• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2016
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Archives

Mee Kosong

Setiap orang pasti ada makanan kegemaran dan begitu juga dengan setiap negeri tentu ada makanan ataupun masakan tradisi.

Jujurnya saya kurang arif tentang makanan ataupun masakan tradisi dikebanyakan tempat kerana saya bukanlah seorang yang kaki makan dan berjalan jauh hanya untuk makan. Akan tetapi oleh kerana sudah bergaul dengan rakan-rakan sekerja dan juga sewaktu belajar dahulu  pernah jugalah mengikuti program jalan-jalan cari makan bersama mereka. Misi perjalanan cari makan paling jauh pernah saya ikuti adalah ke Trengganu untuk menikmati sotong goreng tepung dan sata.

Dihari ini saya teringat kepada makanan atau hidangan yang selalu ada dimana-mana, iaitu mee goreng. Saya amat menggemari segala jenis mee. Bermula dari mee goreng hinggalah kepada rojak mee dan untuk menjadikan cerita tengahari tadi saya menikmati mee goreng biasa ataupun kosong. Mee goreng begini sering menjadi hidangan kepada orang-orang pangkal dimajlis-majlis kenduri kahwin di Melaka.

Menjamu orang ramai dengan mee goreng boleh dikatakan menu wajib dirumah kenduri. Selalunya mee ini digoreng tanpa ada rencah seperti udang, daging, sotong ataupun ayam. Rencah yang digunakan hanyalah ikan bilis yang ditumbuk halus, taugeh, sawi dan tauhu goreng. Apabila dihidangkan ditabur bawang goreng serta timun yang dipotong halus.

Sesuatu yang istimewa tentang mee goreng kosong negeri Melaka ini adalah cili yang digunakan untuk menggorengnya. Mengikut amalan yang ada cili ini disiapkan terlebih dahulu sehari atau dua tiga hari sebelum majlis. Cili ini dimasak dan digoreng garing lalu disimpan didalam pasu tanpa perlu dibekukan. Perlu diambil kira tentang pasu yang akan digunakan untuk menyimpan cili tadi. Pasu tersebut perlu kering dan cili yang telah dimasak tadi betul-betul sudah sejuk.

Apabila tiba hari untuk memasak, tukang masak akan menumis bawang dan ikan bilis yang telah tumbuk atau giling hingga wangi. Setelah itu dimasukan sawi dan tauhu untuk beberapa ketika sebelum dimasukan mee kuning. Sewaktu proses menggaul mee dengan bahan-bahan tadi barulah dimasukkan cili yang telah siap dimasak beberapa hari yang lalu. Sebelum diangkat dimasukan taugeh dan dikacau rata.

Oleh kerana mee adalah sebahagian dari makanan yang saya suka hampir kemana saja saya pergi, dan jika ternampak mee saya pasti membelinya. Perangai ini selalu menjadi bahan tawa ahli keluarga kerana mereka semua tahu mee yang saya beli itu pasti tidak akan sama rasanya dengan mee yang menjadi hidangan orang pangkal dirumah-rumah kenduri di negeri Melaka.

Itu adalah kebenarannya. Walaupun mee seperti itu ada dijual dipasar-pasar malam diseluruh Melaka belum ada satupun yang sama rasa seperti yang dimasak dirumah kenduri. Ia adalah sesuatu yang saya rindukan kerana ia bukan makanan mewah tetapi menjadi kenangan buat saya selamanya.

Sesuatu yang saya ingat yang sekarang sudah tiada.

Sanaa 13/7/16

4 Responses

  1. selamat hari raya San..maaf zahir dan batin..sorry lambat skit ucapannya..

  2. meh teman cadangkan.. jadikanlah satu product yg dijual online.. tentu ramai yg merinduinya.. boleh la teman tumpang merasa..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: