• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2016
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Sekaki Payung

Didalam kesibukan yang melanda pasti ada waktu yang akan membawa kita mengimbau kenangan atau sesuatu perkara. Mungkin tidak kepada semua orang tetapi kepada sesetengah daripada kita. Perkara yang difikirkan atau terlintas difikiran juga pastinya pelbagai.

Dipagi yang hening ketika ramai diantara kita yang masih lena dibuai mimpi saya bangun untuk menyiapkan sahur. Sementara menanti nasi masak dan lauk dipanaskan bayangan lelaki memakai topi dan menghayun sekaki payung menjelma diingatan. Tiba-tiba saya senyum sendirian kerana keadaan sebegitu tidak pernah ada disini. Semasa zaman kanak-kanak saya hanya melihat satu watak dikaca television iaitu Charlie Chaplin dan ketika melangkah kaki kebenua Eropah pandangan begitu seperti sarapan diwaktu pagi. Ramai kaum lelaki berjalan memegang dan menghayunkan payung yang sesekali diletakkan sebagai tongkat. Entah apa yang menarik tentang itu saya tidak pasti tetapi saya mengakui selalu memerhatikan gelagat mereka. Mungkin cara mereka menggayakan payung untuk dua keperluan atau style begitu tidak saya lihat ditanahair sendiri.

Hanya dengan sekaki payung saya mula merindukan suasana dahulu. Kenyamanan udara dimusim luruh ketika gugurnya daun-daun kuning kebumi, mekar berkembang keharuman mawar serta barisan warna warni bunga tulip dimusim panas dan tidak lupa tatkala berlari-lari anak untuk cepat sampai kerumah dimusim dingin. Bermimpikah aku? soalan itu berulang-ulang dibenak fikiran. Namun salahkah untuk menikmati kembali saat-saat itu diusia yang sudah memasuki setengah abad ini? tanya hatiku lagi.

Kenangan memang sentiasa indah walaupun disulami dengan berbagai dugaan, cabaran serta halangan ketika berada diperantauan. Dengan senyuman meniti dibibir dan keluhan kecil hatiku menitipkan doa agar Allah mengizinkan diriku untuk menikmati empat musim sekali lagi. Besar kemungkinan dikali ia akan jauh lebih berbeza dari dahulu kerana faktor usia yang telah lama mendewasakan diriku namun keinginan untuk kembali kesana tetap sama. Jika dahulu fokusnya untuk belajar dan lulus peperiksaan tetapi kini hanya belajar untuk kepuasan hati dan diri sendiri. Terlalu banyak kelas-kelas masakan, jahitan, sulaman dan tapestry yang menjadi minatku sewaktu dahulu tidak dapat dipenuhi lalu keinginan itu mahu dipenuhi sekarang.

Semoga hasrat yang terpendam lama ini dimakbulkan Allah hendaknya. Itulah doaku dan terus berusaha untuk menggapainya.

Terima kasih kenangan.

Sanaa 09/06/16

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: