• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2016
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Archives

Bahan Bacaan

Beberapa hari sebelum menjelang hari raya aidilfitri saya terjumpa sebuah novel Melayu online. Entah kenapa semasa membaca bab satu dan dua saya menjadi tertarik lalu meneruskan pembacaan. Akan tetapi karya tersebut diberhentikan online pada bab 19. Saya tercari-cari bab selanjutnya tetapi tetap tidak berjumpa lalu berusaha pula mencari dimanakah boleh dibeli buku tersebut.

Sesuatu yang aneh kerana ia bukan mudah untuk saya membeli novel Melayu dan telah saya buat tanggapan bahawa novel tersebut tidak kurang seperti novel romantik Mills and Boon (M&B) dan Harlequin (HR). Saya sudah merasa pasti tentang itu tetapi tetap mahu membeli novel Demi Bahagia Ini tulisan Lynn Safiya.

Setelah terjumpa laman sesawang yang menjual buku tersebut saya terus membuat pesanan dan selang sehari buku yang saya pesan sampai. Saya membelek buku tersebut sebaik saya terima dan baris-baris kata dari bab ke bab memang tidak ubah seperti M&B dan HR didalam Bahasa Malaysia.

Ceritanya mengenai seorang gadis bernama Sofiah Qistina (SQ) dihalau oleh bapanya dan tidak mengaku anak kerana enggan dikahwinkan dengan pilihan bapanya. Didalam novel ini digambarkan bahawa keluarga Sofiah Qistina adalah jutawan dan dia mempunyai seorang abang dan kakak. Latarbelakang jutawan dan ternama tidak pentingkan ciri-ciri hidup keislaman kecuali SQ yang tidak terpesong aqidahnya kerana mendapat kasih sayang pembantu rumah.

Oleh kerana telah dihalau SQ membawa diri lalu mendapat pekerjaan sebagai peneman kepada seorang wanita berbangsa Inggeris beragama Islam. Pekerjaan itu membawa SQ ke kota London. Wanita berkenaan mempunyai seorang anak lelaki dan perempuan. Seperti selalu watak hero mesti kacak, kaya dan tampan bergaya apatah lagi mempunyai kacukan Melayu Inggeris. Tanpa mendalami kita boleh mengagak bahawa Ian Iskandar (IS)hero yang lengkap serba serbi jatuh cinta kepada SQ.

Babak-babak seterusnya dalam novel ini untuk IS mendapatkan SQ tidaklah rumit kerana ibu IS sudah jatuh kasih dengan SQ dan menyedari bahawa IS mempunyai hati terhadap SQ tetapi tidak membuka langkah seterusnya. Atas bantuan doktor peribadi yang merawatnya akhirnya berjaya membuat IS cemburu dan mengaku mencintai SQ dan terus melamarnya.

Dipendekkan cerita yang panjang novel ini tidak mempunyai orang ketiga diantara IS dan SQ. Masalah dan konflik cerita ini adalah keluarga. Dihari pernikahannya SQ merasakan sesuatu yang disembunyikan oleh IS yang akhirnya terbongkar bahawa IS adalah abang kandung berlainan ibu kepada lelaki yang mahu dijodohkan oleh bapa SQ tidak lama dahulu. Mungkin disebabkan itu saya terpengaruh untuk meneruskan pembacaan novel ini.

Namun begitu setelah IS dan SQ menikah cerita dikembangkan dengan berlebihan babak-babak manja IS dan SQ sehingga tiada apa yang difikirkan IS setiap kali memandang SQ. Walaupun pilihan perkataan tidak keterlaluan  tetapi keintiman IS dan SQ terlalu kerap, sehingga terlewat bangun selepas malam pertama boleh disambung lagi diawal pagi dengan alasan mereka memang sudah terlepas subuh.

Oleh kerana saya tidak meletakkan sebarang harapan kepada novel ini, saya tidak merasa sebarang kehampaan. Ini adalah kerana sedari awal sudah saya tahu bahawa penulis meniru hampir 90% dari M&B dan HR. Susunan cerita bercelaru kerana didalam satu mukasurat ada berbagai rasa dari watak-watak yang direka. Membaca novel ini dan beberapa novel Melayu yang lain sebelum ini menyakinkan saya bahawa tidak ada satupun yang berubah didalam masyarakat Melayu baik didalam penerbitan drama ataupun buku.

Saya sesekali tidak mencemburui kejayaan mereka menerbitkan buku tulisan mereka dan ada yang terpilih untuk dijadikan drama tetapi saya terkilan bahan bacaan sebegini memenuhi pasaran dan menjadi bahan bacaan remaja dan muda mudi.

Saya tahu betapa sukarnya untuk menulis sebuah cerita dan betapa payahnya untuk menjadi seorang penulis yang diterima ramai, tetapi saya tidak mahu menjadi seorang penulis yang tidak bertanggungjawab hanya untuk menjadi terkenal. Buku adalah pendamping kepada pembukaan minda dan membentuk masyarakat kerana itulah Ralph Waldo Emerson ada berkata  “If we encounter a man of rare intellect, we should ask him what books he reads.”

“Don’t just read the easy stuff. You may be entertained by it but will never grow from it” pesan Jim Rohn pula.

Sanaa 14/7/16

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: