• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2016
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Gelandangan

Alhamdulillah sempurna sudah hari 24 umat Islam melalui ibadah puasa dibulan Ramadhan. Amat saya syukuri diminggu akhir ini saya dapat balik kerumah peninggalan arwah abah lebih awal dari tahun-tahun sebelumnya. Rasa sedih apabila setiap kali balik melihat rumah yang penuh habuk dan debu. Namun apakan daya keadaan tidak mengizinkan saya untuk menjadi penghuni rumah ini lebih lama kerana bekerja di Kuala Lumpur manakala rumah peninggalan arwah di Melaka.

“Itulah orang ada dua tiga rumah,” usik rakan sekerja apabila tahun ini saya memohon cuti panjang. Sepanjang tahun ini saya berusaha menyimpan cuti supaya dapat memenuhi hasrat Mak untuk berada di Melaka lebih lama dari selalu.

Didalam gurauan tentang ada dua tiga biji rumah saya memanjatkan syukur kehadrat Ilahi diatas segala kurniaannya. Terbayang dan teringat pula kepada ramai yang tiada tempat tinggal apatah lagi memiliki sebuah rumah. Mungkin ramai yang memiliki rumah akan tetapi masih tidak boleh dipanggil rumah sendiri kerana disewa atau masih dibayar ansuran bulanan kepada pihak bank.Segalanya ini membawa saya kepada sebuah penempatan gelandangan berdekatan Bulatan Pahang milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Sebenarnya tidak banyak yang saya tahu tentang gelandangan ini kerana tidak pernah berpeluang mendekati mereka. Sedikit sebanyak yang saya tahu adalah melalui beberapa rancangan tv dan juga melalui volunteer group didalam rancangan mereka feed the homeless setiap minggu. Melalui rancangan ini saya dapat tahu ada diantara gelandangan ini mempunyai pekerjaan tetap tetapi tidak mampu untuk menyewa rumah, lalu mereka tidur dimasjid atau dikaki-kaki lima sekitar bandaraya. Keesokan harinya mereka mencari masjid untuk membersihkan diri dan terus kepejabat. Pakaian mereka dihantar kedobi.Ini sudah dianggap terpaksa kerana tidak mungkin meminta tolong sesiapa. Oleh itu mereka akan mengikat perut dan menunggu peluang untuk dibelanja oleh sesiapa sahaja. Sebahagian mereka hidup begini tanpa diketahui oleh rakan sekerja apatah lagi majikan.

Melalui wawancara yang saya dengar dan lihat gelandangan ini lebih rela hidup begini. Mereka sanggup hidup dalam serba kekurangan supaya dapat menghantar wang kepada kedua orang tua mereka setiap bulan. Sekiranya mereka menyewa bilik hampir suku dari pendapatan yang diperolehi pergi ketangan orang lain. Pada awalnya saya teramat susah untuk mempercayai segala cerita dan berita yang saya dengar tetapi saya akur dengan desakan hidup yang dihadapi oleh gelandangan ini. Walau apapun saya menghormati mereka yang masih mahu bekerja dan tidak duduk merayau dan merayap meminta sedekah. Tetapi bagaimana pula dengan golongan lain didalam kumpulan gelandangan ini?

Tidak semua menjadi gelandangan kerana desakan hidup. Ada diantara mereka menjadi gelandangan kerana sudah tidak diterima oleh sesiapapun termasuk keluarga. Mereka ibarat sampah masyarakat. Kesalahan mereka adalah terjebak dengan dadah dan juga pernah terlibat didalam kes-kes rompakan. Terlalu banyak sejarah dibelakang gelandangan-gelandangan ini tetapi saya mempunyai pertanyaan kepada pihak berwajib sejauh manakah bantuan yang diberi dapat membantu gelandangan ini? Apakah mereka hanya akan diberi makan dan tempat perlindungan sementara selamanya? Apakah rancangan yang diatur bagi mereka untuk menyara kehidupan?

Saya menyedari saya adalah diantara hambaNYA yang beruntung dan saya berdoa supaya tidak akan lupa untuk mensyukuri segala pemberianNYA. Tetapi dalam masa yang sama saya juga merasa kasihan melihat anak-anak muda yang masih tegap bertenaga hanya duduk beramai-ramai tanpa berbuat apa-apa. Saya juga menyedari tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu mereka tetapi setiap kali mengikuti program feed the homeless saya tidak boleh lari dari mengulangi soalan-soalan diatas.

Sebagai ahli masyarakat saya mahu dan teringin untuk menyelami hati mereka tetapi saya dinasihati untuk tidak berbuat demikian. Rakan-rakan didalam program melarang saya mendekati mereka kerana bimbang mereka akan bertindak ganas andai hati mereka tercuit dengan soalan-soalan yang diajukan.

Lalu saya terus menjadi pemerhati dan selalu beringat supaya tidak lupa berdoa buat mereka dan mensyukuri nikmat yang Allah beri kepada saya.

 

Sanaa 29/6/16

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: