• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2016
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Archives

Kuih Tradisi

Sesuatu yang amat dan terlalu jarang saya mencuba adalah kuih muih tradisi Melayu. Hanya dua atau tiga kuih saja yang saya belajar dan cuba buat. Itupun kuih yang senang seperti seri muka, onde-onde dan kuih koci. Selain itu sesekali saya buat juga kuih ketayap untuk minum petang. Itulah yang paling senang hendak dibuat dan cepat.

Entah dari mana angin ingin mencuba datang hari ini wajik menjadi pilihan. Hanya berdasarkan resipi yang saya jumpa di internet dalam kepenatan yang teramat setelah berhari-hari mengemas rumah, wajik saya buat menjelang buka puasa tadi. Mengikut resipi yang diberi pulut perlu direndam semalaman tetapi saya hanya rendam beberapa jam sahaja. Petua yang diberi pulut direndam dengan sedikit kapur bagi mengekalkan keragupan pulut.

Selama ini saya hanya melihat sahaja arwah nenek memasak wajik dan tidak pernah mengambil ilmu daripadanya. Setelah mencuba tadi barulah saya tahu ia nampak senang tetapi tidak begitu mudah apabila untuk benar-benar tahu bila hendak dimasukkan pulut pada gula yang sedang likat. Percubaan pertama saya tadi berada ditengah-tengah. Antara jadi dengan tidak kerana saya merasakan pulut walaupun rangup tetapi seakan keras. Ini mungkin terjadi kerana saya memasukkan pulut terlalu awal dimana gula masih belum likat sepenuhnya.

Walaupun Mak saya memberi markah 6/10 saya merasakan ia terlalu tinggi. Menurut Mak hanya pulut perlu difikirkan kenapa ia semacam garing tetapi dari segi rasa ia cukup dengan lemak dan manis yang sekata. Besar kemungkinan pulut menjadi garing setelah dicampur dengan gula kerana mungkin saya meletakkan kapur terlalu banyak semasa merendamnya tadi.

Berulang kali sudah saya membelek wajik yang sekarang sudah sejuk. Jikalau mengikut pengalaman memakan wajik, likat gula sudah elok tetapi saya masih tidak berpuas hati. “Apakah yang perlu diperbaiki?” tanya saya kepada diri sendiri berkali-kali.

“Cuba buat lagi” adalah jawapan yang saya terima dan itulah yang sebaik-baiknya. Jangan berputus asa apabila percubaan pertama tidak menjadi. Cuba dan cuba lagi sehingga kepuasan dimiliki.

Ternyata sudah kuih Melayu tidak semudah resipi. Ia perlu percubaan dan kecekalan untuk terus mencuba.

Sanaa 01/07/16

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: