• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2016
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Kisah Semalam

Hari ini adalah hari ke6 dibulan Ramadhan. Pasti ada kisah dibulan Ramadhan ini, yang paling kerap gastrik menyerang. Cuma sejak tahun-tahun kebelakangan ini jarang cerita gastrik menyerang saya dengari.

Setelah menulis entri semalam saya menerima panggilan telefon dari anak saudara saya.

“Cho sakit perut tak?” tanyanya serta merta sebelum sempat saya berkata hello.

“Ariff dan Pah muntah-muntah dan dah mula cirit”, sambungnya lagi.

“Tak”, jawab saya sepatah. Kamipun buat “post-mortem” makanan yang dimakan oleh ibu saya dan juga anak saudara saya. Belum sempat habis, “I got to go” kata anak saudara saya lalu talian dimatikan.

Hati saya mula dilanda resah. Ibu berusia 81 tahun dan berpuasa. Makanan yang dimakan semasa berbuka adalah sama dengan apa yang dimakan oleh anak saudara saya, kecuali saya. Makin dilanda resah apabila saya tidak dapat menghubungi talian rumah dan telefon bimbit ibu saya.

“How are you and Pah now?” tanya saya melalui pesanan whatsapp kepada anak saudara saya.

“Pah ok I’m out” balas anak saudara saya dengan segera.

Otak segera memikirkan bahawa “I’m out” itu anak saudara saya sudah keluar untuk urusan hariannya lalu saya makin resah. Hendak disempurnakan kerja dengan segera dan balik kerumah. Mata asyik melirik jam didinding hati makin resah.

“Where are you?” tanya saya kepada Ariff melalui pesanan whatsapp. Waktu itu lebih kurang 11.30 pagi. Beberapa minit berlalu tiada jawapan dari anak saudara saya. Lama saya menunggu, nak telefon bimbang ganggu sekiranya dia bermesyuarat atau dengan pelanggan.

“Home”, jawab anak saya sepatah. Tak tenang juga hati ini.

“Bukan Ariff keluar ke tadi?” tanya saya lagi.

“Mana ada keluar nak bangun pun tak larat…I’m completely out Chor” balas anak saudara saya pula.

Terus angkat telefon dan menghubunginya untuk mendapat maklumat yang betul. Menurut kata anak saudara saya dia mula rasa sakit perut 7.00 pagi semasa bersiap hendak pergi kerja. Diingatkan hanya rutin biasa. Tetapi tak sampai 10 minit sakit memulas menyerang lagi. Masa itu ibu saya sudah keluar bersama jiran untuk tadarus disurau berdekatan.

Oleh kerana rasa sakit yang amat sangat anak saudara saya tidak jadi keluar. Ibu saya pula pulang setelah 30 minit kesurau. Anak saudara saya bercerita lagi yang dirinya dan ibu saya muntah serta cirit birit. Hendak keklinik tak larat nak bawa kereta. Nasib baik ada 100 Plus original dirumah. Mereka berdua minum air tersebut, sakit berkurangan dan dapat tidur.

Keresahan saya berkurangan apabila anak saudara saya menyakinkan bahawa muntah dan cirit dah tiada walaupun rasa pedih perut masih ada. Nak balik dah 1.30 tengahari, hanya sejam saja lagi waktu habis kerja saya. Bulan puasa kami off pukul 3 petang.

“Don’t worry Cho..100 Plus doing good. Petang nanti pegi klinik”, pesanan whatsapp daripada anak saudara saya kemudiannya.

Kasihan sungguh saya melihat 2 beranak tidur berdekatan dengan tandas. Saya balik pun mereka tak sedar. Diatas meja masih ada botol 100 Plus yang tinggal sedikit.

Kita tidak akan pernah tahu bila sakit akan menyerang. Oleh itu ada baiknya kita menyimpan ubat-ubatan yang boleh membantu sementara hendak ke hospital ataupun klinik. Air garam, plaster, minyak gamat, iodine dan bandage pastikan sentiasa ada dirumah. Semak ubat-ubatan yang disimpan untuk memastikan tarikh luputnya dan buang. Gantikan dengan yang baru.

Sampai hari ini hanya teori saja yang boleh saya buat tentang makanan yang dimakan oleh ibu dan anak saudara saya. Doktor pula kata ia tidak semestinya makanan tetapi proses penghadaman yang tidak sempurna boleh menyebabkan sakit perut, muntah dan cirit birit. Lebih-lebih lagi bulan puasa dan perut masuk angin.

Pagi ini semak 1st Aid Kit untuk pastikan ada bekalan secukupnya🙂

Sanaa 11/6/2016

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: