• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2016
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Archives

Empat Rumah

8.30 pagi bertolak dari Melaka ke Seremban.

9.30 pagi tiba di Bandar Warisan Puteri, rumah ibu saudara.

9.45 pagi menikmati sarapan nasi lemak berlauk sambal ayam dan teh O

10.30 pagi setelah sarapan berehat dan bersembang sehingga tiba waktu untuk bersiap.

12.30 tengahari bertolak ke Ampangan untuk rumah terbuka bapa saudara.

12.45 tiba di rumah bapa saudara yang tidak jauh dari rumah ibu saudara di Bandar Warisan Puteri. Jamuan tengahari sudah tersedia. Tetapi oleh kerana masih terasa kenyang saya hanya menjamah sayur dan sambal ikan. Selain itu duduk berbual dengan saudara mara yang datang.

2.00 petang bertolak ke Semenyih untuk menziarah seorang lagi ibu saudara.

3.15 petang tiba di Semenyih. Perjalanan perlahan kerana hujan lebat dan kenderaan yang banyak.

3.45 petang – minuman petang disediakan dengan pelbagai kuih dan tidak ketinggalan nasi arab bersama ayam dan kambing. Perut baru terasa lapar lalu amat berselera makan.

4.45 petang bergegas untuk satu lagi jamuan rumah terbuka di Kuala Lumpur. Perjalanan sekali lagi perlahan kerana hujan dan kenderaan yang banyak.

6.30 petang sampai di Ampang Jaya. Disambut meriah oleh saudara mara yang ada dan hujan lebat. Perut tidak lapar tetapi kehausan membuat saya mencari air kosong. Setelah hilang dahaga, pelayan hantar sepinggan mee kari. Aduhhh…bau enak  yang menusuk hidung dan perut yang masih boleh menerima makanan, habis lah sepinggan mee kari tadi. Berselang seli dengan kuih dan makanan ringan yang lain.

8.00 malam bergerak meninggalkan Ampang Jaya. Jalan jam hingga ke Bukit Antarabangsa. Perjalanan merangkak. Tabahkan diri yang sudah keletihan.

8.45 malam selamat sampai dirumah. Tiada apa yang difikirkan selain mengeluarkan barang-barang dari kereta dan mengemas serba sedikit.

10.15 malam teringat blog belum diupdate. Hmmm terima kasih jalan raya menjadi isian hari ini.

 

Sanaa 16/7/16

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: