• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2016
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Archives

Bezanya…

Cuaca amat panas sejak dua hari yang lalu dan terasa semacam demam selepas raya bakal tiba. Alasan semata-mata kata anak saudara saya apabila hanya semalam dan hari ini kami dapat berjalan raya. Itupun sebab kami berdua menyambung cuti dihari ini dan esok.

Rumah Terbuka telah bermula pada hari raya ketiga dan hari ini sudah lima rumah terbuka saya kunjungi. Saya mengakui amat tidak rajin untuk melangkah kaki kerumah kawan-kawan dan saudara mara untuk rumah terbuka. Akan tetapi saya tidak punya alasan untuk tidak memenuhi undangan yang ada kerana pada hari-hari lain sepanjang Syawal masing-masing sibuk dengan pelbagai urusan.

Sudah saya lupa bila konsep Rumah Terbuka ini bermula tetapi memang semenjak awal saya kurang berminat. Ini adalah kerana pada hujung minggu ada beberapa jemputan yang mesti dihadiri dan jalanraya akan menjadi sesak hingga menyukarkan pergerakan untuk pergi dari satu rumah kesatu rumah.

Menghadiri Rumah Terbuka seolah menunjuk muka kepada tuan rumah bahawa kehadiran kita diketahui apabila sampai kerumah nombor tiga atau empat. Itupun jika berkesempatan sampai. Ini adalah kerana perut yang kenyang ataupun sudah kepenatan mengharungi jalanraya yang sesak.

Menulis sedikit mengenai Rumah Terbuka saya merasakan diri seperti orang yang tidak bertamaddun tetapi itulah hakikatnya. Tuan rumah berusaha untuk melayan semua orang tetapi mereka juga tidak akan mampu berbuat demikian. Setelah itu puas pula meminta maaf kerana tidak sempat melayan dengan sempurna. Hmmm entahlah.

Berbalik kepada berjalan raya saya hari ini, hanya dua rumah saudara yang kami kunjungi. Kami bermula dengan sarapan pagi dirumah pertama, sambil makan kami berborak, bercerita, bertanya kabar sipolan sipolan dan sama-sama juga mengemas meja dan membasuh pinggan mangkuk. Selepas itu kami sama-sama bergerak kerumah kedua untuk jamuan makan tengahari. Ketika kami sampai hampir masuk waktu Zohor lalu kaum Adam bergerak ke surau berdekatan dan kaum Hawa pula menguruskan apa yang perlu dirumah dan menunaikan solat dahulu sebelum makan.

Hidangan tengahari kami adalah lauk kampung seperti masak lemak pisang muda bersama ikan bilis, ikan kembung dimasak sambal, sayur petola beserta ulam-ulaman dan telor masin. Seorang ahli keluarga yang sama-sama datang bertandang membawa sambal tempoyak dan masak pindang ikan patin. Tiada ketupat lemang menjadi hidangan kami tadi.

Seperti dirumah pertama kami makan bersama-sama sambil bercerita, berjenaka dan ketawa yang berderai-derai ditemani ragam anak-anak kecil. Kerana asyik bercerita ada juga tangan yang kering lalu sama-sama bangun untuk mengemas pinggan mangkuk. Belum sempat makanan hadam sudah terdengar minum petang nanti ada pisang nangka dan sukun yang akan digoreng tidak kurang juga kuih muih yang dibuat sendiri oleh tuanrumah.

Saya sampai kerumah menjelang Maghrib tadi. Alhamdulillah saya amat kenyang sekali dan apa yang dibekalkan untuk saya terus saja masuk kedalam peti sejuk. Selain itu saya amat bersyukur kerana dapat meluangkan masa ditahun ini menziarah saudara mara kerana cuti tambahan yang saya ambil. Ditahun-tahun yang lalu saya tidak dapat melakukannya kerana saya akan balik bekerja pada Hari Raya ketiga.

Berbeza sungguh “rumah terbuka” hari ini dan pastinya ada disini yang mungkin akan bersetuju dengan coretan ini.

 

Sanaa 11/7/16

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: