• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2016
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Archives

Ketagihan

Setiap orang ada kegemaran tersendiri dan ada sesetengah sampai ketahap ketagihan. Ketagihan paling ketara dikalangan ramai adalah teh ataupun kopi. Hidup seolah tidak sempurna sekiranya tidak meminum secawan teh atau kopi kegemaran diwaktu pagi.

Saya adalah salah seorang penghuni dunia yang memberi isyarat kepada otak bahawa mesti meminum secawan kopi setiap pagi. Pada awalnya saya tidak menyedari ia adalah ketagihan, kerana pada saya ia adalah minuman kegemaran. Saya telah cuba menggantikan kopi dengan milo, horlicks ataupun minuman berperisa cokelat tetapi saya merasakan sesuatu yang tidak sempurna apabila tidak meminum kopi.

Namun begitu saya bukanlah pengunjung Starbucks, Coffee Beans ataupun mana-mana rangkaian kedai kopi berjenama seperti diatas. Saya masih tidak sanggup untuk membelanjakan puluhan ringgit hanya untuk secawan kopi kecuali dalam keadaan yang terdesak. Sekadar serbuk kopi yang ada dimana-mana pasaraya dan mudah diperolehi sudah memadai untuk saya. Jenama yang paling mudah untuk didapati dan menjadi kegemaran saya adalah Nescafe.

Beberapa tulisan dan artikel berkaitan kopi telah saya baca dan saya akui tidak tahu membezakan rasa kopi yang digilai oleh penggemar kopi serata dunia. Nama-nama kopi juga tidak saya endahkan. Asalkan ia kopi dan sedap rasanya pasti saya akan saya minum. Saya pernah mencuba kopi Luwak dari Indonesia dan beberapa jenis kopi dari negara tersebut.

Pandangan saya ia tetap kopi dan tetap akan saya minum sekiranya saya menyukainya lalu saya katakan kepada kawan-kawan bahawa saya bukanlah seorang ketagih. Ini adalah kerana saya hanya meminum secawan kopi diwaktu dan hanya sesekali mengambilnya diwaktu petang.

Atau perlukah saya melihat kembali tahap ketagihan dalam erti kata sebenar?

Sanaa 07/07/16

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: