• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • February 2017
    M T W T F S S
    « Oct   Mar »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728  
  • Archives

Takut

Hampir semua orang tahu dan mahu mengakui bahawa perjalanan waktu mendewasakan kita. Apakah ini benar? Apakah tidak ada apa yang ditakutkan ketika meniti titian kehidupan dan mengulangi kesilapan dulu?

Beberapa perkara bermain dikotak fikiran saya apabila perasaan yang berkaitan dengan takut menular. Namun apakah takut yang dirasakan ketika usia mencecah setengah abad sama seperti perasaan takut ketika dizaman remaja atau anak-anak? Lalu saya duduk termenung sebentar bagi menganalisa keadaan ini.

Semasa zaman anak-anak selalunya kita sering ditakutkan dengan perkataan ‘hantu’ apabila tidak mendengar kata. Selain itu seingat saya perkataan polis dikaitkan dengan orang jahat. Ia pasti akan disebut dan diulang oleh ibu bapa atau penjaga supaya anak-anak tidak nakal dan mendengar kata.

Ketika saya kecil pula ada orang India yang datang untuk menajamkan batu giling dan juga batu kisar (batu boh). Apabila penajam batu ini melalui rumah-rumah mereka akan berkata dengan suara yang garau “tajam batu…tajam batu”. Saya mengakui takut mendengar nyanyian “tajam batu” tersebut kerana orangnya tinggi besar dan berjanggut. Suaranya pula garau.

Akan tetapi dizaman ini pula dan lebih-lebih lagi ditahun kebelakangan ini saya pasti ramai dibayangi ketakutan hilang pekerjaan. Ini adalah disebabkan keadaan ekonomi yang meleset serata dunia. Tahun 2016 menyaksikan beberapa kenalan rapat hilang pekerjaan dalam sekelip mata. Mereka datang bekerja seperti biasa sebelah pagi dan sebelah petangnya menerima surat pemberhentian kerja berkuat kuasa serta merta.

Apakah saya bersedia dengan semua ini? Apakah mungkin dapat saya merasai penderitaan yang dilalui oleh kenalan tadi? Nak buat apa selepas ini? Bagaimana dengan perbelanjaan anak-anak kesekolah, bayaran ansuran rumah dan lain-lain lagi, adalah beberapa pertanyaan yang datang kepada saya. Walaupun rata-ratanya mereka menerima pampasan tetapi tidak ada seorangpun yang bersedia dengan keadaan ini.

Takut, bimbang, resah, gelisah dan bermacam perasaan datang menerpa. Berbual dengan mereka ada yang hanya mampu mengeluh. Namun keluhan mereka tidaklah lama. Mereka mencari semula kekuatan dan melakar peta wawasan sebaik sahaja wang pampasan diterima.

Walaupun tidak mencukupi untuk bertahan lama saya sanjungi sikap positif mereka dan akhirnya mereka memberitahu saya “jangan takut jangan bimbang kerana semua itu tidak menguntungkan. As long as you have Allah, your ultimate faith you will definitely find the way. There is always a reason and now I truly understand about trusting Allah plan”.

Berkali-kali mereka berpesan kepada saya “in the middle of difficulty lies opportunity”. Sesungguhnya sehingga saat ini saya masih tidak dapat menghurai maksud kata-kata tersebut untuk diri sendiri tetapi melihat kawan-kawan mengorak langkah selepas hilang pekerjaan, saya turut rasa bangga.

Antara kawan yang terlibat ada dua orang lelaki yang bergelar suami dan ayah. Buat permulaan mereka mengambilalih tugas menjaga, mengasuh dan membuat kerja-kerja rumah. Ego sebagai seorang lelaki dan ketua keluarga sudah tidak kelihatan lagi malahan hanya dalam beberapa minggu segala pekerjaan yang dahulunya diuruskan oleh isteri dan pembantu menjadi kebiasaan.

Kini hampir setahun berlalu dan mereka tidak lagi rasa terbeban dengan hilangnya pekerjaan. Kehidupan mereka lebih teratur dengan menguruskan anak-anak dan menjalan perniagaan makanan berkonsep “tiffin carrier dan juga bento”.

Walaupun saingan yang banyak mereka tidak merasa tertekan kerana berpegang teguh kepada rezeki itu Allah yang bagi. Asalkan kita berusaha dan tidak menindas orang lain jalan dihadapan terbuka luas, pesan mereka kepada saya.

Kecekalan mereka membuka ruang fikir saya secara meluas. Melihat mereka saya mampu tersenyum puas, akan tetapi terselit juga didalam hati perkataan TAKUT jika ia menimpa diri saya. Menerima wang gaji setiap bulan sudah sebati dalam diri sejak mula bekerja bertahun lamanya. Namun demikian pesanan kawan-kawan tentang rezeki Allah dan kebaikan yang ada disebalik tidak bekerja dengan orang dan menjadi boss sendiri terbuka juga hati untuk mencari hikmah sebenar disebalik dugaan TAKUT ini.

Sanaa 21/2/17

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: