• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2016
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Sahabat Alam Maya

Pepatah mengatakan hidup bagaikan pusingan roda. Sekejap diatas dan sekejap dibawah. Perjalanan kehidupan yang sering berputar pasti mengubah setiap situasi selain dari usia yang meningkat dari tahun ketahun.

Tidak pernah saya sangka bahawa sekali lagi saya berkenalan dengan ramai hanya kerana sebuah drama. Andai dahulunya di tahun 2009 saya “terjerat” didalam sebuah drama berjudul Nur Kasih dan diikuti dengan Nur Kasih The Movie, ditahun 2016 saya sekali lagi bertemu dengan kawan-kawan baru melalui drama bersiri Akadku Yang Terakhir.

Pernah saya beritahu seorang kawan dilaman sosial Akadku Yang Terakhir (AKYT) bahawa setiap perkara pasti ada permulaan dan sejarahnya tersendiri. Ini terjadi apabila kawan tersebut memberitahu bahawa dia aktifkan semula akaun twitter semata-mata kerana AKYT. Akaun twitter saya juga sudah lama bersawang tetapi kini bersih kerana drama bersiri AKYT.

Perjalanan yang bermula dengan Nur Kasih membawa saya membuka blog ini. Didalam blog ini terdapat banyak cerita tentang kesinambungan Nur Kasih yang menjadi impian penonton setianya. Dikala itu bermacam cerita yang ditulis apabila bertukar-tukar pendapat dengan mereka. Namun setelah sekian lama cerita itu pudar akan tetapi ramai diantara peminat setia Nur Kasih masih berkawan dan berjumpa termasuklah saya. Ada diantara kami tetap berkawan dilaman sosial seperti facebook dan twitter dan ada juga sudah berjumpa dan pergi bercuti bersama. Setakat ini untuk AKYT saya belum bertemu dengan sesiapa lagi. Kami hanya dan masih bercerita dilaman sosial setelah episod akhir drama tersebut ditayangkan pada 3hb Jun 2016 yang lalu.

Walaupun fenomena ini berulang buat saya tetapi kekuatannya tidak sama. Besar kemungkinan jalan cerita dan pemegang-pemegang watak untuk kedua drama ini jauh bezanya. Untuk drama bersiri Nur Kasih ia memaparkan kehidupan keluarga sederhana disebuah kampung dengan anak-anak yang berjaya. Drama ini juga berunsur Islamik dimana ia memberitahu bahawa iman tidak diwarisi walaupun ayahnya seorang Imam yang disegani dikampung.

Sesuatu yang amat menarik mengenai drama Nur Kasih adalah impian dan keinginan untuk berjaya dan mencapai segala yang dicita-citakan. Seorang anak yang meninggalkan keluarga serta lupa kepada agama dan kembali kepangkal jalan. Walaupun ia hanya cerita biasa tetapi ciri-ciri kekeluargaan, rasa hormat menghormati orang kampung dan kejiranan membuat cerita ini jauh bezanya dengan AKYT.

Saya mengikuti drama AKYT kerana tema yang menengahkan kisah seorang lelaki yang telah berkahwin cerai sebanyak tiga kali. Oleh kerana itu dia telah dipaksa oleh ayahnya untuk menjalani rawatan kaunselling dan terapi. Lelaki itu nampak normal tetapi mengalami trauma jiwa yang teruk. Namun dengan tema yang kuat jalinan cerita serta ungkapan peristiwa demi peristiwa amat lemah menjadikan saya seorang penonton yang kritikal.

Oleh kerana ulasan yang saya beri dan tweet yang pelbagai, dihari ini saya mempunyai ramai rakan dikalangan peminat AKYT. Rata-rata memang mereka sedih dengan adunan cerita ini tetapi tidak meluahkan rasa hati dengan terbuka. Bermula dari situ kami berkongsi dan bertukar pendapat sehinggalah kehari ini.

Apa yang saya harapkan dengan perjumpaan dikali ini sama juga dengan perjumpaan yang lalu. Semoga silaturrahim yang terjalin dilaman sosial boleh dieratkan sampai bila-bila. Menjadi impian saya juga untuk bertemu seberapa ramai teman dialam maya ini dialam realiti.

Sanaa 21/6/2016

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: