• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2016
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Koleksi

Didalam dunia ini manusia punyai pelbagai ragam, kehendak, kecenderungan, hobi dan bermacam lagi jenis ragam. Kategori ragam ini pula adakalanya mencapai tahap obsess yang mana sukar dibendung. Ia juga boleh diwarisi walaupun berbeza jenis dan cara.

Ragam dan obsessi yang ingin saya ceritakan adalah dari kalangan keluarga saya sendiri. Saya mulai dengan ibu saya sendiri. Beliau adalah seorang yang suka mengumpul barang. Kategori barangan yang paling ibu saya suka adalah pinggan mangkuk berbagai bentuk dan corak. Selain itu ibu saya juga suka mengumpul Tupperware dan periuk belanga.

Semenjak saya mengerti erti koleksi saya melihat kemana saja ibu saya pergi pasti ada pinggan mangkuk yang dibawa balik. Ia tidak perlu yang besar ataupun mahal, asalkan berkenan dihatinya pasti dibeli. Saya tidak pernah berkata apa-apa kerana itu mungkin hobi dan minatnya. Saya hanya akan tersenyum dan ketawa apabila ibu menunjukan pinggan-pinggan yang dibeli. Paling tidak saya hanya akan berkata “Mak beli lagi”? Oleh kerana semasa tinggal di rumah kuaters tempat penyimpanan tidak menjadi soal, berapa banyakpun koleksi tidak membebankan.

Sewaktu kami perlu pindah dari kuaters ke rumah sendiri, alangkah terperanjatnya saya melihat stor yang ibu saya gunakan untuk menyimpan segala koleksinya. Ada diantara barangan tersebut tidak saya tahu kewujudannya. Selain koleksi Anchor Hocking, Pyrex dan Corelle pinggan kaca putih (yang tidak saya ingat jenamanya) terdiri dari pinggan makan, mangkuk besar dan kecil, pinggan leper dan bermacam lagi serta cawan bilangannya ratusan biji. Dimasa itu terlopong saya dibuatnya.

Berhari-hari masa diambil untuk memastikan barangan kaca tersebut dibungkus dengan kemas sebelum diangkat. Saya dan adik hanya diam saja bila dikerah untuk mengemas dan diberi amaran untuk tidak memecahkan barangan tersebut.

Apabila barang-barang tersebut selamat sampai kerumah kami, kesemua kotak yang berisi pinggan mangkuk tadi dimasukkan kedalam stor yang dibuat khas. Tidak ada benda lain yang masuk kedalam stor tersebut kecuali segala koleksi pinggan dan beberapa barang lain yang menjadi koleksi ibu saya saja.

Sesekali rumah stor itu dibuka. Apabila dibuka ibu saya pasti mengeluarkan sebiji dua pinggan yang dibeli untuk digunakan. Semuanya berubah apabila satu ketika kawasan rumah kami dinaiki air. Banjir yang tidak disangka itu berlaku selama hampir seminggu untuk surut memaksa ibu saya mengerahkan saya dan adik untuk sama-sama mengemas rumah stor tersebut. Alangkah terperanjatnya saya bahawa koleksi ibu saya sebenarnya bertambah semenjak berpindah.

Oleh kerana lumpur dan air yang sudah bertakung dicelah-celah pinggan mangkuk yang berada dibahagian bawah rak, kami terpaksa membukanya satu persatu dan dibasuh. Ia bukan satu kerja mudah. Penat tak terkira juga kerana semuanya kaca dan perlu dibuat dengan berhati-hati, lebih-lebih lagi ada set berjenama yang teramat disayangi oleh ibu saya.

Tahun-tahun yang berlalu sedikit demi sedikit pinggan mangkuk tersebut beralih tangan apabila seorang demi seorang mendirikan rumahtangga. Ibu saya sudah menyerahkan set pinggan mangkuk yang ada kepada kesemua anak-anaknya. Yang ada sekarang cuma set yang dipakai untuk hidangan hari raya dan serba sedikit koleksi antik.

Akan tetapi obsess ibu saya belum berhenti. Apabila seorang demi seorang cucu lahir dan membesar, pasti akan ada pinggan mangkuk yang dibeli untuk mereka. Bermula dari set yang bertemakan siri-siri popular Disney seperti Mickey Mouse dan Donald Duck sehinggalah watak-watak kartun sekarang seperti Princess Sofea dan karektor filem Frozen. Setelah mereka membesar ada pula set permainan Melamine yang dibelikan. Tidak cukup dengan itu senduk kayu dan sudu garfu juga ada.

Harapnya ada dikalangan pembaca dan pengikut blog ini sudi berkongsi cerita berkenan obsessi yang sebegini.

Sanaa 20/6/16

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: