• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2016
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
  • Archives

Kota Bharu

Pepatah berkata lain padang lain belalang dan jauh perjalanan luas pandangan. Begitulah yang saya alami beberapa hari yang lalu.

Sebuah negeri di Pantai Tmur saya lawati dengan tujuan menghadiri majlis pernikahan dan persandingan seorang adik sepupu. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai kepangkal lengan, lalu peluang yang ada saya gunakan untuk melihat sedikit negeri Kelantan melalui bandar Kota Bharu yang terkenal dengan Pasar Siti Khadijah dan pasar pagi sebelum ke Tumpat untuk sama-sama memeriahkan majlis.

Negeri Kelantan sememangnya menjadi tumpuan ramai semasa cuti perayaan dan persekolahan atau apa saja cuti yang ada di Malaysia ini. Bandar Kota Bharu akan menjadi sesak dengan orang ramai yang rata-rata datang kenegeri ini untuk membeli belah dan menikmati berbagai jenis makanan tempatan. Dipercutian ini bersempena Hari Raya Haji dan perayaan Hari Malaysia saya diantara ramai yang berada dibandar Kota Bharu.

Bandar Kota Bharu tidaklah besar mana, mungkin seluas Bandar Melaka juga tetapi jalan yang sempit dan tempat seperti Pasar Siti Khadijah yang menjadi tumpuan ramai menjadikan kesesakan yang sukar dikawal. Tahap kesabaran pemandu amat diperlukan ketika memasuki bandar ini. Namun kesesakan ini diredah jua demi menikmati segala yang ditawarkan dibandar ini.

Keenakan juadah seperti nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang, nasi tumpang, pulut pagi dan juga pulut ikan masin dan tidak kurang juga laksam menjadi rebutan. Selain dari itu berbagai jenis kuih juga menanti anda digerai-gerai dan pasar pagi. Berbagai warna dan bentuk membuatkan saya dan anak buah menjadi tidak keruan melihatnya. Dimasa itu hampir semua hendak dibeli.

Saya dan keluarga berkunjung kebeberapa gerai dan kedai yang menjadi tarikan disekitar bandar ini seperti White House KB, Kopitiam Kita, Yati Ayam Percik dan sebuah gerai di Kubang Krian berdekatan Masjid Muhammadi (jika tidak silap). Disini berbagai jenis kuih tempatan boleh didapati dan tidak kurang juga dengan nasi berlauk yang enak. Sejenis roti bakar yang dihidang bersama telor setengah masak dan serikaya diatasnya boleh didapati di Kopitiam Kita. Ia dipanggil roti titab.

Bercerita mengenai makanan di Kota Bharu boleh diulang-ulang dan membuat kita terliur jikalau dapat melihat sendiri. Oleh itu Kota Bharu boleh dijadikan destinasi percutian singkat kepada ramai orang dan tidak kurang juga yang suka mencari barangan dari Siam di Wakaf Che Yeh.

Tempat lain yang boleh dikunjungi adalah Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor. Walaupun saya tidak sempat untuk berjalan rata di Kelantan ia adalah pengalaman yang menyeronokan bagi saya yang pertama kali menjejakkan kaki dibandar ini.

Besar kemungkinan ada diantara rakan-rakan dan pembaca yang belum pernah ke bandar ini, bolehlah dimasukkan kedalam senarai tempat-tempat yang mahu dilawati dinegeri sendiri.

 

Sanaa 20/9/16

 

Image result for roti titab images

Untuk pengetahuan semua Roti Titab berasal dari Ipoh dan dibawa kenegeri Kelantan oleh beberapa peniaga bagi tujuan menarik pelancong datang ke Kota Bharu (begitulah cerita yang disampaikan kepada saya tempohari)

 

Image result for kuih nona manis images

Ini adalah kuih nona manis pandan. Kuih ini sudah dikembangkan dengan berbagai perasa diluarnya seperti jagung dan strawberry dan dikatakan berasal dari Indonesia. Lemak dan manis….sedapppp

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: