• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2016
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Archives

Kenapa CINTA

CINTA ada apa dengannya? Bunyinya seperti judul sebuah filem Indonesia ditahun inikan?

CINTA adalah satu perkataan yang selalu dibahaskan dan mempunyai berbagai tafsiran mengikut keadaan dan hati yang merasakannya. Saya cuba mengukapkan CINTA melalui filem Ada Apa Dengan Cinta yang pertama dan juga sekuelnya dengan tajuk yang sama. Saya juga mahu mencari erti disebalik perkataan itu dari tulisan Prof Hamka dibawah ini:-

“Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. 

Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat .

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat”.

Sebagai seorang yang tidak cerdik dalam mengupas kata disebalik sebuah puisi atau mutiara kata, bait-bait kata diatas mudah untuk difahami oleh saya. Ini adalah kerana Prof Hamka menulis dengan jelas dan mengangkat CINTA itu satu kelebihan yang luar biasa. Ia adalah satu anugerah maha Esa yang amat bermakna kepada semua hamba-hambaNYA. Cuma sekarang ini ramai yang menyalahkan ertikan perkataan CINTA kepada tamak haloba, dendam kesumat, benci membenci dan kekasaran.

CINTA adalah tema universal bagi setiap penerbit dan pengarah namun ia selalunya hanya fokus kepada cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan. Olahan cinta didalam sesebuah penerbitan di Malaysia teramat jarang memberi fokus seperti apa yang ditulis Hamka. Kisah CINTA disini lebih membuai rasa dengan adunan konflik yang berbagai tanpa kekukuhan plot dan tema.

Walaupun tidak semua kisah CINTA dari negara jiran kita iaitu Indonesia memaparkan CINTA seperti tulisan Prof Hamka tetapi garapan CINTA didalam filem “Ada Apa Dengan Cinta” mempunyai nilai-nilai komersial yang mampu membawa penonton merasai CINTA didalam setiap watak dan babak.

Kisah CINTA didalam filem tersebut merangkumi banyak aspek kehidupan seharian dan perjalanan hidup manusia sejagat. Persahabatan adalah unsur CINTA pertama didalam filem ini. Bermula dari sekolah, menjejak kaki kealam rumahtangga, mengenali pasangan masing-masing dan paling penting tidak melupakan kesakitan yang ditanggung oleh sahabat-sahabat yang lain.

Babak demi babak serta watak didalam filem ini dikupas atas nama CINTA tentang keluarga, alam, hubungan insan dan berani mengaku kesalahan lalu memohon maaf. Ia bukanlah filem yang berat dan tidak juga filem yang mahu bersaing dengan filem-filem Hollywood tetapi rencah ratusnya menjadi tarikan buat saya lalu menyimpan hasrat untuk melihat cerita begini menjadi tema filem tempatan.

Kata orang CINTA pertama paling berkesan dan sukar untuk dilupakan. Begitulah juga dengan Rangga dan Cinta didalam filem ini. Kemarahan dan mungkin juga kebencian yang bertahta dihati Cinta dengan perbuatan Rangga boleh padam apabila menyedari yang mereka bukan lagi anak-anak sekolah tetapi sudah dewasa.

Demi hati dan keinginan Rangga untuk memiliki Cinta sekali lagi serta kebodohan yang diakui, babak atau scene mereka tidak dipenuhi dengan rayuan dan jerit pekik. Setiap scene mereka berdua melambangkan tidak mahu berpisah bukan dengan kata-kata romantis dan merayu tetapi dengan aktiviti yang mungkin akan menjadi memori terindah untuk mereka berdua. Ia dikuatkan dengan dialog yang sedikit tetapi berkesan dan lagu berjudul “Jangan Ajak-ajak dia” yang menceritakan kisah mereka.

Seandainya ramai yang mengatakan bahawa tidak mampu menonton cerita atau filem berat selepas penat bekerja, filem ini santai dengan mesej yang banyak. Hanya terpulang kepada kita bagaimana untuk mentafsir dan menghayatinya. Ia juga bukan sebuah filem yang membuai perasaan akan tetapi cukup padat untuk membawa kita berfikir apa itu CINTA.

http://fmovies.to/film/ada-apa-dengan-cinta-2.4kjk/xjlxpz

Kepada pembaca dan pemerhati blog ini, andai mahu menonton filem Ada Apa Dengan Cinta 2 boleh lah cuba membuka link diatas.

Oh ya…CINTA didalam filem ini juga membawa kita melihat tempat-tempat menarik untuk dilawati di Jogjakarta, dimana sebahagian dari filem ini menjalani proses penggambaran. CINTA para penerbit dan produser barangkali kepada keindahan tempat mereka untuk ditunjukan kepada dunia luar.

Sanaa 29/7/16

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: