• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2016
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Arus Zaman

Ramadhan sudah berada dipenghujungnya. Hanya tinggal sembilan hari saja lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut Syawal yang mulia.

Di Malaysia seperti lazimnya meriah dengan berbagai fiesta menjelang Syawal. Andai sebulan yang lalu kita semua berkunjung ke bazaar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka, diminggu akhir ini pasti ramai yang pergi membeli belah untuk menyambut Syawal.

Saya adalah diantara ramai yang menjadi pemerhati kepada fiesta ini. Dimana-mana saya pergi pasti akan ada papan tanda promosi pakaian, tudung, kuih raya, kasut dan tidak kurang barang perhiasaan untuk wanita. Lokasi-lokasi yang dipilih adalah dewan ataupun stadium. Acara paling besar yang pernah saya baca adalah membeli belah selama 72 jam tanpa henti di PWTC anjuran  Mood Republik. Mengikut kata kawan-kawan yang berkunjung kesana pelbagai barangan dijual dengan harga yang berpatutan dan ada pula yang mengatakan murah giler. Alangkah baiknya jikalau saya tahu apa itu murah giler  akan tetapi apakan daya saya tidak mampu untuk menjengah fiesta jualan seperti itu.

Fiesta jualan ini berlangsung dibeberapa negeri Semenanjung Malaysia dan bagi memeriahkan suasana ramai artis tanahair turut serta. Saya pernah cuba untuk berada dan merasa suasana berpusu-pusu dengan orang ramai tetapi malangnya saya yang menanggung sakit sehingga dua hari. Berada ditengah-tengah orang ramai yang berpusu-pusu adalah phobia bagi saya kerana saya akan mudah diserang migrane. Lalu semenjak itu saya tidak pernah berhasrat untuk kemana-mana fiesta dengan tujuan apa sekalipun.

Sekali lagi dihari ini saya melalui sebatang jalan yang sarat dengan khemah jualan. Sepanjang jalan dari Bandar Melaka ke Pantai Klebang terdapat beberapa hentian menjual juadah berbuka dan pakaian. Setelah selesai berbuka lebih kurang pukul 9.30 malam saya meninggalkan rumah bapa saudara saya di Klebang untuk balik ke Batu Berendam. Alangkah terperanjatnya saya tempat berjualan juadah berbuka tadi sudah menjadi medan letak kereta bagi pengunjung bazaar untuk membeli keperluan hari raya yang lebih tertumpu kepada jualan baju raya.

Hati saya berbisik sendiri…”kenapa orang suka membeli belah disaat akhir? Atau aku yang tidak mampu untuk mengikut arus orang-orang zaman sekarang”? Saya tidak akan mendapat jawapan tentang orang lain tetapi buat diri saya sememangnya semenjak saya mula bekerja, membeli dan menempah baju menjadi kegemaran saya. Walaupun bukan membeli belah saban bulan tetapi ada baju yang ditempah belum dipakai lalu ia menjadi baju raya saya. Begitu juga dengan barang keperluan lain seperti pakaian dalam dan kasut.

Saya akan berpusu juga dengan orang ramai tetapi tempatnya adalah pasar untuk membeli sayur-sayuran dan barang keperluan dapur sehari dua sebelum Syawal. Itulah satu-satunya tempat yang tidak dapat dielakkan oleh saya setiap tahun. Oleh kerana sayur-sayuran adalah barangan cepat lupus dan saya tidak boleh membelinya sebulan dua terlebih awal.

Ketinggalan zaman kah aku?

Sanaa 26/6/16

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: