• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2016
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Enaknya Asam Pedas

Dilahir dan dibesarkan disebuah negeri yang penuh bersejarah tidak pernah ada perasaan teruja dizaman persekolahan. Semasa menyambung pelajaran juga ia bukan sesuatu yang diheboh-hebohkan. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri dan cukup sekadar mengenali dari mana negeri asal teman sekuliah.

Namun semuanya berbeza setelah saya mula bekerja. Apabila rakan sekerja mendapat tahu saya berasal dari Melaka mereka bertanya tempat yang hendak dilawati. Saya sekadar menjungkit bahu dan menjawab sekali lalu. Jujurnya saya memang tidak menghiraukan tentang negeri Melaka. Hampir sepuluh tahun yang lalu Melaka tidak seperti sekarang yang padat dengan pelancung setiap hujung minggu dan juga cuti umum.

Setelah bertahun-tahun merantau, berjumpa dengan bermacam ragam manusia dan kegilaan amatlah saya terkejut apabila ramainya orang yang datang ke Melaka hanya untuk menikmati lauk asam pedas. Terlopong juga adakalanya apabila hampir setiap pagi Isnin ada sahaja terdengar cerita orang ke Melaka untuk makan asam pedas dan ikan bakar.

“Macam mana orang Melaka tak tahu kedai asam pedas yang sedap,” kata-kata perli yang pernah saya terima apabila jawapan yang beri adalah mengangkat bahu tanda tidak tahu. Itulah jujurnya kerana sememangnya saya tidak pernah tahu dan tidak pernah nak ambil tahu. Ini mungkin kerana saya sudah diajar dan diasuh untuk memasak asam pedas semasa berusia 12 tahun lagi.

“Kenapa asam pedas Melaka sedap?” tanya saya kepada semua apabila asyik benar bercerita tentang asam pedas. Berbagai teori yang mereka keluarkan termasuk kedai-kedai yang terkenal itu meletakkan candu dan ganja. Berderai ketawa semua orang apabila itu dijadikan alasan.

Setahu saya dan bagaimana saya diajar untuk memasak asam pedas dan sambal tumis oleh pembantu rumah saya adalah proses yang rumit. Permulaan segala rasa yang sedap datangnya dari keiklasan dan kejujuran tukang masak yang menyiapkan segala bahan dan ramuan. Bermula dari memotong cili kering sehinggalah lauk terhidang dimeja.

Perkara pertama yang perlu semua orang tahu dan telah saya sahkan sendiri adalah cili kering yang dijual di Pasar Besar Melaka tidak terdapat dimana-mana negeri di Malaysia. Sampai ke hari ini berbagai jenis cili kering telah saya beli dimerata pasar malam dan pasar besar tetapi tidak ada satupun yang sama dengan yang di Melaka. Asam pedas dan sambal yang diperbuat dari cili yang baik akan nampak merah menyala tetapi tidak pedas. Warna merah yang cantik inilah dikejar oleh ramai pengunjung luar.

Saya diajar dengan memotong cili dan mengetuk-ngetuk cili supaya terkeluar sebanyak biji yang boleh. Tangkai dan cili yang rosak tidak boleh diambil. Setelah itu cili direbus hingga lembut. Apabila telah sejuk sedikit cili dibasuh hingga bersih dan buang lagi biji yang ada. Semasa cili hendak dimesin letak sedikit minyak dan cuba kurangkan air. Dengan meletakkan sedikit minyak masak biji cili yang tertinggal akan hancur.

Setelah itu cili dimasak dengan api yang perlahan tanpa minyak terlebih dahulu. Apabila cili tadi sudah memercik seperti bunga api masukkan minyak sedikit. Kacau dengan penuh kesabaran kerana percikan cili tadi pasti melimpah disekeliling dapur dan hinggap ditangan dan baju. Ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Apabila minyak sudah menghilang tambahkan sedikit lagi. Ulangilah proses tersebut sehingga cili masak dengan garing. Proses ini memakan masa yang lama, lebih kurang dua jam untuk sekilo cili kering tadi.

Apabila hendak dimasak asam pedas ataupun sambal tumis, hanya bawang merah digunakan. Saya diajar menggunakan bawang yang banyak untuk kedua-dua masakkan ini dan jangan sesekali guna bawang besar. Bawang merah tadi ditumbuk dengan belacan yang datangnya dari Melaka juga dan telah dibakar. Tumis bawang dan belacan tersebut hingga naik bau dan masukkan cili yang telah dimasak terlebih dahulu. Kacau perlahan sehingga cili sekali lagi meletup-letup tetapi kali ini tidak sekuat awalnya. Selanjutnya masuk pula air asam dan air. Tunggu hingga menggelegak dan masukkan ikan diikuti sayuran seperti bendi dan terung.

Seandainya cili tidak cukup masak atau garing, lauk yang kita masak akan cepat basi dan bagi sambal tumis pula akan berair. Besar kemungkinan tidak ramai orang yang melakukan proses yang saya sebut diatas kerana ia adalah satu tugas yang berat. Mengemas setelah memasak cili adalah kerja yang rumit. Ini adalah kerana percikan cili tadi boleh pergi jauh dan ia berminyak. Lantai dimana cili dimasak perlu dibasuh dengan bersih bagi mengelakkan sebarang kemalangan selepas itu.

Saya masih membuat proses cili untuk masakkan saya. Ini adalah kerana cili yang dimasak sendiri terjamin kebersihannya dan boleh disejuk bekukan untuk kegunaan dimasa akan datang. Saya mengambil masa dua hari sekurang-kurangnya untuk memasak sekilo cili kering. Pada hari pertama cili saya potong dan bersihkan. Keesokan harinya saya rendam sebentar dan rebus sebelum dikisar dan dimasak. Setelah siap dimasak pula proses mengemas dan menunggu cili sejuk sebelum disimpan.

Kepada penggemar asam pedas dan sambal tumis cubalah membuat proses diatas. Rasakan sendiri nikmat asam pedas sendiri dan lebih baik lagi sekiranya dapat membeli cili kering di Pasar Besar Melaka dan belacan dari Negeri Melaka bersejarah ini.

Sehingga hari ini saya tetap tidak tahu dimana asam pedas paling sedap di Melaka dan saya kagum dengan semua orang yang sanggup datang ke Melaka hanya untuk menikmati asam pedas.

Sanaa 25/6/16

 

Gambar sekadar hiasan dan diambil dari galeri Asam Pedas Kota Laksamana, salah satu gerai asam pedas yang terkenal di Bandar Melaka.

Gunakanlah bawang merah ini untuk masakan anda….ia sedap dan tidak berair.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: