• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • October 2013
    M T W T F S S
    « Sep   Nov »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Archives

Siapakah Dia?

Selamat Hari Raya teman rakan dikasihi
Hari ini sang pencerita masih bercuti
Penat badan lenguh sana sini
Dek kerana bersilat tidak henti

Duduk bercerita berangan pula
Melihat cerita dan berita lama
Terbacalah ruangan gosip penulis ternama
Yang berkata Teruna mengenali gadis biasa

Senyum sendiri syok sendiri
Kerana hamba telah lama ketahui
Gosip hanya menambah bukti
Telekkan hamba benar sekali

Orang biasa lapuran diberi
Zubir menulis amat berhati-hati
Apakah ada lapuran lagi
Siapakah si dia gadis misteri?

Sang Pencerita gemar bercerita
Mencari bahan seantara benua
Gadis biasa telah ada nama
Hanya menanti jawapan Teruna

Gadis manis berambut panjang
Berbaju kurung manis sekali
Teruna sorok tak mahu terang-terang
Bimbang kisah peribadi dicerobohi

Andai si dia pilihan hati
Harapnya segala impian Allah penuhi
Sang Pencerita doa tak henti
Agar kali ini tidak kecundang lagi

Seekor panda pandai menari
Sering menjadi pengganti diri
Putih bersih senyuman berseri
Itulah bayangan gadis misteri

Bekerja swasta Zubir berkata
Telekkan hamba tetap mengena
Bangunan hijau tersergam indahnya
Di kawasan mewah hujung kota

Kerja menggali survey sana sini
Mengajar juga mengikut hari
Orangnya kecil kuat sekali
Berambut pendek wajah terkini

Marilah Zubir keluarkan bukti
Andai berani tulis nama sekali
Sekiranya benar ku belanja kopi
Kegemaran gadis pabila bertemu kekasih hati

Kawan-kawan di sini senyap sahaja
Gelanggang dahulu tiada siapa meneka
Ayuhlah mari kita bersama-sama
Senyum simpul macam dahulu juga

Yang berlalu biarlah berlalu
Jadilah kenangan ikhlas di hatimu
Yang baru marilah kita speku
Dalam ramai pasti ada yang tahu

Kau laksana bulan
Tinggi di atas kayangan
Kuda putih antara bayangan
Semasa bekerja di perantauan

Kanak-kanak orang jalanan
Tidak lupa bantuan dihulurkan
Antara tugas dan keikhlasan
Gadis misteri seorang dermawan

Sang Pencerita berhenti dahulu
Bertemu kita di lain waktu
Hamba menanti jawapan speku
Starbucks pasti kopi satu

Selamat malam wahai teman
Agar lena di dalam peraduan
Dilindungi Allah sepanjang jalan
Agar ceria bahagia menjalani kehidupan

Oh ya ada penambahan di sini
Berkaca mata gadis misteri
Sudah lengkap gambaran diberi
Hamba menanti response teman-teman di sini

Sekianlah dahulu pantun hamba
Menulis sekadar meluah rasa
Berdasar soseh-soseh yang berbunyi
Untuk kita sama-sama berhibur hati

Owned and written by : Sanaa 16/10/13

One Response

  1. Ameenn..doa yg terbaik utk semua..;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: