mula mengusap manja pipinya.

‘Saya tidak akan melanggari janji saya selagi awak tidak merelakannya”, bisik Faris ke telinga Nadiah. Tiada kata yang terkeluar dari bibir Nadiah apabila pandangan mereka bertemu kembali. Sekali lagi Nadiah cuba bersuara namum ianya tersekat-sekat. “Ishhh…” sekali lagi Faris meletakan jari di bibirnya.

“I’m sorry”, kata Nadiah sebaik saja dia mengalihkan jari Faris dari bibirnya. Ketika itu Nadiah tidak berani untuk menentang mata dengan Faris akan tetapi dengan perlahan merapatkan pelukannya di pinggang Faris.

Tidak Faris tahu apakah perlakuan Nadiah ini sebagai tanda keizinan diberi. Buat seketika Faris membiarkan Nadiah begitu dan juga mengemaskan pelukannya kepada Nadiah. Dalam pada itu Faris mengesyaki ada rasa bersalah di hati Nadiah kerana tidak bersedia walaupun pernikahan ini adalah dari kerelaannya. Masih terlalu awal juga untuk Faris meminta atau memaksa Nadiah untuk berterus terang kerana itu setiap peluang yang datang Faris cuba cungkil isi hati isterinya melalui jenaka dan usik mengusik.

Terkejut dan berkocak jantung Faris apabila Nadiah dengan perlahan meleraikan pelukannya lalu memimpin tangan Faris ke katil. Langkah Faris terhenti, memaksa Nadiah menoleh. Pandangan Faris beri tepat ke anak mata isterinya untuk mencari jawapan pasti kerana walau apapun Faris tidak mahu Nadiah memberi keizinan hanya kerana rasa bersalah dan sekadar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Lega hati seorang suami apabila melihat senyuman isterinya. Tiada sepatah kata yang terkeluar dari bibir Nadiah di saat itu. Keyakinan Faris masih belum berpijak ketika Nadiah berpaling. Kakunya Faris di situ memaksa Nadiah menoleh kembali dan dengan perlahan dia memegang kedua belah tangan Faris dan menjengkit sedikit untuk berbisik sesuatu.

“I’m yours too’, Faris membalas bisikan isterinya lalu malam mencatitkan kisah mereka.

*****

Pagi adalah permulaan hari yang indah, terbit dari keindahan mimpi di malam hari. Begitu jugalah yang Nadiah rasakan. Hari ketiga di alam rumahtangga dan Nadiah mengucapkan berbanyak-banyak syukur kerana sudah dapat menyempurnakan sebahagian dari tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dalam ragu yang masih bertapak, dalam rasa tidak menentu dan hati yang masih belum pasti, Nadiah bermohon agar dirinya diberikan kekuatan dan ketabahan mengharungi rasa yang tidak pasti ini semoga kepastian bertapak jua suatu hari nanti.

Berbagai-bagai rasa bermain difikirannya dan dadanya berdebar-debar apabila kisah semalam menerjah. Hanya Allah saja yang tahu perasaan hatinya apabila dia memberanikan diri berhadapan dengan Faris di awal pagi ini dan paling memeranjatkan Nadiah apabila Faris memastikan kebersihan dirinya sebelum subuh tadi. “Ya Allah…usia pernikahan ini baru saja 3 hari dan aku bermohon padaMU semoga kebahagiaan yang terdetik ini adalah rahmat dariMU…Aameen”, bisik Nadiah semasa menyediakan sarapan nasi lemak pagi itu.

Debaran pertamanya sebagai seorang isteri telah dilalui, seterusnya memastikan perut suaminya berisi. Hidangan nasi lemak adalah yang paling mudah dan ringkas kerana itulah makanan pertama kegemaran Faris yang Nadiah ketahui. Cuma untuk hari ini Nadiah tidaklah dapat menyediakan sambal sotong dan digantikan dengan udang.

“Good morning princess”, ucap Faris lalu memeluk pinggang Nadiah dari belakang. Dengan manja juga Faris menongkatkan dagunya di bahu Nadiah.

“Good morning”, jawab Nadiah perlahan. ”Jom breakfast”, pelawa Nadiah seterusnya apabila melihat Faris tidak menunjukan sebarang tanda mahu melepaskan pegangannya.

“Sedap nampaknya sambal udang tu. Beli kat mana?” tanya Faris.

“Tolong cakap elok-elok sikit ya. Penat saya masak tau” kata Nadiah sambil menarik muka masam.

“Lah, awak kan cakap dulu tak pandai masak. Sebab tu saya ingat awak beli” Faris terus mengusik Nadiah lagi. Tindakan Nadiah untuk melepaskan diri terbantut apabila Faris meminta menyuapkan seekor udang. Mukanya sudah dirasa tebal menahan malu lebih-lebih lagi sengaja Faris memainkan bibirnya di telinga dan tengkuk Nadiah.

“Alah setakat masak nasi lemak apa lah sangat. Lagipun tak nak awak put high expectation on me” kata Nadiah sambil menoleh sedikit untuk menyuapkan udang ke mulut Faris.

Senyum nakal Faris mengiringi selepas itu dan sekali lagi ciuman Faris beri di leher, tanpa sempat Nadiah mengelak. Geram sudah hatinya dengan perangai Faris yang terlebih manja pagi ini. Sesungguhnya telahan Nadiah sebelum ini bahawa Faris anak dan adik yang manja ternyata benar.

“Sedap”, kata Faris sepatah. Pujian Faris disambut dengan senyuman dan Nadiah kalah lagi apabila Faris beria mahu menyuapkan nasi ke mulutnya.

“Alhamdulillah”, tiga hari pertama yang amat mengembirakan dalam hidup Nadiah. Walaupun makin geram dengan kenakalan Faris yang tidak henti-henti mengusiknya, ketiadaan Faris bersamanya untuk mengemas barang-barang di rumah lamanya mengundang rasa sunyi,

“Eh..cepatnya aku rasa sunyi”, getus Nadiah di hati. “Atau apakah ini rindu?”, bentak Nadiah lagi sendiri. Marah dengan perasaan yang datang. Namun demikian senyuman yang menguntum pasti ada tanda bahagia apabila telefonnya berdering dan nama Faris yang tertera.

Percutian singkat mereka akan berakhir esok dan hari ini Nadiah kena pastikan kebanyakan dari barang-barangnya mesti dibawa ke rumah Faris. Penyesuaian dirinya bersama Faris juga sudah berada di tahap selesa. Walaupun sesekali perasaan kekoknya ada akan tetapi dalam masa lebih kurang seminggu ini sikap Faris amat menyenangkan. Segala celoteh dan karenahnya mendapat layanan daripada Faris. Ternyata Faris seorang yang teliti dan pembersih. Rumah sentiasa rapi dari hari pertama Nadiah menjejakkan kaki ke rumah itu. Hadirnya dia ke dalam rumah suaminya bak kata orang “cuci kaki” saja kerana semuanya sudah lengkap.

Semalam sudah berkotak-kotak barang Nadiah dihantar kerumah Faris dan terus disimpan saja ke dalam stor. Permintaan Faris memintanya menghias rumah itu mengikut selera serta citarasanya dan mereka berdua masih lagi Nadiah pertimbangkan. Semuanya sudah sempurna di mata Nadiah. Itulah alasan Nadiah beri kepada Faris apabila tidak menyusun satupun gambarnya ataupun barang perhiasan lain di sudut yang telah Faris sediakan di ruang tamu dan juga ruang rehat rumah teres tiga tingkat itu.

Perasaan takut dikecewakan tetap bertapak di hatinya walaupun sedang bersedia untuk terus melayari hidup bersama Faris. Oleh itu juga hampir kesemua perabut yang mengisi ruang apartmentnya diberikan kepada Ira dan Asma. Terpulanglah kepada mereka untuk memilih yang mana berkenan di hati. Barang-barang tersebut kalaupun dibawa ke rumah Faris akan mencacatkan dekor yang sedia ada. Dalam kegembiraan dan keghairahan di rumah baru bersama suaminya hati kecil Nadiah berdetik supaya tidak jatuh cinta berkali-kali kepada rumah tersebut.

“Haihh…lemas aku”, tempik hatinya dengan perasaan itu lagi.

“Sememangnya kau menduga aku…kaulah perasaan paling tidak adil”, getus hati Nadiah apabila dilanda perasaan berbolak balik tentang statusnya sekarang bergelar isteri dan suri di dalam rumah teres 3 tingkat yang terletak di Kayu Ara, Damansara. Kawasan rumah yang dikelilingi pohon-pohon rimbun memberikan suasana nyaman dan tenteram setiap kali Nadiah berdiri di balkoni biliknya adakala mengocak kegembiraan yang ada dengan berbagai rasa. “Go with the flow Nadiah…ini jalan yang kau pilih”, ucap Nadiah bagi menambah keyakinan diri.

Keseronokan sudah mula Nadiah rasa setiap kali dia ke dapur. Sejak dari
hidangan pertamanya kepada Faris, dapur menggamit kehadirannya. Andainya dulu memasak hampir tiada di realiti hidupnya, sekarang Nadiah kembali membuka buku resipi lamanya demi Faris. Hidangan nasi lemak menjadikan Faris peminat setia masakannya lalu meletakan syarat hendak makan di rumah sentiasa mulai sekarang. Dah terlalu kerap makan kat luar katanya. Selama seminggu ini walaupun adakalanya masakannya termasin, tawar atau kurang “blend”, bawang ditumis terlalu garing cuma belum sempat hangit saja, Faris tetap memberi pujian dan berterima kasih kerana Nadiah sudi masak untuknya dan mencuba. Sebagai isteri kata-kata pujian dari seorang suami merupakan peransang untuknya dan Nadiah mula rasa dihargai. “Not too soon Nadiah”, bisik suara syaitan di hatinya.

Tersedar Nadiah bahawa masih ada suara-suara yang mengganggu lalu mendidik diri beristighfar seperti yang selalu Faris berpesan padanya.

“Baru cuti beberapa hari banyaknya kerja yang tertangguh”, sungut Nadiah apabila dilihat ada beberapa file tersusun di atas mejanya. Badannya pula terasa lenguh oleh kerana berhempas pulas mengemas rumah dan menyusun barang beberapa hari yang lalu. “Do it Nadiah, stop complaining”, tutur Nadiah untuk melawan unsur negatif yang menyerangnya.

“Amboi busy nya kawan aku sorang ni” sapa Ira lalu duduk di hadapan Nadiah.

“Yelah nak harapkan kau, satu benda pun tak settle” bebel Nadiah sambil matanya asyik melihat ke skrin computer.

So how’s marriage life?” tanya Ira mengorek rahsia.

Senyum lebar Nadiah hulurkan kepada Ira sebagai menjawab pertanyaannya. Namun teman yang bernama Ira ini tidak pernah akan berpuas hati walaupun telah dicerita sehingga kering anak tekak. Sengaja Nadiah bernyanyi kecil dan ketuk pen di meja menunjukkan keceriaan hatinya membuat Ira bengkeng.

“Takkan dengan aku pun nak berahsia”, bentak Ira lagi.

Everything is fine, Ira” jawab Nadiah ringkas. “Tentu kau pun ada kerja nak buat dan perlu aku ingatkan rahsia rumahtangga dan suami isteri mana boleh cerita kat orang”, sambung Nadiah panjang lebar sehingga membuat Ira terdiam dan memandang tepat ke wajahnya. “Oh ya sebelum aku terlupa, terima kasih di atas surprise kau dan staff yang lain”, ucap Nadiah apabila teringat tentang sarapan dan nota nakal yang Ira berikan semasa menginap di hotel.

Gurauan serta soalan-soalan Ira yang hampir menyentuh peribadi perkahwinannya membuat Nadiah memberi teguran sinis. Walaupun sebelum ini Nadiah berkongsi hampir kesemua cerita peribadinya namun sekarang sudah ada batasan. Tidak sesekali akan Nadiah ceritakan segala apa yang Ira tanya tadi termasuk bergurau tentang hubungan kelamin di antara dirinya dan Faris. Kata-kata Nadiah sudah membuat Ira tersinggung sehingga Ira sanggup menuduh Faris merubahkan dirinya tidak sampai seminggu. Puas sudah Nadiah yakinkan bukan saja di antara dirinya dan Faris ada transition period bahkan dengan Ira juga perlu ada.

Sekadar tawa kecil Nadiah lepaskan apabila melihat Ira begitu dan seperti anak kecil yang kemarahan, Ira menghentak-hentak badannya apabila Nadiah enggan bekerjasama.

“Macam ni lah Ira…kawin cepat jangan tunggu lagi..rugi besar kalau kau tunggu lama-lama”, tutur Nadiah senada beriring senyum dan tawa kecil.

“Amboi??…apa dah jadi dengan kawan aku ni” jerit Ira terkejut dengan perubahan mendadak Nadiah.

Pendeknya percutian Nadiah dan tiada honeymoon menjadi soalan Ira selanjutnya. Dah berkali Nadiah pesan dalam masa yang singkat ini, Ira seolah-olah buat tidak peduli. Sebaik mungkin Nadiah tidak mahu mengecilkan hati kawan baiknya, cuma kerja yang menanti membuat Nadiah rimas.

“Kau nampak happy sangat…hmm you are falling for him”, Ira masih tidak mahu mengaku kalah. Sekadar ucapan terima kasih Nadiah hulurkan dan dengan baik meminta Ira meninggalkannya dengan kerja-kerja yang ada. Sebaik saja daun pintu ditutup, Nadiah tertanya-tanya di dalam hatinya, adakah benar apa yang Ira cakapkan? Adakah untuk masa yang singkat ini dia bahagia? Kekeliruan datang lagi menghantui fkirannya. Jenuh Nadiah melawan kekeliruan yang datang lalu mengambil dan melepaskan nafas berkali-kali untuk menolak segala rasa sangsi dengan kembali tekun kepada kerjanya.

“Transition period”, itulah keluhan Nadiah apabila di hari pertama kembali bekerja, Faris sudah pulang lewat walaupun tidak mengambil cuti panjang. Kalaulah Nadiah tahu Faris hendak pulang begini lewat tentu dia juga tidak pulang awal tadi.

Dalam dirinya bercakap sendiri ketukan kecil kedengaran dan Faris tersembul di muka pintu dengan wajah keletihan.

“Assalammualaikom…kenapa tak tidur lagi ni?” tegur Faris.

“Wa’alaikomsalam” jawab Nadiah sambil membetulkan duduknya. “Tak mengantuk lagi. How’s your day? Dah makan?”, tanya Nadiah bertubi-tubi kepada Faris.

“Saya dah makan…my day was fine…penat tu biasalah…hmm apa lagi?”, jawapan Faris beri juga senafas dengan senyuman dan wajah manis di mata Nadiah. “Lain kali jangan tunggu saya…awak pun nak kena bangun pagi nak pergi kerja”, sambil mengambil tangan Nadiah dan mengucupnya. Perbuatan Faris memang tidak Nadiah duga dan merasakan dirinya amat bertuah sekali. Senyuman Faris dibalas mesra.

“Bukan kah tanggungjawab seorang isteri untuk tunggu suaminya balik?” soal Nadiah kepada Faris. Kata-kata Nadiah membuat Faris merapatinya. Sebuah kucupan hinggap di dahi Nadiah bersama bisikan “you made me feel special” sebelum meninggalkan Nadiah untuk ke bilik mandi.

*****

Suasana office sudah lenggang kerana ramai sudah pulang namun Faris masih tekun berkerja walaupun jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Hari ini adalah hari ke 3 berturut-turut, Faris berkerja hingga lewat malam kerana mengejar deadline proposal yang mesti disiapkan sebelum bulan puasa. Hanya tinggal 3 hari saja lagi untuk Faris menyiapkan proposal tersebut. Kejayaan yang bakal diraih dari proposal ini merupakan kejayaannya juga dan di kali ini Faris sudah ada teman teristimewa untuk meraikannya bersama.

“Jangan lah balik lambat selalu. Saya bosan duk rumah sorang-sorang” kata-kata Nadia dua hari yang lalu berdendang di cuping telinganya.

Tiba-tiba Faris terkenangkan Nadiah yang sudah pasti berada di rumah sekarang. Hatinya juga tiba-tiba digamit rasa rindu dengan bebelan dan keletah isterinya. Jika sebelum ini pejabat adalah rumah pertamanya namun sekarang dia sudah pandai merasa resah apabila terpaksa bekerja lewat. Secara tiba-tiba juga hatinya meronta-ronta hendak pulang segera.

Deringan telefon mematikan lamunan Faris. Nama Nadiah yang tertera di skrin membuah senyuman di bibirnya. Setelah menjawab salam yang diberi, terus saja Nadiah bertanyakan dirinya sudah makan ataupun belum. Seperti selalunya Faris akan memberi alasan hendak menyiapkan kerjanya dahulu.

“Tolong bukak pintu boleh tak”, pinta Nadiah dan terus saja mematikan talian.

Terkejut dan tercenggang Faris dengan permintaan Nadiah, akan tetapi tetap meluru ke pintu masuk pejabatnya. Berbunga riang hati Faris apabila melihat Nadiah berada di situ dan menunjukan bungkusan makanan.

“Hai…jom makan, saya dah lapar sangat ni”, kata Nadiah sebaik saja Faris membuka pintu. Hati yang berbunga riang bertambah mekar apabila melihat Nadiah membuka bungkusan makanan untuknya dan juga menyediakan secawan air suam.

“Jemputlah makan…yang awak pandang saya kenapa”, tanya Nadiah manja lalu memegang tangan Faris dan menghulurkan sudu kepadanya. Mata Faris masih memerhatikan gelagat Nadiah yang sedang meniup nasi goreng sebelum menyuapkan ke mulutnya.

“Thank you”, ucap Faris sebaik saja menerima suapan Nadiah.

“So sekarang makan ya…saya dah buat open ceremony tu”, gurau Nadiah bersama senyuman melebar.

Sehingga hari ini di antara mereka belum bersuara ataupun duduk bersembang berkaitan soal hati masing-masing. Cara Nadiah hari ini dan hari-hari sebelumnya amat menyentuh jiwa halusnya. Bahkan sejak hari pertama kembali ke pejabat kawan baiknya Ridzwan sudah memberi komen yang terlalu positif.

“Betul ke ni Faris yang aku kenal”, tegur Ridzwan sebaik saja Faris melangkah masuk ke pejabat setelah bercuti beberapa hari. Terlalu aneh dan pelik apabila Ridzwan menyentuh tali lehernya di pagi itu serta memuji kemasan kemeja yang dipakai.

“Sejak bila kau pandai belek aku ni? Kau dah jadi fesyen consultant ke?” bertanya Faris apabila Ridzwan memuji kombinasi pakaiannya di pagi itu.

Beberapa hari yang berlalu tidak akan Faris nafikan merasa bangga apabila asyik mendapat pujian dan kesemuanya kerana Nadiah. Walaupun menyedari masih ada sangsi, kekok, tidak pasti dan berbagai rasa di dalam rumahtangga mereka, Faris bersyukur Nadiah menyesuaikan diri dalam segala hal dengan baik tidak terkecuali di malam ini. Tidak disangka Nadiah begitu mengambil berat tentang dirinya sehingga sanggup datang membawa makanan. Alasan bosan berada dirumah seorang diri adalah alasan paling kukuh yang mampu Nadiah beri, akan tetapi Faris merasakan ada bibit-bibit yang mengatakan telepathy wujud di antara mereka. Di dalam senyap ada signal yang terpancar tanpa disedari dan ada rasa rindu yang menggamit sehingga Nadiah ada di sini.

“Kerja tak pernah akan habis…tapi janganlah sampai abaikan kesihatan”, tutur Nadiah mematikan lamunan Faris. Tidak disangka sempat juga dirinya mengelamun.

“Terima kasih wahai isteriku…”, ucap Faris sekali lagi apabila Nadiah meletakan secawan kopi di depannya. Selesai makan mereka duduk berborak dan Nadiah memberitahu niat dan hasrat ayahnya hendak datang kerumah.

“Saya mungkin kena kerja weekend ni…apa kata kita jemput daddy sekeluarga dan juga mummy next weekend, just before puasa”, ujar Faris memberi cadangan.

Cadangan Faris tidak mendapat sambutan daripada Nadiah tetapi mengomel “kerja…kerja…kerja” dengan memberi jelingan kepada Faris. Hati Faris terus lagi terhibur dengan omelan itu lalu menarik perlahan tangan isterinya dan menggenggamnya erat.

Next weekend will give you ample time to plan…janganlah asyik nak marah saja”, pujuk Faris lalu melepaskan kucupan di tangan Nadiah. Melihat muka Nadiah sudah kemerahan Faris mengusap manja pula pipi isterinya sehingga Faris terlupa langsung pasal kerja dan di mana mereka berada.

“Alamak dah pukul 9.30”, tersentak Faris apabila Nadiah menunjukan jam di hadapannya. Melihat Faris tersentak dengan manja juga Nadiah merapatkan dirinya ke telinga Faris lalu berbisik “I don’t like to be alone” dan sengaja membelai wajah Faris sebelum berlalu pergi. Renungan yang Nadiah beri membuat Faris mencubit sedikit lengan yang membelainya. Tawa Nadiah sudah membuat hati Faris bergetar.

“Hmm…boleh tahan juga nakal isteri aku ni”, bisik Faris di hati. Dengan perlahan Faris merapati tubuh kecil molek itu dan tidak disangka Nadiah terperanjat dengan cuitan Faris beri. Apalagi pucat yang tidak terkata dengan tangan yang terlayang-layang amat sukar untuk Faris menangkapnya.

“Dah lewat ni, jom lah balik. Esok pagi-pagi awak datang, sambung kerja tu” kata Nadiah yang masih memukul manja belakang Faris yang memberi kejutan kepadanya tadi. Mata Faris melirik kepada tangan Nadiah yang memeluk erat tangannya merayu dan merengek supaya Faris tidak menyambung kerjanya di malam itu.

“I will never leave you alone”, sebaris kata dari Faris menghentikan renggekan Nadiah dan pura-pura pula tidak mendengarnya. “Manja”, kata Faris lagi dan mencubit pipi isterinya itu. Lagi Nadiah mengelak lagi Faris mahu mencubit sewaktu mereka berjalan menuju ke kereta.

*****

Sedang Nadiah sibuk vacuum karpet terdengar loceng pintu pagar berbunyi. “Siapa pulak yang datang pagi-pagi ni”, rungut Nadiah lalu menjengah ke tingkap. Kelihatan ibunya yang datang akan tetapi keseorangan saja.

Ketika Nadiah keluar untuk menyambut ibunya sudah bermacam rasa bermain difikiran. Entah kenapa setiap kali berhadapan dengan ibunya pasti ada saja yang akan ditengkarkan. Satu-satunya hari yang tidak terbit perbalahan di antara mereka adalah di hari pernikahan dan persandingannya.

Belumpun sempat kata-kata Nadiah surut dalam ruang fikirnya, hati Nadiah sudah panas apabila melihat berbagai jenis lauk tersedia di dalam bekas yang dibawa oleh ibunya. Ada sambal tumis udang, masak lemak nangka dan asam pedas ikan merah. Tidak pernah Nadiah sangkal ibunya pandai memasak dan kesemua lauk yang dibawa adalah kegemarannya akan tetapi kenapa ibunya perlu bersusah payah begini? Tempik Nadiah lagi di hati.

“Kenapalah mummy bersusah masak semua ni…pagi-pagi pulak tu”, rungut Nadiah.

“Mummy, masakkan untuk Nadiah dan Faris. Takkan hari-hari nak makan kat luar” kata ibunya penuh yakin. Kata-kata itu tidak menanti lama untuk menyalakan api kemarahan di dalam diri Nadiah.

“Mummy…I am not a 5 year old. Mummy ingat Nadiah tak masak ke? Mungkin Nadiah tak pandai masak semua lauk-lauk ni tapi Nadiah masak untuk suami Nadiah hari-hari” kata Nadiah dengan nada geram.

“Nadiah masak?” tanya Puan Rahimah penuh terkejut.

“Banyak benda yang Mummy tak tahu pasal Nadiah. You always make assumptions and underestimate me. Why? Sebabnya Mummy tak pernah nak ambik tahu pasal anak sendiri kan? Mummy selalu ingat mummy tahu segalanya” jawab Nadiah penuh emosi.

“Terima kasih mummy sebab sudi masakkan untuk kami. At least Nadiah doesn’t have to cook tonight” tiba-tiba Faris berkata yang entah muncul dari mana.

Oleh kerana berkecil hati dengan sikap ibunya sepanjang hari hidup Nadiah tidak keruan. Hilang sudah moodnya untuk mengemas rumah lalu dibiarkan Faris menyambung segala kerja. Ketika menyiapkan hidangan tengaharipun hatinya makin panas apabila melihat lauk pauk yang dibawa oleh ibunya pagi tadi. “Takkan hari-hari nak makan kat luar” kata ibunya terngiang kembali. Sedap manapun lauk yang ada selera Nadiah tertutup untuk hari itu.

“Sudah-sudah lah tu muncung” pujuk Faris kepada Nadiah semasa mereka menonton television sebelah malamnya. Sepanjang hari Faris membiarkan Nadiah dengan dunianya sendiri tanpa berkata apa. Begitu juga dengan Nadiah yang tidak berusaha atau cuba mencurah rasa kepada suaminya itu. Hati Nadiah masih sakit setiap kali terkenang yang ibunya terperanjat bahawa dia menyiapkan dan masak untuk suaminya setiap hari.

“Kenapa masih nak marah ni. Mummy bawa lauk-lauk tu sebab dia sayang awak. Takut anaknya teringin nak makan. Jangan lah sebab perkara kecik macam ni awak nak bermasam muka dengan mummy. Awak patut bersyukur masih ada mummy yang ambik berat pasal awak” kata Faris panjang lebar.

“Sekarang baru nak ambik berat? Mana mereka 10 tahun yang dulu?” jerit Nadiah dalam nada yang tersekat-sekat. Sepanjang hari juga dia bertahan untuk tidak menumpahkan airmatanya di hadapan Faris semata-mata tidak mahu Faris mencungkil lebih dalam kisah silam dan keluarganya akan tetapi ia tidak dapat dibendung lagi.

“Sekurang-kurangnya awak masih ada peluang kedua. Cuba tengok saya ni, dah tak ada mak bapak, dah tak ada kesempatan nak bermanja dengan mereka” pujuk Faris bersama nasihat. Nadiah hanya membisu dan mengesat airmatanya yang tetap tumpah. Matanya terus saja memandang television walaupun hati dan tumpuannya entah hilang ke mana.

‘Itulah…untungnya saya jumpa awak, adalah sekarang tempat nak bermanja” kata Faris lalu melentukkan kepalanya di bahu Nadiah.

“Eeee…jangan nak mengadalah” kata Nadiah dengan geram dan mencubit lengan Faris.

“Aduh, garangnya…sampai saya nak bermanja pun tak boleh?” ujar Faris sambil mengosok-gosok lengannya yang dicubit Nadiah.

Ajakan Faris untuk masuk tidur menerima penolakan keras daripada Nadiah. Lembut tangan Faris yang memegang tangannya direntap kasar. Akhirnya Faris berlalu meninggalkan Nadiah keseorangan. Terdengar juga Faris mengeluh dan berkata “boleh tahan juga degilnya”, namun Nadiah tetap mematikan diri.

Semenjak menjadi isteri Faris secara tidak langsung Nadiah menyedari senang rasa bersalah apabila menyakiti hati suaminya. Kini perasaan bersalah menghantuinya apabila membiarkan Faris sendirian di bilik.

“Kenapalah suami aku jadi mangsa. Bukan salah diapun, nasib baik dia ada kalau tak kau nangis sorang-sorang tadi”, Nadiah bermonolog dengan dirinya. Terlalu menyedari bahawa dia tidak patut berkasar terhadap Faris dan setelah puas berperang dengan perasaannya, Nadiah melangkah kaki ke bilik tidur mereka.

“Buat-buat tidurlah tu”, ngomel Nadiah dengan kuat sambil menepuk-nepuk bantalnya. Tiada sebarang reaksi daripada Faris membuat Nadiah bengang. Perasaan marah yang masih bersarang sengaja Nadiah rebahkan diri dengan kuat namun tidak diendahkan oleh Faris.

Mati sudah akal Nadiah apabila Faris tidak bergerak atau memandangnya. Lama dia berbaring mencari akal supaya Faris memusing badan ke arahnya. Tetap tiada jawapan. Dapat Nadiah rasakan yang Faris belum lagi tidur tapi pura-pura saja kerana tidak mahu melayan kerenahnya.

“Awak dah tidur ke?” bisik Nadiah kepada Faris lalu merapatkan badannya ke tubuh Faris. Bisu saja yang Nadiah terima. Sekali lagi Nadiah menanti dan merenung tubuh suaminya di sisi yang masih membisu.

“Awakkk…saya tak boleh tidur lah. Nak pinjam lengan boleh?” rengek Nadiah penuh manja. Tak sampai seminit kemudian Faris memusingkan badannya menghadap Nadiah dan mendepangkan tangannya. Nadiah tersenyum girang dan merebahkan kepalanya di lengan Faris.

*****

“Good morning Daddy” ucap Nadiah dengan riang dan nyaring kepada ayahnya.

“Good morning my dear” balas Dato’ Malek kepada anaknya. “Ceria sungguh anak daddy hari ni”, usik Dato’ Malek apabila melihat Nadiah begitu ceria sekali di awal pagi.

Kata-kata ayahnya itu disambut girang oleh Nadiah kerana dia sendiri tidak tahu apa yang membuatkan hatinya begitu gembira di pagi ini. Apa yang pasti pagi ini adalah seperti hari-hari lain juga, menunaikan solat subuh bersama Faris, menyediakan sarapan dan pakaian Faris serta mengemas rumah ala kadar sebelum ke pejabat. “Alhamdulillah” itulah ucapan yang terlahir dari bibirnya.

“Nadiah”, panggil Dato’ Malek sebaik saja Nadiah hendak berlalu pergi. “We need to discuss about Project Medic. See me at my office ok” pesan Dato’ Malek kepada Nadiah.

“Ok boss, in 15 minutes” jawab Nadiah dan terus berlalu.

Sebaik sampai, Kak Asma setiausahanya menerangkan jadual kerja Nadiah untuk hari ini. Sepantas kilat Nadiah menarik nafas lega kerana jadualnya tidak padat. Selain perbincangn dengan ayahnya, hanya ada satu mesyuarat dengan client sebelah pagi dan yang paling menyeronokan ianya hanya di pejabat Malek and Co, tidak perlu keluar. Tanda pulang awal sudah terlekat di dahinya dan sudah mula berangan untuk masak apa juga malam nanti.

“Nadiah…don’t wait for me tonight ya…saya balik lewat”, teringat Nadiah pesanan Faris pagi tadi lalu mematikan angan-angannya.

“Alah tak guna aku masak. Faris bukan makan kat rumah pun” ngomel Nadiah sendiri.

“Jangan buat nakal lagi macam aritu”, pesan Faris lagi sambil memicit hidungnya. Tersenggeh-senggeh Nadiah apabila teringat Faris dan gurauannya.

“Makin berseri-seri Puan Nadiah kita…” tegur Kak Asma membuat Nadiah terasa malu.

“Mana ada, biasa aje” kata Nadia malu-malu.

“Janganlah nak berdalih-dalih, akak tahu lah korang masih dalam honeymoon period. Baru seminggu kahwin” usik Kak Asma lagi. Terasa merah padam muka Nadiah dengan usikan tak henti dari Kak Asma.

Lega sudah hatinya apabila perbincangan dengan ayahnya mengenai Project Medic dan isu berkaitan dengannya dapat diselesaikan. Selepas ini hanya perlu meminta Ira menyiapkan lapuran perbincangan dan diserahkan kepada klien. Tanpa Nadiah sedari dia menyanyi kecil semasa mengemas dan menyusun kertas-kertas dan fail yang ada dan yang paling Nadiah tidak sedar ayahnya sedang memerhatikan perlakuannya.

“Anak daddy ni makin berseri…makin ceria…makin fokus dan makin cantik”, puji ayahnya. “So…how’s life”, bertanya pula Dato’ Malek. “Or shall I ask..how’s marriage life?” gurau pula Dato’ Malek.

“Alhamdulillah…everything is good”, jawab Nadiah penuh senyuman.

Mereka berbual seketika lalu Nadiah teringatkan cadangannya bersama Faris untuk menjemput ayah, ibu dan keluarga datang ke rumah pada hari Sabtu nanti.

“Oh ya daddy…sebelum terlupa…dinner at our house this Saturday ya”, ujar Nadiah kepada ayahnya. Untuk seketika ayahnya memberikan pandangan seolah tidak percaya kepada Nadiah di atas jemputan itu. Berkali-kali ayahnya bertanya apakah dia tidak silap mendengar lalu menjadikan Nadiah hairan. Selepas anggukan yang tidak tahu sudah berapa kali ayahnya melepaskan tawa seolah-olah jemputan itu menggelikan hatinya. Giliran Nadiah pula menjadi hairan bagaikan ajakannya tadi adalah satu gurauan.

“Lahhh…daddy bergurau saja aritu. Tapi kalau dah betul Alhamdulillah, kecil tapak tangan Stadium Bukit Jalil daddy tadahkan”, kata Dato’ Malek masih tertawa kecil. “Siapa lagi yang Nadiah jemput”, tanya pula Dato’ Malek seketika kemudian.

“Cuma daddy and family dan mummy with her husband”, jawab Nadiah. “Kenapa daddy ni? Ketawa pulak bila Nadiah jemput”, muncung sudah mulut Nadiah apabila ayahnya masih lagi ketawa.

Tiada jawapan yang Nadiah terima dari pertanyaannya akan tetapi apabila ayahnya datang menghampiri, Nadiah tergamam. Lebih menghairankan apabila ayahnya memegang kedua belah pipinya dan memberi ciuman di ubun-ubunnya.

“I’m happy for you princess”, sebaris kata ayahnya itu terus menangkap sayu di hati Nadiah. “Princess” sudah lama hilang dari bibir ayahnya apatah lagi dari kamus hidupnya. Perkataan itu timbul kembali apabila bergelar isteri kepada Faris kerana Faris terlalu gemar memanggilnya begitu.

Namun di saat ini Nadiah sedar perbezaan ketara di antara keduanya. Kepada Faris adalah kemanjaan yang ditunjukan kepada isteri dan kepada ayahnya adalah kerinduan yang mungkin telah lama terpendam. Hati Nadiah amat tersentuh dan apabila dia mendongak untuk memandang ayahnya ternyata mata lelaki itu nampak kemerahan dan berair. Usapan manja di rambutnya adalah tanda kerinduan itu lalu Nadiah menyembamkan mukanya keperut ayahnya seperti anak kecil. Usapan yang masih ada membawa ingatan Nadiah ke zaman anak-anaknya.

Panggilan “princess” bergema di seluruh anggota badannya apabila terbayang dirinya berlari di pantai, bermain “roller blade”, naik buaian sehingga waktu menghilangkan perkataan itu dari hidupnya. Ketika berusia 17 tahun dan pertama kali dikenalkan kepada ibu tirinya dan menghantar mereka berdua ke lapangan terbang. Seperti hari ini ayahnya mengusap lembut rambutnya dan berbisik “you are still my princess…you will always be”. Sepuluh tahun lamanya perkataan itu hilang dan di hari ini ia kembali, seolah-olah ada cerita di sebaliknya akan tetapi buat masa ini Nadiah gagal mencari jawapan.

*****

Memerhatikan dan mendengar curahan hujan di balkoni biliknya, perasaan sunyi datang kembali. Perasaan itu membuat Nadiah resah dan adakalanya menjadi pelik sejak bergelar isteri. Ketiadaan Faris di rumah malam ini benar-benar membuat Nadiah rasa keseorangan dan terlalu sunyi.

Jika dahulu dia amat rimas berkongsi rumah apatah lagi bilik dengan orang lain, namun sekarang dia sudah dan amat merindui teman serumahnya. Kesunyian ini makin dirasa apabila mengenangkan apa yang terjadi pagi tadi di antara ayah dan dirinya. “Kenapa pulak ni, selama ini pun aku tinggal seorang diri tidak pulak merasa sunyi atau bosan macam ni sekali”, pertanyaan timbul dalam diri Nadiah.

“Eh ini gambar-gambar lama aku” kata Nadiah apabila matanya terlihat frame gambar-gambar yang tergantung di sepanjang dinding tepi tangga rumahnya.

Terkejut dia melihat gambar-gambarnya semasa kecil sehingga lah ketika di UK cantik tersusun bersama-sama gambar-gambar Faris. Perlahan-lahan Nadiah mengamati kesemua gambar tersebut dan sudah tentunya ini semua kerja Faris. Akan tetapi Nadiah menjadi bingung apabila mula tertanya bila Faris menyusunnya dan macam mana dia tak perasan langsung.

“Princess…mana kotak yang tersimpan gambar-gambar awak tu”, tanya Faris sewaktu mereka membelek gambar perkahwinan mereka. Di hari itu Faris beria memujuk supaya menyusun gambar lamanya di ruang hiasan yang masih kosong. Berbagai alasan Nadiah beri termasuk malas hendak menyelongkar stor nanti penat nak susun balik. Dengan alasan itu juga berbagai nama timangan Nadiah terima dalam sehari…”intan payung”, “buah hati”, “kekasih hati pengarang jantung” yang hujungnya mesti ada “Faris”. Tidak kurang juga panggilan “princess” yang tidak putus-putus.

Kesunyian Nadiah terubat tatkala meniti memori hidupnya disamping menghayati koleksi Faris. Semasa melangkah masuk ke rumah ini detik hati Nadiah mengatakan Faris punya splendid and excellent taste bermula dari hiasan dalaman dan juga sebentuk cincin sebagai tanda ikatan pernikahan mereka. Seterusnya Nadiah mengenali Faris seorang yang pembersih, tertib dan tidak kurang loyar buruk dan manjanya. Di hari ini Nadiah mengenali Faris sebagai seorang yang menghargai segala apa yang dia ada dan pernah ada seperti potret kedua orang tuanya yang besar tergantung di ruang tengah rumah ini.

Walaupun Faris sudah berjaya di dalam kerjayanya dan memperolehi pendapatan lumayan dan stabil, kampung halaman serta nostalgia zaman kanak-kanaknya tidak pernah dilupakan. Tidak berani untuk Nadiah mengakui mengenal Faris dengan dalam namun pelayaran rumahtangga yang baru bermula ini memberikan Nadiah peluang meniti kembali zaman kecil dan remajanya.

“Semua orang buat kesilapan. Semua orang ada sejarah mereka…Nadiah, akan tetapi tidak ramai yang punyai peluang kedua. So give that chance to mummy and to you too”, teringat kembali kata-kata memujuk Faris kepadanya tempohari.

Kata-kata itu sebenarnya mengundang banyak pertanyaan dalam diri Nadiah tentang kehilangannya. Dahulu dia pernah ada kampung halaman, ada saudara mara dan atuk serta nenek yang memanjakan dirinya. Perpisahan ibu bapanya menghancurkan segala impian seorang gadis yang sekarang telah hilang ditelan waktu. Kenangan yang dititi malam ini dengan kesungguhan seorang suami menitiskan airmata Nadiah. Sudah lama dibiarkan perasaan ini menjerut tangkai hatinya dan Faris membukanya kembali.

Kepulangan Faris malam itu tidak dinanti dan disambut oleh Nadiah. Entah kenapa dia ingin saja memerap diri di dalam bilik sehingga Faris pulang. Bahkan Nadiah tidak sedar kepulangan Faris sehingga pintu bilik diketuk, cepat-cepat Nadiah menyeka airmatanya. Seperti biasa Faris akan memberikan salam dan Nadiah menghulurkan tangan menyambut kepulangan suaminya. Hari ini juga begitu cuma Nadiah gagal menyembunyikan matanya yang merah dan muka monyoknya.

“Kenapa monyok saja ni?”, tanya Faris penuh kebimbangan. “Awak menangis? Kenapa? Tak sihat ke? Atau saya ada buat salah?” bertubi-tubi pertanyaan Faris dan hanya gelengan kepala Nadiah berikan.

Tersekat-sekat suara Nadiah memberitahu Faris apa yang membuatnya sedih.

“Saya minta maaf. Tidak terniat di hati saya nak buat awak sedih. I just want you to feel at home and accepted”, terang Faris dengan tenang. “Esok saya turunkan ya”, ujar Faris sebelum sempat Nadiah berkata apa.

“Eh jangan….please don’t, it looks good up there. Saya yang terlebih emotional tadi”, jawab Nadiah bersungguh-sungguh. “Thank you”, ucap Nadiah dengan secebis senyuman.

Senyuman Nadiah berbalas bersama kucupan di pipi dan ucapan selamat malam sebelum Faris meninggalkannya untuk membersihkan diri.

*****

Hujung minggu datang lagi dan Sabtu ini akan menguji kecekapan dan kepandaian Nadiah dalam segala hal. Hari ini adalah percaturan Nadiah sebagai anak yang menjemput ibu ayah datang ke rumah. Sebagai semuanya ada permulaan, begitu juga dengan pengalaman pergi ke pasar untuk membeli ikan, ayam, sayur-sayuran dan keperluan lain untuk jamuan malam nanti. Beberapa hari yang lalu Nadiah sudah membelek kembali buku notanya yang usang yang dijadikan buku resepinya. Oleh kerana jemputan kepada ibu dan ayahnya serta keluarga untuk makan malam ingin Nadiah pastikan kombinasi lauk yang dihidang sesuai dan menepati selera semua.

Tentang selera Faris sudah Nadiah faham serba sedikit dan begitu juga ayah dan ibunya. Yang menjadi kebimbangan sedikit adalah untuk suami ibunya dan juga adik-adik tiri serta ibu tirinya. Puas Nadiah menyusun menu dan berangan-angan apabila tawa Faris mematikan lamunannya. Apabila Nadiah berpaling dilihatnya Faris sedang membelek buku resipinya yang lusuh dan usang.

“Resepi telur dadar kenapa tak salin?” tanya Faris dalam tawanya sehingga badan terhenggut-henggut terlalu menyakitkan telinga Nadiah. Sengaja pula Faris meneruskan tawanya apabila Nadiah sudah mula menggigit bibirnya menahan geram dan marah.

“Nasib baik ada buku ni tau…dah sepuluh tahun saya simpan dan banyak baktinya pada saya”, jawab Nadiah dengan muncung yang panjang. Dalam geram sempat jarinya mencubit Faris.

“Awak nak saya makan sepuluh pinggan nampaknya ni”, kata Faris penuh teruja dan nampak seakan menelan airliurnya sambil terus membaca menu yang Nadiah cadangkan.

Giliran Nadiah pula ketawakan Faris apabila asyik menelan airliurnya dan membaca berkali-kali cadangan menu yang ada. Di malam Sabtu nanti Nadiah bercadang untuk masak sambal tumis udang, masak lemak daging salai cili padi, kerabu mangga, sayur campur dan ayam goreng. Demi menjaga hati ayah dan ibu tirinya Nadiah berjanji akan bertanya apakah lauk kegeraman Nazim dan Nizam.

“Apa kata kita tukar daging salai kepada ikan sembilang salai”, ujar Faris memberi cadangan. Alasan Faris untuk menukar daging kepada ikan adalah kerana telah ada ayam goreng.

“Hmm bagus jugak tu…lagipun setahu saya awak hanya akan suka sambal dan sayur campur”, kata Nadiah menyetujui cadangan Faris.

Sepantas kilat Nadiah memberitahu Faris bahawa hari Rabu nanti dia akan ke Kuala Pilah dan akan cuba dapatkan ikan sembilang salai di sana. Terkejut juga Faris mendengarkan yang Nadiah sudah tahu di mana untuk mendapatkan bahan utama untuk masak lemak cili padinya. Lalu Nadiah terangkan idea masak lemak itu datang semasa bercakap-cakap dengan Ira dan Kak Asma pula menyampuk ada beberapa buah gerai di Kuala Pilah dan juga Nilai sudah ada khidmat menjual barang-barang tersebut. Jaminan juga Kak Asma beri yang semuanya itu bersih, baru dan segar.

Berbekalkan keyakinan beserta semangat yang Faris berikan dan bantuan yang tidak terkira di hari ini, mereka berdua berjaya menyiapkan menu yang dirancang. Sikap ringan tulang Faris memudahkan kerja Nadiah kerana Faris berjanji akan memotong buah dan menyiapkan air minuman juga nanti.

“Sedapnya masakan isteri abang nie…makin tak makan luar lah jawabnya”, puji Faris sewaktu merasa masak lemak cili padi ikan sembilang. Kembang kempis hidung Nadiah menerima pujian suaminya itu dan merah padam juga menahan malu apabila terlalu dipuji dan nakal Faris yang asyik mengusik dirinya yang sudah berpeluh-peluh dan mengadu tangan pijar kerana menumbuk cili padi tadi.

“Betul ke sedap masakan aku ni?” tanya Nadiah dengan gusar di hati. Selain memotong buah, bancuh air dan menggoreng sayur serta ayam, menu utama dan kerja-kerja lain siap menjelang 5 petang. Walaupun ayahnya memberi jaminan Nazim dan Nizam gemar lauk ikan sembilang, Nadiah tetap menyediakan ayam goreng masak kicap kerana bimbang adik-adiknya tidak tahan pedas.

Sudah terlalu lama mereka sekeluarga tidak bersolat jemaah dan malam ini Nadiah rasa amat bertuah sekali. Dalam kekok dan teruja menyediakan hidangan untuk keluarganya, Faris menyarankan supaya mereka berkumpul sebelum Maghrib agar dapat berjemaah dan terus menikmati jamuan selepas itu. Selaku tuanrumah Faris menjadi imam mereka dan ketika qamat dibaca mata Nadiah dan ibunya berpandangan. Gerak bibir ibunya yang dapat Nadiah tangkap adalah you are lucky and bless. Walaupun tidak pasti akan kata-kata itu Nadiah mengucapkan syukur di atas segalanya. Airmatanya bergenang juga apabila Faris membaca doa dan menyampaikan rasa syukur ke hadrat Allah kerana dapat berkumpul di malam ini.

“Amboiii banyaknya lauk”, ujar Dato’ Malek penuh teruja sebaik saja tiba di meja makan. Dari dapur Nadiah terdengar soseh-soseh di ruang makan namun di biarkan dahulu kerana masih ada beberapa ketul ayam yang perlu digoreng. Hati Nadiah juga berasa tenang dan kurang kekok kerana ayah tirinya tiada bersama di malam ini kerana outstation. Walaupun masih rasa kurang yakin dengan masakannya akan tetapi sebaik saja mukanya tersembul dari dapur alangkah terperanjat dirinya apabila melihat semua sudah menjamah masakannya.

“Lauk kakak sedap’, puji adiknya Nizam yang berumur 6 tahun itu dengan mengangkat ibu jari.

“Masak kicap kakak lagi sedap dari ibu masak”, sampuk pula Nazim.

Terkedu Nadiah dengan pujian tersebut lalu tidak tahu hendak buat macam mana. Ucapan terima kasih yang Nadiah beri pun sudah jadi tergagap. Nasib baik Faris ada dan menyelamatkan keadaan. Makin tidak menentu rasa di hati Nadiah apabila Faris menarik kerusi untuknya dan menyokong kata-kata Nizam dan Nazim. Tawa-tawa kecil yang kedengaran membuat Nadiah tidak tahu untuk handle the situation. Berdebar pula dadanya bila pujian terus diterima.

“Memang betul kata adik-adik…sedap masakan Nadiah. Sampai hati selama ni tak nak kongsi dengan kami”, seloroh Maria, ibu tirinya pula. “Daddy dengan mummy pun tak tahu…ni betul simpan bakat untuk suami”, seloroh lagi ibu tirinya lalu dipersetujui oleh daddy dan mummy.

“Sebab itulah saya tak nak makan di kedai lagi…”, Faris pula menyampuk perbualan yang ada. “Sedapkan daddy?” tanya Faris pula kepada ayah mertuanya.

Hanya anggukan kepala saja yang diberi oleh Dato’ Malek kerana masih mengunyah makanan. Sempat juga Nadiah menendang kaki Faris di bawah meja kerana dia tahu suaminya itu sengaja menambah asam garam dan seronok mengusiknya.

Kata-kata pujian masih lagi diterima lebih-lebih lagi Nizam dan Nazim kata mereka makan banyak malam ni. Barulah Nadiah tahu bahawa adik-adiknya gemar akan masak lemak cili padi, tak kisah apa saja asalkan cili padi. Mengikut kata ibu tirinya kalau boleh tiap-tiap hari nak lauk lemak kuning. Jujurnya teramat jarang Nadiah berbual dengan ibu tirinya akan tetapi malam ini semacam ice breakers di antara mereka. Dari topic masak hinggalah ibu tirinya bertanya tentang kerja dan bagaimana menyesuaikan diri di alam rumahtangga.

“Hai Dato’…hujan ribut lagikan berhenti”, seloroh Puan Rahimah apabila melihat Dato’ Malek enak menikmati agar-agar buah yang Nadiah buat.

“Bior le Cik Rahimah oii…bukan senang nak dapat anak kita masak”, sahut pula Dato’ Malek.

“Untung Faris…tengok daddy berselera sungguh makan malam ni”, sambung Maria sambil mengurut perlahan belakang Nadiah.

“Habislah aku malam ni kena buli ngan Faris”, gerutu Nadiah di hati apabila ibu serta ibu tirinya asyik bergurau sesama sendiri melihat selera makan ayahnya. Lagi membuat Nadiah terkaku apabila melihat Faris bermain ‘play station” dan melayan Nizam dan Nazim. Mereka bertiga begitu mesra seolah sudah kenal lama. Dari apa yang Nadiah perhatikan Faris sememangnya rajin melayan budak-budak dan kerana itulah juga anak-anak buahnya begitu rapat dan mesra dengan Ayah Chu mereka.

“Pandai Faris layan budak-budak…agak-agaknya bilalah kami ni dapat timang cucu”, gurau ibu tirinya membuat Nadiah buntang biji mata. Tidak berlintas dan terfikir di otak kepalanya tentang anak dan keluarga. Usia perkahwinannya dengan Faris baru nak mencecah 3 minggu. Belum seharipun mereka duduk berbincang tentang diri masing-masing dan perancangan masa depan. Mereka berdua hanya mengikut arus buat masa ini dan setiap hari mereka belajar mengenal diri masing-masing dengan apa yang berlaku. Di hujung matanya Nadiah menangkap senyuman dan tawa Faris apabila gurauan Maria, ibu tirinya disambut baik oleh ibunya pula.

“Tolonglah doakan sama,” ujar Faris sambil menjeling ke arah Nadiah.

Sungguh Nadiah tidak sangka perjumpaan keluarga malam ini amat berbeza daripada perjumpaan sebelumnya. Sememangnya berbeza sehingga Nadiah bagai dirasuk selepas mereka bersurai di malam itu. Perkataan yang asyik berdengung di telinga Nadiah adalah “anak” sehingga dia naik seram untuk memandang Faris. “Me as a mother? Oh no…I’m not ready to be a mom…budak-budak nak dekat ngan aku pun susah” dengus Nadiah tidak henti.

“We need to talk about anak” tiba-tiba Nadiah bersuara sehingga membuat Faris terkejut dan memandang Nadiah dengan berkerut dahi penuh tanda tanya.

“Apahal pulak ni..angin tak ribut tak tiba-tiba nak cakap pasal anak”, kata Faris lalu meminta Nadiah duduk di sebelahnya.

“Saya tak ready lagi nak ada anak. Lagipun kita baru kahwin dan masih dalam proses nak kenal diri masing-masing. Awak pun tahu kan I am not good with kids” terang Nadiah dengan laju.

Gelak tawa Faris membuat Nadiah resah kerana tidak tahu di manakah Faris berada di masa itu. Usapan yang Faris beri menambah goyah hatinya. Pandangan Faris redup apabila mereka berpandangan. Tawanya sudah reda dan helaan nafas yang Faris ambil pula makin membuat Nadiah resah. “Janganlah Faris kecik hati dengan aku…tolonglah Ya Allah”, doa Nadiah bersungguh-sungguh.

“Baiklah Puan Nadiah” jawab Faris dengan ringkas sambil membelai rambut Nadiah.

“Jadinya awak ok lah ni?” tanya Nadiah meminta kepastian. Nadiah menelan air liur bila mendengar jawapan Faris.

“Ok… kalau itu yang awak nak but we’ll see apa rezeki Allah nak bagi kepada kita. Kalau boleh saya nak 4 orang anak tau,” kata Faris dengan senyum lebar dan mencubit sedikit pipi Nadiah.

Walaupun begitu jawapan Faris perlu dicari maknanya. Tidak Nadiah sangka Faris sudah merancang masa depan mereka bersama. Di sebaliknya pula dia tidak pernah memikirkan tentang masa depan mereka. Yang penting buat dirinya sekarang ini dan menjadi agenda utamanya adalah tahun ini dia ada teman untuk menyambut hari raya bersama dan tidak perlu “bergaduh” lagi dengan ayah dan ibunya. Kecut perut Nadiah dan terlalu takut apabila kata-kata Faris datang kembali. “Masa depan”? soalnya di hati.

Sesungguhnya dia amat bersyukur dengan kehadiran Faris serta perkahwinan ini akan tetapi terlalu takut tentang masa depan untuk meletakan harapan yang tinggi. Kekecewaan yang pernah di lalui tidak mahu diulangi, tidak mahu anaknya nanti mewarisi kedukaannya di masa lalu. “Faris”?, ya setakat ini dia seorang suami yang bertanggungjawab, selama dua minggu Faris telah membawa berbagai rasa di dalam hidupnya, akan tetapi adakah ini cinta?”. Terkejut Nadiah dari lamunannya apabila bibir Faris nakal di tengkuknya, beralih ke pipi dan semakin ghairah di sudut bibirnya. “Jom lah tidur” manja Nadiah bersuara lalu menarik tangan Faris.

****

Jam sudah menunjukan pukul 6 petang dan Nadiah sudah merasa rimas kerana menunggu Faris yang tidak sampai lagi. Entah apa mimpi suaminya itu pagi tadi mahu menghantarnya ke pejabat walaupun alasan Nadiah beri ada mesyuarat di pejabat klien nanti. Sejak mereka berumahtangga baru hari ini Faris menghantarnya ke pejabat dan beria-ia sangat pulak tu. Mungkin jugak kerjanya sudah berkurangan minggu ini, Nadiah berteka sendiri.

Berjanji dengan Faris memangnya begitu, lebih-lebih lagi bila kesesakan lalu lintas melanda. Andainya tadi hanya sekadar rimas saja menanti sekarang ini kerisauan melanda. “Eh…manalah dia ni, selalu sangat buat aku susah hati”, keluh Nadiah sendiri. “Janganlah jadi apa-apa kat dirinya…Ya Allah tolonglah reda keresahan hatiku ini”, doa Nadiah.

“Hai Nadiah…apa kabar”, tegur seorang pemuda segak bersuit hitam. Puas juga Nadiah memerhati siapakah pemuda yang menegurnya sebelum membalas teguran mereka. Rupanya yang menegur itu tadi adalah Hisham dan Azlan rakannya semasa di universiti dahulu.

“Eh hai”, jawab Nadiah lalu bersalaman dengan mereka.

“Lama sungguh kita tak berjumpa ya? Last sekali masa reunion dinner lebih kurang 2 tahun lepas”, ujar Hisham.

Setelah bertanya kabar masing-masing, mereka berbual sebentar dan dari situ Nadiah mengetahui bahawa dua orang kawannya masih lagi dan setia bersama Zaid and Co. Semasa menuntut dahulu Hisham dan Nadiah boleh dikatakan akrab juga akan tetapi mereka hanya sebagai kawan. Selepas tamat pengajian dan pulang ke tanahair mereka pernah berjumpa beberapa kali semasa sambutan ulangtahun dan alumni pelajar-pelajar Malaysia, London School of Economics. Selebihnya masing-masing sibuk dengan tugas dan jarang sangat bertanya kabar.

“Jomlah join kitaorang lepak-lepak during weekend”, pelawa Azlan. “You kerja dengan company sendiri tentu tak busy macam kitaorang ni”, sambung Azlan lagi.

“Amboii sedapnya you cakap ya, tahu tak kerja ngan ayah sendiri lagi teruk, tak boleh nak bergerak kemana”, jawab Nadiah dengan geram.

Dalam mereka berbual Nadiah mengerling juga jam di tangan dan hatinya dah makin tertanya-tanya kenapa Faris tak sampai-sampai lagi. Sudah berkali Nadiah cuba menghubunginya akan tetapi semua panggilan terus ke voice mail. Perasaan resahnya juga sudah sukar dibendung dengan kehadiran dua lelaki di hadapannya.

“Kalaulah Faris nampak nanti pasti akan ada soal jawab”, detik Nadiah di hati.

“Tapi aku bukan buat apa-apa pun”, bidas Nadiah kepada suara negatifnya.

“Join us for coffee”, pelawa Hisham. “Or are you waiting for someone”, tanya Hisham lagi.

“No thanks…I tengah tunggu my husband”, jawab Nadiah dengan senyum lebar.

“Itupun dia dah sampai”, sambung Nadiah.

“Hahh…husband?” tanya Azlan dan Hisham serentak.

Hanya anggukan kepala Nadiah beri kepada temannya dan berjabat tangan sebelum beredar. Jeritan Azlan bertanya bila dia kawin sekadar membuat Nadiah menoleh dan melambai tangan.

*****

Kemanjaan isterinya tidak mampu dinafi namun apakah kemanjaan Nadiah itu kepada semua orang? Bayangan kemesraan Nadiah bersama dua pemuda tadi tidak mampu dilenyapkan. Lebih menambah sakit di hatinya Nadiah tidak berkata apa-apa tentang mereka. Sebaik saja Nadiah memboloskan dirinya ke dalam kereta dan bersalaman dengannya, celoteh yang ada hanyalah tentang kerja dan bertanyakan bagaimana harinya di pejabat.

“Apa dah jadi dengan aku ni? Cemburu ke aku? Nadiah tak tahupun yang aku nampak dia dengan pemuda tadi”, pertanyaan mula menyerang kepala dan perasaan Faris. Sesekali ditoleh isteri yang duduk disebelahnya, ada rasa tidak menentu di hati walaupun sebelah tangan Nadiah berada di atas pehanya.

“Macam ada yang tak kena saja ni…pandang saya tu bukan semacam tapi bermacam-macam rasanya”, tegur Nadiah.

Keresahan yang sejak tadi ditahan cuba ditahan lagi agar pertanyaannya nanti tidak berbaur rasa marah ataupun cemburu. Lama juga Faris terdiam sebelum bertanya.

“Siapa guys tu tadi?” tanya Faris amat berhati-hati.

“My friends” jawab Nadiah ringkas.

Jawapan sebaris Nadiah tidak menenangkan perasaan Faris namun menambah gelodak hatinya. Berkali-kali hatinya mendengus memarahi dirinya dengan perasaan itu. Sebaik mungkin Faris menyabarkan hatinya sehingga mereka sampai di rumah.

“Friends ke boyfriend lama?” Faris bertanya sebaik saja mereka melangkah masuk ke rumah.

“Lahhh…kenapa pulak ni? Kalaupun boyfriend lama, awak ada masalah ke?” jawab Nadiah dengan nada perli..

Sekali lagi jawapan Nadiah tidak memuaskan hatinya. Mundar mandir dirinya di ruang tamu rumah apabila Nadiah berlalu ke dapur. “Oii Faris, be realistic…kau cemburu ke apa”, pertanyaan Faris menghantui dirinya sendiri.

Walaupun sudah bermacam-macam yang dilakukan termasuk mengambil wudhuk, Faris gagal melawan rasa hatinya untuk terus bertanya Nadiah.

“Yang mana satu your ex? Yang tinggi putih tu ke?” Faris terus saja bertanya Nadiah sebaik saja masuk ke dapur. Kedatangan Faris yang tidak memberi salam memberi kejutan kepada Nadiah. Turun naik nafas Nadiah kerana terkejut sehingga membuat Faris menerpa ke arahnya. Lebih memeranjatkan Faris apabila Nadiah menolak tangannya dan meninggalkan Faris lalu terus naik ke atas.

“Yang tinggi tu nama dia Hisyam dan yang rendah tu Azlan. Kami kawan sekuliah masa kat uni dulu. Saya akui pernah rapat dengan Hisyam dulu, but we’re just good friends, not more than that. Lepas kerja masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Dah lama kami tak jumpa”, terang Nadiah dengan panjang lebar tanpa menanti pertanyaan Faris seterusnya.

Sekadar menghelakan nafas yang panjang, Faris menguak rambutnya ke belakang dan memandang jauh ke luar tingkap. Tidak berani untuk berkata apa-apa buat masa ini kerana diri dan perasaannya tidak stabil. Sejak melihat Nadiah dengan pemuda itu perasaanya kucar kacir akan tetapi tidak mampu mentafsir rasa yang datang secara tiba-tiba ini.

“Untuk pengetahuan awak, saya ada ramai kawan lelaki dari masa belajar sampai lah sekarang. Tapi tak ada sorang pun yang saya berkenan nak buat laki” kata Nadiah di belakangnya. Belum sempat untuk Faris berkata apa, Nadiah meninggalkannya. Terdiam membisu Faris memerhatikan Nadiah berlalu. Sekali lagi Faris melepaskan nafas yang berat.

“Memang sahih kau gila Faris”, bentak hatinya. “Apakah perlu aku tahu tentang kisah silamnya”, tanya Faris berkali-kali pada dirinya.

*****

Terasa tidurnya terlalu lama dan lena sehingga perasaan malas hendak bangun dari katil timbul. Dengan perlahan matanya dibuka dan ternyata cahaya matahari sudah memancar dan menembusi langsir di bilik utama. Tatkala Nadiah membuka mata sepenuhnya, Faris tiada disisi. “Something is not him…selalunya dia bangun lambat bila tidur lepas subuh”, berkata pula Nadiah di hatinya.

“Ya Allah, lamanya aku tidur. Ini lah akibatnya tidur lepas subuh, terlajak terus” bebel Nadiah apabila dilihat jam sudah menginjak ke pukul 9 pagi

“Haah, dah bangun pun” tiba-tiba suara Faris mengejutkan Nadiah. Dlihat Faris masuk ke dalam bilik bersama dulang di tangannya. Bau makanan harum semerbak menusuk hidungnya sebaik Faris meletakan dulang tersebut di atas katil.

“Wah, awak masak semua ni?” tanya Nadiah apabila dilihat adanya french toast, baked bean dan scrambled eggs terhidang di hadapannya

Semacam tidak percaya saja yang Faris beria menyiapkan sarapan mereka pagi itu dan yang lebih tidak percaya apabila Faris membawanya sehingga ke bilik tidur. Namun bau yang enak serta perut yang sudah mula berbunyi, Nadiah terus mahu mencapai sekeping toast lalu tangannya ditepuk perlahan.

“Apa-apapun pegi gosok gigi dulu…jangan malas”, arah Faris lalu mengalihkan dulang itu daripada depan Nadiah. Muncung terus dirinya walaupun memaksa diri untuk ke bilik air. Nakal Faris tidak ketinggalan apabila memukul sedikit badannya apabila bersungut untuk bangun tadi.

“Malam tadi mimpi jumpa Laila ke?” tanya Nadiah tersenggeh-tersenggeh bersama sekeping roti di tangan. Sememangnya mimpi kerana mereka berdua menikmati sarapan di atas katil dan inilah kali pertama dalam hidup mereka berdua. “Mimpi Nadiah lah…siapa lagi?”, jawap Faris dengan spontan. Senggeh Nadia dibalas senyuman dan kenyitan mata oleh Faris apabila menghulurkan secawan kopi kepadanya.

“Apa yang special today?” ligat otak Nadiah memikirkan segala alasan kenapa Faris melayannya begini pagi ini. “Hari apa ni? For sure it is not my birthday…not your birthday”, sekali lagi Nadiah memerah otaknya apabila Faris asyik menyuruhnya meneka. “Alahh tak nak bagi tahu sudahlah”, kata Nadiah seakan merajuk.

Today is our 28 days wedding anniversary” kata Faris sambil mengenyitkan matanya.

Gelak Nadiah sememangnya tidak dapat ditahan dan bagaikan ada mesin menggeletek hatinya dengan kenyataan Faris.

“Haaahaaa…ada ke anniversary ikut hari. Tak pernah orang buat lah Encik Faris” kata Nadiah dengan tawa yang masih bersambung.

“Alaaaa awak spoil the moodlah. Sekali sekala nak romantik dengan isteri tak boleh ke?” jawab Faris.

Tergeliat telinga Nadiah mendengar kata-kata Faris. Tiba-tiba dia merasakan getar didalam hatinya dan tersenyum sendiri.

“Ha’ah romantik lah sangat. Awak dengan t shirt lusuh “I love Thailand” dan saya pulak dengan Barbie pyjamas…hahaha”, ujar Nadiah melawak bagi menutup rasa malu apabila ditegur Faris. Di antara kehairanan pada mulanya, diikuti tawa yang ada berselang-seli menikmati sarapan, pastinya permulaan hari yang indah.

You owe me an anniversary gift”, ujar Faris lalu tawa Nadiah terhenti serta merta. Mata Faris nakal memandangnya apabila Nadiah bertanya apa yang dimahukan dan sekadar huluran tangan Faris beri supaya Nadiah mengikutinya. Panik sekejap Nadiah apabila Faris tidak berkata apa hanya terus memandangnya saja.

“Adalah..” jawab Faris dan mencubit pipi gebu Nadiah. Terjerit kecil Nadiah menahan sakit. Dengan pertanyaan tiada jawapan, ia telah menguntumkan bunga-bunga riang di hati Nadiah. “Adakah ini rasanya cinta?” tanya hati kecilnya pula. Keindahan pagi dan kemanisan yang dinikmati masih ada perasaan tidak pasti dan tetap takut untuk mengetahui isi hatinya sendiri.

Hari yang amat dan penuh bermakna buat Nadiah. Tidak mampu dia menahan senyum tatkala membelek-belek gambar-gambar yang diambil semasa mereka keluar tadi. Tidak pernah telefon bimbitnya dan ipad penuh dengan gambar akan tetapi hari ini mengubah segalanya.

“Ya Allah…cantiknya. Thank you…thank you”, kata Nadiah melompat kecil dengan memaut leher Faris. Sudah terlalu lama dia tidak menikmati keindahan alam sebegini. Di hari ini Faris membuka kembali lembaran hidupnya yang sudah lama dilupakan. Nostalgia anak-anak dan kampung halaman terbayang kembali ketika memerhati jernihnya air terjun di Ulu Langat ini.

Oleh itu tidak dapat Nadiah kawal dirinya untuk mengambil seberapa banyak gambar kawasan sekeliling. Kedamaian tercipta dengan memerhati keindahan alam dan mendengar deruan air dari gunung sungguh mengasyikan. “Alhamdulillah”, ucap Nadiah lalu menutup matanya untuk beberapa saat lalu dikejutkan oleh sejuknya tangan menyentuh lehernya.

“Jom…masuk air”, pelawa Faris dengan menarik tangan Nadiah. Laju saja gelengan kepala Nadiah berikan kerana sejuknya air yang dirasa tadi. Akan tetapi terjun juga akhirnya apabila Faris galak menyimbah air ke arahnya. Apalagi macam kerbau berkubanglah akhirnya kerana makin lama makin tidak terasa sejuknya.

“Hai parah ni kalau gelak sorang-sorang sambil tengok gambar” tegur Faris mengejutkan Nadiah yang sedang mengelamun.

“Thank you for today”, tutur Nadiah sebaik saja Faris membetulkan duduknya di kepala katil.

“Today saja ke?” gurau Faris lalu merangkul Nadiah ke dalam pelukannya. Terdiam Nadiah bila mendengar pertanyaan Faris. Entah kenapa lidahnya kelu untuk berkata. Dia hanya mampu menghadiahkan senyuman kepada Faris.

“Thank you for the wonderful 28 days…28 hari yang amat bermakna dalam hidup saya, ujar Faris sambil bermain dengan jari jemari Nadiah. “Saya juga memohon maaf kerana masih belum sempat untuk kita berbulan madu”, sambung Faris lagi. Kata-kata itu membuatkan Nadiah mendongak lalu hinggap ciuman di dahinya.

Belaian lembut Faris di rambutnya dan dengan kebahagian dirasa selama mereka bersama sudah memadai buat Nadiah. Sesuatu yang pernah hilang di dalam hidupnya seolah-olah dikembalikan dengan pertemuan dan pernikahannya dengan Faris. Sekali lagi Nadiah jujur di hatinya kerana tidak berani untuk mengutarakan apa-apa tentang isi hatinya kepada Faris. Hanya perjalanan hidupnya sehari-hari menyelitkan segala rasa yang terlalu sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.

Terlalu lama Nadiah membuang keindahan alam dan damainya desa. Kehidupan yang menyusul selepas perpisahan ibu bapanya dan juga kembalinya atok dan nenek ke rahmatullah hanya membawa Nadiah ke restoran dan juga kafe mewah kerana di situlah tempat lepak kawan-kawan sekuliahnya dan semasa mula bekerja dengan Malek and Co.

Lama Nadiah meniti kenangan sehingga tidak sedar bila dirinya terlena. Bagaikan di alam mimpi apabila Faris membisikan ucapan selamat pagi ketika mengejutkan dirinya dari tidur menandakan hari sudah siang.

Idea Asal : Ally

Olahan bersama : Ally and Sanaa – Sept 2013

Disclaimer: Hakcipta terpelihara. Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Nama dan tempat juga adalah khayalan penulis dan tiada sangkut paut kepada sesiapa yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Sebarang cetak di luar blog ini adalah dilarang. Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: