• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2016
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Merdunya

Waktu tidak pernah menunggu sesiapa. Ia berlalu dengan begitu mudah tanpa ada seorangpun daripada kita dapat mengejarnya dan waktu juga menenggelamkan banyak perkara. Semalam saya temui sesuatu yang telah ditelan waktu dan secara kebetulan pula ada diantara kawan-kawan seusia saya mengingatinya.

Ia adalah sebuah lagu yang mesti dimainkan oleh pihak radio dan televisyen apabila menghampiri waktu berbuka. Semasa meniti zaman anak-anak apabila lagu itu mula dimainkan saya hanya tahu lagu itu isyarat hampir berbuka dan pastinya kami adik beradik diminta duduk dan jangan main-main lagi. Saya tidak dapat mengingati bilakah semuanya ini berakhir tetapi apabila saya mendengar lagu itu semula semalam barulah saya teringat untuk mencari siapa pengubahnya. Ianya adalah hasil ciptaan seorang komposer terkenal Inggeris bernama Ron Goodwin yang begitu terkenal dengan lagu-lagu berirama padang pasir.

Apabila saya menemui video diYoutube saya tersenyum kerana tajuk lagu tersebut ialah “Old Beirut”. Besar kemungkinan kepada semua yang telah memasuki usia 50an sekarang ini dapat mengimbau beberapa kenangan apabila mendengar lagu ini. Dikala saya meniti zaman anak-anak sehinggalah remaja memang tidak ada atau teramat jarang saya mendengar lagu nasyid dan juga lagu-lagu yang berunsur Islamic selain dari lagu-lagu dari Timur Tengah. Akan tetapi apabila mengetahui kebanyakan lagu yang dimainkan dicorong radio semasa saya membesar datangnya dari seorang komposer berbangsa Inggeris, mungkin inilah yang dikatakan orang “music is universal”. Didalam sesetengah keadaan dimana bahasa perantaraan memisahkan kita, muzik adalah penyambungnya lalu kita mungkin dan akan cuba memahami bahasa pertuturan pula.

Setelah lama melayari beberapa lagu ciptaan Ron Goodwin saya berpendapat sememangnya tidak dapat dinafikan alunan muzik pasti dapat menyentuh perasaan setiap insan dalam banyak perkara dan pernah juga muzik digunakan sebagai terapi kepada beberapa rawatan pemulihan jiwa. Walaupun tidak banyak muzik pasti menyumbangkan sesuatu kepada manusia sejagat.

https://youtu.be/VzD-hlzjbMY Old Beirut

Video Credit to SainHaqq via Youtube

Semasa pencarian itu saya juga terjumpa satu video dengan lagu berjudul ‘Moon and I’ hasil karya komposer yang sama. Pertama kali mendengarnya saya terus berkata sendiri bahawa lagu ini ada digubah didalam Bahasa Malaysia dan dinyanyikan oleh Allayarham Sharifah Aini tetapi sehingga nota ini ditulis saya tidak dapat mencari tajuk lagu tersebut. Apa yang saya ingat dan sekiranya tidak salah ingatan saya didalam senikatanya tentang pernikahan dan lelaki yang didambakan kini menjadi suaminya. Mungkin kepada sesiapa yang membaca entri ini boleh membantu.

https://youtu.be/g8PNTnGGIwQ – Moon and I

Video credit to SainHaqq via Youtube

Sanaa 10/6/16

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: