Malam menjelma lagi
Kau hadir menemani
Lalu kita berbicara
Bersama-sama menghitung bintang
Kaulah cahaya
Kaulah bintang
Membawa angin cinta
Membangkitkan rasa rindu
Bersama hembusan bayu
Ku tebarkan selendang kasih
Namamu ku ukir
Disetiap baris sebuah puisi
Bersama mimpi bermain ditaman
Yang penuh warna warni
Hanya kau yang bersinar
Diantara ribuan bintang
Hanya kau yang menerangi
Sekeping hati milik ku ini
Kau ku pilih
Kerana kau adalah yang terindah
Written by : Sanaa 08/05/2015
Filed under: Uncategorized |
Leave a comment