• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2016
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Jenama

Naluri seorang wanita tidak pernah lari dari barangan cantik dan berjenama. Kehalusan dan kelembutan wanita berkait rapat dengan wangian, barangan berjenama seperti beg dan jam tangan. Tidak terkecuali barang-barang perhiasan seperti cincin, gelang tangan, rantai dan subang yang bertatahkan emas permata. Akan tetapi ada juga kegilaan barangan berjenama ini tidak tergolong didalam senarai bernilai tinggi dan tidak mampu dimiliki.

Saya mengakui suka melihat barang-barang cantik dan berjenama. Memilikinya sudah tentu menjadi kebanggaan. Tetapi di entri hari ini saya mahu berkongsi beberapa jenis barangan berjenama yang besar kemungkinan menjadi kegilaan ramai selain saya dan adik beradik serta ipar duai saya. Hampir kesemua barangan ini ada dijual di pasaraya disini ataupun melalui online. Apakah bezanya barangan ini jika dibeli disini atau dari negara luar.?

 

Vick-Vaporub_1500_2629009a

Tentu semua tahu barangan inikan? Sejenis sapuan yang punya bau menthol sering digunakan oleh para ibu seluruh dunia untuk bayi dan tidak kurang juga orang dewasa apabila diserang selsema. Jenama ini telah wujud bertahun lama dan disenangi ramai. Saya mula disedarkan dengan kelainan bau dan kesegaran menthol ketika menziarah seorang kawan rapat yang baru pulang dari mengerjakan umrah beberapa tahun lalu.

“Nah…for you. Mesti you suka” lalu saya menerima dan membukanya. Ini adalah kerana dahulu saya amat bergantung kepada Vicks VapoRub kerana elergi hidung. Saya belajar membuang sapuan ini apabila ia mula menjadi ketagihan sehingga rasa peningpun sapu Vicks. Walaupun begitu saya masih menggunakan sapuan ini apabila perlu.

Benar seperti apa dikata, sebaik saja dibuka dan dihidu baunya, kelainan dapat dikenal pasti. Pekatan sapuan yang dibeli dari negara luar tidak berminyak dan pekat. Bau mentholnya pula harum seperti ada tambahan wangian bunga-bungaan. Kepada sesiapa yang pernah membelinya dinegara luar diharap bolehlah berkongsi pengalaman masing-masing disini.

Bermula dari situ, setiap kenalan, saudara mara atau sahabat handai yang pergi menunaikan haji ataupun umrah Vicks VapoRub menjadi kiriman yang tidak dilupakan.

 

pears

 

Ada sesiapa diantara pembaca dan pelawat blog ini pernah melihat barangan diatas atau suka kepadanya?

Seingat saya sewaktu zaman anak-anak meniti remaja sabun mandian Pears masih ada dijual disini. Melangkah kealam dewasa jenama ini sudah tidak kelihatan lagi. Sabun ini adalah kegemaran Mak sehingga sekarang. Sememangkan saya dan adik-adik akan membelinya apabila terjumpa.

Seperti Vicks sabun ini juga membuka sejarah buat saya di tanah Arab iaitu di Bahrain. Bertahun lama tidak melihatnya tiba-tiba menjadi jakun apabila terbentang dihadapan mata deretan Pears berwarna coklat emas.

“Kak Long…are you ok?” tanya adik saya apabila saya melambai tangan dan menutup mulut supaya tidak terkeluar bunyi semacam orang hilang akal. Tatkala jari saya menunjuk kepada deretan sabun dihadapan kami, adik saya juga menutup mulut kegirangan.

Baru-baru ini Allah memberi rezeki kepada saya, adik dan adik ipar saya untuk mengerjakan Umrah lalu saya bertemu dengan dua wangian terbaru Pears iaitu Lemon yang berwarna hijau dan Mint yang berwarna biru. Warna coklat emas adalah keluaran terunggul Pears dengan wangian minyak zaitun.

palmolive

Mari lihat pula deretan sabun Palmolive ini. Jenama ini ada dinegara kitakan? Tetapi apa bezanya dengan gambar diatas? Bezanya kesemua wangian tersebut tidak dijual disini. Sekiranya ada dan saya terlepas pandang tolong beritahu ya.

Kepekatan dan bau bodywash Palmolive seperti gambar diatas tidak dapat menandingi apa jua bauan Palmolive disini. Bayangkanlah barangan sebegini menjadi kegilaan saya adik beradik dan sekarang ipar duai juga sehingga sanggup membawa balik berbotol-botol untuk kegunaan kami disini. Tiada lain yang kami cari setiap kali berpeluang bercuti dinegara orang kecuali barangan seperti diatas. Tidak pernah terfikir tentang berat muatan beg semasa membeli. Apabila hendak mengemas beg dan barangan sebelum pulang, baru hendak fikir. Stress juga kadang-kadang tu tetapi puas hati kerana dapat apa yang dimahukan dan sememangnya tidak ada disemua pasaraya dinegara sendiri.

Saya ada satu lagi jenama yang ingin dikongsi. Sila lihat gambar dibawah ini.

 

yardly

Ada sesiapa diantara pembaca dan pelawat blog ini menjadikan bedak Yardley sebagai koleksi dan barangan yang mesti dibeli apabila terjumpa? Ini juga salah satu barang yang tidak akan terlepas dari senarai pembelian. Susun atur wangian Yardley adalah Sandalwood, English Lavender, Red Roses, Jasmine dan English Rose. Wangian yang tiada didalam gambar adalah Lily of the Valley.

Dikali terakhir berjumpa dengan deretan bedak Yardley ketika berada di Jeddah. Kesemua wangian ada kecuali Lily of the Valley. Hampa juga kerana ia adalah kegemaran salah seorang adik ipar saya dan dia tidak mahu wangian yang lain. Mak suka English Lavender dan English Rose manakala saya suka kesemuanya tetapi saya tidak menggunakan bedak ini. Sekiranya saya terjumpa setiap kali berpeluang keluar negeri kerana urusan kerja atau bercuti pasti saya akan membawa pulang untuk mereka.

Kegilaan apakah ini? Tanya saya sendiri beriring senyuman tak henti apabila begitu tekun mencari gambar-gambar jenama ini dan beberapa jenama lain. Akan tetapi cukuplah sekadar ini buat pembaca dan pelawat blog ini tahu adanya orang gila seperti saya. Anehkah kegilaan ini? Antara Ya atau Tidak ia tetap satu kegilaan kan? Bezanya cuma barangan kegilaan saya tidak semahal barangan lain seperti beg tangan dan jam tangan…betul tak?

Sanaa 13/6/16

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: