• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2016
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Trend

Melanjutkan cabaran menulis selama 44 hari masuk ke 20 hari ini. Bermakna sebaik saja entri ini dimasukkan ke blog nanti ia merupakan entri yang ke 20. Masih ada 24 entri lagi perlu saya lalui bagi mencabar diri saya.

Setelah 20 hari berlalu saya masih ada lagi pertanyaan kenapa dan mengapa saya menerima dan mahu menyahutnya. Ia bukan sesuatu yang mudah dan sekarang ini ia juga bukan sesuatu yang terlalu sukar.

Saya merasa yakin dan pasti bahawa pembaca setia blog ini dan juga pengikut setia saya sudah sedia maklum dimana permulaan saya menulis. Saya juga sudah lama tidak mengisi blog ini sehinggalah menyahut cabaran yang diberikan oleh Puan Monalita Mansor, iaitu guru saya.

Diawal pagi ini setelah gagal melelapkan mata saya terus memikirkan apa yang baik untuk ditulis. Setelah berfikir masih tiada idea yang tercetus lalu saya merayap-rayap sana sini diinternet. Lalu jari saya memetik satu laman web yang menjual novel-novel cinta Melayu online. Dilaman tersebut terdapat banyak karya daripada penulis-penulis baru dan salah satu buku yang diterbitkan telah diadaptasikan kepada drama. Difahamkan drama itu sedang menjalani penggambaran. Saya mengintip sebanyak boleh cerita yang diadaptasi dan sedikit sebanyak saya pasti drama itu bakal menjadi tarikan kerana pelakon yang dipilih untuk watak-watak seperti didalam buku.

Sekalung tahniah saya berikan kepada penulis tersebut kerana bukunya telah dipilih untuk menjadi drama tv. Oleh kerana trend sekarang adalah adaptasi dari novel saya pasti akan lebih banyak novel yang akan dipilih setelah novel Isteri Tuan Ihsan.

Saya mengharapkan dengan semua drama adaptasi ini membuka ruang yang lebih banyak lagi kepada penulis-penulis untuk meluahkan idea mereka diatas kertas. Bak kata guru saya kalau menulis hanya untuk suka-suka lebih baik tulis diari dan jika hanya menulis kerana angan-angan semata-mata tu syok sendiri namanya.

Tetapi seorang yang mempunyai fikiran kritikal hampir dalam semua aspek pembacaan dan tontonan, pertanyaan mula menerjah “kemana perginya penulis skrip berbakat? Apakah mereka tidak mempunyai idea yang bernas lalu menulis semula skrip dari novel yang mahu diadaptasi? Sejauh mana dan selama mana trend ini akan berlangsung?” adalah antara persoalan yang saya fikir dan tercari-cari jawapannya.

Diskusi bersama beberapa orang rakan rata-rata pendapat yang ada bahawa trend ini satu hari pasti akan berakhir tetapi kemanakah hala tuju penulis, penerbit dan juga para pembaca budiman. Sepertinya kami hanya berlegar-legar dengan topik itu tanpa jawapan pasti kerana kami bukanlah remaja yang suka berkhayal dengan cerita-cerita begini.

Saya merasakan novel-novel cinta ini adalah ilham cipta dari novel cinta popular satu masa dahulu iaitu Mills and Boon dimana watak hero adalah tampan, segak bergaya dan kaya raya. Watak hero ini pula akan jatuh cinta dengan wanita yang kurang cerdik dan senang dilemahkan dengan kata-kata cinta. Bermula dengan benci lepas itu jatuh cinta. Ada diantara plot didalam novel-novel ini seperti tidak membina minda pembaca. Ia lebih terdorong kepada angan-angan semata-mata. Tatabahasa juga tidak diambil kira begitu juga cara menulis.

Lalu pertanyaan yang sama berulang lagi “kemanakah hala tuju penulis-penulis ini membimbing generasi akan datang”? Pertanyaan yang ditanya kepada saya “adakah awak cemburu?” dengan senyuman saya menjawab dengan pertanyaan “untuk apa saya cemburu?”

Tiada istilah cemburu dihati saya kerana saya tahu menulis itu tidak senang kerana saya mahu menulis dengan baik. Atas alasan itu juga saya mencari guru untuk membimbing dan melatih saya serta menyahut cabaran ini. Saya mahu punya rasa tanggungjawab dengan setiap tulisan saya pada satu hari nanti.

Sanaa 27/6/16

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: