• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2016
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Archives

Tugas Khas

Cuti yang panjang berakhir hari ini. Esok sudah hujung minggu. Hari Isnin akan kembali bekerja dipejabat.

Bermula dari 24hb June 2016 saya bercuti dan pada tarikh yang sama saya pulang ke Melaka. Rumah di Melaka kosong sejak pemergian arwah abah lima tahun yang lalu. Hari cuti seperti hari raya dan cuti sekolah sahaja kami berkumpul sejak dari itu.

Tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang lalu dimana saya balik ke Melaka dengan Mak hanya beberapa hari sebelum hari raya. Ditahun ini saya balik hampir dua minggu menjelang raya dan berada di Melaka sehingga hari ini. Keputusan untuk pulang lebih awal tahun ini kerana tidak mahu badan terlalu penat untuk proses pembukaan dan penutupan rumah.

Tugas pembukaan dan penutupan rumah bukanlah proses yang mudah. Faktor mengemas dan menyiapkan enam bilik memerlukan perancangan rapi kerana zahirnya habuk yang berkumpul adalah setahun lamanya. Begitu juga apabila menutup, segala barang yang digunakan perlu disimpan supaya nampak kemas dan memastikan tiada apa barang makanan didalam peti sejuk dan juga freezer.

Walaupun kerja-kerja mengemas tidak saya lakukan sendiri tetapi tugas menyelenggara pekerja juga memenatkan. Hari pertama mengemas, membuang segala habuk dan debu didahulukan. Selepas itu mengeluarkan bantal-bantal untuk dijemur dan mengaturkan cadar, sarung bantal, selimut dan tuala untuk semua bilik. Sebelum memasang cadar dan sebagainya saya memastikan bahawa tidak ada lagi habuk dan sawang yang tetinggal kecuali habuk harian sejak membuka rumah.

Lazimnya saya hanya akan menyiapkan semua bilik dua hari menjelang raya kerana mahu nampak cantik apabila semua pulang. Tetapi apabila penutupan rumah, bilik akan dikemaskan dahulu kerana penghuni-penghuninya yang mengemaskan sendiri dan membawa pulang cadar, tuala dan sarung bantal untuk dicuci.

Proses penutupan rumah juga banyak kerja yang mesti dibuat. Perkara yang tersenarai adalah memastikan tidak ada makanan yang tertinggal didalam peti sejuk, bahan-bahan mentah seperti bawang, ubi kentang, teh, gula dan sebagainya tertinggal diluar dan yang paling utama memastikan segala tingkap dan pintu dikunci dengan sempurna. Tidak ketinggalan juga memastikan kepala gas sudah ditanggalkan dan semua lampu ditutup kecuali yang menggunakan sensor dan timer.

Untuk memastikan tidak ada yang tertinggal ataupun terlupa senarai semak tersedia. Akan tetapi didalam segala persediaan itu adakalanya tertinggal juga namun selalunya bukanlah tergolong dalam senarai paling utama.

Setiap tahun itulah rutin saya dan begitu juga setiap kali kami merancang balik ke Melaka semasa musim cuti persekolahan. Saya akui penat apabila membuat tugasan ini dan setiap kali menutupnya perasaan sedih menyelubungi. Setelah rumah dibersihkan dan membuang segala sisa makanan serta sampah, saya tinggalkan rumah sehingga dilain kali kami pulang. Rumah ini adalah peninggalan arwah abah buat kami semua dan belum pernah kami tidak pulang untuk beraya disini, mungkin juga sebab Mak masih ada dan mungkin kerana itu juga saya bersedia untuk melakukan tugas pembukaan dan penutupan ini.

Ada pepatah mengatakan “nobody knows what the future holds or bring,” jadinya selagi mampu dan terdaya saya akan pastikan rumah ini kemas dan teratur bagi menyambut kepulangan adik beradik, ipar duai dan anak saudara semua.

Sanaa 15/7/16

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: