• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2016
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Takuk Lama

Sudah menjadi kelaziman semasa sambutan hari yang mulia iaitu Hari Raya Aidil Fitri berbagai rancangan dibuat oleh stesen TV untuk orang ramai. Tahun-tahun yang berlalu ada saja cerita yang disiarkan pada hari raya tidak pernah saya beri perhatian. Kesempatan tidak pernah ada hanya untuk duduk dihadapan TV bagi menonton rancangan yang disiarkan.

Akan tetapi dengan putaran masa saya amat teringin untuk melihat kesinambungan sebuah drama bersiri yang saya tonton sedikit masa dahulu. Drama bersiri ini tamat bersiaran hanya beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Ramadhan. Apabila dikabarkan ada versi raya untuk drama tersebut saya dan beberapa orang kawan amat teruja. Namun dihari ini saya merasa sedikit kecewa kerana waktu siarannya adalah pukul dua petang pada hari raya pertama. Sudah dapat saya bayangkan kesempatan tidak mungkin ada dimasa itu dan perasaan ingin menonton pula telah dipadamkan dengan sinopsis yang diberi.

Secara tiba-tiba hati saya merasa tawar untuk menonton versi raya drama berkenaan oleh kerana plotnya rumahtangga pasangan bahagia didalam drama itu bergolak gara-gara hendakkan zuriat. Pasangan Irham Zahri dan Rania Baheera didalam drama Akadku Yang Terakhir Raya diduga dengan zuriat dan orang ketiga yang sanggup menjadi madu kepada Rania Baheera.

Segala perasaan hendak menonton punah, ranap dan kecewa. Sekadar hendakkan zuriat dan ada orang ketiga bukanlah plot yang diimpikan oleh ramai peminat drama bersiri tersebut. Saya juga tertanya-tanya kenapalah masih ada orang ketiga walaupun inginkan zuriat. Dizaman yang serba canggih ini telah banyak cara untuk beroleh zuriat. Tidak bolehkah menunjukkan pasangan bahagia itu berusaha dan berkeyakinan bersama kasih sayang mereka demi mendapatkan zuriat? Kenapa masih berada ditakuk lama dan alasan berkahwin lagi kerana zuriat? Apakah itu saja alasan orang lelaki hendak berkahwin lagi? Dan berderet-deret soalan serta luahan tidak puas hati saya baca ditwitter sebentar tadi.

Hanya semalam saya menulis tentang trend dan nampaknya trend orang ketiga, tiada zuriat, lupa diri dan apabila sudah kaya raya tidak kenal sejadah dan masjid masih menjadi pilihan utama penulis-penulis skrip di Malaysia. Ada juga yang berpendapat apabila tiada orang ketiga cerita itu tidak akan menarik. Saya pernah diberitahu bahawa watak antagonis mesti ada didalam sesebuah cerita tetapi apakah ia mesti dan termaktub dengan watak wanita tak sedarkan diri perasan cantik dan mengganggu rumahtangga lelaki yang diidamkan?

Saya masih mencungkil rahsia perosak rumahtangga orang dan wanita yang kurang bermaruah didalam sesebuah cerita. Andainya saya menjadi seorang penulis apakah cetusan idea saya akan meleset sekiranya tiada watak-watak wanita sebegitu?

Sanaa 28/6/16

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: