• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2016
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Pasar

Hari berganti minggu berulang dan tahun terus beralih dengan berbagai perubahan. Perubahan juga telah banyak menenggelamkan yang lama sehingga generasi muda tidak mengetahui ais kepal, biskut kering dan juga bermacam jenis mainan.

Contoh sedikit diatas membawa saya kepada jenis pasar dimana kaum ibu membeli barangan dapur dan berbagai jenis ikan, ayam dan daging. Jika dahulu hanya ada pasar basah yang pernah dilabelkan sebagai kotor kerana lecak dan air bertakung sana sini. Arus kemodenan telah mengubah sedikit pasar basah ini dengan menaikan taraf lantai dan tembok meniaga. Dari simen biasa kini pasar basah sudah ada jubin. Walaupun begitu masih ada juga pasar yang masih seperti dahulu tetapi tidak lagi dikunjungi oleh generasi muda yang dalam lingkungan usia lewat 20an dan 30an.

Cara mereka membeli belah telah bertukar kepada jenis pasar berhawa dingin yang digelar pasaraya (supermarket). Pasaraya ada berbagai kategori pada hemat saya. Ada yang berstatus tinggi yang menjual barang-barang berjenama, berstatus tengah yang menjual campuran barangan dan status biasa yang mungkin sesetengah jenama barangan keperluan tidak dijual disitu.

Selepas wujudnya pasaraya, rakyat diperkenalkan pula dengan sebuah pasaraya yang diberi nama pasaraya besar atau hypermarket. Seingat saya pasaraya besar ini adalah rangkaian pasaraya besar dari luar negara yang diperkenalkan kepada kita tidak berapa lama dahulu. Beberapa nama pasaraya besar ialah Carrefour, Tesco, dan Coles. Diantara tiga jenama besar ini hanya Coles tidak ada di Malaysia. Pertukaran didalam perniagaan juga telah mengubah Carrefour kepada rangkaian pasaraya besar yang lain.

Beberapa kelebihan pasaraya besar ialah mereka menjual barangan dalam kuantiti yang banyak dan harga lebih murah berbanding pasaraya yang lain. Tarikan kepada pasaraya besar ini lebih bertumpu kepada keluarga yang punyai ramai ahli untuk lebih penjimatan. Selain itu peniaga-peniaga juga tertarik ke pasaraya besar untuk membeli barangan keperluan perniagaan mereka.

Didalam pasaraya dan pasaraya besar lengkap semuanya. Para ibu dan surirumah boleh membeli segalanya dari kertas tandas hinggalah barangan dapur tanpa perlu ketempat lain lagi. Semuanya dibawah satu bumbung. Dengan berbagai jenama dan harga berpatutan pasaraya dan pasaraya besar merupakan pilihan semua. Hanya segelintir saja masih pergi ke pasar basah kerana masih merasakan harga ikan, udang, ayam, daging dan lain-lainnya lebih murah dari pasaraya.

Saya masih pergi kepasar basah yang tidak basah iaitu Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail sekali seminggu. Entah kenapa tarikan membeli barangan seperti ikan, udang, sotong, ayam dan daging masih ada dipasar basah. Selain dari itu saya akan pergi ke pasar tani yang ada dibuat pada hari Sabtu atau Ahad ditempat-tempat tertentu. Sekiranya saya membeli ikan dan ayam dipasaraya atau pasaraya besar adalah kerana keadaan yang amat terdesak.

Seandainya pihak Dewan Bandaraya tetap dengan keputusan meruntuhkan Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail, saya adalah diantara ramai yang akan menangis. Meniti usia hingga sekarang sudah banyak perubahan saya lihat. Kehilangan beberapa buah kedai runcit dikawasan sekitar rumah adalah kesedihan buat saya. Mereka terpaksa menutup perniagaan kerana adanya Jaya Jusco, Tesco dan Giant berdekatan. Pembeli sudah tidak datang membeli dengan jumlah yang banyak lalu mereka tidak dapat menampung kos penyelenggaran kedai.

Apakah lagi yang akan hilang dalam beberapa tahun akan datang? Soalan yang berlegar di kotak fikiran saya setiap kali melihat tanah dibersih dan diratakan lalu terpacak papan tanda.

Jawapan yang saya terima sering berbunyi “inilah harga sebuah pembangunan”.

Sanaa 18/6/16

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: