• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2016
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Archives

Catatan 3 Hari

Berada dirumah adik pada hari Jumaat 29hb July untuk menjadi babysitter kepada dua orang anak lelakinya kerana ibu dan papa hendak kerumah kenduri kahwin.

Pada keesokan harinya iaitu 30hb July 2016 kerumah kakak sepupu di Bukit Jelutong bagi meraikan aqiqah cucu barunya. Saya kesana bersama dengan Mak dan seorang anak saudara. Majlis berlangsung dengan meriah. Sambil menunggu kedatangan adik bongsu saya bersama suami dan anak-anak, Mak begitu asyik berbual dengan sepupu dan sanak saudara yang ada. Masing-masing mengucapkan syukur melihat Mak yang tetap sihat dan ceria walaupun sudah berusia 81 tahun.

Alhamdulillah ucap saya setiap kali sanak saudara berkata begitu. Sejujur dan sebenar-benarnya memang belum ada masalah besar menjaga Mak selama ini dan semenjak arwah Abah meninggal hampir lima tahun yang lalu. Sesekali ragam orang tua ada juga membuat saya hilang sabar tetapi ibu saudara saya berkata itu perkara biasa. Hanya perlu ingat dan beristifar supaya rasa marah itu tidak merebak. Senyuman saya hulurkan bersama ucapan terima kasih atas nasihat dan peringatan yang diberikan.

31hb July 2016 hari Ahad – Majlis Jamuan Hari Raya dan suai kenal penduduk Metropolitan Square yang dibuat selepas solat Maghrib. Sebagai salah seorang jemaah surau dan ahli jawatankuasa surau, adik saya telah dilantik untuk menyediakan makanan. Semuanya telah disiap ditempah cuma perlu diambil pada pukul enam petang nanti.

Oleh kerana konsep pot-luck yang disarankan untuk makanan sampingan seperti kuih muih dan minuman, adik saya telah memasak kuah kacang dan lodeh untuk lontong kerana saat akhir diberitahu ada lebih kurang 30 orang tetamu telah dijemput dari surau ditaman perumahan berdekatan.

Setelah kepasar sebelah pagi dan memastikan kedua orang anaknya dan suami serta saya dan Mak bersarapan pagi, adik saya memulakan tugas didapur untuk menyediakan segala keperluan. Saya membantu dimana perlu.

Oleh kerana jamuan akan diadakan sebelah malam hanya kuah kacang dimasak dahulu. Lebih kurang pukul 1.30 tengahari kuah kacang siap dimasak dan kamipun berehat sebentar. Tugas disambung selepas Asar memasak kuah lodeh. Sebaik kuah dimasak saya membantu adik membawa turun barang-barang kesurau. Beberapa pusingan perlu dibuat kerana tidak cukup orang membantu dan tidak ada juga troli yang boleh dipinjam.

Walaupun begitu rezeki saya baik. Apabila melalui kedai mesra didalam kawasan kondominium ada sebuah troli yang  tidak digunakan lalu meminjamnya. Laju saja saya dan adik naik semula kerumah untuk mengambil barang-barang yang lain.

Alangkah terkejutnya saya apabila adik saya menjerit sebaik saja membuka pintu. Lebih mengejutkan apabila adik saya menjerit “MAK”. Bergegas saya berlari masuk. Berderau hati saya melihat Mak bersimpuh dicelah dapur dan ada titis-titis darah. Kuah kacang yang dimasak tadi berselerak bersama serpihan kaca dari bekas yang mengisinya.

Saya dan adik mengambil masa sekejap bagi menghilangkan rasa gemuruh. Kedua-dua penting sekarang ini. Mak yang diselubungi perasaan bersalah dan majlis yang memerlukan kelolaan. Setelah reda saya mengisi troli dengan seberapa banyak barangan yang boleh dan menyuruh adik turun dahulu sementara saya membersihkan dapur.

Saya meminta Mak bangun dan meninggalkan dapur serta bersiap menunggu Maghrib dan terus kejamuan. Saya tidak mahu bertanya apa yang terjadi tetapi Mak sibuk hendak bercerita. Oleh kerana perasaan saya yang sudah diselubungi kebimbangan apabila teringat kisah dan cerita orang sekeliling apabila orang tua tinggal sendirian, saya terpaksa meminta Mak untuk segera mandi dan bersiap.

Semasa mengemas dapur bermacam perasaan datang. Takut, bimbang, sedih dan paling saya elakkan adalah menyesal. Ini adalah kerana hampir setiap hari Mak tinggal seorang dirumah ketika saya keluar bekerja. Memang benar Mak masih kuat untuk menguruskan diri sendiri dan belum pernah ada kejadian sebegini berlaku tetapi kata orang setiap yang berlaku ada petunjuk dan hikmahnya tersendiri.

Setelah habis berkemas, masa amat suntuk untuk memikirkan sebab musababnya kerana saya perlu bersiap dan menolong adik disurau. Walaupun Mak cuba untuk menerangkan keadaan, adik saya meminta Mak untuk tidak fikir lagi. Tujuan kami supaya Mak tidak sedih dengan apa yang telah berlaku.

Dihari ini saya memberitahu adik bahawa Mak berkata dia kedapur hanya untuk memastikan pintu ditutup rapat, bimbang kucing akan masuk. Adik saya pula memberitahu Mak memberi alasan kedapur untuk mengambil sedikit kuah kacang untuk dimakan bersama nasi impit.

Jadi kami berdua keliru yang mana satu hendak diterima dan sudah semestinya kebimbangan mula menguasai kami tentang tahap fokus dan pemikiran Mak.

“Ya Allah Ya Tuhanku…Kau kuatkanlah hatiku untuk menghadapi keadaan ini dan aku memohon dan merayu padaMU Ya Allah peliharalah ibuku dan jauhkanlah dia dari segala kesulitan. Lindungilah dia Ya Allah dari segala keburukan dan lemahnya fikiran. Hanya padaMU aku bermohon dan berserah kerana Kaulah yang maha pengasih lagi maha penyayang…Aminyarobbalalamin”

Sanaa 02/08/16

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: