• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2016
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Archives

Menyenangkan Atau Menyusahkan

Kasih ibu membawa kesyurga, kasih ayah sepanjang masa dan kasih saudara ketika berada. Biarpun jiwa tersiksa, ikhlas dan rela asalkan kau bahagia adalah antara bait-bait lagu Kasihnya Ibu.

Bait-bait itu juga membawa saya mengenang atau lebih tepat lagi memikirkan keadaan keluarga zaman sekarang. Rata-rata orang sekeliling saya hidup dalam keadaan sederhana dan ada juga beberapa yang diberikan rezeki kemewahan wang ringgit. Sudah semestinya semua ibu dan ayah akan berkata rezeki anak-anak dan paling utama mahu anak-anak hidup selesa.

Sudah termaktub bahawa anak-anak punya rezeki masing-masing dan kita sebagai ibu dan ayah yang memegang amanah Allah perlu dan mesti menjaga mereka dengan baik. Sejak didalam kandungan, sehinggalah anak lahir kedunia dan melalui proses kehidupan hingga berumahtangga.

Namun ada beberapa persoalan yang berlegar didalam kotak fikiran saya apabila melihat dan mendengar kisah-kisah ibu ayah membelikan kereta semasa masih belajar lagi dan membelikan rumah lengkap dengan perabot apabila mahu melangkah ke alam rumahtangga. “Menyenangkan atau menyusahkan anak-anak adalah soalan saya”.

“Eh biarlah…dah mereka mampu”, seperti selalu jawapan diterima. Apakah semua akan merasa dan berkata begitu? tanya akal saya pula.

Apabila tiba masa untuk berumahtangga trend sekarang lebih kepada membeli menantu. Trend ini amat popular untuk anak perempuan dikalangan orang berada. Jika anak lelaki belum banyak yang saya lihat. Calon menantu yang dipilih dinilai melalui perwatakan dan budi pekerti. Asalkan mempunyai pekerjaan yang baik sudah memadai. Tidak juga perlu datang dari keluarga berada dan kenamaan kerana nanti apabila sudah berumahtangga segala keperluan disediakan oleh keluarga perempuan.

Ini sudah banyak terjadi dan saya secara peribadi melalui sedikit pengalaman ini sebagai seorang ibu saudara. “You don’t have to worry about anything…anak saya tak bekerja pun tak mengapa. I can support her and her husband” adalah jaminan yang diberikan oleh ayah pihak perempuan. “Yang penting they like and love each other, we as parents will support and give everything we can”, kata-kata perangsang untuk saya dan yang lain menelan bulat-bulat barangkali.

Besar kemungkinan ramai yang menganggap perkara diatas tidak terjadi dan sekadar kiasan sahaja. Tetapi tidak kepada saya yang awalnya hanya mendengar kisah orang sekeliling lalu melaluinya, urut dada, istifar, tepuk dahi dan pertanyaan yang sama iaitu Menyenangkan atau Menyusahkan datang berkali-kali.

“Is this the mentality of the third world country”? adalah soalan yang pasti memerlukan jawapan dan kupasan mendalam mengenainya.

Sanaa 26/7/16

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: