• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2016
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Kelebihan Rezeki

Hari ini genap 13 hari umat Islam serata dunia melalui Ramadhan bulan yang mulia. Serba sedikit yang kita tahu dibulan ini umat Islam disarankan untuk lebih bersedekah, membaca Al-Quran, mengerjakan solat sunat tarawih dan mengerjakan amalan-amalan yang disarankan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Dihujung minggu ini ada pelbagai acara dianjurkan di surau dan masjid berdekatan rumah saya. Acara yang biasa adalah jamuan berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari rumah-rumah kebajikan yang dipilih. Oleh kerana saya juga terikat dengan jemputan berbuka dirumah adik beradik, tidaklah dapat saya bersama-sama mereka ditahun ini. Namun demikian saya ingin berkongsi pengalaman bersama anak-anak yatim bukan saja dibulan yang mulia ini tetapi pernah bersama mereka dimasa-masa lain.

Sebuah rumah anak yatim yang menjadi tajaan saudara-mara terletak di Taman Tun Dr. Ismail. Istimewanya dirumah ini hanya anak-anak lelaki saja diambil dan ada juga diambil lebih dari seorang dari satu keluarga. Kesemua mereka sudah ketiadaan ayah. Tidak ada seorangpun daripada mereka yang ketiadaan ibu. Pada awalnya saya merasa pelik kenapa pilihan berdasarkan begitu. Untuk mengetahui dan menghuraikan pertanyaan yang ada didalam hati saya, lalu saya berbual dengan kakitangan yang menjaga rumah ini.

Anak-anak dirumah ini hanya lebih kurang 50 orang sahaja. Mereka bersekolah seperti biasa. Setiap pagi ada bas yang menjemput mereka dan mengambil mereka dari sekolah setelah tamat waktu persekolahan. Bagi anak-anak yang bersekolah petang rutin mereka sama sahaja. Jadual disusun supaya mereka menghadiri kelas agama diasrama tempat tinggal mereka dan membuat kerja-kerja sekolah. Waktu petang pada hari-hari biasa mereka juga punya jadual untuk beriadah.

Kembali kita kepada kriteria pengambilan tadi, sebenarnya kehilangan ayah lebih diberi keutamaan kerana hilangnya ketua keluarga yang bertanggungjawab dalam segala urusan keluarga. Walaupun ibu bekerja pertimbangan tetap diberikan kerana tidak mahu anak-anak ini terlalu melihat kepayahan ibu untuk menyempurnakan dua tugas sekali yakni menyara keluarga dan menjadi ibu ayah kepada anak-anak.

Walaupun peratusan anak-anak yang mengalami tekanan perasaan disini amat sedikit tetapi anak-anak diberikan kaunseling supaya tidak mudah berjauh hati dan terlalu bersedih. Keadaan rumah ini amat bersih dan terjaga. Derma orang ramai yang tidak putus-putus amat membantu pihak pengurusan menjaga kebajikan anak-anak dan memastikan pelajaran mereka lancar. Anak-anak dirumah ini akan pulang kepangkuan keluarga setiap cuti sekolah dan musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang nanti.

Sesekali dapat berjumpa dan berbual dengan anak-anak yatim ini hati saya amat mudah tersentuh. Raut wajah mereka pada pandangan saya pasti terselit kesedihan. Walaupun senang diajak berbual saya amat berhati-hati dalam bercakap kerana bimbang hati mereka pula yang akan tersentuh. Namun yang pasti mereka sentiasa bersyukur kerana berada di rumah itu dengan kehidupan yang terbela. Mereka tidak pernah tersisih dari masyarakat malahan kepada sesiapa yang rajin menderma amatlah beruntung kerana setiap kali selepas solat doa pasti dipanjatkan oleh anak-anak ini kepada penderma mereka.

Kebaikan bersedekah dan pahala ini tidak sahaja dibulan Ramadhan tetapi sepanjang masa cuma ia diberi lebih ganjaran dibulan yang mulia ini. Oleh itu marilah kita sama-sama ingat mengingati untuk menghulurkan bantuan dan bersedekah sepanjang masa dengan kelebihan rezeki yang diberi Allah kepada kita semua.

Selamat meneruskan ibadah puasa kepada semua pengikut blog ini yang beragama Islam dan juga pembaca sekalian. Terima kasih

 

Sanaa 19/6/2016

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: