• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2016
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Archives

Hijau

Setiap pagi saya melalui jalan ketempat kerja sebelum matahari terbit. Sudah tidak diingat berapa lama jalan yang sama saya lalui tetapi perubahan demi perubahan mengambil alih kehijuan Jalan Ampang.

Tidak saya sedari pagi tadi mata saya memandang kiri kanan dengan penuh kesedihan. Jika dahulu melalui jalan tersebut walaupun dengan lampu jalan yang terpasang suasana sekeliling gelap dan sejuk. Adakalanya tingkap kereta saya buka bagi menikmati tiupan angin pagi.

Tetapi hari ini lampu jalan yang terpasang serta lampu dari Hospital Gleneagles menampakkan Jalan Ampang sudah tidak ada embun pagi yang menitis dari pokok-pokok besar dikiri kanan jalan. Yang ada hanyalah hutan konkrit dan lori muatan berat menanti waktu menurunkan muatan bagi membina lagi kondo-kondo mewah. Jalanraya yang masih sunyi dan tidak banyak kenderaan merakam lebih banyak kesedihan dihati saya.

Pokok buah saga yang dahulunya merimbum sudah diganti dengan cerucuk besi. Kemusnahan pokok-pokok itu bermakna hilangnya perlindungan bumi bagi menghalang banjir lalu sering mengakibatkan banjir kilat. Air lumpur yang melimpah keatas jalanraya setiap kali waktu hujan membuat jalan berlopak yang merbahaya kepada kenderaan dan juga manusia.

Kerakusan manusia atas nama kemodenan dan tanpa kesedaran telah mengakibatkan anak-anak generasi kini tidak lagi mengenali sungai malahan menjadi mangsa kepada beberapa jenis penyakit kronik berkaitan kerosakkan alam sekitar.

Lalu apabila memikirkan apa yang patut ditulis untuk entri terakhir dalam cabaran 44 hari lagu Hijau dendangan Zainal Abidin menjadi ilham. Lirik lagu Hijau adalah kebenaran yang tidak dapat disangsikan lagi

 

Video credit to Hafiz Ashaari via YouTube

 

Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo… anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo

Sanaa 21/7/16

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: