• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2016
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Matang dan Kematangan

Usia selalu dikaitkan dengan kematangan seseorang. Kematangan pula pasti berkait dengan cara menangani masalah, menghadapi dugaan tidak kurang juga menyempurnakan sesuatu tugasan. Bertindak tegas dan disiplin juga dikaitkan dengan kematangan.

Akan tetapi setelah meniti kehidupan ini sehingga sekarang, saya berpendapat kematangan tidak semestinya berkait dengan usia yang dewasa. Adakalanya remaja belasan tahun dan berada diawal usia dua puluhan lebih matang berbanding dengan seseorang yang sudah berusia.

Secara peribadi saya merasa letih melayan kerenah orang yang tidak matang didalam menguruskan pekerjaan dan juga peribadi.Bekerja secara berkumpulan hanya menyakitkan rakan-rakan yang lain. Diminta menyelesaikan sesuatu pekerjaan mengambil masa yang lama sehingga adakalanya terpaksa orang lain menyiapkan tugasnya.

Perkara begini memang selalu kita lihat disesebuah organisasi. Oleh kerana tidak ada undang-undang untuk membuang pekerja yang kurang matang, pekerja lain harus melalui keadaan dengan rasa marah, geram, benci, meluat dan berbagai rasa yang lainnya apabila gaji yang dinaikkan sama jumlahnya.

Saya selalu bertanya, bagaimana orang seperti ini hidup didalam masyarakat? Apakah perasaan beliau apabila setiap tahun menerima bonus sama seperti rakan-rakan sekerja yang lain. Apakah perlu saya menulis sesuatu yang terlalu buruk terhadap prestasi kerjanya? Lapuran prestasi tahunan syarikat tempat saya bekerja akan bermula Julai nanti dan bingung saya memikirkannya. Ini adalah kerana saya tidak mampu lagi memberi nasihat dan segala teguran dibiarkan bagai angin yang berlalu.

Saya sudah tidak mampu berbuat apa-apa setiap kali rakan sekerja datang mengadu. Telah saya usulkan aduan rakan-rakan sekerja kepada boss tetapi dia juga tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak ada kuasa untuk memecat seseorang.

Lalu saya bertanya lagi kepada diri sendiri “apakah kesabaran saja mencukupi?” Saya mengharapkan hari-hari terakhir Ramadhan ini saya diberikan hidayah bagaimana hendak menguruskan orang seperti pekerja ini dan mampu menunjukan tauladan yang baik .

Disaat dan detik ini saya mengharapkan dan terus berdoa supaya Allah memberikan saya petunjuk untuk jalan keluar yang terbaik. Saya juga berdoa agar setiap keputusan yang akan dan terpaksa saya ambil nanti menunjukan kematangan saya sebagai seorang ketua kepada anak buahnya.

Sanaa 24/6/16

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: