• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2016
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Waktu Tidak Menunggu Sesiapa

Hari sudah berganti. Semalam sudah kita tinggalkan. Esok belum pasti. Saya dikejutkan dengan berita seorang kawan mengidap kanser paru-paru. Walaupun kami jarang berjumpa apabila mengetahui keadaannya kesedihan melanda. Sesuatu yang unik tentang kami ialah kami berkongsi tarikh lahir yang sama ditahun yang sama.

Perkenalan kami bermula atas sebab kerja kerana satu masa dahulu dia adalah pengurus disalah satu rangkaian courier service di Malaysia. Pada hari tersebut barang yang dihantar oleh pelanggan kami tidak sampai ketangan kami seperti yang dijadualkan. Kelewatan sudah melebihi tiga hari. Kerisauan melanda kedua-dua belah pihak. Panggilan telefon kepejabat courier mendapat layanan acuh tak acuh membuatkan saya naik angin. Lalu saya minta disambungkan kepada pengurus cawangan dan hendak dijadikan cerita orang yang berada ditalian sebelah sana dan mendengar segala bebelan saya adalah pengurus itu sendiri.

Setelah itu kami sama-sama memohon maaf. Kelewatan yang dialami adalah kerana hujan lebat dan air mula naik disesetengah jalan utama pantai timur ke pantai barat. Kecuaian petugas pada hari itu juga menjadi punca kelewatan kerana mereka tertinggal satu karung guni surat-surat yang perlu dihantar. Sebagai tanda mohon maaf dia menjemput saya dan beberapa rakan sekerja untuk makan tengahari. Sebagai seorang kakitangan saya tidak boleh menerima jemputan tersebut tanpa memberitahu boss terlebih dahulu. Lalu beliau dengan segera menghubungi boss untuk menjemputnya sekali.

Bermula dari situ kami mula menggunakan khidmat courier syarikat berkenaan dan kerap juga bertemu apabila ada barangan yang memerlukan kami mengambil sendiri didepot. Tidak saya sangka juga bahawa kami berasal dari negeri yang sama iaitu Melaka. Mungkin sebab banyak persamaan dan ada saja cerita yang hendak diceritakan persahabatan itu berterusan sehinggalah sekarang.

Sesekali kami berhubung kerana masing-masing sudah meninggalkan dunia pekerjaan tempat bermulanya perkenalan kami. Kesibukan juga adalah salah satu sebab kami makin jarang berjumpa dan berpindahnya dia ketempat lain menjarakkan kami. Seorang yang periang dan mempunyai pelbagai pengalaman hidup melalui kerja-kerja yang pernah dibuat sebelum melayakan diri menjadi seorang pengurus.

Selama kami berkawan tidak pernah beliau hendak menceritakan keburukan orang lain kecuali keburukan dan kesalahan diri sendiri sehingga terjadinya perceraian. Rumahtangga yang dibina musnah dan hanya bertahan selama tiga tahun sahaja. Hasil perkongsian hidup yang singkat dia dikurniakan dengan seorang anak lelaki. Namun keperitan perpisahan itu membuatkan dia berjauh hati dan tidak bertemu dengan anaknya lagi. Hubungan yang ada hanyalah kiriman wang perbelanjaan setiap bulan.

Demi mengisi kesepian hidupnya dia mengambil seorang anak angkat lelaki. Sudah terlalu lama saya tidak berjumpa dengan anak angkatnya itu, barangkali sekarang sudah remaja. Tiada apa yang boleh saya bantu dari dulu hingga sekarang kecuali menjadi seorang pendengar dan mendoakan agar dia beroleh kebahagian yang dicari.

Berita yang saya terima beberapa hari yang lalu amat mengejutkan. Pesanan ringkas yang dihantar susah untuk saya percaya pada awalnya. Oleh kerana ingin kepastian saya terus menghubungi beliau sendiri. Bercakap pun sukar masa itu kerana baru saja keluar dari ICU selepas pembedahan akan tetapi suaranya tetap girang seolah tiada apa yang berlaku. Saya pula yang sedih dengan cara dia hendak menyembunyikan kesakitan yang dihadapi. Kami sempat berbual beberapa minit dan dia berjanji akan menghubungi saya lagi.

Sesungguhnya dia menepati janji dan beritanya adalah kanser yang dihadapi sudah berada ditahap empat. Saya tidak mampu berkata apa. Terdiam saya beberapa ketika sehingga saya sedar dia memanggil nama saya berkali-kali.

“I’m ok…doakan yang terbaik for me. In shaa Allah ada rezeki kita berjumpa lagi.” Itulah kata-katanya sebelum talian dimatikan. Hari ini saya berjanji dengan diri sendiri untuk menghubunginya tetapi masih tidak berbuat demikian sehinggalah keakhir titik tulisan ini.

Jangan diabaikan waktu. Gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya kerana tidak sesaatpun ia akan berulang.

Sanaa 23/6/16

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: