• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2016
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Bermula Kembali

Bak kata orang setiap yang bermula pasti akan berakhir. Yang berakhir tidak semestinya tiada permulaan baru. Sama ada boleh diterima pakai suratan ataupun kebetulan dalam setiap situasi, terpulang kepada individu yang melaluinya.

Hampir 80% isi blog ini adalah pengalaman sendiri dan perkongsian bersama rakan-rakan. Secara tak dijangka saya hampir keliru bagaimana hendak memulakan entri untuk hari ini. Lalu saya terfikir apa yang pernah berlaku pada tahun 2009 dan kini berulang kembali pada tahun 2016.

Melalui sebuah drama yang diminati ramai waktu itu, saya menyertai platform drama Nur Kasih, dimana ramai penonton memberi pandangan dan juga kritikan. Drama tersebut memang mendapat tempat dihati peminat dan menjadi tontonan sekeluarga pada setiap hari Jumaat jam 9 malam. Itulah permulaan saya menulis walaupun tidak pernah tahu cara-cara menulis dengan betul.

Saya tidak membesar didalam keluarga seni, tetapi arwah Abah peminat sastera Melayu dan Inggeris. Oleh kerana berada didalam jurusan dua bahasa ini saya sering mendengar dia berpantun dan tidak kurang juga menulis ucapan untuk majlis-majlis tertentu.

Semua yang saya lakukan adalah ikutan semata-mata sehinggalah blog ini terbina. Segala apa yang saya tulis hanya mengikut rasa hati, naluri dan pandangan sendiri. Sokongan dari kawan-kawan juga membina lalu terfikir untuk menjadikan penulisan sebagai mata pencarian satu hari nanti.

Akan tetapi ia tidak laju seperti yang saya impikan. Saya berusaha mencari seorang guru untuk membimbing saya didalam penulisan tetapi lambat bertemua. Setelah lama mencari saya bertemu dengan seseorang melalui online. Hubungan kami terjalin dan guru itu mengajar saya beberapa tips untuk memulakan sebuah karya. Namun ia tidak berkekalan oleh kerana banyak sebab dipihak saya. Berbagai alasan saya berikan kepada diri sendiri untuk tidak memberikan tumpuan kepada apa yang saya mulakan. Bukan hati tidak berkobar-kobar masa itu tetapi entah mengapa ia tidak terjadi.

Walaupun begitu saya tetap menulis. Namun hati saya semakin hambar dan kusam lalu mati begitu sahaja. Saya tidak lagi memberi fokus kepada apa yang terlintas difikiran. Segala idea yang datang pergi seperti air yang mengalir. Hanya sesekali saya menulis sesuatu tetapi hanya di Facebook.

Bagaikan halilintar disatu pagi beberapa bulan yang lalu setelah menonton sebuah filem Hindustan berjudul Dilwale dan baru-baru ini sebuah filem Indonesia berjudul Ada Apa Dengan Cinta Dua 2. Saya tiba-tiba mencari dan mencari kembali sebab musabab kenapa saya mahu menulis semula.

Pencarian saya berhasil tidak lama kemudian dan mulai 8hb Jun yang lalu kami bermula. Walaupun saya masih tidak tahu kemana pertemuan ini akan dibawa tetapi saya berjanji kepada diri saya untuk berusaha sedaya mampu. Andai ini jalan untuk saya In shaa Allah satu hari nanti akan berada dipasaran buku tulisan saya…andainya tidak saya akan berpuas hati kerana telah mencuba.

Buat masa ini saya akan terus menulis apa saja tajuk didalam blog ini kerana cabaran saya adalah selama 44 hari. Alhamdulillah setakat ini saya tidak menghadapi kesukaran teruk walaupun sehari dua ini terlambat menyiapkannya.

Every dream fulfilled with a simple wish 

Sanaa 17/6/16

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: