• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2016
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Archives

Jawatan

Setiap daripada kita mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Begitu juga rezeki yang mendatangi setiap daripada kita. Bersama rezeki yang diberikan datang pula dugaan dan cabaran yang Allah beri bagi menguji ketahanan, kekuatan dan paling utama keimanan kita.

Putaran hidup juga membawa kita berjumpa dengan berbagai ragam dan tabii manusia. Tidak kurang juga dengan berbagai bangsa dan agama. Pertemuan atau perjumpaan ini juga pelbagai; ada sekadar berjumpa dan bertukar pandangan, berjumpa lalu berkawan dan kekal berkawan, ada yang meninggalkan kita dengan kenangan-kenangan manis dan juga pahit.

Senarai itu akan berterusan kerana peningkatan usia, perkahwinan, berkeluarga sehingga menjadikan setiap lelaki dan wanita itu bergelar ibu dan ayah mertua. Ia tidak pernah akan berhenti dan anehnya ia juga pasti memutarkan kenangan-kenangan ibu dan ayah kita apabila melalui zaman-zaman itu.

Apakah setiap pasangan akan melalui kegelisahan, kebimbangan dan kerisauan yang mendalam apabila tiba masa mereka menerima orang baru didalam keluarga mereka yang bergelar menantu? Adakah perbezaan apabila menerima menantu lelaki dan menantu perempuan? Itu adalah dua soalan diantara banyak-banyak soalan yang menjadi tanda tanya didalam diri saya sejak lama dahulu. Dan sehingga hari ini soalan-soalan tersebut belum terjawab dengan jawapan yang sama.

Apakah perlu saya terus mencari dan mengupas proses kehidupan ini? Saya terus bertanya kepada diri kerana adakalanya saya tersepit diantara anak, kakak, ibu saudara dan ipar duai. Diwaktu ini saya memegang kesemua jawatan itu.

Sebagai anak saya mendengar keluh kesah ibu dan simpati kepada cucunya yang sudah dewasa dan mahu berumahtangga. Saya juga mendengar rintihannya terhadap anak dan menantu yang merupakan ibu ayah kepada cucu tersebut. Sebagai kakak dan kakak ipar saya juga perlu memberikan kedua belah telinga dan bahu saya bagi mendengar hujah-hujah mereka apabila berlaku pergeseran tentang pilihan sianak. Pangkat ibu saudara yang disandang turut mengheret saya mendengar luahan hati pasangan muda mudi ini kenapa ibu ayah meletakkan berbagai syarat kepada mereka sebelum melangkah kealam perkahwinan dan berkeluarga.

Kesemua jawatan yang disandang memerlukan budi bicara yang berbeza bagi memastikan tidak ada yang berkecil hati, tersinggung, merajuk dan paling berat untuk tidak berat sebelah.

Saya mengakui kesemua ini berat dan saya tidak pernah tahu sama ada saya telah menjalankan tugas kepada kesemua jawatan tersebut dengan baik. Apa yang saya tahu dan sedar ialah supaya sentiasa bermohon kepada Allah untuk memberikan petunjuk dan jalan keluar yang baik apabila meniti tugas yang disandang. Tanpa Allah dengan segala petunjuknya dan usaha kita sudah pasti kecundang.

Ingatlah wahai semua kita sebenarnya punya banyak jawatan didunia ini. Jawatan ini termasuk juga sebagai sahabat dan ahli masyarakat, lalu berusahalah memberi yang terbaik dan memohon untuk mendapat keberkatan dan redhaNYA.

 

Sanaa 20/7/16

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: