• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2016
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Archives

Adat, Adab dan Budaya

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berkata irama dan lagu tidak boleh dipisahkan. Andai dipisah rosaklah lagu pincang lah irama. Lalu saya berpendapat begitulah juga adat dan adab didalam masyarakat seperti pantun empat kerat yang berbunyi:

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik itu budi

Namun begitu adakah kedua-dua kata diatas masih boleh diguna pakai pada zaman sekarang ini dimana semuanya dihujung jari anda.

Hujung minggu yang penuh dengan undangan kemajlis pertunangan, akad nikah, persandingan dan tidak kurang juga dengan majlis cukur jambul atau aqiqah membawa saya kepada kata-kata diatas.

Majlis tersebut diatas rata-ratanya dibuat dengan persiapan yang teliti dan perbelanjaan yang besar. Dimajlis aqiqah buaian sikecil dihias dengan bunga-bunga segar dan kain lembut yang diulas membentuk kelambu, diiring marhaban, wangian bunga rampai serta buah tangan untuk tetamu yang hadir.

Diwaktu yang lain dimajlis yang berbeza pula teruna dara mengikat janji dengan pertunangan. Jika majlis aqiqah ada buaian, majlis pertunangan pula dibuat pelamin seakan-akan majlis persandingan raja sehari. Barang hantaran turut berbalas. Tetamu disajikan dengan makanan yang enak dan buah tangan juga. Para jemputan yang datang tidak kurang berhias diri bagi majlis seumpama itu.

Setelah mengikat janji tibalah pula masa menunaikan janji. Janji ditunai dengan ikatan pernikahan bersama barang hantaran dari kedua-dua belah pihak sekali lagi. Majlis yang indah lagi meriah ini diserikan dengan kehadiran dayang-dayang membawa dulang hantaran dari sebelah perempuan dan dari sebelah lelaki pula perwira-perwira gagah segak berbaju Melayu dan samping.

TETAPI dan TETAPI pada pandangan saya majlis yang besar, meriah dan berwarna-warni ini seperti sudah hilang seri. Semuanya indah tetapi tidak berseni. Segala persiapan dibuat rapi, berbulan dan hampir setahun lama, dilantik pula perunding majlis bagi membantu dan meringankan beban keluarga raja sehari. Tetapi kenapa semuanya kaku? Apa yang tidak kena? Dewan banquet berhias indah menerima kehadiran para tetamu tetapi ia suram walaupun ada muzik tradisional yang berkemundang perlahan.

Acara kemuncak kepada majlis adalah ketibaan pasangan raja sehari. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini sudah kerap kali saya mendengar lagu kegemaran pasangan dimainkan untuk perarakan masuk. Rata-rata lagu yang dipilih adalah lagu romantis berbahasa Inggeris. Jarang sekali kompang dipalukan dan sekiranya ada ia adalah paluan kompang yang dirakamkan bukan secara live.

Adat yang diwarisi sudah hilang serinya. Kuno sangatkah berkompang? Maju sangatkah fikiran apabila tidak lagi bersongket dihari persandingan? Kenapa ragam orang diikut lalu membuang adat sendiri? Atau saya yang masih tenggelam dengan adat, adap dan budaya yang sudah lama dibuang orang? Pertanyaan datang kedalam fikiran apabila mata memerhati raja sehari berarak masuk.

Terasa amat aneh apabila perjalanan masuk raja sehari dimulai dengan selawat akan tetapi selepas itu lagu romantis dimainkan. Pertembungan budaya berlaku disini. Jujurnya saya tidak mengkaji mengenai selawat mengiringi raja sehari masuk untuk kesinggahsana.

Tiada lagi baju kurung, kebaya, cekak musang dan baju kurung teluk belanga digayakan gadis zaman sekarang ke majlis-majlis perkahwinan. Semuanya moden yang kebanyakannya singkat serta dibuat dari kain polos. Untuk nampak kemewahan pakaian itu diserikan dengan manik dan labuci.

Hampir hilang juga baju Melayu cekak musang dan teluk belanga bagi orang lelaki apabila diganti dengan kurta dan jubah sejak akhir-akhir ini.

Telah hilang juga pantun sebagai penyeri majlis. Jikalau ada, pengacara majlis sekadar membaca apa yang ditulis dan menjalankan tugasnya tanpa ada keindahan dan seni. Ini berlaku kerana pantun, gurindam, sajak serta puisi punya lenggok tersendiri mengikut majlis dan keadaan. Kelunakan suara penyampai dan intonasi adalah perkara pokok didalam menyalurkan suara hati raja sehari dan keluarga.

Segala macam ikutan sudah menjadi lumrah orang Melayu sekarang ini. Selain dari menolak kompang dan mengenepikan busana Melayu, ikutan yang makin hangat sekarang ialah pre-wedding photo shoot. Seingat saya pre-wedding photo shoot ini adalah budaya masyarakat Cina tetapi mungkin juga ada dikalangan bangsa-bangsa lain tetapi memang bukan dari orang Melayu.

Saya mengambil keputusan untuk tidak mengupas hal ini untuk entri kali ini kerana andai dikupas ia pasti menyentuh hal halal haram dalam agama Islam yang memerlukan saya membuat kajian terlebih dahulu.

Akhirnya saya teringat kata-kata arwah abah saya….“Malays are confused society” sejak dari zaman beliau belajar dan berada di United Kingdom lagi. Saya pasti ramai yang teringat drama-drama Melayu yang menyentuh betapa tidak sedarnya anak-anak Melayu melupakan adat resam, adab dan budaya setelah pulang dari England dengan segulung ijazah.

Apakah kata-kata Tun Dr Mahathir Muhammad bahawa Melayu mudah lupa berkait rapat dengan perkara-perkara diatas?

Sanaa 8/8/16

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: