• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2013
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    30  
  • Archives

My Love…Sayang…

Salam dan selamat pagi kepada teman
Tidak ketinggalan pembaca budiman
Susah lama pantun tidak diangankan
Tiba-tiba ilham datang dalam bayangan

Angin bertiup tersangat nyaman
Kabar dibawa perlu pengesahan
Lalu sang pencerita cuba coretkan
Dengan cerita yang bertebaran

Teruna Dara sudah dilupa
Hajat dan doa tidak sampai pula
Ketentuan Allah merencana segala
Siapalah pula kita menidakkannya

Dara dilihat berbahagia kini
Bersama teman baru yang ditemui
Teruna berkata belum ada lagi
Dengan wartawan semua jawapan diberi

Sang Pencerita merasa sayu
Hanya doa mengiring selalu
Agar keduanya tabah melalui
Dugaan hidup jodoh aturan Ilahi

Dalam diam ubi berisi
Teruna telah temui pengganti
Biasalah “kawan” jawapan diberi
Nak speku orang tak kenal di kali ini

Burung terbang membelah awan
Mata memandang komen diberikan
Sang Pencerita juga tidak ketinggalan
Membaca mentafsir senyum sendirian

Jejak-jejak yang ditinggalkan
Tupai melompat dahan ke dahan
Jatuh ke tanah dapat dikesan
My love dan sayang nama jolokan

Teruna memang amat berahsia
Kisah cinta semua kawan sahaja
Namun ini adalah sang pencerita
Lama-lama Teruna tewas juga

Kecil molek senyum ayu jadi perhatian
Jauh manapun dapat disimpan
Ku hantar teropong carpet buat siasatan
Di tepi pantai rehatkan fikiran

Teropong kilat dan berseri-seri
Cahaya memancar tidak terperi
Rakaman bagus ku senyum berkali
Namun siapakah bidadari hati?

Teropong carpet kerja tak henti
Lapuran diberi setiap pagi
Petang rumusan pula diberi
My love and sayang bijak sekali

Tatkala ditanya senyum melirik
Geram hatiku rasa nak jentik
Sayang sungguh pada cik adik
Maklumlah orangnya kecil molek

Berbaju kurung nampak ayu
Pakaian cik adik sepanjang waktu
Senyum ceria hati nak tahu
Siapakah nama si gadis Melayu

Sudah puas ku mencari
Akhirnya ada clue yang ku temui
My love and sayang itulah yang berbunyi
Walaupun sekali sudah memadai

My love cakap selamat malam
Sayang pula cakap good morning
Mataku baca berbalam-balam
Nasib baik tak jatuh pening

Teman-teman gelanggang kini dibuka
Siapakah di antara kita yang teruja
Hendak mengetahui rahsia Teruna
Gadis pilihan selepas Dara?

Oleh itu ku mohon berhenti dahulu
Cerita pendek ku sedang menunggu
Speku speku jangan tak speku
Tunggu Teruna tahun depan pun belum tentu

Rahsia ini telah ku bongkar
Terpulanglah siapa yang nak selongkar
Kalau anda peminat tegar
Pasti ingin tahu rasa tak sabar

Ucap ku pada diri
Selamat berangan syok sendiri
Kisah Teruna menggamit kembali
Hanya kerana berahsia lagi

Selamat bertugas teman-teman semua
Jangan lupa cerita hamba
Cari ya…pasti akan jumpa
Atau tepuk dada tanyalah selera

Owned and written by : Sanaa 25/09/13

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: