• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2016
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Archives

Thank You Please Sorry

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa

Pantun diatas adalah pantun budi yang tidak lapuk dek hujan tidak lekang dek panas. Namun perubahan zaman telah menenggelamkan keindahan kata-kata itu. Tutur bicara muda mudi sekarang ini sudah tidak semenggah lagi, kasar berbunyi sopan tidak bererti.

Perkataan paling mudah yang dahulu diajarkan kepada saya hanya ada tiga sahaja; iaitu TERIMA KASIH (THANK YOU) semasa menerima sesuatu daripada seseorang ataupun menerima bantuan, MAAF (SORRY) apabila tersilap atau bersalah didalam sesuatu perkara dan TOLONG (PLEASE) semasa meminta pertolongan atau meminta sesuatu daripada orang lain.

Tiga perkataan atau perkara itu mesti dipraktik kepada anak-anak sejak kecil. Sebagai seorang dewasa pastikan anak-anak menggunakan ketiga-tiga perkataan itu kerana merekalah yang sering meminta itu ini dan juga melakukan kesalahan. Semasa bayi biasakan mereka mendengar perkataan tersebut supaya melekat difikiran mereka.

Sebagai seorang ibu saudara yang masih mempunyai anak saudara berusia dari tiga tahun hingga 12 tahun saya cuba sedaya upaya mengingatkan mereka ketika meminta makanan ataupun minuman. Tidak kurang juga apabila meminta dipakaikan kasut atau mengambil gelas dan cawan. Selagi mereka tidak berkata tolong ataupun please saya tidak akan memberi mereka apa yang dikehendaki.

Satu lagi perkataan yang sudah hilang dari anak-anak zaman sekarang adalah SAMA-SAMA (WELCOME).

Kita juga perlu mengunakan kesemua perkataan tersebut semasa berinteraksi dengan mereka. Janganlah harapkan mereka berlaku sopan tanpa kita bersopan dengan mereka. Tidak rugi apapun kita mendidik mereka dengan amalan mulia ini malahan amat beruntung, setidak-tidaknya apabila mereka berada didalam masyarakat bersama tingkah laku yang baik ibu bapa dan keluarga bakal mendapat nama baik.

Anak-anak adalah pewaris kita dimasa akan datang. Bentuklah mereka dengan peribadi mulia semoga terbentuk akhlak yang baik bagi meneruskan kehidupan. Didik mereka sejak kecil dan awasi mereka setelah dewasa. Lepaskan mereka seperti layang-layang dan tarik mereka perlahan-lahan supaya kita tidak terputus talinya.

Sanaa 09/07/16

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: