• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2016
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Archives

Kitaran Masa

Setiap makhluk bergelar manusia dimukabumi ini mempunyai banyak kelebihan dan kekurangan. Antara kekurangan yang ada ialah suka bertangguh. Setelah menulis entri tentang “Jangan Bertangguh” selama lapan hari yang lalu saya bertangguh dan terus bertangguh untuk entri selanjutnya.

Banyak yang berlaku disekeliling saya membabitkan perasaan yang bercampur baur. Kesedihan yang masih menyelubungi membawa saya berfikir dan terus berfikir tentang kehidupan dan arah tuju selanjutnya. Kegembiraan bersama anak-anak saudara dan adik beradik dihujung minggu memberi saya pengertian bahawa masa yang diluangkan bakal menjadi kenangan. Jika kesempatan diberi lagi ia akan meninggalkan kenangan yang lain pula.

Sebelum habis berfikir dan melalui berbagai rasa, satu lagi berita sedih diterima. Seorang lagi bapa saudara diserang sakit jantung untuk kali kedua dalam masa tiga minggu. Sebelum itu adik sepupu saya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dengan “Congenital Diaphragmatic Hernia” atau CDH. Ini adalah pertama kali saya mendengar nama penyakit ini dan ia dikesan semasa bayi didalam kandungan lagi.

Keadaan yang berlaku disekeling saya sebenarnya memberi saya inspirasi untuk menulis bermacam cerita, akan tetapi kebuntuan menghampiri apabila terlalu banyak dialog yang berlaku dalam diri. Pesan yang pernah diberi oleh guru saya adalah jangan menulis dalam keadaan terpaksa tetapi jangan biarkan blog kosong terlalu lama juga bukan jalan penyelesaian yang baik.

Lalu saya mengambil keputusan untuk berkongsi sedikit tentang CDH. Besar kemungkinan masih ramai yang belum tahu tentang CDH lalu tidak salah mengetahui serba sedikit tentangnya. Kes ini makin meningkat. Jika dahulu ia berlaku 1 didalam 5000 tetapi sekarang dilapurkan 1 didalam 2000.

Walaupun saya merasakan ia adalah jurang yang besar apabila melihat angka yang diberi akan tetapi ia menjadi kecil setelah berlaku didalam keluarga sendiri.  Melihat kesengsaraan seorang bayi yang perlu melalui pembedahan diusia tiga minggu didunia ini dengan segala alatan perubatan dibadan yang kerdil. Amat menyedihkan apabila ibu yang mengandung dan melahirkan tidak dapat memegang bayinya sejak dilahirkan.

Perjuangan sikecil untuk terus hidup diikuti doa dan kesabaran kedua ibu dan bapa, anak kecil itu selamat menjalani pembedahan. Dengan izin Allah yang maha Esa sikecil dapat meneruskan hidup dan membesar seperti anak-anak biasa selepas ini. Namun demikian untuk sementara waktu ini sikecil tidak boleh terdedah kepada orang ramai kerana dikhuatiri kuman yang berterbangan akan mengganggu proses penyembuhan sepenuhnya.

Tiba-tiba saya teringat kepada sebaris kata Inggeris Time Waits for no One. Sesungguhnya waktu tidak menunggu sesiapa. Seminit yang berlalu tidak akan berulang, terpulanglah kepada kita bagaimana untuk menggunakannya dengan sebijak-bijaknya atau buang begitu saja.

Sanaa 23/08/16

 

Notes:

https://en.wikipedia.org/wiki/Congenital_diaphragmatic_hernia

http://www.childrenshospital.org/conditions-and-treatments/conditions/congenital-diaphragmatic-hernia

http://www.cdhgenetics.com/congential-diaphragmatic-hernia.cfm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: