• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2016
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Archives

Rancangan TV

Syawal hari ini melabuhkan tirainya untuk hari yang kelima. Suasana hari raya masih segar disegenap pelusuk negeri dengan tradisi kunjung mengunjung kerumah saudara mara serta rakan taulan.

Kepada yang tidak kemana-mana stesen televisyen juga banyak menyiarkan drama dan filem bersempena hari yang bahagia ini. Namun malangnya tidak satupun menarik minat saya. Satu-satunya drama yang saya tonton pada hari raya ini adalah Akadku Yang Terakhir Syawal. Telemovie ini ditayangkan pada hari raya pertama jam dua petang. Saya menonton telemovie ini kerana telah mengikuti drama bersirinya yang berakhir sehari dua sebelum kita menyambut Ramadhan.

Oleh kerana terlalu ingin menontonnya saya berharap sangat rumah tidak ada tetamu dan suasana aman dan damai. Walaupun hanya ada sebuah keluarga yang datang beraya pada waktu itu dan mereka juga mahu menontonnya, jadi tidaklah berebut remote dengan ahli keluarga yang lain.

Harapan saya terlalu tinggi untuk melihat drama versi raya ini diolah dengan segala kesederhaan setelah mengikuti dramanya dahulu yang penuh konflik dan salah sangka. Pada mulanya saya tertarik menonton drama ini kerana plot atau temanya adalah mengenai lelaki yang sudah berkahwin cerai sebanyak tiga kali. Perkahwian Irham Zahri watak hero didalam drama ini semuanya tidak bertahan lama lalu disarankan oleh ayahnya untuk mendapat rawatan sakit jiwa.

Malangnya drama diteruskan dengan Irham Zahri jatuh cinta dengan pakar terapinya iaitu Rania Baheera. Drama dikembangkan dengan usaha Irham Zahri memikat Rania sehinggalah mereka bernikah. Pernikahan itu dicemari dengan keganasan Irham terhadap Rania oleh kerana terlalu cemburu dengan abang ipar Rania yang terlalu mengambil berat hal ehwal Rania dan juga gangguan bekas isteri ketiga Irham. Keganasan yang dilakukan Irham tidak membawa Rania mencari bantuan sehinggalah Rania diselamatkan oleh keluarga Rania.

Saya amat kecewa dengan olahan drama ini kerana tidak ditunjukan kekuatan seorang wanita dan isteri yang didera untuk mendapat bantuan. Alasan terlalu cliche adalah tidak mahu membuka aib suami dan cinta yang mendalam. Punca Irham menjadi ganas juga tidak dikupas dengan dalam kecuali dengan alasan terlalu sayangkan Rania dan tidak mahu kehilangannya. Selama ini Irham tidak pernah mempunyai rekod ganas terhadap bekas-bekas isterinya dan tidak juga dibawah kawalan ubat.

Akhirnya Irham mengaku dia memang sakit dan mahu berubat lalu berlepas ke Australia bagi mendapatkan rawatan. Sekali lagi saya kecewa apabila Irham menceraikan Rania dengan alasan tidak mahu Rania menderita menunggu kepulangannya. Saya teramat marah dengan olahan ini kerana pada awalnya Irham berkeras mahu Rania bersamanya melalui proses perubatan tersebut.

Diakhir episod drama bersiri ini Irham dan Rania bernikah semula atas kerelaan Rania menerima Irham kembali kerana kasih dan cintanya. Lalu atas permintaan ramai drama bersiri ini mempunyai sekuel sempena Aidilfitri. Peminat tegar drama ini amat menantikan kehadiran drama ini dan berharap sangat dapat melihat dengan jelas dan nyata kebahagian Irham dan Rania setelah mereka bersatu kembali.

Plot sekuel yang dipilih adalah zuriat. Setelah lama berumahtangga Irham dan Rania belum dikurniakan anak. Saya sekali lagi menyokong plot ini kerana ia adalah masalah semasa yang dihadapi ramai pasangan dalam dunia realiti. Tetapi sekali lagi saya rasa kecewa apabila keinginan itu tidak disungguhkan dengan pelbagai usaha. Alasan lapuk yang digunakan Irham untuk memiliki zuriat sendiri adalah untuk berkahwin lagi.

Durasi sejam setengah itu cukup membosankan dengan skrip yang longgar dan juga kurang penghayatan pemegang watak. Besar kemungkinan ia juga dibuat didalam keadaan tergesa-gesa lalu setiap scene tidak dapat dijiwai dengan baik dan tidak meresap didalam diri saya sebagai penonton.

Berbalik kepada alasan yang diberikan Irham, kenapa penulis skrip masih memilih untuk berpoligami hanya untuk mendapatkan zuriat? Apakah tidak boleh kita melihat usaha yang tidak mengenal penat lelah Irham dan Rania bagi mencapai impian mereka? Perbalahan yang tidak kuat juga apabila Irham tidak pernah mahu bersetuju mengambil anak angkat walaupun Irham ada menyebut kesukaran dimasa akan datang seperti anak itu nanti akan mencari keluarga kandungnya. Watak Rania dilemahkan lagi dengan tidak mahu memberikan alasan kukuh untuk mengambil anak angkat disamping terus berusaha untuk mendapat zuriat sendiri.

Apa yang tertulis dihari ini bukanlah ulasan terperinci kepada dua drama tersebut tetapi sekadar luahan kecewa dengan drama tempatan. Saya sering mendengar bahawa media hiburan seperti filem dan drama adalah salah satu saluran maklumat, jadi tidakkah boleh kita menggunakan sedikit ruangan didalam setiap drama itu untuk berkongsi info berkenaan plot yang diketengahkan. Ini adalah kerana pada pandangan saya setiap plot yang diketengahkan berkait rapat dengan dunia realiti.

Soalan yang selalu terbit didalam minda saya…apakah masalah rumahtangga hanya dengan hadirnya orang ketiga? Kenapa watak isteri terlalu dilemahkan dengan alasan cinta sejati? Bermacam soalan lagi yang ada akan tetapi saya berhenti disini saja dahulu, mungkin dipeluang yang lain kupasan mendalam dapat diberi.

Sanaa 10/7/16

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: