• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • October 2013
    M T W T F S S
    « Sep   Nov »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Archives

A Place Called Home – Chapter 4

Sudah masuk minggu ketiga umat Islam berpuasa dan tidak lama lagi akan menyambut hari raya Aidilfitri. Di antara jutaan ramai di seluruh dunia seorang wanita bernama Nadiah Malek adalah orang yang paling teruja sekali seolah-olah inilah raya pertama yang diraikan olehnya. Setiap kali lagu raya berkumandang, setiap kali itulah Nadiah akan sama turut menyanyi sehingga kadang-kadang dia lupa yang dirinya berada di khalayak ramai.

“Eh…macam dia sorang saja nak raya dan balik kampong”, perli Ira sebaik saja beriring dengannya untuk ke bilik mesyuarat.

“Mestilah…”, jawab Nadiah bangga. “Kau jealous ke”, tanya Nadiah pula dan terus membuat Ira muncung dan bersungut bagaikan lebah membuat sarang.

Apabila Faris memberi tugas kepadanya untuk membeli kuih raya sebagai buah tangan untuk dibawa pulang ke kampung, Nadiah melompat riang. Boleh dikatakan siapa saja yang membawa contoh kuih raya pasti Nadiah yang dulu merasanya dan memberi komen tentang rasa dan yang mana patut dibeli. Tahun ini memang berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.

“Amboii Nadiah…ni nak raya ke atau nak bukak pasaraya”, seloroh Kak Asma apabila melihat Nadiah menempah berbagai kuih dengan Farah, setiausaha ayahnya.

Kata-kata Kak Asma, setiausahanya itu disambut dengan tawa kerana dari segi jumlah balang yang ditempah sememangnya nampak banyak akan tetapi distribution centre juga banyak.

“Dah tu kak kalau satu rumah satu balang…lima rumah lima balanglah jadinya”, jawab Nadiah pula sambil mengira-ngira jumlah yang hendak ditempah.

Mujur juga kuih yang dibuat oleh keluarga Farah berbagai jenis dan sedap diseleranya akan tetapi kuih tradisional menjadi pilihan utama Nadiah. Tidak juga Nadiah sangka di tahun ini dia dapat menikmati bahulu, bangkit dan samperit yang benar-benar resipi asal termasuk putu kacang. Semasa Nadiah meminta Farah menyiapkan setiap jenis di awal puasa ia menjadikan kejutan budaya kepada kakitangan Malek and Co. Mana tidaknya selama lima tahun berturut-turut mereka tidak pernah melihat Nadiah seperti di tahun ini.

“Kalau dah ayah dan anak tu adalah juga persamaannya”, kata Farah kepada Nadiah semasa sibuk membuat pertimbangan kuih apa yang patut dibeli.

Terharu hati Nadiah apabila menyedari bahawa Farah menyedari persamaan dirinya dengan ayah dan begitu juga dengan kedua orang adik lelakinya. Menurut cerita Farah sejak mula menjual kuih di Malek and Co, ayahnya setiap tahun akan membeli bahulu, bangkit dan samperit kerana ia juga adalah kegemaran Nizam dan Nazim. Hanya tahun lepas ibu tirinya membeli sebalang dua kuih moden untuk menambah jenis yang ada. Di tahun ini pula Nadiah menempah untuk ayahnya dan tahulah dia nanti bagaimana hendak membuat kejutan.

“Awak ni nak meniaga kuih raya ke?” tegur Faris apabila melihat 3 kotak besar berisi kuih-kuih raya di dalam boot kereta Nadiah. Geram hati dan panas telinga Nadiah apabila Faris memerlinya.

“Ishh…hari tu bukan dia ke yang sibuk suruh aku beli kuih raya…nak bawak balik kampunglah, untuk along angah lah…ni perli pulak. Jangan banyak cakap boleh tak Encik Faris? Angkat sajalah. Orang lelaki ni kan kadang-kadang memang menyakitkan hati betul”, bebel Nadiah seorang diri dengan bercekak pinggang di dapur.

Malam ini sudah Nadiah berkira-kira akan mengasingkan balang kuih yang ada kepada pemiliknya nanti. Yang pasti setiap keluarga akan menerima 3 jenis kuih kecuali untuk ayah dan adik-adiknya ada penambahan kerana Nazim berkenan sangat dengan strawberry blossom serta crunchy cornflakes yang baru Farah perkenalkan di tahun ini. Begitu juga untuk dibawa balik ke kampung.

“Farah…I nak mintak tolong ni”, kata Nadiah dengan berbisik.

“Beresss…pandailah I kelentong Dato nanti”, dengan mudah saja Farah memberi persetujuan.

Sebelum ini Nadiah puas memujuk Faris untuk membeli baju Melayu setidak-tidaknya sepasang yang sedondon dengannya, tetapi mati-mati Faris menolak dengan alasan baju tahun lepas masih elok dan baju nikah juga ada.

“Awak nak tubuh kumpulan boria ke?” kata Faris mengusik setiap kali Nadiah merayu mengajaknya ke kedai membeli baju Melayu. Mulalah Nadiah naik angin bila Faris kata tak mahu jadi ketua boria di pagi raya. Akhirnya Nadiah pergi sendiri mencari baju untuk Faris dan secara kebetulan hari itu dia ada urusan di Jalan Tuanku Abdul Rahman lalu diajak Maria, ibu tirinya pergi sama kerana nak cari baju melayu untuk Nizam juga.

“Alhamdulillah”, ucap Nadiah di hati kerana untuk sekian lama tidak pernah bersiap untuk hari raya, di tahun ini semuanya berubah. “Thanks to you sweetheart”, ucap Nadiah di bibirnya.

“Yes darling…did you call me”?, tegur Faris tiba-tiba membuat Nadiah terkejut. Rupanya sudah jauh dirinya berangan semasa menyusun balang-balang kuih di dalam bag yang telah disediakan dan tidak juga sedar yang dia sudah mengunyah hampir setengah balang.

Sebaik saja menyedari yang dirinya sudah menghabiskan setengah balang kuih samperit dan melihatkan mata buntang suaminya itu, cepat-cepat Nadiah mahu menyuapkan sekeping ke mulut Faris.

“Princess!!! Awak yang makan semua nieee?”, tanya Faris dengan nada yang tinggi. Terperanjat agaknya melihat isterinya sudah menghabiskan setengah balang hanya dalam beberapa jam.

“Alahhh bagilah chance… “Tak tahan lah, sedap tau…cuba lah rasa?” kata Nadiah dengan manja serta senggeh yang panjang. Malas agaknya Faris untuk melayan kerenahnya lalu beredar sebaik saja minum dan mengambil segelas air. Namun sempat juga Faris berpesan supaya naik tidur kerana jam sudah menunjukan hampir tengah malam.

Hanya tinggal enam hari saja lagi umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri dan hanya tinggal tiga hari lagi Faris akan membawanya pulang ke kampung halaman. Sesungguhnya kehidupan dia berubah tanpa disangka-sangka dan tidak putus-putus Nadiah mengucapkan syukur dengan segala yang dilaluinya bersama Faris. Belum pernah lagi Nadiah mengambil cuti panjang untuk hari raya kecuali tahun lalu yang membawa Nadiah ke Tokyo. Tahun ini cuti yang diambil selama 10 hari pasti berbeza kerana sudah Nadiah angankan suasana seperti main bunga api dengan anak-anak saudara Faris, walaupun hatinya masih ada rasa kecut untuk bersama dengan budak-budak. Perjalanan dengan kereta pulang ke kampung juga amat Nadiah nantikan kerana ia adalah perjalanan ke pantai timur yang belum pernah lagi Nadiah rasai dengan berkereta.

Tersedar Nadiah dari lamunan yang panjang apabila telefon bimbitnya berbunyi. Merungut Nadiah kerana deringan itu menandakan sms diterima.

“Susun kuih duduk termenung jangan bukak satu balang lagi sudahlah”, tertera kata-kata Faris kepadanya. Sekilas melihat jam di dinding sudah pukul 12.30 tengah malam, patutlah bising suaminya itu lalu terus saja Nadiah melangkah untuk naik ke atas.

“Ini untuk Mummy ke?” tanya Puan Rahimah dengan terkejut apabila melihat balang-balang kuih raya di dalam bag kertas berwarna biru muda.

“Your favourite”, kata Nadiah. “Buat bekal mummy dan uncle masa raya nanti sebab kat London tak ada bangkit dan samperit”, sambung Nadiah lagi. Gembira sangat Nadiah di tahun ini kerana dapat memberi ibunya kuih raya. Sekali lagi hari ini dalam sejarah yang akan menjadi rekod simpanannya sampai bila-bila.

Sebaik saja balang kuih bertukar tangan dan melihat wajah gembira ibunya menerima kuih, mulalah Nadiah tidak tahu hendak berkata apa. Nasib baik ibunya terus bertanya hendak kirim apa kali ni dari London dan Paris. Apabila ibunya menyebut nak handbag lagi ke ataupun scarf seperti selalu, cepat sungguh Nadiah gelengkan kepala. Sudah terbayang di mata Nadiah dua jenis jem yang tidak ada di sini dan amat diinginkan.

“Mummy tolong belikan Lemon Curd dan Orange Marmelade Fortnum and Mason ya”, pesan Nadiah. Entah kenapa sebaik saja Nadiah menyebut dua nama itu, Faris and bapa tirinya memandang Nadiah seolah kehairanan. Pandangan Faris pula beralih di antara dia dan ibunya pula. “Apa yang pelik sangat kirim jem? Dah memang Fortnum and Mason tak ada kat sini” kata Nadiah di hatinya.

“Betul ke anak mummy ni? Tak pernah-pernah kirim jem?’ ujar Puan Rahimah dengan terperanjat. “Lain macam saja selera ni”, tambah Puan Rahimah dengan menguntum senyum lebar.

Tiada jawapan panjang lebar Nadiah berikan sekadar berkata teringin nak makan sebab jem tersebut tak ada di sini. Dilihat wajah kehairanan ibunya masih tidak hilang lalu sepantas kilat Nadiah yakinkan yang dia hanya teringat jem tu saja lalu jem sajalah yang hendak dikirim.

“Alahhh mummy teringin nak makan pun salah ke?” tanya Nadiah dengan muncung bibirnya. Sebaik saja Nadiah berkata begitu, ibunya makin melebar senyumnya dan ketawa kecil lalu berkata minta kirim barang macam orang mengidam saja. Oleh kerana malas hendak memanjang cerita dan waktu pun hampir petang, Nadiah bergegas minta diri walaupun bapa tirinya mengajak mereka berbuka bersama. Pelawaan itu Faris tolak dengan baik kerana mereka sudah berjanji untuk ke rumah ayah pula.

Di dalam jangkamasa yang paling singkat terlalu banyak pertama kali di dalam hidup Nadiah, dan yang ini juga pertama kali semenjak dirinya bekerja. Sampul kecil berwarna kuning keemasan Nadiah pegang erat lalu dihulurkan kepada ibunya. Sudah tentu terperanjat wanita separuh umur itu apabila satu-satu anaknya memberi duit raya buat pertama kali.

Bergenang sudah mata anak dan ibu ketika masing-masing memohon ampun dan maaf. Seperti selalu ibunya akan sentiasa berusaha untuk tidak menitiskan airmata.

“Betul ni duit raya untuk mummy?”, tanya Puan Rahimah dalam getar suara yang ditahan.

Sekadar anggukan kepala Nadiah berikan sebagai jawapan, namun airmata ibunya tumpah apabila suaminya, Faris bersalaman dan memohon maaf.

“Terima kasih Faris….tolong jaga anak mummy baik-baik ya”, pesan Puan Rahimah kepada menantunya dalam suara yang tersekat-sekat.

Selama mereka berumahtangga sememangnya Faris lebih berlembut dengan ibunya berbanding dengan dirinya sendiri. Ketika Faris outstation di pertengahan puasa hari itu, terbit juga pertikaman lidah sedikit di antara mereka hanya kerana Nadiah enggan berbuka puasa bersama. Yang membezakan sedikit sekarang dan dahulu, ibunya lebih banyak mengalah dan selalu pula mengadu nasib dengan ibu tirinya, Maria.

“Nad dah berumahtangga…cubalah faham isi hati mummy tu”, tiba-tiba saja ibu tirinya bersuara selepas mereka membeli-belah bersama-sama.

“Nad bukan barang ibu…”, tersekat suara Nadiah untuk meneruskan katanya kerana dia juga tidak faham dengan dirinya sendiri kenapa setelah bergelar isteri hatinya mudah lembut terhadap ibu tirinya berbanding dengan ibu sendiri.

Sentuhan lembut di bahunya membuat Nadiah tersedar lalu mengesat airmata yang menitis. Rangkulan erat Faris memberikan rasa selamat di dalam hatinya. Belaian Faris yang membuai dirinya ke kanan dan kiri bersama kucupan di ubun-ubunnya memberikan Nadiah kekuatan kembali.

“Sayang, tahu tak berkat memberi duit kepada ibu dan ayah. Apabila kita susah dan diuji macam mana pun akan sentiasa ada jalan Allah tunjuk untuk selesaikan segala masalah” terngiang juga kata-kata suaminya tempoh hari yang amat menyentuh perasaannya.

Sesungguhnya Allah menduga hatinya di Ramadhan tahun ini dengan berlainan cara dan pernah terdetik di hati Nadiah bertanya apakah nanti dia bakal merasai nikmat Ramadhan begini di tahun hadapan.

“Pada pandangan akak lah…Faris dan Nadiah dijodohkan bukan hanya kerana cinta akan tetapi melengkapkan satu sama lain” kata-kata Kak Asma, setiausahanya kembali menerjah kotak fikiran Nadiah dan sesungguhnya tidak Nadiah tahu kenapa Kak Asma berkata begitu. Entah apa yang dilihat oleh Kak Asma dari perkahwinan ini juga menjadi tanda tanya sehingga hari ini.

*****

Sepuluh tahun yang lalu matanya sayu di tengah-tengah orang ramai. Tatkala pelukan dilepaskan tiada butir kata keluar dari bibirnya yang comel. Tiada juga titisan airmata yang dialirkannya. Hanya sepasang matanya menatap sayu langkah-langkah yang ditinggalkan oleh seorang lelaki yang dipanggil daddy dan seorang wanita bergelar ibu tiri. Lambaian tangannya lesu dan semenjak itu pertemuan dan perjumpaan mereka hanya sekadar bersalam dan makan semeja. Amat payah untuk mendengar butir bicara darinya.

Justeru itu apabila seorang wanita yang memegang status ibu tiri serta dilabelkan sebagai pemusnah rumahtangga dan kebahagiaan yang ada, dia belajar memupuk kesabaran di hati. Disamping itu terus menerus memupuk kesabaran yang sama di hati suaminya oleh kerana tingkah laku anak gadis kesayangannya dan satu-satunya zuriat bersama bekas isterinya.

Menyedari bahawa dirinya terhimpit dengan keadaan dan akan terus memegang label berkenaan dia juga berusaha untuk menjadi kawan dan teman kepada wanita yang bergelar ibu kepada Nadiah. Kisah perebutan hati dan tanggapan Nadiah tidak akan berubah dengan sekelip mata kerana anak itu berada jauh daripada ibu, ayah dan juga dirinya. Sebaik mungkin dia tidak mahu menimbulkan kesulitan didalam perhubungan mereka kerana dia tahu bahawa anak itu adalah permata nilam bagi suaminya.

Berjujuran airmatanya mengalir menahan sakit melahirkan zuriatnya yang pertama sekaligus memberi keinsafan yang dalam. Didalam menjaga bayi yang baru lahir terpandang juga kesayuan wajah suaminya menanti panggilan daripada “Princess”. Anak itu telah membina tembok paling kukuh mengelilingi dirinya dan tidak berganjak sedikitpun apabila dipujuk untuk pulang bercuti dan berhari raya.
Makin hari hidupnya makin tertekan akan tetapi besar kemungkinan keikhlasannya menerima Rahimah membuatkan segala rasa berkurangan. Mengenali dan cuba memahami segalanya dari sudut seorang wanita yang melahirkan Nadiah adalah kesempatan yang tidak terkira. Tiada seorangpun yang tahu isi hatinya kerana yang nampak nyata adalah runtuhnya mahligai cinta yang dibina dan terpinggir dirinya dari seorang cahaya mata. Setelah kehadiran anak keduanya yang juga lelaki membuatkan Maria mencari kesimpulan untuk diri sendiri. Benteng dan tembok yang dibina Nadiah perlu diruntuhkan namun persoalannya bagaimana?

Keikhlasan yang cuba disemaikan di hati berbuah hasil juga apabila Maria mendapat seorang kawan dan juga kakak sekaligus walaupun yang pada mulanya membuahkan gusar di hati suaminya, Malek. Semasa itu Maria yakinkan bahawa kesabaran dan keikhlasan akan terbukti satu hari nanti walaupun mengakui terpukul dengan sikap dingin Nadiah terhadapnya dan juga kepada ayahnya sendiri.

“Berapa hari Nadiah bercuti raya?”, tanya Maria ketika anak tirinya itu datang ke rumah sebelum pulang ke kampung.

“Orang tak pernah beraya kat kampung, kena lah cuti lama” jawab Faris sebelum sempat Nadiah menjawab. “Dua minggu in total ibu”, tambah Faris beria-ia mengusik.

Semasa suaminya memberi kabar bahawa Nadiah akan bernikah dalam masa dua minggu macam mahu terlepas pinggan di tangan kerana hatinya merasa tidak enak. Lebih tidak menyenangkan hatinya kerana tidak dapat hadir sama dalam perjumpaan pertama suaminya dengan bakal suami Nadiah kerana ada urusan di kampung. Entah kenapa hatinya berkata bahawa Nadiah berkahwin untuk melarikan diri dari semua masalah hidupnya tentang Syawal. Akan tetapi ceria dan tawa suaminya ketika bercerita membuat hatinya lapang dan cuba membuang jauh segala prasangka yang datang menerjah. Lama-kelamaan menjelang majlis pernikahan dan bertemu sendiri dengan Faris, jauh di sudut hatinya berkata mungkin Allah telah memakbulkan doa suaminya untuk Nadiah.

“Nizam dan Nazim mana ibu?” tanya Nadiah sebaik saja sampai ke rumah mereka petang tadi.

Terkejut Maria apabila melihat Faris membawa sebuah kotak sederhana besar dan Nadiah pula menyerahkan sebuah beg plastik berisi serunding daging. Makanan kegemaran ayahnya dan Nazim bersama roti. Mengikut kata Nadiah serunding tu dikirim melalui saudara Faris yang datang dari Trengganu minggu lalu.

“Nizam…Nazim salam dengan kakak dan abang dulu”, tegur Maria apabila kedua anaknya hanya menerpa untuk melihat apa didalam kotak dan juga bungkusan bunga api yang baru diserahkan Faris kepada mereka.

“Thank you abang”, terkam Nizam lalu memeluk Faris. Beberapa saat kemudian Nazim pula datang menerpa memeluk Nadiah dan memberi ciuman di pipi bersama ucapan terima kasih. Di masa itu Faris sudah membawa Nizam di atas ribanya dan kurang jelas apa yang Faris bisik kepada anak kecil itu lalu memberi “high 5” kepada Nadiah.

“Bermimpikah aku”, bisik Maria di hati bersama matanya tidak tentu arah memandang di antara suaminya dan adegan kedua-dua anak lelakinya bersama Nadiah dan Faris. “Bila masanya mereka jadi rapat begini? Belum pernah Nadiah membawa mereka keluar kecuali hanya beberapa jam minggu lalu untuk membeli baju Melayu Nizam. Bagaimana pula Nazim yang dahulu bersalam dengan kakaknya juga macam takut-takut di hari ini boleh peluk secara tiba-tiba?” berbagai pertanyaan menerjah fikiran Maria. Segala apa yang berlaku didepan matanya sekarang amat memeranjatkan. Kemesraan yang dibina bagaikan sudah lama.

“Apakah makan malam di rumah Nadiah sebelum puasa dan hadirnya Nadiah dan Faris berbuka puasa bersama mereka telah merubah segalanya dalam sekelip mata?” Maria masih terus tertanya-tanya kerana tidak mampu menghuraikan segala yang terjadi beberapa jam yang lalu.

Sekotak kuih yang Nadiah bawa rupanya ada dua jenis kuih baru, setiap jenis ada dua balang. Patutlah kotak yang dibawa oleh mereka besar. Tidaklah Maria ketahui bagaimana Nadiah mengetahui bahawa Nazim begitu menginginkan strawberry blossom dan crunchy cornflakes. Sewaktu mendapat sample kuih sudah Maria halang niat Nazim kerana bimbang anaknya itu tidak makan nanti, hanya sekadar merasa.

“Kenapalah tadi awak tak tanya dengan mereka? Dah malam macam ni awak mundar mandir satu rumah macam cacing kepanasan, kenapa?” tanya suaminya dengan lesu. Besar kemungkinan suaminya juga mempunyai berbagai pertanyaan di dalam fikirannya akan tetapi dipendamkan sahaja dek kerana terlalu terperanjat, Maria membuat andaian.

“Awak tak heran ke? Tak pelik ke? Tak ada rasa curiga sikit pun ke? Tahun ni sebalang kuih pun awak tak bayar, dah tu dapat duit raya pulak dan adik-adik tiba-tiba manja semacam”, keluh Maria dengan berbagai pertanyaan menghentak ruang fikirnya untuk cuba menghuraikan segala yang berlaku siang tadi.

Tersentak juga Maria apabila suaminya mengatakan yang dia tidak bersyukur dengan segala pemberian dan mahu saja dirinya memberontak akan tetapi terus disabarkan hati. Sememangnya ajaib, bisik hati kecilnya berkali-kali.

“Wahhh…bestnya dapat duit raya. First time kakak bagi”, kata Nazim apabila bersalaman dengan Nadiah sebelum balik tadi. Bulat biji mata Maria apabila anak sulongnya tidak mengawal kata. Nasib baik Nadiah tidak berubah wajah.

“Sebab kakak pun first time dapat bonus…daddy bayar”, seloroh Nadiah pula.

Selepas itu mereka anak beranak boleh pula bergurau pasal bonus dan duit raya.

“Eh kenapa Kakak aje dapat bonus. Nazim tak dapat pun. Kalau macam tu Nazim pun nak kerja dengan Daddy lah, boleh selalu dapat bonus” kata Nazim lalu terus membuka sampul duit raya tersebut.

“Kakak kena tambah”, ujar Nizam pula sambil mengira duit yang Nadiah beri. “Tak cukup nak beli contol car”, sambung Nizam lagi.

Seloroh berkenaan duit raya jadi berjela apabila suaminya berkata kepada dua anak terunanya kenalah belajar rajin-rajin macam kakak kalau nak kerja dengan ayah dan dapat bonus. Tidak pernah Maria melihat Nadiah begitu gembira dan berseri-seri bersembang dengan adik-adiknya.

Kata orang senyum dan tawa ada juga tangisnya. Tidak dapat juga Maria menahan sebak di hatinya apabila melihat Nadiah dan suaminya bersalaman sebelum balik. Sepuluh tahun lamanya dia menanti saat ini, walaupun di hari ini bukanlah pagi Syawal akan tetapi suasana yang menyelubungi ruang tamu rumah di mana Nadiah dibesarkan dan dinikahkan sungguh menyayat hatinya.

“Nadiah mintak ampun dan maaf…halalkan segala makan minum Nadiah selama ni. Ampunkan Nadiah..Daddy, selama ni Nadiah degil, selalu sakitkan hati Daddy” ucap Nadiah mencium tangan ayahnya.

Kata-kata yang dituturkan Nadiah mungkin biasa pada semua orang akan tetapi tidak kepada dirinya dan juga suaminya. Ini adalah penantian yang panjang dan paling terkesan di hatinya apabila tangan suaminya mengusap dan membelai rambut anak kesayanganya itu. Airmata jantannya menitis dan sebaik saja Nadiah mengangkat muka mereka berpelukan. Esak tangis Nadiah didalam pelukan suaminya membawa tangis di matanya juga. Lama kedua beranak begitu dan apabila melihat suaminya mengesat sisa airmata yang menitis dan mencium ubun-ubun anak itu, tiada apalagi yang perlu diucapkan selain mengucapkan berbanyak-banyak syukur ke hadrat Allah Subhana Wata’ala.

Apakah pernikahan dan perkahwinan yang sesingkat ini telah mengubah Nadiah sebanyak 360 darjah? Apakah Faris orang yang bertanggungjawab mengubah Nadiah sebegitu rupa? Soalan yang sama berbalik-balik di dalam dirinya hingga membawa Maria terlena di malam itu.

*****

Cuaca yang mendung memang enak untuk perjalanan jauh. Memulakan perjalanan sebaik selesai solat Subuh memberikan keselesaan kepada Faris yang memandu oleh kerana masih tidak banyak kenderaan di jalanraya. Dua jam pertama perjalanan terlalu banyak yang mereka bualkan. Di dalam keterujaan yang dirasa untuk menyambut Syawal di Kota Bharu terselit juga rasa gementar dan gemuruh di hati Nadiah. Perasaan yang bercampur baur itu membuat hatinya semakin berdebar-debar apabila perjalanan mereka makin dekat ke destinasi.

Bermacam pertanyaan juga singgah dibenak fikirannya termasuk penerimaan keluarga Faris terhadap dirinya. Pertemuan singkat dirinya dengan beberapa orang saudara mara Faris di hari pernikahan mereka tidak dapat untuk Nadiah pastikan reaksi sebenar. Di kali ini amat berbeza kerana sudah Faris katakan akan menjemput adik beradik sebelah arwah ayah dan ibunya datang beraya. Tujuan utama Faris adalah untuk memperkenalkan Nadiah kepada mereka.

“Malam ni kita akan berbuka di rumah Pak Su. Mak Su dah siap masak untuk kita”, kata Faris memberitahu rancangan yang ada. Kebiasaan mereka seperti mana yang telah Faris terapkan ke dalam dirinya hampir sebulan berpuasa ini, solat terawih di surau berdekatan.

Terpegun Nadiah apabila Faris memperlahankan kereta dan berhenti di hadapan sebuah rumah kayu bersaiz sederhana dan tradisional. Tidak terlihat simen dan batu di mata Nadiah buat masa ini kecuali tiang rumah yang tertanam di dalam simen. Rumah tradisional tersergam indah ini juga telah melalui banyak proses pembaikan dan ubah suai demi menyesuaikan dengan keadaan semasa apabila Kak Long dan Kak Ngah berumahtangga, itulah fakta awal yang Nadiah ketahui sebelum melangkah masuk.

“Betul ke ini rumah keluarga awak?” tanya Nadiah seakan tidak percaya. Terlalu cantik dan terlalu kemas di dalamnya tidak seperti rumah yang ditinggalkan berbulan lama. Perasaan Nadiah ketika matanya liar memandang sekeliling sama seperti perasaannya semasa melangkah masuk ke rumah Faris pertama kali dahulu. Hanya anggukan kepala Faris berikan bersama senyuman lalu menghulurkan tangan memimpin Nadiah untuk terus ke tengah rumah.

“Assalamualaikum” kedengaran satu suara memberi salam.

“Wa’alaikomsalam…Pak Su”, jawab Faris lalu membawa Nadiah menoleh sama. Ucapan syukur Pak Su berikan apabila mereka berdua sudah selamat sampai. Menurut kata Pak Su dah mula nak berkira-kira menalifon tadi kerana dirasakan lambat sangat sampainya.

“Banyak stop Pak Su” kata Faris. Sesungguhnya tadi Faris berhenti agak lama semasa solat zohor dan melelapkan mata juga barang seketika. Pelawaan Nadiah untuk mengganti dirinya memandu tidak Faris izinkan. Sambil berbual dengan Pak Su mata Nadiah sibuk memandang serata rumah.

Rasa terpegun di hati dan mata Nadiah sejak tadi masih belum habis. Rumah ini kelihatan begitu rapi dan bersih. Sedikit sebanyak yang Faris ceritakan di dalam perjalanan tadi, tahulah Nadiah rumah ini dijaga oleh Pak Su sekeluarga dengan bantuan dua orang pekerja yang menjaga perniagaan arwah ayah Faris. Sebelum Pak Su mengundur diri sekali lagi mereka diingatkan untuk datang berbuka ke rumahnya.

“Cantiknya rumah ni, very antique” Nadiah memuji untuk kesekian kalinya.

“Amat Nadiah kagumi beranda di pintu utama. Bumbung yang ada menjulur hingga ke depan melindungi tangga yang diukir kiri dan kanan pemegangnya. Beberapa langkah sebelum anak tangga pula diletak tempayan besar sebagai hiasan. Teringat pula Nadiah kepada rumah arwah datuk dan neneknya. Tempayan itu sebenarnya digunakan untuk mencuci kaki sebelum masuk ke rumah. Orang sekarang memang tidak memerlukan semua itu lagi. Ada empat anak tangga sebelum pintu utama dan dari situ dibuat pelantar lebar di sebelah kiri dan kanan yang di hujungnya di buat bangku panjang yang boleh memuatkan 3 orang. Tempat sandar dan letak tangan semuanya berukir”, Nadiah membuat pengamatan paling lengkap dan tersimpan di kamera fikiran dan matanya.

“Awak membesar kat sini?” tanya Nadiah ingin tahu.

“Yes…sampai umur saya 13 tahun. Lepas tu saya ke sekolah asrama dan ayah pulak berpindah ke Kuala Lumpur. Bila ayah dan mak pencen baru mereka pindah balik ke sini” terang Faris sambil membawa Nadiah masuk ke dalam bilik.

Sekali lagi Nadiah terkesima apabila melihat bilik tidur utama. Seperti bilik utama di rumah mereka, katil kayu bertiang empat menjadi pilihan Faris. Yang membezakan semuanya di rumah pusaka ini adalah kayu jati berwarna asli bukan putih. Begitu juga dengan meja serta satu almari pakaian. Kesemuanya perabut baru bercorak antik dan berukir. Apabila Faris membuka tingkap, bilik itu terus menjadi terang dari cahaya luar menyerlahkan lagi keindahannya.

“Kenapa bilik ini tak ada aircond?” tanya Nadiah. Meledak tawa Faris apabila Nadiah bertanya begitu. “Ini rumah kampung sayang abang oii tak perlu aircond. Jangan risau malam kat sini sejuk kalau panaspun kipas memadai” kata Faris.

“Eh..orang tanya sajalah? Yang nak ketawa sampai pecah perut tu kenapa?” marah Nadiah dengan jelingan.

Mata Nadiah asyik memerhatikan katil yang cantik bercadar putih dan berhias. Kelambu dan sarung kusyen bersulam Nadiah belek.

“Thank you sweetheart”, bisik Nadiah di hatinya. Sekali lagi Nadiah merasa amat beruntung. Semasa melangkah masuk ke rumah Faris bilik pengantin cantik berhias untuk mereka dan begitu juga pertama kali sampai ke rumah arwah orang tua Faris. Besar kemungkinan begini juga indahnya persiapan andai kata dahulu majlis mereka dibuat di sini.

Perjalanan yang jauh terlalu meletihkan dan terlalu malas bagi Nadiah untuk ke bilik mandi walaupun hanya beberapa langkah sahaja. Niat hati hanya ingin berbaring sebentar membuat Nadiah terlena di atas sofa di dalam bilik itu.

“Awak pergi lah mandi dulu”, suara Faris hinggap di telinga Nadiah namun matanya masih kelat hendak dibuka dan badannya terasa amat lenguh. “Hai penatnya mengalahkan orang yang bawak kereta pulak” bebel Faris seterusnya sambil mengusap lembut rambut Nadiah.

Dengan perlahan Nadiah memaksa dirinya bangun apabila Faris tidak henti-henti menggoyangkan tubuhnya walaupun tidak memaksa. Usai solat Asar dan sewaktu bersiap hendak ke rumah Pak Su dan Mak Su ada sesuatu yang membuat Nadiah lama memerhatikan dirinya di hadapan cermin. “Betul ke aku gemuk?”, tanya Nadiah pada dirinya.

Melihat segala kuih dan lauk yang Mak Su sediakan macam tak sabar rasanya hendak berbuka walaupun hanya tinggal beberapa minit saja lagi. Walaupun masakan Kelantan jarang dimakan olehnya akan tetapi tidaklah Nadiah merasa kekok atau tidak tahu apa-apa mengenainya. Terliur Nadiah semasa Pak Su membaca doa berbuka puasa kerana aroma kulai daging kawah menusuk hidungnya dan kerabu perut yang dia turut sama membantu tadi. Tidak ketinggalan juga sambal lada dan ulam. Kesemua pencuci mulut yang terhidang menambat selera Nadiah dan tanpa segan mengambil dua sekali cek mek molek dan lompat tikam.

“Apa?” tanya Nadiah kepada Faris dengan nada terkejut. Dahinya juga berkerut apabila suaminya itu memandang kepada pinggan yang penuh isi.

“Alhamdulillah…seronok Mak Su tengok Nadiah makan. Dah siap semua baru rasa bimbang datang kalau-kalau Nadiah tak makan masakan Kelantan”, ujar Mak Su dengan dialek Kelantan paling pekat dan sukar juga untuk difahami. Apabila Nadiah memberitahu yang dia makan semuanya, urutan lembut Mak Su di belakangnya mampu membuat Nadiah terlena. Nasib baik dikawal ketat mulutnya untuk tidak ketawa apabila Mak Su menegur Faris kerana menegah Nadiah makan.

“Ada ke orang puasa gemuk Mak Su?”, tanya Faris kepada Mak Su dengan senggeh ditunjukan kepada Nadiah. Sekali lagi Mak Su mengucapkan syukur bahawa Nadiah sihat, bahagia dan tentu nanti orang puji Faris pandai jaga isteri. Kata-kata Mak Su membawa mereka menjelir lidah di antara satu sama lain. Kali ini bukan teguran yang mereka terima akan tetapi mulut Nadiah ditepuk perlahan oleh Mak Su dan Faris pula kena cubit oleh Pak Su. Namun demikian itu tidak menghalang mereka untuk terus berlawan lalu Mak Su memegang tangan Nadiah dan membawanya ke dapur.

“Nanti Mak Su tolong ajar ya macam mana nak masak gulai kawah ni”, pinta Nadiah semasa mereka berdua di dapur.

“Boleh saja”, jawab Mak Su dengan senyum bangga.

Mungkin kerana perjalanan 8 jam dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan juga kerana berpuasa, Nadiah merasa begitu letih sekali. Tanpa mengisahkan apa yang berlaku dikelilingnya, cepat-cepat Nadiah masuk ke bilik dan merebahkan diri di atas katil. Sebaik saja kepalanya terletak di bantal, terasa aman dunianya.

“Penat sangat ke isteri abang ni” usik Faris sambil membelai lembut pipi Nadiah.

“Hmm…letih lah” jawab Nadiah dengan malas dan memejamkan matanya.

“Letih sebab terlebih makan kan?” usik Faris lagi dan mencubit pipi gebu isterinya.

Geram hati Nadiah bila diusik begitu oleh Faris tetapi malam ini dia tidak ada mood langsung hendak bergaduh. Sebaliknya mood yang ada hanya hendak bermanja dengan suaminya. Lenguh seluruh anggota badannya tidak terkira dan dia menarik lembut tangan Faris mohon dipicit. Mendengarkan permintaan Nadiah terus saja Faris menarik tangannya dari pegangan Nadiah.

“Ewah…kita yang bawak kereta 8 jam dia pulak yang minta dipicit” bebel Faris dengan nada merajuk.

“Please sweetheart…tolonglah picit, lenguh sangat ni”, renggek Nadiah berpanjangan walaupun matanya dilelapkan.

Senyuman terukir di bibir Nadiah bersama ucapan terima kasih apabila Faris memenuhi permintaannya.

“Upah picit bila nak bayar?” tanya Faris dengan nakal. Tidak Nadiah hiraukan nakalnya bibir Faris di pipi dan melurut ke lehernya kerana dia benar-benar tidak berdaya.

“Bilik ni pun disiapkan untuk sambut saya ke”, tanya Nadiah tiba-tiba.

“Lain ditanya lain pulak dijawab…hmmm tidolah. Good nite princess”, jawab Faris berbunyi kecewa bersama kucupan di pipi Nadiah.

*****

Hanya tinggal sehari sahaja lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut hari raya Aidilfitri. Suasana hari raya makin terasa dalam diri Nadiah apabila pergi membeli belah barang keperluan untuk memasak nanti. Warga kota juga sudah mula sampai ke kampung halaman. Begitu jugalah dirinya dengan Faris. Keputusan yang mereka ambil 3 bulan yang lalu kini menepati hajat dan matlamat dan tanpa Nadiah duga gangguan fikiran itu merunsingkan hatinya. Sepantas kilat tangannya memegang erat pergelangan tangan Faris sehingga membuat suaminya itu terkejut.

“Are you ok sayang?” tanya Faris penuh kerisauan. Muka dan dahi Faris sudah berkerut memandang Nadiah.

“No..I am not”, jawab Nadiah dengan merenung dalam bola mata suaminya itu di tengah-tengah kesesakan orang ramai di pasar Siti Khadijah. Genggaman tangannya di lengan Faris dikuatkan. Dengan sendirinya dirasakan wajahnya menjadi pucat lesi dan sepantas itu juga Faris merangkul bahunya tanpa banyak soal. Sesaat kemudian Nadiah menyedari telah membuat Faris panik dengan jawapannya tadi. Walaupun cuba menyakinkan Faris bahawa dia tidak apa-apa selepas itu debaran jantungnya amat kuat sehingga sukar ditahan.

Sebaik sampai di rumah, Nadiah memohon diri untuk berehat sebentar dan meminta Faris supaya tidak bimbang akan dirinya. Janji Nadiah sekadar 15 minit tidak mendapat bantahan daripada Faris memandangkan suaminya itu perlu mengemas segala barangan yang dibeli. Pujukan Faris untuk dirinya supaya jangan meneruskan puasa juga ditolak dengan janji akan menceritakan segalanya kemudian.

Tepat 15 minit yang dijanjikan Faris datang menjengah dirinya yang sudah bersiap untuk ke dapur. Berdebar lagi hati Nadiah apabila Faris memandangnya tanpa berkelip dan mara ke dalam bilik. Pelik dan aneh dengan pandangan itu, setapak Faris melangkah ke hadapan, setapak juga Nadiah ambil ke belakang sehingga tidak ada ruang untuk dirinya berundur.

“You have scare me out of my life a while ago…are you ready to tell me what it is all about?”, tanya Faris dalam satu nada serius dan mengepung Nadiah dengan kedua belah tangannya. Pandangan yang Faris berikan juga tajam dan tidak berkelip. Semuanya itu mendatangkan gerun di hati Nadiah sehingga tergagap-gagap untuk berkata. Bagaikan lipas kudung Nadiah melepaskan diri apabila telefon bimbit Faris berbunyi dan panggilan itu adalah dari pejabatnya.

“Apakah patut aku berterus terang? Atau apakah patut aku simpan dahulu sehingga pagi raya? Apakah nanti reaksi Faris terhadap perkara ini? Hati Nadiah sudah dihambat berbagai pertanyaan. “Kenapa aku masih berfikiran begini?” datang lagi pertanyaan dalam dirinya. Puas dipujuk hati supaya tidak terus memikirkan perkara yang buruk tentang pernikahan dan perkahwinan ini akan tetapi di saat kebahagian berada di puncaknya pasti akan terselit kegusaran yang amat payah hendak dipadamkan. ”He loves you Nadiah” pujuk Nadiah kepada hatinya yang sedang gundah itu. Hal kerja pejabat yang memerlukan perhatian Faris untuk diselesaikan dengan segera membuat Nadiah lega hingga selesai segala kerja di dapur. Tiada persediaan juga untuk berbuka puasa malam ini kerana mereka telah dijemput ke rumah sepupu Faris pula.

*****

Suasana alam begitu damai, hanya sayup-sayup kedengaran suara takbir dari surau yang berdekatan. Segala yang dirancangkan untuk juadah berhari raya telah mereka siapkan dengan dibantu oleh seorang sepupu Faris siang tadi. Oleh kerana telah dikelilingi oleh makanan tradisi negeri Kelantan seperti nasi dagang, nasi kerabu dan laksa Kelantan, Nadiah dan Faris bersepakat menyediakan juadah dan selera global iaitu nasi impit, rendang ayam serta kuah kacang. Pada awalnya Nadiah bercadang untuk memasak kuah lodeh akan tetapi Kak Long meminta menangguhkannya untuk hari raya kedua.

“Jauh termenung nampak”, tegur Nadiah apabila melihat Faris duduk termenung di atas tangga hadapan rumah.

Sebaik saja Nadiah menghampiri dan mengambil tempat disisi suaminya itu, matanya menangkap wajah Faris yang sayu. Senyuman yang Faris beri beriring dengan menguak sedikit rambut di dahinya juga tidak ceria seperti selalu. Di halaman rumah tidak jauh dari tempat mereka duduk ramai kanak-kanak sudah bermain bunga api. Sesekali mata Nadiah melirik ke arah mereka dan menguntum senyum. Melihat kanak-kanak yang begitu riang mahu rasanya Nadiah kembali ke zaman itu. Di waktu tidak ada masalah yang perlu dan harus difikirkan, yang perlu dibuat keputusan wajar dengan akal yang waras. Beberapa orang dewasa mula berjalan pulang, mungkin baru balik dari takbir di rumah jiran. Itulah kenangan Nadiah semasa kecil di kampung halaman arwah nenek dan datuknya.

“Agaknya kita macam mereka dulu kan?’ tiba-tiba Faris bersuara menunjuk jari ke arah kanak-kanak yang riang bermain.

“Bukankah sekarang masih macam tu jugak?” soal pula Nadiah apabila teringat yang Faris membelanjakan lima ratus ringgit hanya untuk membeli bunga api dan bahan letupan.

Tidak pernah seumur hidup Nadiah melihat begitu banyak dan berbagai jenis bunga api. Sebahagian darinya memang bukan untuk permainan kanak-kanak akan tetapi khas untuk orang dewasa. Semasa Faris bercerita serba sedikit mengenai jenis bunga api yang dibeli Nadiah sekadar mendengar. Dunia itu telah lama ditinggalkan olehnya dan mungkin malam esok apabila anak-anak saudara Faris sampai ia bakal membuka sejarah lama. Beberapa jenis yang selamat untuk kanak-kanak telah Faris berikan sedikit kepada Nizam dan Nazim yang sempat juga mereka bermain bersama semasa berbuka puasa di rumah ayahnya tempoh hari.

“I miss them…I miss everything yang pernah ada di sini”, luah Faris dengan keluhan dan Nadiah pasti Faris cuba mengawal perasaannya dan airmata dari mengalir. “Semasa hayat mereka rumah ini ramai pengunjung…cucu-cucu saudara memang gemar datang ke mari, kami tidur ramai-ramai di tengah rumah, main bunga api, meriam buluh dan waktu siang walaupun berpuasa kami akan pergi ke sungai berdekatan rumah Pak Su. Apabila sesiapa sedar kami tak ada di rumah mesti nanti ada orang datang mencari dan menghambat kami”, cerita Faris meniti kenangan. Untuk seketika Faris hanya berdiam diri.

Tidak ada apa yang mampu untuk Nadiah lakukan sekadar mendengar luahan hati suaminya. Di dalam sesingkatnya pernikahan mereka, banyak perkara yang telah dipelajari dan banyak lagi yang perlu dipelajari.

“Di sini kami tak buat pelita buluh”, kata Faris membuat Nadiah terkejut kerana baru disedari banyaknya pelita yang tergantung di pagar dan juga tercucuk di tanah hanya di sekeliling kawasan rumah pusaka ini.

“It’s for you Princess”, sambung Faris lalu mereka berpandangan. “Saya beritahu Pak Su tradition di selatan tanahair jadi Pak Su carikan orang untuk membuatnya seasli mungkin”, terang Faris bersama senyuman. Tiada kata yang mampu Nadiah ucapkan hanya sekadar ucapan terima kasih yang tidak terhingga bersama kucupan nipis di bibir.

Waktu mereka bersama amat singkat dan Faris pada tanggapan Nadiah lebih banyak mengetahui hal dirinya oleh kerana segala mood swing dan juga emotionally unstable yang selalu berputaran di dalam masa 3 bulan ini. Hal-hal Faris serta kenangannya tidak banyak yang Nadiah ketahui kecuali serba sedikit perniagaan yang diusahakan oleh arwah mertuanya dan juga seorang wanita yang pernah bergelar kekasih hati suaminya, iaitu Aishah. Selain daripada itu Nadiah hanya mengenali dan bersama dua orang kakak Faris serta keluarga mereka. Selebihnya Nadiah dan Faris meniti hari dengan menerima segala yang datang dengan hati yang lapang.

“Saya janji…sebelum kita balik ke KL saya akan bawak awak ke Pantai Cahaya Bulan dan juga melihat perusahaan yang masih diteruskan walaupun arwah ayah dah lama tak ada”, ujar Faris dengan mengangkat ikrar.

“Apalah kabar mummy…tentu mummy dan uncle dah selamat sampai ke London”, tiba-tiba Nadiah teringat akan ibunya yang bakal menyambut Syawal di kota London.

Cantik pelita buluh yang terpasang membuai perasaan Nadiah dalam berbagai rasa. Sekejap teringat kepada ibunya, sekejap teringat kepada ayah dan adik-adik tirinya, sekejap tadi perasaannya tercuit dengan kenangan beraya keseorangan selama lima tahun berturut-turut selepas kembali dari UK. Sewaktu mula-mula pulang dulu sengaja Nadiah rancang untuk sampai ke Malaysia hanya 3 hari sebelum raya, itupun puas ditahan telinganya dengan leteran ibu kerana asyik memerap di dalam bilik. Akhirnya keluhan juga yang terlepas di malam hening ini.

“Tak boleh tahan”, kata Faris dengan ketawa kecil lalu menarik tangan Nadiah untuk ikut sama. “Jom dik kita lawan”, pelawa Faris kepada anak-anak kampung yang sedang bermain.

“Biar benar laki aku ni”, kata Nadiah di hati apabila Faris mula membaling mercun padi. Budak-budak yang seramai lima enam orang itu sudah datang berhimpun. Bermacam nama mercun yang ada dan tidak Nadiah tahu nama semuanya kecuali mercun padi dan bola. Tanpa Nadiah sedari dirinya sudah ketawa besar apabila melihat Faris berlari dengan kain pelikat ketika mercun beserta bunga api yang dinamakan parachute dipasang. Seingat Nadiah bunyi parachute ni kuat semasa mereka bermain bersama Nizam dan Nazim. Bermula dengan tiga das pancutan bunga api diikuti dengan mercun yang bunyinya kurang kuat dan akhir sekali bunyi mercun sebanyak tiga kali sebelum berserakan menyerupai parachute.

Girang hati Nadiah melihat Faris asyik bermain dengan anak-anak yang ada dan ada pula jiran yang datang bertanya kabar serta mereka merasa seronok melihat rumah peninggalan orang tua Faris bercahaya kembali di malam raya. Sudah terlanjur mereka datang mencari anak masing-masing sang bapa duduk bersembang juga dengan Faris tidak ketinggalan juga Nadiah dengan seorang dua jiran berdekatan.

Riuh rendah anak-anak yang tadi gamat kini beransur reda. Sunyi sudah walaupun jam baru saja menunjukan 10 malam. Tentu para ibu sibuk di dapur tidak ketinggalan juga sang ayah. Namun bagi Nadiah semuanya beres menjelang berbuka tadi. Oleh kerana Faris menginginkan rendang ayam cili padi dan memasaknya juga tidak memerlukan masa yang lama, hanya esok pagi saja sebelum subuh akan Nadiah buat.

“Alhamdulillah”, berkali-kali Nadiah mengucapkan syukur ke hadrat Allah dengan segala limpah kurnia rahmatnya selama ini. Amat Nadiah bersyukur kerana Allah menemukan dirinya dengan orang-orang yang punya ikatan kekeluargaan yang rapat, sikap bergotong royong dan saling membantu di antara satu sama lain masih kekal seperti mana bersusah payah sepupu Faris menghantar anaknya yang sedang bercuti membantu Nadiah memasak siang tadi. Bab kemas rumah tidak Nadiah bimbangkan kerana sudah ada pekerja yang datang membersihkan petang tadi dan akan datang setiap hari sehingga mereka pulang nanti.

“Kenapa tak tidur lagi ni?” tegur Nadiah sebaik saja masuk ke bilik. Siang tadi Faris ada juga bersungut letih kerana perjalanan yang jauh 3 hari yang lalu baru hendak dirasa dan terpaksa pula melayan masalah pejabat walaupun sedang bercuti.

“Sayang dah mengantuk ke?” tanya Faris pula lalu menepuk bantal minta Nadiah bersandar dan menemaninya berborak sebentar.

“Kenapa ni?” tanya Nadiah sekali lagi lalu membelai lembut rambut Faris apabila melihat suaminya itu sugul sahaja. Sudah Faris beritahu yang dia amat merindukan arwah kedua orang tuanya dan 3 tahun juga dia tidak pulang berhari raya ke kampung sejak pemergian arwah ibunya.

“Siapa kata orang lelaki tidak sensitif. Sememangnya sewaktu mula mengenali Faris dia adalah lelaki yang sentiasa cool dan happy-go-lucky. Namun di malam ini Nadiah melihat sisi Faris yang amat berbeza. Kerinduan yang Faris ceritakan amat janggal buat Nadiah. Mungkin juga dirinya masih ada ibu dan ayah. Keliru juga dirinya adakala oleh kerana masih belum dapat mengerti sepenuhnya betapa berharga dan pentingnya ikatan kekeluargaan yang selama ini cuba Faris terapkan ke dalam dirinya. Jujurnya dia masih mencari jawapan”, mengelamun Nadiah seketika meniti makna rasa hati suaminya di malam raya.

“Ayah garang orangnya manakala ibu pula pendiam. Sebagai seorang guru dia hanya tahu mengajar anak-anak muridnya dan kami adik-beradik belajar dengan guru lain untuk kelas tambahan. Kalau mengajar kami ibu boleh jadi garang dan ayah pula takut ringan tangan bila mengajar. Masa-masa lain elok sajalah pulak. Kelakar kan?” cerita Faris kepada Nadiah meniti kisah lama.

“Sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka. Awak anak yang baik, Faris. Mereka mesti bangga ada anak macam awak”, tutur Nadiah pula lalu merebahkan kepalanya di dada Faris. Di malam itu mereka berdua tenggelam didalam emosi masing-masing sehingga terlena.

1 Syawal adalah hari yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Hari merayakan kemenangan setelah selesai menjalani ibadah puasa dan juga hari untuk berkumpul bersama keluarga. 1 Syawal juga merupakan satu permulaan baru bagi Nadiah. Jika sebelum ini, 1 Syawal hanyalah satu hari biasa bagi dirinya tetapi mulai dua hari yang lalu kelainan sudah Nadiah rasakan.

“Senang saja nak selesaikan masalah kau ni…cari orang kampung yang ramai adik-beradik pasti meriah raya kau nanti”, mahu saja Nadiah tergelak sorang-sorang di pagi yang hening ini sambil memasak rendang apabila mengingatkan perbualannya degan Ira tiga bulan yang lalu.

Nadiah masih ingat pada 1 Syawal tahun lepas dia keseorangan di Tokyo kerana melarikan diri daripada keluarganya. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya ketika itu bila melihat gambar rakan-rakannya berhari raya di kampung yang dimuatturun di laman social. Sungguh dia tidak menyangka yang nasibnya berubah dengan sekelip mata. Di pagi Syawal ini, Nadiah bangun di awal pagi kerana nak sediakan juadah pagi raya. Berhenti sekejap untuk solat subuh dan sambung semula. “Siapa sangka akan jadi macam tu kan”, itulah butir kata smsnya kepada Ira tadi bersama tiga icon senyum bahagia Nadiah letakan.

“Dah siap semuanya?” tanya Faris yang tiba-tiba muncul di dapur dengan lengkap berbaju melayu biru turquoise yang sedondon warnanya dengan Nadiah nanti.

“Sampin mana”, tanya Nadiah sambil mengenakan butang baju Melayu Faris. “Handsome Encik Faris hari ni, taklah segan isteri awak nanti”, seloroh Nadiah dengan tawa kecil.

“Hmm iyalah siapa lagilah yang nak puji saya kalau tak awak. Terima kasih Puan Nadiah kerana sudi belikan saya baju Melayu baru tahun ni”, ucap Faris panjang lebar dan sempat juga perli lagi.

Sebelum mereka berdua bertolak ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri, sempat mereka menjamah makanan yang telah Nadiah siapkan. Tiba-tiba pula tadi Faris berkata perutnya sudah berkeroncong.

“Sedapnyalah Puan Nadiah masak…nampaknya lepas ni kenalah sambung puasa, kalau tak makin berisi pulak saya. Terima kasih sekali lagi…esok-esok masak lah lagi”, puji Faris berkati-kati kepada Nadiah.

“Ha’ah memang seeedappp sangat…siapalah lagi nak pujikan kalau tak suami saya yang baik budi ni kan”, giliran Nadiah pula memulang paku buah keras. Tawa kecil Faris kedengaran dengan melihat jam di tangan supaya tidak terlewat nanti.

*****

Alam seperti bertafakur di awal pagi Syawal dengan hujan rintik-rintik yang turun di awal pagi menambah keindahan yang ada.

“Alhamdulillah…aku bersyukur ke hadratMU Ya Allah dengan segala nikmat dan rahmat yang Kau berikan”, bisik hati kecil Faris ketika membetulkan sampin melengkapi persalinannya di pagi raya. Memegang sedikit perut yang sudah diisi, Faris memberi senyuman kepada dirinya di hadapan cermin tanpa menyedari ada seseorang yang memerhatikan gelagatnya.

Di sebalik cermin itu, Nadiah isterinya sudah siap menukar pakaian. Warna biru yang dipakai adalah rona yang sama dengan persalinannya begitu juga dengan selendang di kepala yang seakan sama warnanya.

“Nothing will go wrong if you wear blue”, itulah pujian yang Faris berikan apabila Nadiah menunjukan baju itu kepadanya sebaik saja dibeli. Seorang wanita yang kini adalah isterinya dinikahi atas alasan mahu menyambut Syawal di rumah pusaka ini dan bukan dengan kedua orang kakaknya bersama mertua mereka adalah anugerah Allah paling indah. Hanya dirinya dan Nadiah saja yang tahu rahsia di sebalik pernikahan tergempar mereka, akan tetapi hati yang satu ini tanpa disedari mula memberi isyarat tentang cinta di hari pernikahan mereka.

“Jodoh itu rahsia Allah…namanya, wajahnya, siapakah dia dan di mana tempat pertemuannya tidak siapa ketahui. Semuanya adalah rahsia, akan tetapi apabila sampai masanya Allah memberikan kepada kamu, berjanjilah kamu pada diri untuk menjaga dan menghormati kesucian pertemuan tersebut. Bagaimana jodoh yang datang kepada kita itu juga sealiran dengan doa, permintaan dan hasrat kita kepada Allah. Aisyah bukan untuk kamu walaupun setinggi gunung harapan yang kamu letakan dan sedalam mana rasa kasih yang kamu simpan untuknya. Mak pasti kamu akan berjumpa dengan orang yang lebih baik kemudian nanti dan apabila kamu temuinya katakan kepada dia bahawa mak menyayanginya kerana dia ikhlas menyayangi dan menjaga anak mak”.

Kotak kayu berukuran lebih kurang 20 cm panjang dan 8 cm lebar itu Faris usap perlahan. Berukiran sedikit di permukaan atas sudah berada didalam simpanan Faris hampir 8 tahun yang lalu. Di dalamnya ada 2 bentuk cincin bertatah berlian; sebentuk diikat dengan emas putih dan sebentuk lagi dengan emas kuning, seutas rantai emas yang berat dan labuh ke paras dada, sepasang gelang tangan, rantai tangan dan juga rantai kaki. Kesemua barangan ini adalah pemberian arwah mak untuk bakal menantunya. Tidak pernah Faris terbayang bahawa ibunya sudah menyiapkan hadiah untuk bakal isteri anaknya terlebih awal. Sewaktu Faris asyik berulang alik keluar negara, kotak ini dijaga rapi oleh Kak Long dan hanya mengambil sebentuk cincin untuk dicuci 3 minggu sebelum pertemuannya dengan Nadiah.

Sesungguhnya tiada siapa yang menduga, cincin itu bertemu pemiliknya dalam masa yang singkat dan andai ditanya kenapa dirinya tergerak untuk menghantar cincin tersebut untuk dicuci dan dibaiki, jawapan sememangnya tiada.

“Dah ada orangnya ke Ris? Siapalah orang yang bertuah tu agaknya ya? Bila nak kenalkan kat along dan angah?”, bertali arus pertanyaan Kak Long semasa Faris meminta cincin adalah sebahagian dari momen terindah diari hidupnya. Cincin bertatahkan berlian 2 karat (solitaire) Faris sarungkan di jari Nadiah sebaik mengambilnya dari kedai menjadi cincin pertunangan tidak rasmi mereka. Hanya itu saja tidak ada di dalam kotak ini kerana ia sudah menjadi milik Nadiah dan Faris merasakan sudah sampai masanya untuk menyerahkan kesemua barangan ini kepada Nadiah sebagai pemilik baru. Andainya arwah mak masih ada, sudah tentu hatinya berbunga riang mempunyai menantu seperti Nadiah sebagaimana hatinya bahagia bergelar suami kepada Nadiah Malek.

Genggaman erat jari jemari mereka sewaktu meninggalkan tanah perkuburan sebentar tadi menggambarkan kuatnya ikatan janji Allah kepada hambaNYA. Setiap permulaan ada pengakhiran dan setiap doa serta usaha dengan penuh keikhlasan pasti akan terjawab. Walaupun nanti didalamnya punyai seribu satu macam rintangan pasti akan ada jalan penyelesaian kecuali MATI.

Rancangan berubah dan hasrat pasti akan berubah sepertimana arus sungai yang mengalir, namun jangan sesekali mengkufuri nikmat yang Allah beri. “Selagi bernafas berusahalah nak…berdoa semoga kita diberikan ketetapan iman, mempunyai budi pekerti yang elok dan jangan jadi seorang yang pendendam. Setiap yang keruh pasti akan ada jernihnya di mana-mana, carilah tanpa lelah tanpa putus harap dan terus menerus mengharap bantuan Allah”, pesanan ibunya datang lagi dan sebak yang disimpan lama mungkin akan berjurai jika tidak dikawal.

“Tell me sayang…apa rasanya sambut raya kat overseas?” tanya Faris memecahkan kesunyian di antara mereka dalam perjalanan pulang dari menziarah pusara kedua orang tuanya.

Pertanyaan itu membuat Nadiah tersentak barangkali kerana memandang Faris semacam orang yang baru terkejut dari mimpi. Helaan nafas yang Nadiah lepaskan ternyata isterinya itu juga sudah jauh melayang fikiran. Bukannya bercerita atau menjawab soalan, ditanyanya pula Faris apakah tidak pernah melaluinya walaupun berada di Amerika Syarikat selama dua tahun berturut-turut, walhal itulah perkara pertama yang Faris ceritakan yang di tahun pertama sanggup berada di udara dari menyambut Syawal di perantauan. Di masa itu Nadiah asyik memerlinya anak mak dan mesti semua perkara tak tahu nak buat sendiri.

“Sah isteri abang ni suka mengelamun…” ujar Faris sambil dua anak jari membelai pipi halus mulus Nadiah dengan tawa kecil yang tak geli apabila Nadiah mendengus geram.

‘I’m driving darling…” pesan Faris apabila jari jemari Nadiah sibuk mencucuk sana sini di badan Faris.

“Mak….ayah, kalaulah mak dan ayah masih ada tentu mak dan ayah juga turut sama merasa gembira dengan kegembiraan yang Faris rasakan sekarang. Insha’Allah segala pesanan mak dan ayah akan tetap Faris ingat sampai bila-bila. Sekarang Faris sudah ada isteri, sudah ada tanggungjawab lebih besar dan Faris bersyukur kerana Allah menemukan Faris dengan seorang wanita yang penuh dengan kasih sayang akan tetapi terlalu takut untuk menyuarakan kasih itu…terlalu takut untuk menerimanya dan juga masih kukuh tembok yang dibina terhadap ibunya sendiri. Faris yakin dengan doa mak dan ayah selama ini dan rasa kasih yang Faris bina untuknya dapat Faris tanamkan rasa kasih itu kembali ke hati Nadiah”, panjang monolog Faris di atas sejadah di awal pagi itu apabila dia gagal melelapkan mata sehinggalah ke Subuh.

Sesuatu yang tidak Faris sangka akan berlaku apabila menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Nadiah usai solat subuh. Tangannya Nadiah pegang dan genggam untuk tidak dilepaskan dan matanya memandang tepat kepada Faris seolah-olah mencari kekuatan sebelum berkata. Sebelah tangan Faris letakan di pipi isterinya dan meminta supaya isterinya tenang dan bersabar lalu bertanya apa yang hendak dicakapkan sampai terketar bibir.

“Faris…terima kasih kerana sudi terima saya dalam hidup awak. Saya mohon ampun dan maaf kerana terlalu menguji kesabaran awak di usia muda perkahwinan kita. Saya tahu saya ni degil dan suka melawan cakap awak tapi percayalah saya akan cuba dan terus berusaha lagi untuk menjadi isteri yang sempurna di….,” panjang kata Nadiah tidak dapat diteruskan apabila Faris meletakan jarinya di bibir Nadiah. Untuk seketika pandangan mereka bertemu. Tanpa suara dan tanpa kata, Faris hanya memegang pipi Nadiah dan tersenyum. Gugur airmata Nadiah dikesat perlahan sebelum tunduk mencium tangan Faris beriring sayup gema takbir.

Urutan dan usapan lembut tangan Faris di kepala Nadiah yang masih bertelekung membawa Faris tunduk memberi ciuman di atasnya dan dengan perlahan Faris membawa Nadiah untuk bangun dan memandangnya. Lembut saja jari Faris menyeka airmata yang masih menitis lalu memberi ciuman di dahi Nadiah. Ternyata sebak di hati Nadiah masih tebal akan tetapi tetap meminta izin daripada Faris untuk meneruskan segala yang terbuku di hatinya.

Senyuman Faris beri sebagai persetujuan walaupun sebenarnya dia tidak mahu Nadiah merasa terlalu tertekan dengan apa yang dilaluinya sejak beberapa hari ini…kampung, jumpa saudara mara, jiran tetangga, persiapan pagi raya dan juga beradanya mereka di sini adalah kerana ikatan dan pautan janji untuk bersama menyambut Syawal. Sedikit sebanyak apa yang Nadiah rasakan dapat Faris meneka kerana itulah juga yang tersimpan di lubuk hatinya.

“Awak buka mata saya tentang betapa pentingnya kasih sayang dan keluarga dalam hidup kita. Walaupun keluarga saya tidak sempurna seperti orang lain saya masih beruntung kerana mempunyai orang-orang yang menyayangi saya dengan cara mereka tersendiri. Saya adalah orang yang paling takut hendak rapat dan menunjukan rasa prihatin dan sayang kepada seseorang kerana semua orang yang saya sayangi selalu mengecewakan saya. Awak terima saya dengan segala kelemahan yang ada, awak buat saya rasa selesa dan sepanjang kita bersama saya lebih banyak ketawa dari sebelum ini”, kata Nadiah penuh emosi beriring airmata yang masih berjurai.

Sepanjang Nadiah bercakap tidak ada sedikitpun Faris berkata apa kerana itulah janjinya tadi. Hanya sesekali jari jemarinya menyeka airmata yang terus menitis.

“I fall in love with you on our wedding day”, terlunjur laju kata itu terkeluar dari bibir Faris tanpa dia sedari juga. Tergamam Nadiah mendengarkannya dan Nadiah pasti Faris dapat rasakan bahawa dirinya membeku dengan kata-kata yang baru didengar.

“Terima kasih sayang untuk hari ini…hari-hari sebelumnya dan hari-hari yang mendatang . Walau apapun alasan yang ada dengan ikatan ini saya percaya awak adalah jodoh saya yang Allah simpan selama ini lalu memberikannya kepada saya tepat pada masanya. Saya juga percaya dan yakin awak adalah untuk saya cintai, sayangi dan kasihi serta untuk dilindungi. Maafkan segala kesilapan, kekasaran dan kesalahan saya selama kita bersama. Saya mohon awak halalkan segala tenaga awak menyiapkan makan pakai saya, menjaga dan mengemas rumah serta hubungan kita suami isteri. Maafkan saya zahir dan batin”, sambung Faris lagi dengan penuh makna dan merasa lega melihat senyuman sudah terukir di bibir Nadiah seraya memberi ciuman di dahi isterinya itu.

“Thank you sweetheart…you’re the greatest gift from Allah and I am truly blessed. I am falling in love with you more and more each day and you are going to be stucked with me forever, Insya allah, I’ll make sure it happen”, kata Nadiah sambil tersenyum nakal. Tergelak Faris mendengar kata-kata nakal Nadiah dan terus menarik Nadiah ke dalam pelukannya.

*****

Hujan rintik-rintik di pagi Syawal tidak disangka akan menjadi lebat, membasahi sekeping hati. Walaupun titisan rintik tidak mencurah ke bumi, hujan lebat di hatinya mencurah-curah dengan segala bayangan tersimpan sejak diperkenalkan kepada seorang wanita dan isteri bernama Nadiah.

Bermula di hari itu nama itu adalah racun perosak di hatinya. Nama itu telah membuat seorang lelaki yang lebih dahulu dikenali tidak menjawab panggilannya dan tidak juga membalas sms yang dikirimkan. Kesanggupannya menunggu Faris di pejabatnya juga tidak berhasil apabila Faris tidak pulang ke pejabat selepas mesyuarat di luar. Ternampak pula bayangan Nadiah dengan senyum manisnya di sebuah gedung baju Melayu terkenal di Jalan Tuanku Abdul Rahman beberapa hari selepas pertemuan mereka di airport membunuh jiwanya.

Di hari itu Nadiah bersama seorang budak lelaki dan juga wanita pertengahan umur. Tiada kelibat Faris bersama mereka. “Siapa wanita separuh umur tu”, tanya Aisyah sendiri. Hatinya makin panas apabila dilihat Nadiah sekali lagi berbaju kurung chiffon warna merah jambu. “Pegi shopping pun pakai baju kurung”, hatinya bertanya. Apakah aku cemburu lagi atau sakit hati melihat wanita itu anggun berbaju kurung dengan barang perhiasan melengkapi busananya di hari itu?
Walaupun kemesraan tidak ditunjukan kepada budak lelaki yang bersama mereka akan tetapi gaya Nadiah memegang tangan budak itu membayangkan naluri keibuan di dalam dirinya. Segala apa yang berlaku menjadi perhatian Aisyah sehinggalah sebuah kereta berhenti di hadapan Kamdar untuk mengambil mereka bertiga. Tatkala pintu pemandu kereta Chevrolet Orlando itu dibuka, Aisyah mengingatkan Faris yang memandu namun sangkaannya meleset. Dari pakaian yang dikenakan oleh lelaki itu sudah cukup untuk memberitahu bahawa lelaki itu seorang pemandu.

“Anak orang kaya dan berada…”, bisik Aisyah di hatinya walaupun kenyataan itu tidak membawa erti apa-apa.

“Eh..eh Syah…kau nampak tak siapa tu”, tegur sepupunya Khalilah mematikan lamunannya di tengah-tengah orang ramai yang baru saja selesai solat sunat Aidilfitri. Keterujaan sepupunya melihat kelibat Faris sedang bercakap dengan beberapa kenalan lama tidak dipedulikan. Matanya sibuk mencari di manakah wanita yang telah berjaya menawan hati Faris dan melihatkan Faris makin segak dan tampan. Besar kemungkinan dahulu Faris seorang pelajar lalu pakaian yang dikenakan amat sederhana walaupun keluarga Faris mampu menyediakan yang mahal-mahal untuknya. Warna biru turquoise yang dipakai Faris pagi ini bersama sampin songket tenunan penuh, menyerlahkan lagi perwatakan lelaki itu. Senyuman yang meniti di bibirnya ketika bercakap mengingatkan Aisyah semasa mereka bersama dahulu. Senyuman itu yang menjadi idaman ramai gadis di kampus.

“Eh jomlah kita tegur dia”, kata Khalilah dengan menarik tangan Aisyah.

Keengganan Aisyah membuat Khalilah terkejut lalu menunjukan jarinya kearah Faris sekali lagi. Melopong mulut sepupunya apabila melihat wanita yang berdiri disisi Faris dan memberikan senyuman dan bersalaman dengan kaum hawa yang Faris perkenalkan kepadanya. Hati Aisyah makin digigit benci apabila seorang wanita yang amat dikenalinya memeluk dan mencium pipi Nadiah. “Sanggup Cik buat macam tu”, marah Aisyah di hatinya apabila melihat ibunya begitu gembira berjumpa dengan Faris dan Nadiah.

Sekali lagi pakaian dan dandanan Nadiah menjadi kebenciannya. Mengenakan warna biru yang sama dengan Faris dan berselendang di kepala serta barang kemas yang dipakai menandakan Faris sudah menyiapkan isterinya dengan adat tradisi di Kelantan. Baju batik yang dipakai Nadiah pasti hasil tulisan tangan dari Kelantan ataupun Trengganu dengan corak bunga halus serta sentuhan awan larat adalah corak klasik batik sejak dahulu.

“Nadiah Dato’ Malek berusia 27 tahun merupakan seorang peguam di Malek and Co; milik ayahnya iaitu Dato’ Malek Bajuri. Memulakan tugasnya di sana sekembalinya dari England di usia 22, Nadiah merupakan seorang peguam yang mengendalikan kes-kes korporat di Malaysia. Mendapat pendidikan di London School of Economics di dalam bidang undang-undang dan pemegang ijazah Bachelors of Law ini juga pernah menjadi pensyarah sambilan (visiting lecturer) di Uitm Shah Alam selama setahun sebelum mendapat kelulusan CLP (Certificate of Law Practice)” adalah sebahagian dari biodata Nadiah yang pernah Aisyah baca di dalam majalah terbitan majlis guaman. Rencana itu tidaklah terlalu lama akan tetapi musykil juga di hati Aishah kenapa status Nadiah sebagai isteri tidak disebut sebagaimana peguam-peguam lain yang pernah disiarkan sebelum ini.

“Bila mamat tu kawin?” sergah lagi Khalilah yang hampir membuat Aisyah terlepas pisau di tangan. “Cantiklah bini Faris…ramai Syah puji dia kat masjid tadi”, kata Khalilah makin menyesakkan nafasnya dan bernanah telinganya mendengar pujian tentang Nadiah di pagi ini. Sudahlah hatinya sakit, Khalilah pulak tidak habis-habis bertanya tentang Faris dan kenapa sejak pemergian arwah ibunya 3 tahun yang lalu Faris tidak pernah balik semasa raya. Pujian ibunya pula terhadap Nadiah yang dijumpa tidak sampai 10 minit bagaikan dah kenal hati budi perempuan tu. Sehinggakan kereta Audi Q3 yang dipandu Faris tadi menyakitkan mata dan hatinya dan lebih-lebih lagi dengan manja Faris membuka pintu untuk Nadiah sambil sempat bermain mata di perkarangan masjid.

“Apa hebatnya perempuan tu? Mana saja aku pergi orang memuji isteri Faris. Ini baru jumpa kat masjid…kalau dah duduk bersembang entah apalagi pujian yang datang”, gumam Aisyah di hati. Sememangnya diakui hatinya sudah rosak sejak berjumpa Nadiah dan makin rosak apabila Faris tidak mempedulikannya langsung.

“Apapun yang terjadi aku akan dapatkan perhatian Faris semula”, janji syaitan Aishah di hatinya pada pagi Syawal yang mulia.

*****

Sesungguhnya hari yang menyeronokan. Hari raya pertama yang sudah lama hilang dari ingatan Nadiah timbul kembali di hari ini. Bermula dari membeli belah baju raya, kuih raya, duit raya dan juga perjalanan yang jauh dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu akan menjadi catitan sulong Nadiah setelah sekian lama. Apabila sesekali usikan Ira, Kak Asma, Farah dan seorang dua lagi kakitangan Malek dan Co yang rapat dengannya datang menyinggah Nadiah pasti akan tersenyum sendiri dan sudah tiga kali Faris menegurnya senggeh sorang-sorang di hari ini. Satu Syawal mengubah segalanya bermula dari pertemuan tidak sengaja kepada keputusan diambil penuh dengan cerita yang pasti menjadi sejarah dan akan diceritakan nanti kepada anak-anak mereka.

“ANAK???” terperanjat Nadiah dengan bisikan itu yang datang dari dirinya sendiri lantas meletakan tangannya di atas perut yang kekenyangan. “Tolonglah suara jangan kau kacau aku dengan fikiran yang bukan-bukan”, herdik Nadiah pada dirinya dengan rasa yang berbagai.

Keriuhan di rumah Pak Usu dan Mak Usu membawa Nadiah mengimbau saat dia membesar dan pulang ke kampung di hari raya. Begitulah dia dahulu sehingga waktu memutuskan untuk dia tidak lagi merasai nikmatnya. Pemergian arwah atok dan nenek mematikan segalanya dan sehingga hari pernikahan dan persandingannya tumpah jua airmata kepiluan Mak Long, Ayah Chik dan juga Nek Su. Berkali-kali mereka berpesan supaya nanti membawa Faris pulang ke kampung dan datang ke rumah mereka.

“Daddy bercadang hendak buat reunion untuk keluarga kita tahun ni”, ujar ayahnya semasa awal puasa hari itu. “Masa Nadiah kawin puas semua orang marah daddy lebih-lebih lagi Nek Su, satu-satunya ibu saudara daddy yang masih hidup, adik arwah Wan”, sugul suara ayahnya melontarkan kata-kata. Terlalu jelas perasaan yang dikeluarkan oleh ayahnya sehingga mampu bergenang airmata. Akan tetapi sehingga hari Nadiah hendak bertolak ke Kota Bharu tidak pula ayahnya memberitahu jadual yang ada walaupun telah Nadiah beritahu Faris terlebih dahulu.

Seperti semalamnya, di hari ini perasaan Nadiah juga terbuai-buai di antara satu rasa ke satu rasa yang lain mengikut rentak yang ada. Setelah sekian lama meninggalkan solat sunat Aidilfitri, Nadiah dengan penuh rasa keinsafan mengakui dan sedar betapa lalai, jahil dan ruginya masa yang telah disia-siakan. Puas dikorek memorinya bilakah kali terakhir dia pergi menunaikan solat sunat hari raya namun tidak berjumpa, lalu ucapan syukur Nadiah lafazkan ketika melangkah ke dalam masjid dan mengerjakan solat sunat tahiyatul masjid.

“Hai Nadiah….Faris apa kabar? Terdengar satu suara menegur mereka dari belakang. Berderau darah Nadiah apabila melihat tuan empunya suara itu adalah Aisyah, kawan sekuliah Faris dahulu serta wanita yang pernah menduduki tangga teratas di hati suaminya itu.

Di hari segalanya jelas di hati dan fikirannya, Aisyah sudah hilang dari radar hidupnya. Walaupun pernah Faris bertanya perasaannya setelah mengetahui cerita sebenar , Nadiah mengatakan “yang lalu biarlah berlalu, simpanlah kenangan itu dengan baik dalam diri awak dan jangan sesekali mensia-siakannya”. Sesiapa saja mungkin akan terkejut jikalau seorang isteri berkata begitu, namun Nadiah sedar tidak ada gunanya bergaduh dan menyimpan cemburu kepada sesuatu yang telah berlalu dan tidak ada gunanya juga memaksa Faris membuang kenangan. Mungkin juga mudah untuk Nadiah berkata begitu kerana dirinya seorang peguam dan mengendalikan berbagai masalah rumahtangga sebelum ini, akan tetapi keyakinan, percaya dan bahagia tidak datang sekelip mata. Kesemuanya adalah ramuan kehidupan lalu terpulanglah bagaimana untuk ditapis lalu dibuang hampasnya.

“Dah lupa bagi salam ke?” teguran Faris berbunyi sindiran dan mungkin juga dirasakan begitu oleh Aisyah lalu memberikan salam dan ucapan selamat hari raya. Selepas bersalam dan menjawap beberapa pertanyaan Aisyah yang agak panas telinga serta serkap jarang yang dibuat oleh wanita itu. Oleh kerana telah berjumpa, Nadiah menjemput Aisyah datang ke rumah untuk berhari raya esok atau bila-bila masa saja sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Jelas pegangan tangan Faris di pinggangnya menunjukan tanda kurang senang kerana Faris tidak melepaskannya langsung sehingga Aisyah beredar.

“Tak sangka Faris bawak you balik kampung dan nampaknya macam you selesa sangat”, kata Aisyah sudah mula membakar telinganya akan tetapi senyum plastik yang terlatih didalam diri tetap dihulurkan.

Kata-kata Aisyah menyerangnya tatkala dia merasa seronok berada di tengah-tengah saudara-mara Faris yang masing-masing sudah membuat jadual waktu hendak beraya di mana dan pukul berapa mulai tengahari nanti. Tidak sedikitpun Nadiah merasa kekok berada di tengah-tengah mereka walaupun adakalanya sukar memahami dialek yang dituturkan. Walaupun begitu Faris tidak lekang dari sisinya dan selalu menjadi penterjemah kepada cerita-cerita yang tidak difahami lebih-lebih lagi dari golongan tua seperti Ayah Long, abang sulong kepada arwah bapa Faris. Beruntung sungguh kedua ibu bapa Faris, mereka sama-sama berasal dari Kelantan tidak seperti ibunya orang Johor dan bapanya orang Negeri Sembilan. Di setiap kali hari raya mereka akan pulang di kedua-dua tempat secara bergilir.

“Lucky you Faris…saya hanya ikut awak balik Kelantan saja tak perlu fikir apa-apa lagi”, tiba-tiba saja Nadiah menuturkan kata-kata itu kepada suaminya yang sedang enak menikmati laksa Kelantan yang tidak tahu sudah berapa kali diulang dalam masa dua tiga jam ini.

“You are lucky too Peaches”, balas Faris pula.

Ternganga sekejap Nadiah apabila Faris memanggilnya “peaches”. Perkataan baru yang dia dengar hari ini setelah “sayang…darling…honey…intan payung” dan berbagai lagi. “Memang kenyang aku dengan nama timangan” bisik Nadiah di hati dan hari ini dirinya kenyang dengan pujian, “Alhamdulillah…”, ucap Nadiah lagi, setidak-tidaknya mereka tahu Faris menjaga dirinya dengan baik.

Di sebelah petangnya saudara mara Faris datang pula ke rumah. Masing-masing berpakat membawa makanan serba sedikit kerana kata mereka tidak molek susahkan Nadiah yang belum biasa melayan tetamu begitu ramai. Itupun bukan semua yang datang kerana masih ada yang belum sampai ke kampung dan ada pula dengan urusan masing-masing. Lagipun Pak Su dan Faris serta Kak Long dan Kak Ngah sudah berpakat untuk mengadakan kenduri doa selamat pada hari raya ketiga nanti. Melihat senarai jemputan serta menu yang dicadangkan rasanya mungkin sama ramai dengan tetamu yang hadir semasa majlis persandingan mereka. Kelam kabut jugalah Nadiah di petang itu walaupun banyak bantuan yang diterima dan memang Nadiah amat berterima kasih dengan Pak Su dan Mak Su sekeluarga menjadikan rayanya di kali ini penuh bermakna.

*****

Sesekali mengerling juga mata Nadiah melihat jam di dinding. Sebentar tadi sudah berdenting tujuh kali. Jam antik yang masih berfungsi dengan baik membuat tidur Nadiah kurang lena di malam pertama sampai ke rumah ini. Jam yang tersergam indah di tengah-tengah ruang tamu itu mampu mengundang ngeri di hati kepada sesiapa saja sekiranya lemah semangat.

“Manalah Kak Long ni tak sampai-sampai lagi?” gumam Nadiah di hati penuh kerisauan. Sepatutnya Kak Long dah lama sampai kalau betul mereka bertolak selepas Zohor tadi dari Trengganu. Setahu Nadiah tiada pertukaran rancangan daripada Kak Long. Hanya Kak Ngah yang akan sampai esok.

“Amboiii…lap pinggan ke mengelamun tu Puan Nadiah oii…sampai kita bagi salam pun tak menyahut”, tiba-tiba Kak Long muncul di dapur dengan muka yang berkerut dek badan terasa lenguh. Sebaik saja habis mengeluarkan barang dari kereta, azan Maghrib berkumandang dan becok jugalah mulut Abang Long dan Kak Long mengawal anak-anak mereka seramai tiga orang itu supaya jangan riuh dan berlari di dalam rumah. Kesunyian yang ada setelah saudara-mara pulang kini menjadi gamat semula.

“Lain rasanya Nadiah…tengok anak orang dengan jaga anak sendiri. Proses mengandung dan melahirkan itu indah sebenarnya kalau kita tahu dan faham betapa beruntungnya apabila seorang wanita bergelar isteri melahirkan zuriat”, kata-kata penuh keyakinan Kak Asma menerjah apabila Nadiah leka melihat Faris melayan Anis, anak bongsu Kak Long yang berusia 3 tahun tu bersembang. Antara pelat dan lancar Anis menjawab serta bercerita membuat Nadiah menjadi pendengar yang peka.

“Jom Pak Su…band of brothers”, kata Abang Long kepada Faris dan disambut sorak oleh Amir dan Amirah.

Mendengar Abang Long mengajak Faris bermain mercun, serta merta Nadiah berfikir apakah makna atau maksud band of brothers. Dalam masih cuba membayangkan, kedua orang anak itu sudah memegang bungkusan plastik masing-masing termasuk Abang Long dan Faris juga mengeluarkan supply masing-masing.

“Cayalah Pak Su…ada fireworks tahun ni”, kata Amir dengan teruja apabila membaca label di salah satu bungkusan mercun dan bunga api. Petah sungguh anak yang berusia lapan tahun itu bercakap dan hampir penat Nadiah mendengarkan olahan cerita Amir tentang perlawanan mercun mereka tahun lalu. Puas Nadiah mengurut belakang anak itu supaya memperlahankan nada girangnya kerana Amir sudah nampak mengah dan keletihan.

Semasa mendapat tahu Faris membelanjakan RM500 ringgit hanya untuk membeli mercun dan bunga api sudah cukup untuk Nadiah melompat, akan tetapi apabila mengetahui Abang Long mendapat supply dari pasaran gelap hilang sudah kata-kata Nadiah. Itu belum lagi bahagian Abang Ngah kata mereka.

“Jom Mak Su…kita main bunga api sama-sama”, pelawa Amirah dan Amir lalu menarik tangannya.

Belumpun sempat Nadiah hendak bangun sudah ada suara yang mengusiknya bahawa dia takut untuk bermain bunga api. Tanpa banyak cerita Nadiah memimpin Anis bersama. Jelingan tajam Nadiah berikan kepada Faris yang masih menyakat dan mencabarnya untuk menyalakan mercun nanti. Apabila Kak Long memberi semangat kepadanya dan sama-sama turun padang bermain bunga api bersama anak-anak kaum bapa pula masih tidak henti menyakat.

“Apalah Pak Su…cakap Mak Su penakut”, kata Amir apabila melihat Nadiah menyalakan mercun padi lalu membalingnya ke kawasan padang. “Wahhh,,,teror Mak Su, jauhnya baling”, sambung Amir lagi. Pujian dari budak berusia 8 tahun tentu ikhlas dan jujur lalu high 5 diberikan.

Dari pagi dibawa ke senja hinggalah ke malam hari diari Nadiah penuh terisi. Sesuatu yang telah dilupakan dan ditinggalkan dikembalikan kepadanya tanpa diduga. Selama sepuluh tahun Nadiah menyimpan dan menjeruk rasa akan tetapi di hari ini didalam kegembiraan yang dirasa banyak pelajaran dan keinsafan juga meresap ke dalam dirinya.

Nyanyian cengkerik sudah kedengaran, burung tukang juga mungkin menukang sarang, burung hantu juga matanya sudah terang, hanya Nadiah yang masih gagal melelapkan mata. Sesekali matanya melirik ke arah Faris yang lena diulit mimpi.

Selesai menunaikan solat aidilfitri, Faris membawanya menziarahi pusara ayah dan ibunya yang berdekatan dengan masjid. Di hujung matanya dapat Nadiah lihat betapa Faris tenggelam dalam emosinya dan gugur juga sebutir dua airmata yang ditahan. “Ya Allah sesungguhnya aku masih beruntung kerana masih mempunyai ibu dan bapa di dunia ini” bisik hati Nadiah. Demi mengawal emosinya sendiri yang sudah terganggu, lalu tangan Faris dicapai dan digenggam. Pernah dahulu Faris berkata jika ditanya apakah perkara yang amat terkilan di hatinya; adalah kerana kedua ibu bapanya tidak sempat untuk bertemu dengan menantu perempuan mereka. Semasa itu perasaan Nadiah tidak benar-benar dapat merasakan perasaan Faris akan tetapi di hari ini setiap patah kata yang terucap tersemat di hatinya dan tersimpan kemas.

“Sayang…ingat tak sejarah cincin pertunangan tergempar kita?” tanya Faris ketika menyeka airmatanya yang masih bersisa. Sekadar anggukan kepala Nadiah beri sebagai jawapan dan mana mungkin Nadiah melupakan saat, masa, ketika dan detik Faris menyarungkan cincin itu ke jarinya.

“It was a jigsaw puzzle…bila saya ambil cincin tu puzzle tak lengkap seperti orang kehilangan gigi, jadinya tido saya tak lena kerana teringat saya mesti pulangkan cincin tersebut. Bukannya saya nak buruk siku…dah beri dimintak balik akan tetapi kotak ini memanggil-manggil saja kekasih hatinya”, tutur Faris dengan perlahan bersulam jenaka barangkali kerana Nadiah merasakan Faris cuba menahan senyum dan tawanya.

“Apa sebenarnya ni?” tanya Nadiah kurang sabar menanti Faris menghabiskan cerita. “Kalau awak nak cincin tu balik nanti bila kita sampai KL saya pulangkan ya…”, kata Nadiah seterusnya mengakur janji.

Namun kata-kata Nadiah mahu memulangkan semula cincin tersebut hanya membuat Faris terdiam dan memandang tepat ke wajahnya. Helaan nafas yang Faris ambil dan diamnya untuk beberapa ketika menimbulkan tanda tanya di hati Nadiah.

“Saya mungkin mampu untuk memberikan awak sepersalinan barang kemas namun nilainya tidak mungkin sama dengan cincin itu serta barang-barang yang ada di dalam kotak ini. Mulai hari ini awak adalah pemilik mutlak kotak dan isi didalamnya. Hanya satu permintaan saya, semoga awak jaga kotak ini dan barang didalamnya sebagaimana awak menjaga diri awak untuk tidak jatuh dan terluka. Arwah mak tidak sempat berjumpa dan berkenalan dengan awak akan tetapi saya percaya dan yakin segala doanya untuk saya dipertemukan dengan seorang wanita sebagai suri hidup saya sudah termakbul”, ucap Faris lalu memintanya membuka kotak tersebut.

Sesungguhnya jigsaw puzzle itu akan lengkap apabila Nadiah meletakan cincin tersebut didalam kotak ini semula.

“Tiada apa yang lebih berharga dari kasih sayang”

“Tiada apa yang lebih sempurna dari ketetapan iman”

“Tiada apa yang lebih indah dari moleknya peribadi diri”

“Tiada apa yang lebih tinggi dari cinta hakiki”

“Simpanlah ia sebagaimana kamu bakal menyayangi pemiliknya nanti dan kabarkan kepadanya mak akan menyayangi dia seperti mana mak menyayangi kedua anak perempuan mak”

“Assalammualaikom mummy”, ucap Nadiah sebaik saja talian dijawab.

*****

Hembusan bayu laut serta ombak memukul pantai pasti memberi ketenangan kepada sesiapa sahaja. Walaupun Faris sudah berjanji akan membawa Nadiah ke Pantai Cahaya Bulan sebelum mereka balik ke Kuala Lumpur, bermalam di sini tidak dirancang. Perjalanan dengan kereta dari rumah Faris ke pantai hanya mengambil masa 15 minit sahaja akan tetapi atas cadangan Kak Ngah dan juga desakan Kak Long akhirnya mereka bermalam di sini. Hari ini adalah hari raya yang keempat dan esok mereka semua akan bertolak balik ke Kuala Lumpur dan berakhirnya cuti Nadiah dan Faris selama 7 hari di sini.

Kepenatan semalam melayan sanak saudara, jiran serta sahabat handai Faris, Kak Long dan Kak Ngah bersama menu yang enak seperti nasi kerabu kuning bersama ayam percik, ikan celup tepung, bawang jeruk dan ulam-ulaman, membuat Nadiah menelan air liur apabila mengingatinya. Segala kepenatan itu hilang begitu saja apabila Nadiah memerhatikan keputihan pasir di pantai serta jernihnya air laut.

Pengalaman demi pengalaman diterima dan peristiwa demi peristiwa Nadiah lalui sejak berkenal dengan Faris dan bergelar isteri kepada lelaki itu, akan tetapi tidak mungkin akan sama dengan perkenalan dan mengetahui seorang wanita yang pernah mengikat janji dengan Faris. Sememangnya selepas berterus terang Faris sebaik mungkin tidak mahu bercerita lagi namun tindak tanduk Aisyah semalam menimbulkan banyak pertanyaan didalam diri Nadiah.

“Mesti mahal cincin awak ni kan? Cincin kawin ke?” tanya Aisyah tanpa beralas dan segan silu. Tiada jawapan yang Nadiah berikan sekadar ucapan terima kasih. Di tengah-tengah orang ramai bersama sanak saudara yang lain, manja Faris sememangnya terserlah. Oleh kerana sudah terbiasa dengan gerak geri Faris, sekadar memeluk pinggangnya, memberi ciuman di pipi ataupun menggesel dagunya di bahu Nadiah tidak membuat Nadiah menghalang Faris. Gurauan sanak-saudara yang ada juga menambah kenakalan Faris dan sebahagiannya menjadi tontonan Aisyah.

“Apakah yang mungkin bersarang di hati wanita itu?” tanya Nadiah sendiri apabila matanya tertangkap Aisyah asyik memerhatikan mereka berdua sehingga makanan yang ada didepannya tidak disentuh. Panggilan manja Faris kepadanya juga tidak ada tapisan walaupun di hadapan Pak Su, Tok Chik, Mak Su dan saudara-saudara tua yang ada.

“Amboiii manja sungguh…cepatlah berisi harapnya”, gurauan Tok Chik telah dapat Nadiah tangkap maknanya akan tetapi jelingan serta pandangan mata Aisyah tidak berkelip tidak mudah untuk Nadiah meneka sama ada hati wanita itu bergelumang benci, sakit hati ataupun cemburu. Namun demikian Nadiah biarkan saja Faris dengan kenakalan dan kemanjaannya sehinggalah pertanyaan Aisyah yang menggegarkan seluruh anggota Nadiah.

“How is he in bed? You must be very satisfied aren’t you?” tanya Aisyah dengan merenung tepat ke bola mata Nadiah. Tawa kecil yang Aisyah berikan menyeramkan Nadiah dan sepantas kilat Nadiah menjauhkan dirinya daripada Aisyah. Sudah hampir sejam Aisyah bersama dengan kedua orang tuanya serta seorang adik lelaki dan sepupunya Khalilah bersama suami datang beraya dan dalam masa sejam itu juga telah bermacam soalan Aisyah tanyakan termasuk di manakah Nadiah sering membeli belah, apa kegemaran Nadiah di masa lapang dan apakah makanan kegemaran Faris. Tidak ada topik semasa yang ditanyakan, semuanya mesti berkait rapat dengan Faris membuat Nadiah tidak berhenti berfikir. Akan tetapi jawapan susah hadir kerana Aisyah tidak Nadiah kenali dan info yang ada mengenai wanita itu teramat sedikit.

Tangisan seorang anak kecil yang lalu di tepinya mematikan lamunan Nadiah. Anak yang mungkin berada di lingkungan usia 8 atau 9 bulan itu semestinya kelaparan dan kehausan kerana serta merta senyap apabila susu diberikan. Kesabaran ibunya melayani ragam anak itu membawa ingatan Nadiah kepada Hafiz, anak saudara Faris. Keletah Hafiz bermain di matanya. Bermain dan berbual dengan budak-budak tidak pernah menjadi keutamaan didalam hidupnya. Bagaikan ada sumpahan apabila perkataan anak disebut dan ia masih berlanjutan sehingga sekarang.

“Hafiz seems to like you”, bisik Faris apabila melihat Hafiz asyik saja merapati Nadiah dan memanjat untuk sampai ke riba Nadiah. Usikan Faris di kali ini dianggap sepi oleh Nadiah kerana asyik memerhati kesungguhan Hafiz untuk sampai ke atas ribanya.

“Come on Hafiz you can do it boy”, kata semangat Nadiah berikan kepada anak kecil itu tanpa menghiraukan sesiapa yang dikelilingnya. Berkat kesungguhan Hafiz dan kata semangat Nadiah barangkali, anak kecil itu berjaya sampai ke atas riba Nadiah. Sebaik sampai pandangan dan senyuman yang Hafiz berikan menyentuh hati naluri Nadiah. Hanya untuk sedetik itu saja kemanisan yang Nadiah rasa menimbulkan lambungan ombak di hatinya.

“Apakah mungkin aku menjadi seorang ibu yang baik”, soal Nadiah berkali-kali di hatinya walaupun memeluk dan mendakap Hafiz dengan penuh kasih sayang dan naluri keibuan. Renggekan Hafiz tidak lagi mendatangkan gerun di hatinya akan tetapi terus mendukung anak kecil itu lalu mencapai mainan yang ada dan apabila Kak Ngah datang dengan sebotol susu, begitu yakin Nadiah memberikannya kepada Hafiz sambil mengusap-ngusap rambut Hafiz yang makin lama makin lena dipangkuannya.

“Please tell me I am not dreaming darling”, bisik Faris dengan mendongkat dagunya di bahu Nadiah.

“Please tell me that I am dreaming sweetheart”, bisik Nadiah pula dengan menoleh sedikit ke arah Faris. Hanya Allah saja yang tahu isi hatinya, pergolakan didalam dirinya dan mengetahui impian suaminya tidak berjalan selari walaupun Hafiz lena dipangkuan.

Bersama keluhan yang berat Nadiah bangun untuk pulang semula ke chalet tempat penginapan mereka. Oleh kerana Faris ada urusan yang mesti diselesaikan di sebelah pagi ini, Nadiah hanya keseorangan dan tiba-tiba teringat pesanan Faris supaya dia melihat rakaman video yang ada di ipadnya.

“Alangkah terkejutnya aku apabila melihat gelagat isteriku Nadiah yang begitu teruja bermain bunga api bersama tiga orang anak saudaraku. Apakah mataku yang silap atau lensa kamera ini yang bermain silap mata…Nadiah tidak kekok sedikitpun melayan Amir, Amirah dan Anis. Budak-budak itu juga sudah semakin selesa dengan Mak Su mereka. “Seronok main bunga api? Ini first time main ke?” usik Faris ketika mereka hendak masuk ke dalam rumah. Nadiah terus membeliakkan matanya bila mendengar usikan Faris. Sempat juga dia menyambar lengan Faris dan mencubitnya. Setakat ini dahulu rakaman yang dapat dibuat untuk dijadikan bahan bukti apabila bergaduh nanti”, kembang kempis hidung Nadiah menahan rasa melihat video tersebut dan siapakah yang merakamkannya adalah soalan yang timbul.

Berbagai perasaan terbit lagi setelah selesai menonton video pendek yang Faris buat dan sudah berapa kali Nadiah senyum serta ketawa seorang diri melihat gelagatnya sendiri didalam video tersebut. “Terima kasih Allah”, hanya itu yang mampu Nadiah ucapkan dengan segala kegembiraan yang dirasakan.

“Faris seems head over hill in love with you…ceritalah macam mana korang jumpa?”, pertanyaan Aisyah terngiang kembali di telinganya membuat Nadiah tiba-tiba dilanda resah.

“Kenapalah perempuan tu tak habis-habis nak kacau aku…”, jerit Nadiah di hati. Tindak tanduk Aisyah tanpa diduga itu sudah mengajar Nadiah dan membuat Nadiah berfikir untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadapnya. Kekurangan yang ada sekarang ini hanyalah tanpa bukti yang kukuh dan sahih, lalu Nadiah tidak mungkin dapat membuat tuduhan terhadap Aisyah sebagai mental torture and harrasment. Kata-kata Aisyah yang menyakitkan telinganya tidak didengari sesiapa dan lebih menyeramkan Nadiah dipertemuan hari raya itu apabila Faris sendiri mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan Aisyah dan Faris terlalu yakin bahawa Aisyah cuba meniru dan ingin jadi sepertinya. Seram sejuk tiba-tiba Nadiah rasa sehingga tegak segala bulu romanya apabila meniti cerita semalam.

“Kenapalah suka sangat termenung ni?”, tanya Faris yang muncul setelah hilang di celah-celah orang ramai tadi. Mata Nadiah begitu asyik melihat hempasan ombak laut di pantai, perahu-perahu nelayan dan juga orang ramai dengan gelagat masing-masing. Teguran Faris dibalas senyuman sambil jarinya menunjuk ke arah tepian pantai di mana sekumpulan anak-anak membina istana pasir dan dari satu keluarga yang lain menimbus kaki ayah mereka barangkali. Nadiah dan Faris hanya duduk ditepi pantai petang itu sambil menikmati keropok lekor panas dan memerhati gelagat orang ramai. Agak ramai orang di pantai, ada yang hanya duduk memerhati keindahan pantai dan juga ada yang bermain layang-layang.

“Do you know you look radiant day by day…just like ripe peaches, juicy and sweet”, tutur Faris dengan memandang Nadiah dan mengusap pipinya.

“And do you know you have been giving me all the nicknames in the world…I will be waiting for munchkin, sugar and many more”, jawab Nadiah lalu menjelir lidah.

Meledak tawa Faris dengan jawapan yang Nadiah beri lalu Faris memaut manja bahu Nadiah membawa Nadiah melentukkan kepalanya di bahu Faris. Angin yang bertiup menyegarkan, melambaikan pohon-pohon nyiur yang ada di sekitar mereka lalu Nadiah hilang dalam ilusinya. Mainan jari jemari Faris di rambutnya dan juga ciuman yang diberikan hampir membuat Nadiah terlena.

“Terima kasih sebab sudi beraya dengan saya, Princess” kata Faris ketika sedang asyik menikmati keindahan senja.

“Terima kasih sayang sebab mengajar saya tentang erti berpuasa dan berhari raya” balas Nadiah memeluk erat pinggang Faris.

Selepas 7 hari berada di kampung, Nadiah dan Faris pulang ke Kuala Lumpur. Satu pengalaman yang indah buat Nadiah. Pertama kali setelah sekian lama Nadiah benar-benar menyambut hari raya. Akhirnya Nadiah mempunyai kampung untuk dia pulang dan keluarga untuk menyambut hari raya bersama-sama.

*****

Petang itu keadaan di dalam pejabat agak dingin. Mungkin kerana hujan turun dengan lebatnya sejak pagi namun kedinginan yang ada tidak menghalang Nadiah untuk terus tekun meneliti dokumen-dokumen daripada kliennya. Sesekali matanya melirik kepada in-tray yang masih banyak perlu diteliti. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dan Kak Asma masuk dan menambah file yang perlu disemak. Kertas dan file yang makin menggunung membawa Nadiah melepaskan keluhan berat dan meluruskan badannya sebentar.

“Balik lambat lagi lah ya hari ni” kata Asma kepada Nadiah seakan mengerti isi hati Nadiah.

“Terpaksalah kak, nak buat macam mana”, jawab Nadiah sambil mengeliatkan badannya. Pergerakan yang sedikit itu membawa Nadiah merasa lapar tiba-tiba lalu meminta Kak Asma membuatnya secawan milo.

“Kalau Nadiah mintak akak buat sepuluh cawan pun boleh saja tapi hati ni meronta-ronta nak tahu, nampaknya sejak balik raya ni asyik mengunyah saja…sikit-sikit lapar…ntah-ntah Nadiah dah berisi agaknya ni?”, tanya Kak Asma menyerkap jarang.

Hanya gelengan kepala Nadiah berikan sebagai jawapan dan mengukuhkannya dengan kerja yang banyak lalu menyalahkan stress sebagai punca dirinya cepat lapar. Tawa kecil yang Kak Asma berikan dengan mudah buat Nadiah gabra semula, akan tetapi hanya sebentar disebabkan kerja yang banyak dan bertimbun.

Sudah masuk minggu ke3 Syawal dan lazimnya warga kota akan menyambut raya tanpa henti. Di sana sini pasti ada jemputan rumah terbuka. Lazimnya seperti tahun-tahun yang lepas Nadiah pasti menerima saja jemputan yang datang namun di tahun ini kelainan yang ada buat Nadiah kerana berhariraya di kampung halaman Faris. Oleh itu kebanyakan jemputan Nadiah wakilkan kepada kakitangan yang lain oleh kerana bebanan kerja yang banyak juga. Namun begitu Nadiah sebaik mungkin tidak mahu menolak jemputan yang datang dari alumni pelajar-pelajar Malaysia di London School of Economics. Kad jemputan itu masih Nadiah belek dan perlukan jawapan Faris sebelum menjawab dan mengharapkan Faris tidak keberatan menemaninya.

“Assalammualaikom Nadiah”, tegur satu suara di belakangnya di tengah-tengah kumpulan pelajar yang memenuhi ruang ballroom JW Marriot Putra Jaya. Ucapan salam yang diberi Nadiah sambut beriring senyuman dan pertanyaan kabar.

Semenjak perjumpaan tidak sengaja lebih kurang 3 bulan yang lalu, Nadiah tidak lagi terserempak dengan Azlan ataupun Hisham di mana-mana dan pastinya jawapan yang pernah Nadiah beri akan mencari kepastian di hari ini.

“You seorang saja ke”, tanya Azlan pula.

“I rasakan both of you ni dah jadi pasangan agaknya…kemana pergi mesti berdua..awek tak ada ke?”, kata dan pertanyaan Nadiah mengundang tawa dari Azlan dan Hisham sehingga ada juga mata dan kepala yang memandang mereka hingga tersipu malu.

“No…she’s with her bodyguard”, datang Faris yang entah dari mana terus saja memeluk pinggangnya lalu mengundang tanya di mata Azlan dan Hisham.

“Azlan…Hisham kenalkan Faris, my husband. Darling, this is Azlan and Hisham…my close friends and course mate masa kat universiti”, kata Nadiah memperkenalkan mereka tanpa segan silu menunjukan manjanya kepada Faris di hadapan dua orang kawan lamanya itu.

Huluran tangan disambut mesra pada pandangan Nadiah akan tetapi punyai penuh tanda tanya di mata kedua rakannya. Walaupun sudah dijelaskan bahawa memang benar dirinya sudah bernikah lebih kurang 4 bulan yang lalu namun Azlan dan Hashim masih meraguinya membuat Nadiah tertanya-tanya kenapa jadi begitu.

“Bro…seriously you dah kawin ngan makcik nie? Dia ni garang mengalahkan mak tiri”, tanya Azlan bersungguh-sungguh lalu memegang bahu Faris. Tidak dapat Nadiah nak tahan tawanya apabila muka Azlan berkerut-kerut masih menunjukan rasa tidak percaya. Walaupun Hisham masih tidak berkata apa, sesekali melihat gelengan serta senyum senggehnya juga mentafsirkan rasa tidak percaya.

“Sekarang pun macam tu jugak…tapi nak buat macam manakan…dah aku tergoda. Sebelum jadi apa-apa lebih baik nikah”, jawapan panjang lebar Faris serta kenyitan matanya kepada Nadiah telah meledakkan tawa Azlan dan Hisham dan sekali lagi menjadi perhatian umum. Sepantas jawapan itu cepat saja Nadiah bercekak pinggang dan membulatkan matanya kepada Faris.

“Congratulations to both of you”, kata Hisham pula dengan menghulurkan tangan kepada Faris “I tabik springlah kat you Bro…and please take good care of my dear friend”, sambung Hisham dalam jenaka lalu menjadikan Faris selesa bersama mereka. Tidaklah Nadiah tahu apa yang mereka bualkan setelah meninggalkan mereka bertiga, yang pasti liat pula untuk tiga lelaki itu untuk mengucapkan selamat malam dan bersurai. Tertinggal jugalah Nadiah didalam perbualan serta gelak tawa mereka sepanjang meningggalkan dewan dan berjalan sama untuk ke tempat letak kereta. Sepanjang perjalanan pulang pula Faris makin nakal mengusik sehingga Nadiah mematikan diri saja kerana sememangnya musykil dengan apa yang berlaku.

Setelah sebulan berpuasa kini tibalah pula ke penghujung Syawal. Di minggu yang terakhir Kak Long menjemput Faris dan Nadiah ke majlis open house di rumahnya. Sebaik tiba Nadiah ditegur dan diserang oleh Kak Long dan Angah yang mengatakan Nadiah makin berseri-seri dan badan makin berisi sehingga tidak menghiraukan bekas spaghetti olio seafood yang Nadiah hulurkan.

“Hahh muntah-muntah? Betul tu sayang baik pegi check”, sampuk Faris tidak semena-mena tanpa tahu hujung pangkal. Apalagi senggeh sajalah apabila Kak Long menegur dan berkata lain kali orang tua-tua cakap jangan menyibuk.

Pertanyaan Kak Long dan Kak Ngah serta gurauan Abang Long tentang berat badannya yang makin berisi dan menganggap dirinya berbadan dua tidak diambil kisah oleh Nadiah. Namun begitu sebaik saja tiba di rumah terus saja Nadiah berdiri di hadapan cermin membelek selagi ada ruang untuk memastikan cakap-cakap orang tadi adalah benar, lalu Nadiah teringat melihat dirinya di hadapan cermin semasa di kampung. Di masa itu dia sendiri merasakan seolah ada perubahan akan tetapi tidak dihiraukan juga.

“Ok Nadiah…mulai esok diet ya…jaga makan serta puasa Isnin dan Khamis”, kata Nadiah kepada dirinya. “Habis dah semua orang tegur”, sambung Nadiah lagi dengan menepuk-nepuk pipinya yang makin tembam kata Kak Long dan juga Kak Ngah tadi dan tidak ketinggalan Kak Asma yang asyik berkata yang serupa sejak akhir-akhir ni.

“Tak payah lah susah-susah nak diet. I like you just the way you are, pumpkin” kata Faris sambil memeluk erat pinggang isterinya dan membuai Nadiah kiri dan kanan.

“Ohh pumpkin…awak nak cakap saya gemuk lah ni” kata Nadiah dengan geram sambil mencubit lengan suaminya.

“Hai makin berseri-seri nampaknya adik Kak Long nie…tak ada muntah-muntah….ntah-ntah dah berisi kut”, kata kedua orang kakak iparnya serta Kak Asma datang kembali apabila Nadiah mengemas diri sebelum tidur. “Tak mungkinlah…bulan lepas elok saja period aku”, kata Nadiah cuba menyakinkan dirinya. “Tapi tak flow”, gusar semula hatinya bila mengenangkan kitaran haidnya sejak Ramadhan tidak lancar.

Setelah sekian lama berperang dengan diri sendiri akhirnya Nadiah membuang jauh segala rasa dan membaringkan dirinya disebelah Faris. Semasa membetulkan duduk kepalanya di dada Faris belaian mesra jari jemari Faris di rambutnya menguntum senyum di bibir Nadiah.

“Good night Princess…sleep well”, ucap Faris.

“Good night sweetheart”, balas Nadiah yang terus membawanya ke alam mimpi.

*****

Idea Asal : Ally

Olahan bersama : Ally dan Sanaa – September 2013

Disclaimer: Hakcipta terpelihara. Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Nama dan tempat juga adalah khayalan penulis dan tiada sangkut paut kepada sesiapa yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Sebarang cetak di luar blog ini adalah dilarang. Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: