• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2016
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Archives

Datang Menjemput

Cabaran 44 hari saya bakal berakhir dua hari sahaja lagi. Dengan penuh harapan dan doa semoga Allah memberikan kekuatan dalam mengharungi hari-hari terakhir cabaran ini.

Didalam suasana masih berhari raya kunjungan saudara mara kerumah tetap ada dan dihari ini tetamu yang datang adalah adik sepupu kepada mak saya. Kedatangannya juga berhajat. Hajat yang disampaikan ialah menjemput kami sekeluarga untuk majlis pernikahan dan persandingan anak sulongnya bulan September ini. Majlis bakal berlangsung di Kota Baru, Kelantan.

Oleh itu tanpa membuang masa saya pun membuka semua laman sesawang syarikat penerbangan. Tarikh dan masa yang bersesuaian dicari tanpa dilupa harga promosi terendah. Setelah mencari dan membezakan harga tiket lalu Malindo Air menjadi pilihan. Walaupun belum pernah menaiki Malindo Air tetapi kepercayaan diberikan kepada syarikat tersebut memandangkan budget yang menepati. Ini adalah kerana masih ada jemputan yang memerlukan saya dan keluarga menaiki pesawat untuk menghadirinya.

Selepas memastikan kenderaan pergi dan balik siap diuruskan, tiba pula masa untuk membuat pilihan baju. Hahaha saya ketawa dahulu kerana memikirkan ia masih awal untuk itu tetapi sebenarnya tidak. Pejam celik pejam celik tibalah tarikh yang dinanti dan sebagai menghormati permintaan tuan rumah kenalah cari warna yang seakan sama dengan tema majlis dan berusaha untuk tidak menempah atau membeli baju baru.

Setakat ini masih belum ternampak mana-mana baju yang seiras warna tema majlis tetapi pasti ada antara baju kurung yang menepati, kata saya sendiri. Esok lusa tulat bila masa mengizinkan akan saya selongkar lagi almari dengan harapan terjumpa mana-mana baju dengan warna yang sama. Tidak kisahlah kalau baju itu adalah baju raya dua atau tiga tahun lepas.

Saudara yang datang menjemput telah pulang, orang dijemput pula keletihan lalu tulisan menjadi lintang pukang, terasa benar mahu merehatkan badan. Lalu sekian dahulu untuk hari ini.

 

Sanaa 19/7/16

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: