• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2016
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
  • Archives

Berdenting

Terlalu lama dirasakan apabila tidak menulis selama 11 hari. Terlintas difikiran beberapa perkara tetapi kerana berceramuk fikiran semuanya hilang begitu sahaja. Waktu yang lepas tidak dapat ditarik kembali lalu dihari ini saya usahakan menulis sesuatu yang sama pentingnya dengan masa.

Saya pasti ramai diantara kita atau semua yang membaca blog ini mempunyai tabung dalam berbagai bentuk. Tabung ini digunakan untuk menyimpan duit lebihan belanja sekolah dan juga duit pemberian saudara-mara ketika berjumpa atau waktu-waktu tertentu seperti Hari Raya.

Sejak kecil saya mempunyai tabung dan saya memang diajar untuk menabung ketika belum mengenal apa itu duit barangkali. Ini adalah kerana seingat saya setiap kali tabung penuh dan dipecahkan akan berserakan duit syiling lalu dikutip oleh abah dan mak. Setelah itu mereka akan membawa duit itu untuk disimpan.

Semasa berada disekolah rendah saya ingat ada kempen menabung melalui pembelian setem dan buku tabungan pejabat pos. Apabila setem telah dipenuh, buku tersebut dibawa kepejabat pos dan dimasukkan jumlah yang dikumpul selama itu. Berbagai cara tabungan dilaksanakan semasa saya berada disekolah rendah yang sekarang ini amat kabur dalam ingatan.

Akan tetapi apabila saya mahu melangkah masuk ke kolej dan diberitahu wang pendahuluan yang perlu dibayar bersama bayaran-bayaran lain, saya melihat kedua orang tua saya tenang sahaja. Setelah dipastikan jumlah yang mesti dibayar bersama wang saku yang perlu ada mereka hanya membawa buku tabungan tadi kepejabat pos (jika tidak silap saya buku simpanan pejabat pos ini telah bertukar kepada Bank Simpanan Nasional atau BSN)

Dihari pendaftaran segala yuran dibayar tanpa keluh kesah. Kedua orang tua saya berpesan supaya berjimat dalam perbelanjaan dan sekiranya ada lebih walaupun sepuluh sen simpan dalam tabung. Saya sekadar mengangguk dan mengucapkan terima kasih. Sepanjang belajar saya ingat pesanan mereka dan sehingga hari ini saya amat bersyukur kerana pesana mereka serta amalan menabung banyak menyelamatkan saya dalam hal ehwal kewangan.

Saya pasti setiap dari kita pernah melalui zaman getir lebih-lebih lagi semasa baru bekerja dimana sewa rumah hendak dibayar, duit tambang, makan dan macam-macam lagi. Pasti ada bulan-bulan yang kita akan kesempitan apabila tersalah budget atau terlebih belanja sehingga terpaksa meminjam sementara menunggu gaji diterima. Saya tidak terkecuali tetapi sepuluh sen yang saya simpan setiap kali ada lebih menjadi sepuluh ringgit, lima puluh ringgit hinggalah seratus ringgit menghindarkan saya meminjam malahan dapat membantu kawan-kawan yang memerlukan.

Oleh itu jangan sesekali mengecilkan duit syiling dan menabung kerana kita tidak pernah tahu bila duit kecil yang berdenting ini dapat membantu kita. Sehingga hari ini diusia yang sudah melewati 50an saya masih mempunyai tabung. Ada diantara duit yang tersimpan ditabung itu saya kutip ketika menyapu rumah ataupun terjumpa semasa berjalan dimana-mana selain lebihan belanja rumah dan dapur.

Marilah kita sama-sama kembali menabung walau diangka berapapun usia kita. Nescaya dengan amalan menabung ini kita tidak akan kesempitan malahan dapat membantu orang-orang yang memerlukan.

Sanaa 3/9/16

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: