• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2015
    M T W T F S S
    « May   Dec »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • Archives

Sedondon…Cantik atau Malas?

Sedondon…Cantik atau Malas? Hari ke 9 meraikan Syawal lalu bermula lah open house disekitar bandar Kuala Lumpur dan dibandar2 lain juga. Diwaktu2 begini juga akan terpamer koleksi pakaian raya. Entah tahun ke berapa saya tidak begitu memikirkan baju raya atau baju yg benar2 ditempah khas untuk hari raya. Ini bukanlah bermaksud saya tidak menghargai Syawal yg mulia tetapi semenjak bekerja saya menempah baju apabila ada kelapangan dan tidak berebut2 dgn orang ramai. Jadinya apabila menjelang Ramadhan saya tidak terfikir tentang baju kerana ada diantara baju yg ditempah belumpun dipakai lalu saya jadikannya baju raya. Selain itu ada banyak yang mesti difikirkan menjelang Syawal dan terlalu banyak yang mesti dibuat semasa Ramadhan.

Pembuka kata di atas membawa saya kepada trend semasa keluarga berpakaian sedondon. Sejujurnya sehingga hari ini setelah beberapa tahun trend ini diminati, saya masih mencari keunikan trend dan konsep tersebut. Setelah lama berfkir dan memerhati saya mengimbau kembali zaman anak2 dan semasa remaja. Cuba mengenang sejauh yang mampu. Makin lama saya mengimbau makin saya merasakan bahawa diwaktu saya membesar dan meningkat remaja baju yang disiapkan oleh mak untuk kami adik beradik perempuan lebih berwarna-warni dan punya citarasa yang tinggi. Bukan tidak sedondon dimasa itu tetapi lebih fashionable dan berkualiti kerana jenis kain yang mak pilih untuk kami adik beradik. Seingat saya Mak memang menyediakan baju kami awal. Mungkin juga Mak sudah mengira budget dengan terperinci oleh kerana kami 7 beradik kesemuanya. Sedondon yang kebiasaan didalam keluarga kami hanyalah baju Melayu adik beradik lelaki sahaja itupun kadang-kadang tidak sama kecuali untuk adik kembar.

Sewaktu waktu dahulu fesyen baju polos dan kain bercetak ataupun bercorak diminati ramai. Kalaupun mak membeli baju berkain polos sama warna, dipastikan untuk kain ianya bercetak ataupun bercorak tidak akan sama warna dan corak untuk setiap anak perempuannya. Begitu juga fesyen baju pasti ada beza diantara kami 3 beradik waktu itu kecuali ianya baju kurung.

Saya sudah mula diukur baju oleh tukang jahit ketika berusia 10 tahun dan sehingga sekarang masih menjahit baju dikedai yang sama walaupun Aunty Chen kini berusia 65 tahun dan telah juga menjalani pembedahan cataract. Setiap kali kekedai Aunty Chen, dia amat teliti mendengar permintaan Mak untuk baju kami adik beradik dan kain yang mana satu untuk setiap orang. Mulai dari situ Aunty Chen memberi gelaran tersendiri kepada kami. Saya dikenali sebagai anak Siti yang besar, adik kedua dikenali sebagai anak Siti kurus. adik ketiga dikenali sebagai anak Siti becok dan yang bongsu anak Siti kecik. Gelaran itu kekal sampai sekarang dan memudahkan kami setiap kali menalifon bertanya perihal baju atau bertanya sama ada Aunty Chen ada dikedai ataupun tidak. Setiap pasang dan helaian kain yang kami hantar, Aunty Chen kenal, ingat dan tahu milik siapa. Hubungan kami erat sehingga sekarang dan saya mampu berbangga untuk tidak memerlukan laungan Satu Malaysia untuk membuktikan hubungan baik kami. Sehingga hari ini Aunty Chen masih sudi melayan kerenah kami dengan mengubah atur fesyen baju yang ada didalam majalah terletak didalam kedainya. Begitu sabar dia memberi cadangan dengan setiap kain yang kami bawa ataupun kain yang kami berkenan dikedainya (suami Aunty Chen ada kedai kain). Jenis kain yang sesuai untuk fesyen yang kami pilih dan juga mengatur sususan bunga supaya siap nanti lebih cantik dan anggun.

Tidak pernah saya nafikan dunia fesyen sentiasa berubah-ubah. Setiap kali ia berubah pasti akan ada pengikutnya tersendiri. Fesyen seperti peplum, baju abang sayang (baju yang banyak butang dibelakang) kain belah belakang, tepi dan juga depan semua telah saya lalui walaupun ada diantara fesyen yang ada tidak pernah menjadi milik saya. Orang sekarang teringin berbaju peplum seperti Allahyarham Saloma tetapi rata-ratanya remaja zaman sekarang tidak tahu menggayakan fesyen tersebut sehingga terlupa bentuk badan dan kesesuaian fesyen tersebut. Saya memakai peplum ketika berusia 14 tahun, masih berada dibangku sekolah dan jenis kain yang Mak gunakan adalah thai silk. Fesyen tersebut mati sejenak dan kembali menyinari sekitar pertengahan 90’an. Dikala itu saya sudah tidak teringin memakainya. Besar kemungkinan faktor umur dan juga fesyen tersebut tidak sesuai untuk kebanyakan majlis. Menariknya Aunty Chen tetap promo fesyen tersebut kepada adik saya dengan sentuhan peribadinya. Fesyen tersebut ditambah dengan sulam tampal ataupun bunga riben dibahu.

Menurut Aunty Chen tidak semua jenis kain boleh dibuat baju kurung, kebaya ataupun baju fesyen. Ada masanya kami berkenan kain yang ada kerana corak dan warna lalu ingin membuat baju kurung tetapi Aunty Chen akan kata kain tersebut tidak sesuai kerana mungkin terlalu lembut ataupun coraknya semak. Dengan tidak teragak-agak dia akan mencadangkan fesyen yang sesuai untuk kami dan juga mendapatkan matching top ataupun bottom. Seperti yang saya katakan tadi, diusia sudah mencecah angka 5 kebanyakan fesyen yang ada sudah saya lalui. Jika dahulu orang panggil maxi tetapi sekarang terma berubah menjadi jubah hanya kerana terpengaruh dengan terma orang timur tengah. Dari segi potongan tiada beza. Yang membezakannya adalah jenis kain dan penyesuaian aksesori seperti manik dan sulam tampal ataupun sulam goyang.

Menyorot gambar-gambar dahulu saya menguntum senyum dan bersyukur kehadrat Allah kerana Mak begitu mengambil berat fesyen anak-anaknya sejak kecil. Fesyen anak-anak yang tidak lapuk dihujan tidak lekang dek panas adalah frock gown untuk anak-anak perempuan. Walaupun kini ia lebih dipengaruhi oleh watak-watak dari filem seperti Cinderalla, Sleeping Beauty, Sofea dan lain-lain lagi ia tetap anggun, sopan dan bergaya. Frock gown digayakan dengan kasut putih ataupun hitam selalunya dan juga stoking panjang. Saya dan adik-adik pernah melalui zaman ini dan punya sehelai dua baju yang mampu berangan seperti seorang puteri. Dizaman sekarang rata-ratanya kanak-kanak dipakaikan baju kurung ataupun kebaya terlalu awal lalu menjadikan mereka berfantasi menjadi Elsa sehingga gambar Elsa tercetak dibaju. Mereka menjadikan watak-watak itu idola mereka tanpa mengenali the beauty behind the character.

Oleh kerana dibesarkan oleh nenek dan ibu saudara yang menitikberatkan soal lemah lembut, bersopan santun dan tidak biadap, setiap baju yang dipakai juga dianalisa oleh mereka. Orang tua-tua dahulu, cara bercakap, cara berjalan dan cara duduk amat dititikberatkan. Setiap pakaian mencerminkan diri kita, kata mereka fesyen apapun yang digayakan perlulah kena dengan tempat dan majlis. Apa cantiknya kalau berbaju kurung ataupun kebaya jalan bersepah dan kalau kain belah belakang langkah sebatu. Begitu juga apabila mengenakan frock gown kenalah ada gaya princess and ladies. Melalui pemerhatian pendedahan sebegini sudah berkurangan didalam masyarakat khususnya Melayu lalu menjadikan kita kaum yang tidak peka. Mahal ataupun murah bukan ukuran tetapi tahu dan sedar serta belajar tentang penyesuaiannya adalah amat penting.

Sekiranya kita tahu dan menghormati diri sendiri, baju kurung kain kapas juga nampak seksi dan classy kepada sipemakai. Saya ulang kembali bukannya mahal ataupun murah baju ataupun kain yang dibeli tetapi cara kita menggayakannya dan menghormati baju yang dipakai akan menampakkan yang murah menjadi mahal dan begitulah sebaliknya yang mahal menjadi murah.

Lalu saya bertanya lagi “Sedondon…Cantik atau Malas?”

Nota: Penulisan ini adalah melalui pengalaman sendiri. Ia sekadar luahan rasa melalui pemerhatian semasa. Tidak ada bersangkut paut dengan sesiapa. Seandainya luahan ini mengguris hati sesiapa yang membaca saya memohon beribu ampun dan maaf. Terima kasih.

Owned and written by : Sanaa 25/07/15

Semoga dapat memujuk anak-anak bergaya tanpa memakai baju bercetak idola mereka. Hanya sebagai gambar hiasan.

6pcs-lot-baby-girls-flower-dress-sleeveless-princess-dress-children-party-clothes-free-shippingPretty in Peplum Dress at Our Family Four-31MhKO (44)-600x600

Photos : Various source.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: