• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2016
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Jangan DiBazirkan

Masa adalah anugerah Allah paling berharga kepada semua hambaNYA. Masa adalah perkara yang tidak boleh diundur atau dikembalikan kepada sesiapa. Masa juga tidak menunggu sesiapa namun ramai yang membuang masa begitu sahaja.

Tidak lama dahulu ada seorang teman menghantar nota kepada saya tentang realiti hidup di zaman dunia dihujung jari anda. Diantara realiti yang disebutkan adalah:-

Perkahwinan makin meriah tetapi kesetiaan makin punah.

Dunia teknologi kian canggih tetapi fitnah dan aib makin tersebar

Jam tangan dipakai makin mahal tetapi waktu selalu diabaikan.

Ada beberapa lagi contoh realiti yang makin hilang dalam diri setiap insan didunia ini tetapi realiti waktu menarik minat saya. Ia adalah contoh realiti yang semakin pudar dan dalam keterpaksaan perlu diterima.

Waktu makin singkat. Masih banyak yang belum dilaksanakan. Setiap saat kita pasti akan memikirkan sesuatu yang baru dan tercari-cari untuk melunaskan semuanya. Persoalannya mampukah kita? Atau dimanakah pengakhiran kepada pencarian ini?

Tiada siapa yang memperolehi lebih dari 24 jam sehari, 7 hari seminggi dan 365 hari setahun, lalu dimanakah salah dan silapnya? Bijak pandai mengatakan uruskan masa dengan bijak kerana masa amat terhad. Lalu ramai diantara kita belajar untuk menguruskan masa termasuk saya, namun saya tetap merasakan tidak cukup masa untuk semuanya. Kenapakah begitu? soalan saya kepada diri sendiri seterusnya.

Dalam banyak hal saya mengakui seorang yang inquisitive dan tidak mudah merasa puas selagi persoalan yang melingkar didalam fikiran saya tidak dileraikan. Walaupun ada kalanya saya terpaksa mengaku kalah kerana letih mencari. Tetapi ia tidak lama. Selepas berehat dengan secukupnya saya akan mencari semula dan sesuatu telah terjadi seminggu yang lalu.

Dengan izinNYA setelah lama mencari, saya dipertemukan dengan seorang wanita yang saya yakin dapat memberi tunjukajar, membantu dan membimbing saya didalam penulisan. Saya mengambil masa terlalu lama berehat sebelum meneruskan misi pencarian saya sebelum ini.

Selepas berkenal dan bersembang pada 8hb Jun 2016 yang lalu, Puan Monalita Mansor memberi cabaran kepada saya yang belum pernah diberikan oleh sesiapa sebelum ini. Cabaran dan tugasan itu cuma satu tetapi perlu dilakukan selama 44 hari berturut-turut dan tiada kompromi.

Sebaik kata-kata itu tertutur daripada Puan Monalita, otak saya ligat berfikir. Serangan balas yang saya terima adalah satu persoalan yang selalu terjadi kepada ramai orang iaitu Can I do it? Mampukah aku? Saya amat bersyukur dan rasa beruntung apabila suara-suara itu hanya setakat itu saja, kerana saya berkata kepada diri sendiri susah macam mana sekalipun, sesibuk mana sekalipun, saya akan memperuntukan masa untuk melakukannya.

Dihari ini bersama dengan entri ini genap tujuh hari saya melalui challenge yang diberikan. Saya amat-amat menghargainya. Masa sembang pagi dipantry atau di kafe akan saya korbankan untuk ini selepas hari raya nanti.

Lalu pengurusan masa dan masa yang diperuntukan kepada kita adalah untuk kita membahagikannya  dan menilai kepentingannya setiap saat dan minit.

“Time waits for no one”

Sanaa 14/06/16

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: