• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2016
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Archives

Jodoh

Tatkala membaca petikan diatas saya berdetik untuk menulis tentang jodoh walaupun ia tidak pernah saya fikir sebelum ini.

Secara rambangnya jodoh berkait rapat dengan ikatan pernikahan dan perkahwinan. Ia bukan saja mengenai dua hati yang mahu mendirikan rumahtangga tetapi kedua buah keluarga. Setiap kali bercakap tentang jodoh dan perkahwinan cerita atau drama disebaliknya pasti ada, tidak kira besar ataupun kecil drama yang berlaku.

Bermacam kerenah ibu bapa dan keluarga pasangan yang mahu menyempurnakan hubungan yang ada kearah penikahan dan perkahwinan. Terdapat tentangan andainya calon yang dipilih tidak menepati selera keluarga lelaki mahupun perempuan. Apabila hati sudah tidak berkenan ada saja yang tidak kena dipandangan mata.

“Kita hanya mampu memandang manusia dengan mata zahir. Tetapi zahir dan batinnya Allah yang lebih tahu. Mungkin dia cuma kelihatan biasa-biasa di hadapan manusia, tetapi siapa yang tahu imannya ‘luar biasa’ di hadapanNya?”

Kita seringkali inginkan yang kelihatan yang sempurna di mata. Ada yang mengukur dengan rupa, ada yang mengukur dengan harta, ada juga mengukur dengan pangkat semata-mata.

Itulah ukuran manusia. Walaupun ada nasihat mengenai pandangan mata manusia seringkali tersalah dan tersasar masih ramai ibu bapa yang mempertikaikan perkara-perkara diatas. Walhal Allah menilai setiap hambaNYA dengan iman dan takwa.

Akan tetapi didalam arus kehidupan yang serba mencabar ini dan hidup yang hanya berpaut kepada wang ringgit untuk hampir kesemua keperluan hidup, dilema menyelubungi ramai pasangan yang mahu mendirikan rumahtangga. Setelah acap kali diasak telinga dengan pelbagai alasan tentang persediaan menjadi ketua keluarga dan suri didalam sesebuah rumahtangga, sedikit sebanyak tentu menggoyahkan pendirian setiap pasangan.

Sebagai seorang yang tidak arif didalam hal ini jujurnya saya melihat keadaan sekitar dimana harga barangan yang semakin mahal dan juga kos bersalin, penjagaan bayi, persekolahan dan tidak kurang membayar penjaga/pembantu rumah ataupun pusat-pusat penjagaan anak-anak. Lalu saya bertanya pada diri  “Apakah setiap pasangan yang mahu mendirikan rumahtangga perlu memikirkan hal-hal duniawi ini terlebih dahulu sebelum berhasrat untuk berumahtangga?”

Sedikit sebanyak melalui pembacaan saya petang tadi ada beberapa panduan boleh diikuti untuk pasangan yang mahu berkahwin. Didalam beberapa panduan yang saya baca soalan ini menarik perhatian saya iaitu “bagaimana memilih jodoh?”

Segala kerisauan dan ukuran yang dibuat manusia sebenarnya tidak membawa erti yang sempurna. Sebenarnya Allah telah menyiapkan garis panduan didalam ajaranNYA dan kitabNYA. Cuma kita manusia yang kerdil ini selalu alpa dan terlupa. Janji Allah buatlah istikharah dan bermusyawarah pastinya tidak akan ada sesiapapun yang akan menyesal.

Tanpa panjang lebar keratan dipermulaan tulisan ini telah menjelaskan segala-galanya. Hanya manusia sahaja yang sering dan mahu merumitkan keadaan. Perpisahan walaupun perit tentu merasa ringan apabila berpegang kepada janji Allah iaitu pertemuan yang bermula tidak berjodohan untuk keperingkat seterusnya iaitu tidak dimeterai dengan lafaz ijab dan kabul.

Apakah semua pasangan yang sedang menyulam cinta dapat berpegang kepada janji-janji Allah ini? Adalah sesuatu yang sukar untuk dijawab oleh sesiapa sahaja kecuali setiap daripada kita berbekal iman dan taqwa yang tinggi.

 

Sanaa 12/7/16

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: