• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • February 2016
    M T W T F S S
    « Jan    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    29  
  • Archives

DILWALE

Putaran bumi ada siang dan adanya malam. Pabila siang burung-burung terbang berkicauan mencari makan dan pabila malam sang pungguk pula menyanyi merdu menyampaikan rindunya kepada bulan. Disuatu waktu dahulu sering saya mendengar bahawa nyanyian pungguk akan menjadi ilham kepada sang pencerita bagi melakarkan sajak-sajak cinta, menulis cerita lalu diterbitkan menjadi sebuah buku dan tidak kurang juga sang kekasih melepaskan rindu dikegelapan malam.

Tidaklah saya tahu sejauh mana kisah pujangga menjadi kebenaran tetapi sejak mengenali sebuah dunia bernama dan berasaskan hiburan saya mula merasakan segala ceritera pasti menyentuh dengan alam dan sang penceritera duduk berdiam diri mengolah sebuah cerita untuk dipersembahkan kepada dunia. Disetiap pelusuk dunia ada berbagai sang penceritera dan saya tidak mengenali yang lebih hebat dari Hollywood. Kisah mereka akan tersebar diserata dunia sehingga ada yang memastikan tidak melepaskan peluang menonton setiap cerita rekaan Hollywood apabila ditayangkan. Belum ada dunia lain dapat menandingi Hollywood didalam penerbitan filem-filem hebat yang menjadi sebutan berzaman.

Namun sejak kebelakangan ini terbit pula sebuah dunia baru yang dipanggil Bollywood. Sewaktu mendengar Bollywood pada awalnya saya ketawa dan berkata orang India tidak sedar diri mahu berdamping dengan Hollywood. Akan tetapi tawa itu menampar saya sendiri kerana sebenarnya banyak perkara yang telah diambil oleh Hollywood melalui Bollywood sehingga sekarang sudah ada Hollywood studio di India.

Walaupun mengetahui bahawa filem-filem Bollywood sudah lama mendapat tempat dinegara-negara barat, sejak tahun 60an lagi tetapi tidaklah saya tahu bahawa pelakon-pelakon Hindi menjadi idola dan kegilaan mereka. Lalu saya teringat arwah abah pernah berkata bahawa mereka sudah lama bertapak di United Kingdom. Diantara wajah-wajah kacak dan jelita ditahun 60an menjadi kegilaan mereka adalah  Sunil Dutt, Sharmila Tagore, Shashi Kapore, Dharmendra dan ramai lagi. Babak-babak yang diminati sudah pasti nyanyian dan tarian mereka. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya benar kisah Michael Jackson banyak mempelajari gaya tarian Bollywood lalu diubahsuai mengikut rentak barat.

Didalam keriuhan dan kegilaan orang bercerita tentang Starwars The Force Awakens muncul pula sebuah cerita dari Bollywood bertajuk Dilwale sehingga kemana-mana saya pergi terdengar orang bersiul lagu tema filem tersebut berjudul Janam Janam. Terlalu banyak juga saya membaca keghairahan penonton mengenai filem ini daripada peminat-peminat tegar Shah Rukh Khan dan Kajol sebagai peneraju utama Dilwale. Sungguh tidak diduga bahawa saya akhirnya membawa kaki kepanggung untuk menyaksikan filem tersebut setelah dipujuk berkali-kali. “Marilah tengok…setidak-tidaknya tahu apa yang orang hebohkan”, itulah kata pujukan yang membuat saya berkata “iya tak iya juga…kalau tak tengok mana tahu”.

Saya pergi dengan hati terbuka tanpa membaca sebarang artikel kritikan ataupun pujian tentang filem ini. Saya juga tidak mengetahui bahawa Dilwale adalah sebuah filem  bercorak romantic comedy, dicampur sekali dengan action dan tidak ketinggalan hubungan baik kawan dan jiran setempat. Namun begitu saya tahu bahawa ramai yang menantikan gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol yang telah lama tidak digandingkan bersama. Gandingan yang diibaratkan sebagai magic walaupun hanya berdiri berdua amat menepati buat mereka.

Sebagai seorang yang bukan peminat Hindustan dan tidak mengikuti perkembangan industri hiburan dan perfileman negara itu, menonton Dilwale membuka banyak lebaran baru kepada saya didalam memahami kenapa dan mengapa filem-filem Hindi mampu melebarkan sayap mereka kepersada antarabangsa sejak dari dahulu lagi. “Hindi film is all about entertainment…we entertain people with all kind walks of life and film is the only entertainment in India”, kata-kata SRK dan disokong oleh Kajol ketika diwawancara membuat saya cuba merenung sejenak formula dan sambutan yang ada.

Filem-filem Hindustan dikatakan pernah melalui zaman kejatuhan oleh kerana jalan cerita yang stereotype dan tiadanya syarikat yang mahu lagi membeli filem mereka. Lama mungkin mereka menyepi kerana saya teringat kakak-kakak dan makcik-makcik sekeliling saya tidak lagi bercerita mengenai cerita Hindustan dan bersiap untuk kepawagam. Tetapi didalam diam filem Hindi bangkit semula dan menaikan keghairahan peminat yang sedia ada dan juga generasi baru dengan lagu-lagu yang menjadi siulan, barisan pelakon kacak dan cantik serta menjadikan saree dalam pelbagai warna pastel dan vibrant untuk pelakon wanita. Begitu juga dengan salwar kameez yang diberi nafas baru oleh para pereka fesyen untuk digayakan oleh artis-artis Bollywood dan terbaru suit berwarna terang untuk watak King didalam Dilwale pasti menarik perhatian pereka fesyen lelaki selepas ini.

Walaupun nyanyian dan tarian adalah sebahagian atau mungkin tarikan semulajadi filem Hindi tetapi apabila digandingkan dengan pakaian yang berwarna warni serta menari didalam kumpulan yang ramai ia pasti menjadi cantik. Saya sememangnya kagum dengan choreographer untuk  tarian berkumpulan ini kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Tidak minat bukan bermakna saya membuta tuli mata dan telinga dengan keadaan sekeliling. Ia juga tidak bermakna saya tidak menghargai filem-filem mereka. Saya dibesarkan dan dikelilingi oleh orang-orang yang meminati Hindustan. Bak kata orang tempias mengena juga. Saya juga mempunyai kenalan yang meminati filem-filem Hindi dan mereka bercerita lalu saya mendengar. Tidak dinafikan juga ada lagu-lagu Hindi yang catchy dan secara tidak langsung menjadi hiburan ketika bersama mereka. Nama-nama hebat seperti Amitabh Bachan, Hema Malini , Sushmita Shen dan ramai lagi mengembalikan zaman kegemilangan Hindustan lalu diikuti oleh Shah Rukh Khan, Kajol, Preity Zeenta, Salman Khan, Hrithik Roshan dan tidak kurang juga Aishwarya Rai yang mewarnai industri selepas bergelas Miss World pada tahun 1994.

Nama Shah Rukh dan Kajol tidak asing dikalangan peminat dan penonton filem Hindustan diserata dunia. Lakonan mereka sering saya dengar dengan chemistry yang baik didalam lakonan membuatkan ramai yang menanti gandingan semula mereka berdua. Keinginan, harapan dan penantian peminat berakhir apabila Shah Rukh dan Kajol disatukan didalam Dilwale.  Filem ini adalah gandingan ke7 mereka bersama disamping watak-watak kecil yang pernah dilakonkan oleh Kajol didalam filem-filem lakonan Shah Rukh Khan. Perkenalan dan persahabatan mereka didalam arena seni telah mencapai 22 tahun dan Dilwale dikatakan mengembalikan romantika mereka berdua dilayar.

Sebaik layar dibuka fikiran saya terus menerjah kepada cerita-cerita Hindi yang pernah saya tonton. Kisah percintaan yang penuh dengan halangan dan airmata rayuan. Sangkaan saya meleset selepas beberapa minit cerita bermula. It’s Hindustan but a change in Hindi movie, kata saya sendiri lalu memberi lebih tumpuan kepada jalan cerita. Ia bukanlah cerita yang berbelit-belit, ia adalah cerita yang mempunyai banyak aksi. Nyanyian dan tarian juga berubah. Lagu-lagu yang mengisi Dilwale hanya lima (kalau tak silap saya mengira), ia tidak panjang dan iramanya menyerupai lagu dibarat.

Lokasi tarian dan nyanyian tidak lagi dari satu dunia ke dunia yang lain atau dari satu bandar ke bandar yang lain. Seperti yang saya kata sebelum ini…ia tetap Hindustan akan tetapi telah dipendekkan kepada dua jam setengah…bukan lagi tiga jam. Kisah cinta antara dua anak kumpulan gangster sedikit diambil dari Godfather atau cerita-cerita Mafia yang lain. Cinta juga tidak menghalang Kaali untuk membunuh Meera dan juga sebaliknya.

Adegan-adegan aksi dan pergaduhan lebih teratur walaupun bunyi tumbukan lebih kuat ataupun bunyi datang dahulu sebelum ditumbuk. Again it is Hindustan dan apabila penonton menerima keadaan ini filem ini menjadi hiburan yang bersahaja. Babak dan watak sampingan lebih kepada humour untuk filem ini walaupun watak-watak yang ada akan berkait diantara satu dengan lain tetapi tidak membosankan.

Bermula dari awal pertemuan, romantica de amour antara Kaali (Shah Rukh) dan Meera (Kajol) lebih matured berbanding kisah-kisah cinta yang ada didalam filem Hindi yang pernah saya tonton sebelum ini. Kisah cinta mereka digambarkan dengan dua buah lagu iaitu Janam Janam dan Gerua. Banyak babak dan aksi lebih modernise dengan dialog dan tutur kata yang lembut dan perlahan. Kemarahan yang dipaparkan juga tidak ada pekikan dan laungan tetapi hanya dengan ketegasan suara. Airmata yang mengalir tidak juga mengubah wajah dan bercakap didalam sendu sedan. Salah faham dan kemarahan tidak menunjukan dendam kesumat tanpa mengenal batas. Babak-babak tanpa suara begitu kukuh untuk penonton merasai kepedihan setiap pemegang watak yang disulami dengan lagu Daayre.

Cerita cinta Kaali dan Meera digambarkan dengan lagu Janam Janam sebagai latar dan permainan kamera yang padat untuk menyuarakan perasaan masing-masing.  Babak yang paling saya gemari adalah babak Meera dan adiknya datang kerumah Kaali sehinggalah babak Meera dan Kaali diganggu oleh Oscar Bhai lalu dibawa kepada penghujung cerita. Seperkara yang menarik didalam filem ini pada pandangan saya adalah kesinambungan babak semasa dan flashback disusun cantik dan hampir tiada kecacatan untuk memahami dan mencantumkan cerita.

Apabila cerita sampai kepenamatnya soalan-soalan perbandingan mula datang menyinggah seperti adakah kita punyai hero seusia SRK tapi masih mampu memegang watak remaja? Apakah kita mampu melawan arus perubahan yang telah ditonjolkan oleh filem Hindustan? Adakah saya juga perlu menonton beberapa lagi filem Hindi untuk mengetahui tentang perubahan yang ada? Beberapa soalan datang tetapi ingatan saya membawa kepada cerita kekayaan yang sering menjadi tema cerita lalu berkata filem Hindi sememangnya sudah lama berubah. Kekayaan yang digambarkan tidak perlu berada dikerusi empuk dan bilik pejabat yang tersergam, tidak perlu bercerita mengenai projek berjuta-juta tetapi sekadar menunjukan turun dari pesawat peribadi, rumah yang tersergam dari luar dan pulang kerumah dengan helikopter.

Terlalu banyak scene/adegan/dialog didalam filem Dilwale ini menarik perhatian saya dan hampir kesemuanya telah lama ingin saya lihat didalam produksi drama dan filem kita akan tetapi ia masih terlalu jauh. Setelah menonton Dilwale saya menjadi seorang yang mencari kisah-kisah dibelakang tabir dan pembikinan babak-babak aksi serta lokasi dan saya amat terperanjat melihat kesungguhan mereka didalam pembikinan filem ini. Untuk keseluruhan babak aksi mereka mempunyai 3 team dan sukar untuk saya menjelaskan kenapa saya begitu teruja (https://www.youtube.com/watch?v=Ixyf7DCpMns) lalu video ini saya tempelkan disini. Dahulu saya hanya tahu bahawa Hollywood saja yang mampu melakukan begini.

Saya ulang lagi bahawa it is Hindustan dan masih mengekalkannya tetapi keberanian mereka mencuba sesuatu yang baru amat membanggakan. Filem Hindi laris dipersada antarabangsa dan kegilaan penonton jelas semasa SRK dan Kajol membuat promosi tour di LondonFilem ini juga ditayangkan di Dubai, UAE, United Kingdom, Germany, Austria dan tidak ketinggalan Malaysia dan Singapura. Besar kemungkinan tidak keterlaluan untuk saya mengatakan mereka sudah mampu untuk memegang title world premier untuk Dilwale

Video credit to Red Chillies Entertainment (sebelum melihat video ini saya merasakan kesemua latar yang ada menggunakan kamera serta teknologi canggih yang ada sekarang ini. tetapi saya silap rupanya. Dilapurkan pembikinan ini mengambil masa 7 hari untuk disiapkan dan anggaran belanja sama seperti membuat sebuah filem di Malaysia). Berapa agaknya harga pembikinan sebuah filem disini? 

Filem ini ditayangkan kepada umum pada 18hb Disember 2015 diseluruh dunia (maaf saya kurang pasti bila ia dibuka di Malaysia) tetapi mengikut cerita seorang kawan panggung masih penuh walaupun telah berubah kepada yang lebih kecil. Melalui satu lapuran yang saya baca SRK sebagai producer filem ini kurang berpuas hati dengan pencapaiannya di India walaupun mendapat sambutan hangat di negara lain seperti Germany dan Austria, mungkin juga Malaysia. Apakah mungkin filem ini sudah terlalu banyak disuntik kemodenan? Hanya penduduk India dan penyokong filem ini boleh memberi jawapan. Akan tetapi dalam pada itu SRK merasa bertuah dengan pencapaian Dilwale diluar negara kerana ia merupakan peluang besar kepada industri filem Hindi dan pelaburan yang baik untuk mereka.

Saya masih tidak mampu untuk mengaku peminat tegar filem Hindi tetapi apa yang dipamirkan didalam Diwale amat saya kagumi, walaupun ini bukan bermakna tiada kelemahan didalam penerbitannya. Bak kata SRK sendiri…it’s modern…it’s new and it’s entertaining. Jadi jawapan kepada semua itu kenalah menonton sendiri. Filem ini disenaraikan sebagai high budget filem  dan mengambil masa penggambaran selama 160 hari.

 

Review by : Sanaa

14th January 2016.

 

 

Video credit to Sony Music India…ia merupakan angin perubahan didalam lagu Hindi.

 

 

Been There Done That

Continue reading

Hati Perempuan

Setelah bermusim meninggalkan penceritaan drama Melayu saya terpanggil untuk menonton Hati Perempuan oleh kerana ajakan seorang kawan. Semasa itu ia telah ditayangkan sebanyak 12 episode. Oleh kerana teragak-agak untuk menontonnya saya cuba melihat trailer yang ada di Youtube. Apabila terasa ia boleh ditonton saya mencarinya bermula dari episod 1. Walaupun sekarang sudah dua minggu berlalu saya masih terkenang drama ini kerana watak seorang wanita bernama Yuhanis yang terlalu dilemahkan dengan kedegilan dan keras kepala.

Terlebih dahulu tahniah kepada penulis buku tersebut Nur Ain Al-Abbas kerana naskahnya telah berjaya dijadikan sebuah drama 28 episod. Seawal episod 1 saya mencari naskah ini online dan apabila ia diberhentikan dibab yang tertentu membuatkan saya mencari bukunya. Jujurnya saya mencari naskah ini hanyalah untuk mengetahui apakah kesudahan cerita tersebut dan membandingkannya dengan penulisan skrip dan lakun layar yang dibuat. Kelemahan dan kekurangan ada dimana-mana tetapi saya ingin lebih mengupas dan mengulas keadaan dan arah drama serta penulisan buku sekarang ini dan oleh kerana saya menonton Hati Perempuan lalu tajuk itu menjadi perhatian saya.

Plot dan tema masih tidak lari dari putus cinta, orang ketiga, dendam, kepercayaan, pernikahan yang tidak dirancang dan didalam cerita ini menonjolkan kisah silam. Saya tertarik pada awalnya kerana muka-muka baru yang diperkenalkan.

Kisah dimulakan dengan pertemuan Tengku Zaril (TZ) lakonan Syarul Ridzwan dan Yuhanis lakonan Mia Ahmad tidak dirancang tetapi mereka telah berjumpa sebelum berjumpa. Besar kemungkinan cinta pandang pertama ataupun boleh kita panggil naluri TZ semasa melihat Yuhanis sampai kepada ayahanda beliau iaitu Tengku Hazimi (TH).

Cerita dilanjutkan dengan saranan ayahanda supaya menggunakan khidmat Izzuddin and Co membawa kepada pertemuan empat mata TZ dan Yuhanis. Diawal pertemuan lagi watak Yuhanis sudah ditunjukkan sebagai seorang yang tidak sopan dan mulut lepas ketika berdepan dengan TZ. Didunia realiti,  sikap tidak sopan ini selalunya akan membuat seseorang hilang pekerjaan dan seseorang akan kehilangan klien yang besar seandainya ada pekerja yang sebegini, tetapi didalam cerita ini  Tuan Izzudin and Co mendapat kepercayaan Paradigma Group kerana dikatakan Yuhanis adalah seorang arkitek yang berkebolehan. Tanya saya “Perlukah watak Yuhanis dibuat begitu?” Dimanakah etika pekerjaan dan budi bahasa seorang pekerja dihadapan bossnya dan juga klien. Walaupun tidak salah untuk kita memberikan pandangan tetapi saya merasakan dialog dan skrip yang ada amat tidak beradab. Namun demikian kelegaan tiba apabila Tuan Izzudin berkata kepada Yuhanis “welcome to Tengku Zaril’s world”…semasa itu saya bertanya apakah akan bertemu buku dan ruas?

Bermula dengan pertemuan pertama terjadilah pertemuan selanjutnya. Babak-babak seterusnya lebih menunjukkan sikap tidak professional Yuhanis dan tidak kurang juga TZ tetapi  ia tidak begitu ketara diawalnya.

Jika kita meneliti dan mengikut rentetan cerita Yuhanis menyerah kalah dengan TZ selepas presentation pertama dibuat sehingga Yuhanis sudah terlupa kepada Nizam rakan sekerjanya. Saya amat suka cara the opposite attract yang diadun didalam cerita ini dan keyakinan TZ kepada kekuatan Yuhanis walaupun dia amat sedar dengan mulut laser dan kekasaran Yuhanis. Mungkin ada kebenaran pada love at first sight lalu TZ  dengan penuh keyakinan melamar Yuhanis tanpa ragu-ragu. Walaupun lamaran pertamanya ditolak TZ tidak berputus asa .

Berkemungkinan besar  love at first sight ini tidak lagi terjadi didunia realiti tetapi saya amat tertarik dengan sifat rendah diri dan luhur keluarga TZ. Sewaktu media kecoh dengan pembelian cincin oleh TZ, lelaki itu menghilang diri dan kembali berjumpa mereka dengan satu permintaan. Diwaktu ini juga saya amat suka melihat wajah ayahanda yang terperanjat apabila TZ memberitahu berusaha mencari alamat rumah gadis tersebut dan meminta ayahanda dan bonda membuat apa yang sepatutnya. Tahniah TZ kerana bertindak berani dan bermulalah satu fairytale yang membawa penonton berkhayal.

Namun demikian apabila fantasi bermula watak Yuhanis amat annoying hampir disepanjang 28 episod drama ini. Segala yang dilakukan oleh TZ salah belaka termasuklah membantu keluarga dan memarahi suami dihadapan kedua abangnya apabila TZ jatuh sungai. Saya cuba menerima keadaan Yuhanis dimasa itu tegang dengan TZ dan mungkin dalam sekelip mata dia merasa panik kerana suaminya jatuh sungai tetapi sekali lagi saya bertanya…perlukah begitu?. Untuk mencari light moment diantara TZ dan Yuhanis semacam sukar.

Kembali kita keawal cerita dimana akhirnya impian ibu Yuhanis dan keluarga TZ tercapai untuk melihat anak mereka berumahtangga. Akan tetapi dimanakah Yuhanis berpijak didalam perkahwinan ini. Watak Yuhanis sentiasa dilemahkan dengan sikap kurang ajar dan pentingkan diri sendiri walaupun sudah bergelar isteri sehingga ramai dikalangan penonton merasa rimas dengan perwatakannya. Saya tidak berhasrat untuk membandingkannya dengan dunia realiti tetapi sesebuah cerita mesti ada situasi logik yang boleh setiap orang relate dengan keadaan sebenar walaupun sedikit. Saya percaya penonton semua amat bijak menilai dan tidak mungkin akan terikut dengan perangai Yuhanis tetapi membuatkan saya sedih apabila selalu sangat watak sebegini ditonjolkan didalam sesebuah bingkisan. Apakah wanita mesti jadi begitu untuk menjadi kuat? Apakah wanita mesti bersikap kurang ajar, keras hati tidak bertempat dan hampir melupakan keluarga hanya kerana pengalaman lalu? Kenapa kita tidak membawa pengalaman lalu itu sebagai kekuatan untuk masa hadapan tanpa perlu jadi seorang yang terlalu antagonis?

Pernikahan dan perkahwinan diantara TZ dan Yuhanis terjadi tanpa desakan sesiapa. Dari awal lagi TZ sudah tertarik dengan Yuhanis dan merasakan Yuhanis adalah calon menantu paling layak untuk dibawa ke villa kediaman keluarganya. Sudah pastinya dengan ketokohan yang ada pada Yuhanis dipandangan TZ menjadikan dia pilihan terbaik. Malangnya selepas bergelar isteri terlalu banyak babak yang menunjukan sikap kurang sopan Yuhanis berterusan. Tidak dinafikan babak-babak romantis diantara mereka menjadi igauan dan royanan penonton drama ini tetapi apakah kita boleh menerima sikap Yuhanis berkenaan pil perancang dan bertugas di Sabah tanpa izin suami?

Sebelum kehadiran Tengku Amalin (TA) lakonan Bella Nazri dan Daniel Idrus (DI) lakonan Hafrez Adam masalah yang timbul adalah diantara mereka sahaja sebagai sepasang suami isteri. Babak-babak yang ditontonkan melihatkan Yuhanis akan memujuk TZ dan macam mana pun sikap Yuhanis terhadapnya dia tetap menunjukan sikap prihatin dan kasih yang dalam kepada isteri. Ini adalah sesuatu yang bagus tetapi malangnya scene-scene yang ada tidak begitu teguh. Ia hanya sekadar imbasan saja, tidak tahulah kalau ada scene yang mantap dipotong atau diedit oleh station TV, atau sememangnya untuk membawa penonton hayati fairytale lebih dari kekuatan cerita.

Kemunculan TA dan DI menjadikan Yuhanis goyah. Dimanakah kekuatan yang cuba ditunjukan? Apakah kekuatan hanya berkasar dengan suami? Watak Yuhanis semasa ini seperti bukan seorang isteri. Babak-babak seterusnya juga terlalu banyak menunjukkan kekerasan Yuhanis sehingga ia menjadi satu kelemahan kepada kaum hawa. Fasa baru bermula lagi semasa Yuhanis dan TZ menziarah keluarga Daniel dengan kematian Tan Sri. Logiknya sesiapa saja didalam keadaan TZ dan TH pasti akan merasa janggal, keliru dan tertanya-tanya melihat Puan Sri meratap meraung dan memeluk Yuhanis tanpa memikirkan jenazah ada dirumah dan juga orang-orang yang datang menziarah. Sekiranya kita berada ditempat TZ dan TH apakah kita akan terima keadaan itu tanpa sebarang penjelasan? Apakah kita akan biarkan keadaan tersebut tanpa bertanya kepada Yuhanis? Tetapi amat menyedihkan apabila Yuhanis bersikap dingin dan mengelak apabila TZ bertanya. Saya menerima hakikat sekiranya Yuhanis tidak mahu bercerita kisah silam tetapi sekarang apabila TZ bertanya kenapa Yuhanis masih berdalih? Sikap suka melenting dan menyimpan juga diamalkan. Apakah jalan cerita akan menjadi bosan jikalau ada babak Yuhanis menerangkan keadaan kepada TZ iaitu suaminya. Mungkin dia tidak perlu bercerita secara keseluruhan tetapi menunjukan kekuatan sebagai seorang wanita dan isteri dengan penuh keikhlasan dan memberi kepercayaan kepada seorang suami untuk mendengar rintihan hatinya. Tidak dinafikan ada babak begitu kemudian namun cara penyampaian Yuhanis amat hambar seperti melepaskan batuk ditangga.

Begitu juga yang terjadi diawal perkahwinan mereka.  Hanya dengan satu panggilan telefon Yuhanis sudah menyangka buruk tentang TZ. Saya memahami bukan senang untuk memberi kepercayaan dan ramai yang berkata selagi tidak melaluinya dan merasainya kita tidak akan tahu. Tetapi tahukah kita bahawa yang membezakan kekuatan seseorang adalah dengan cara penerimaan dan menghadapi keadaan dengan tenang. Itu adalah kekuatan sebenar seorang wanita. Saya sesekali tidak menyalahkan Yuhanis untuk merasa sangsi dan kecewa dengan apa yang didengarnya, tetapi tidak ada satu babak pun dari awal hinggalah akhir  Yuhanis memikirkan sesuatu keadaan dengan sabar dan tenang.

Lalu saya bertanya lagi…”Apakah semua drama perlu menengahkah kelemahan seorang wanita dan isteri?”. Saya berpendapat suasana akan jadi lebih romantis dan baik sekiranya selepas berfikir dengan waras Yuhanis mengambil langkah memperbaiki diri untuk menjadi seorang isteri yang baik. Walaupun hanya dengan menunjukkan sedikit babak-babak kekuatan Yuhanis seperti melayan TZ macam biasa sedangkan otak dan fikirannya masih berserabut dengan tuduhan TA dan kehadiran lelaki kurang adap seperti DI.

Banyak alasan yang saya dengari tentang fairytale #ArilAnis dan paling ramai berkata apabila balik dari kerja hendak rehatkan fikiran jadi tidak mahu cerita yang berat. Namun demikian apakah dengan watak Yuhanis yang sentiasa masam dan curiga itu sesuatu yang baik?. Apakah tidak ada rasa kebosanan didalam diri kita menonton perangai yang melampau dan annoying seorang perempuan sepanjang episod?. Watak Yuhanis sentiasa mahukan kebenaran daripada TZ tetapi tidak sekalipun dia bertanya dan tidak sekalipun dia mampu percaya kepada suami sendiri walaupun secebis. Oleh itu saya amat menyukai babak apabila TZ mengatakan dia berjumpa dengan TA sebab sudah bosan dengan perangai isteri yang tidak tahu menghargai suami dan babak ketika ayahanda berbicara dengan Yuhanis dengan mengatakan TZ teramatlah menyayangi Yuhanis sehingga tidak pernah menceritakan keburukan Yuhanis kepada sesiapapun walaupun seinci. Kenapa Yuhanis tidak melenting semasa TZ berkata begitu? Kenapa Yuhanis tidak membantah atau memotong kata-kata ayahanda? Apakah kerana dia sudah terperangkap didalam sesuatu keadaan? Walaupun begitu saya tetap tabik dengan Yuhanis kerana TIDAK pernah meninggalkan rumah dan meminta perpisahan.

Menyorot kembali babak Yuhanis bercakap dengan anaknya Tengku Aryan Ziqri bahawa dia bertahan kerana anak itu dan mengakui amat menyayangi TZ tetapi sedihnya perlakuan Yuhanis tidak begitu. Amat menyedihkan buat saya apabila melihat hampir didalam setiap cerita watak seorang isteri dilemahkan dihadapan seorang wanita lain? Didalam Hati Perempuan watak Yuhanis dilemahkan dihadapan TA sedari awal. Kelemahan Yuhanis menjadi kekuatan TA dan tidak juga disangkal bahawa TA bertindak makin ganas apabila tidak melihat percakaran diantara TZ dan Yuhanis walaupun sudah bermacam perkara dilakukan.

Kelembutan Yuhanis hanya terserlah apabila cerita hampir kepenghujungnya apabila TZ mengambil langkah menerangkan segalanya. Setelah begitu lama tidak ada kepercayaan tetapi semuanya berubah sekelip mata selepas penjelasan TZ. Saya bertanya lagi… salahkah untuk menunjukan sikap keras hati Yuhanis adalah untuk mempertahankan rumahtangga yang dibina tetapi bukan untuk mencari kesalahan suami sahaja. Sikap sebegitulah kalau berlaku dialam nyata yang akan membawa suami lari dan mengadu kepada mana-mana wanita yang ditemui. Macam mana sayang sekalipun dan kuatnya iman pasti akan goyah juga apabila isteri sentiasa berkeras hati. Itu logik dan sememangnya akan disangkal habis-habisan didalam sesebuah cerita dan melarikan segalanya dari realiti. Saya masih dan tetap teringin melihat produksi yang mengimbangkan kelemahan dan kekuatan seorang wanita, isteri dan ibu lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan orang ketiga dan dapat mengimbangi fantasi dan realiti.

Didalam Hati Perempuan Yuhanis amatlah beruntung kerana mempunyai keluarga yang baik, suami yang baik, mertua yang baik, ipar duai yang baik tetapi kenapa tidak sedikitpun rasa syukur itu diketengahkan?

Saya juga tertarik dengan dialog Yuhanis mengatakan TA seperti orang yang tidak cukup kasih sayang lalu secara tidak langsung memberi gambaran bahawa jawatannya di Paradiscar menyedarkan dirinya atau selama ini dia lupa yang dirinya amat bertuah disayangi semua.

Semua orang membenci TA sehingga tidak ada seorang pun yang mahu membimbingnya. Digambarkan semasa confession TZ kepada Yuhanis dia membantu TA kerana telah disisihkan keluarga akibat mengandungkan anak luar nikah, jadi bermakna ada sifat simpati dan kasih seorang saudara didalam diri TZ tetapi sifat kasih itu bertukar menjadi paranoid akibat perbuatan TA. Kenapa TA tidak dibantu?

Besar kemungkinan semua yang saya cakapkan tidak punyai cukup ruang untuk 28 episod, akan tetapi saya percaya dengan babak yang betul, skrip yang bagus dan editing yang baik dapat menghasilkan Hati Perempuan dengan lebih kukuh dan bermakna.

Kesimpulan yang saya dapat melalui cerita ini adalah kepercayaan dan bersikap jujur. Banyak babak-babak menarik diantara TZ dan Syed Ammar, dan Maisarah bersama Yuhanis. Watak sampingan ini selain TA, DI dan Nizam adalah light moment dan true friendship. Ditunjukan juga bahawa TZ tidak mahu berterus terang kepada Yuhanis tetapi saya menerimanya dengan tenang kerana TZ hendak sangat Yuhanis bertanya kepadanya. Sikap TZ itu sememangnya jengkel tetapi tidak menonjolkan sifat keras hati tidak bertempat kerana sepanjang 28 episod kita diberikan gambaran segala kebaikannya.

Sampai bila kita hanya dibuaikan oleh fairytale tanpa ada logik dan batasan realiti? Bagi saya mempercayai dan percaya semasa orang lain tidak mempercayai adalah kepercayaan sebenar lebih kukuh daripada memahami mu lebih sukar dari memilikimu kerana KEPERCAYAAN adalah sesuatu yang tidak boleh dijualbeli ataupun diganti.

Review by : Sanaa 25/5/2015

Kenapa? Kenapa? dan Kenapa?

Setelah berlabuhnya tirai Cinta Jangan Pergi saya meninggalkan terus drama-drama yang memenuhi ruangan disemua saluran tv. Walaupun tidak menonton, saya ada juga membaca sinopsis dan sedikit sebanyak tweet dari drama yang ditayangkan. Drama yang dilakonkan oleh Remy Ishak baru-baru ini seperti Kasih Berbisik dan Satu Hari membuat saya mengintai didalamnya.

Bukan lakonan Remy yang menjadi perhatian saya akan tetapi jalan ceritanya dan pertanyaan kenapa kisah cinta romantis menjadi kegilaan ramai sekarang ini? Adakah kerana lakonan Remy Ishak ataupun kukuhnya jalan cerita. Adakalanya meremang bulu roma saya membaca tweet-tweet berunsur “gatal” dan “sex” dikalangan muda mudi berkenaan watak yang dibawa Remy. Tidak akan saya menyangkal bahawa Remy mampu membuat ramai jiwa wanita bergelora dan cair dengan watak romantisnya akan tetapi apakah sekadar itu kita melihat ataupun menonton drama? Apakah saya seorang sahaja yang merasakan kebosanan didalam jalan sesebuah cerita? Itu adalah antara dua soalan yang menyerang saya sejak akhir-akhir ini, bukan kerana drama lakonan Remy saja bahkan drama lain juga seperti Istikarah Cinta lakonan Zul Ariffin.

Kelemahan wanita, kemalangan dan kematian terlalu sinonim didalam drama Melayu dan begitu juga cinta dan kasih yang tidak berbelah bahagi. Didalam Kasih Berbisik diketengahkan pembohongan seorang suami kepada isteri yang dicintainya, dalang seorang sahabat, kebencian ibu mertua dan pasti ada lagi seorang wanita yang dahaga menagih cinta kasih seorang lelaki. Ya…itulah dunia sekarang dan realiti kehidupan andai semua ini dibahas dan didebatkan. Akan tetapi realiti adakalanya lebih perit dari yang dipaparkan didalam setiap drama misalnya kemalangan. Adakah sebuah penyesalan harus dan mesti datang hanya dengan kemalangan dan kematian?

Watak Imran yang dilakonkan oleh Remy Ishak didalam Kasih Berbisik adalah kebiasaan terjadi didalam kehidupan realiti, Bertemu seorang wanita semasa bertugas di luar kota lalu jatuh cinta. Dilanjutkan lagi wanita yang ditemui pula adalah seorang yang sudah tidak ada harapan untuk hidup kerana kemelut cinta yang dihadapi dan Imran pula didesak dengan naluri mahu memiliki zuriatnya sendiri. Ditambah dengan kebencian ibu sendiri terhadap isteri yang dicintai membuat Imran dipenuhi dilema. Apakah itu sahaja dilema seorang lelaki sebagai seorang suami dan seorang anak? Apakah pembohongan mencipta bahagia? Apakah hanya dengan kemalangan yang menimpa suaminya, Nora menyesal dan memberi kasihnya kepada zuriat suaminya dengan wanita lain? Kenapakah rahsia disimpan hanya terbongkar dengan kematian Sulastri? Apakah tidak mungkin ada plot atau scene yang lebih indah, kuat atau lebih “real” selain kematian untuk membawa Imran memperkenalkan anaknya kepada Nora?

Sememangnya hati wanita mana yang tidak akan sakit apabila mengetahui yang dirinya telah ditipu suami yang dikasihi bertahun-tahun lamanya. Saya pasti tidak akan ada seorang wanita pun yang akan mendengar penjelasan suaminya dengan tenang sebelum melepaskan marah dan membenci suaminya. Seorang wanita yang tinggi imannya juga pasti akan ada sesuatu yang menyucuk tangkai hatinya dan menangis hiba apabila diperlakukan begitu, akan tetapi kenapa plot mesti ada kematian? Andainya Sulastri tidak meninggal dunia apakah bahagia akan menjadi milik Imran yang hidup didalam penipuan berterusan? Kenapa kita masih menggunakan plot pakatan ibu sendiri dengan sepupu untuk merebut kasih Imran. Kenapakah wanita masih diperalatkan didalam sesebuah cerita untuk lelaki?

Beralih pula kita kepada Satu Hari. Perceraian di antara Lia dan Isfahan adalah kerana kecurangan Lia dengan kawan baik Isfahan sendiri. Oleh kerana membawa rajuk hati Isfahan berada di bumi Bosnia. Apakah tujuan Isfahan ke Bosnia? Sekadar membawa rajuk hati? Sekadar untuk bertemu dengan Sabrina dan mengadu domba kekecewaan yang dialami? Kenapa dan mengapa tujuan sebenar Isfahan ke Bosnia tidak diketahui. Watak Sabrina dan Isfahan bertemu di Bosnia berpunca daripada rajuk hati dan kecewa sahaja kah? Seingat saya Sabrina ke Bosnia juga sebab melarikan diri daripada seorang lelaki….apakah tidak ada sebab yang lebih kukuh untuk Sabrina ke sana?

Apabila Isfahan pulang ke Malaysia kerana anak sakit juga susah untuk diterima akal apabila Lia tidak tahu bagaimana untuk menghubungi Isfahan. Ok saya terima seandainya Lia sudah melupakan Isfahan kerana telah mendapat cinta barunya akan tetapi ini soal anak dan anak itu kerap menghubungi papanya. Ini sepatutnya menjadi tamparan hebat buat Lia apabila satu-satunya anak yang ada sakit dan memerlukan ayahnya. Plot kerisauan dan “desperation” Lia untuk menemukan anak itu dengan ayahnya patut diberikan perhatian. Bukan hanya menjadi seorang wanita yang lemah dan merayu kepada Isfahan untuk menerimanya kembali dan mengganggu hubungan Isfahan dengan Sabrina. Kekecewaan Lia didalam rumahtangga dengan suami keduanya juga perlu diberikan ruang untuk Lia menjadi lebih tabah dan membawa penyesalan terhadap kecurangannya kepada Isfahan dahulu bagi membentuk Lia yang baru.

Apakah tindakan Isfahan apabila mengetahui Lia menjadi mangsa keganasan rumahtangga? Walaupun kesan yang ditinggalkan Lia amat perit tetapi perlukah Isfahan menjadi seorang yang zalim kepada wanita yang pernah menjadi isterinya dan ibu kepada zuriatnya? Kenapa watak Putri perlu dimatikan? Apakah dengan kematian Putri merupakan laluan mudah untuk Isfahan menagih kembali cintanya terhadap Sabrina? Kenapa mesti ada plot Lia merayu kepada Isfahan untuk menerimanya kembali kerana Putri? Tidak bolehkah ada plot ataupun scene Lia pergi berjumpa dengan Sabrina memberitahu keadaan Putri lalu meminta Sabrina terus memberi semangat kepada Isfahan? Sekiranya ada scene yang begitu apakah kita akan bertanya yang cara Lia itu semata-mata untuk menambat hati Isfahan semula atau adakah lagi wanita sebaik Lia? Pada pandangan saya watak Lia mesti kuat dan tabah…dia perlu hidup untuk Putri dan dengan ketabahan itu adalah cara dia menyesal dengan apa yang pernah dilakukan dahulu dan menginsafi segalanya sekarang.

Salahkah kalau watak Putri terus hidup dan menjadikan dilema lebih dalam apabila Putri berhasrat untuk bersama papanya. Bagaimana Lia menghadapi keadaan ini? Bagaimana pula Isfahan berhadapan dengan Sabrina seandainya Putri ada bersamanya nanti? Bagaimana Isfahan mahu memulakan kehidupan baru apabila perlu berkongsi Putri dengan Lia dan Sabrina. Kematian Putri menunjukan terlalu mudah untuk Isfahan bersama Sabrina dan melupakan Lia. Saya tidak mencadangkan Isfahan menerima Lia kembali akan tetapi sekiranya Isfahan itu benar-benar seorang lelaki yang bertanggungjawab dan ada rasa belas, kebajikan Lia juga harus diambil kira setelah apa yang Lia lalui bersama suaminya dan kini Putri pula mahu bersamanya. Buruk bagaimanapun Lia, dia tetap wanita yang melahirkan zuriatnya. Setidak-tidaknya tunjuklah Isfahan bantu Lia dan bawa dia ketempat yang betul untuk dia bangkit semula dari kekecewaan dan tunjuk juga penyesalan Lia dengan melepaskan Putri kepada Isfahan.

Mungkin impian saya agak keterlaluan apabila mengharapkan watak wanita-wanita didalam sesebuah drama itu kuat dan tabah. Saya mengakui amat sakit hati apabila watak Lia dibuat seperti wanita murahan. Tidak semestinya kesalahan Lia dihukum dengan merayu kembali kepada Isfahan dan mengambil nyawa anaknya. Jalan cerita itu hanya memudahkan segalanya buat Isfahan dan menonjolkan watak Lia yang tidak pernah sedar dengan kesalahan yang lalu. Bagaimana Isfahan tidak menghubungi Sabrina? Apakah Isfahan tidak ada keluarga untuk membantunya berjumpa dengan keluarga Sabrina dan memberitahu derita hati Isfahan waktu itu? Oh ya lupa….mesti ada yang kata kalau tak bukanlah cerita namanya. Tetapi itulah cerita yang amat melemahkan. Apakata Sabrina diduga dengan dimanakah dia hendak letakkan statusnya dirinya di antara Lia, Isfahan dan Putri diwaktu yang genting menduga kesetiaan sekeping hati? Kenapa Sabrina lari lagi? Kenapa terlalu payah untuk drama kita berbincang dengan baik? Kenapa mesti ada tengking herdik?

Apakah plot-plot yang saya sentuh sedikit sebanyak itu terlalu berat? Terlalu tidak romantis? Terlalu tidak boleh diterima pakai oleh para penulis skrip dan penonton? Apakah romantis hanya dengan peluk dakap erat antara hero dan heroin dengan suara serak-serak basah? Apakah indahnya cinta hanya dengan menyatakan di youtube? Kedua-dua cerita yang saya sentuh bukan cinta remaja…tetapi apakah kerana cinta seseorang berubah menjadi remaja seperti yang Isfahan lakukan?

Setiap pandangan dan penerimaan penonton amatlah berbeza, akan tetapi saya percaya ada di antara ramai yang kecewa dengan watak-watak begitu. Terlalu banyak romantika didedahkan didalam drama hari ini dan semuanya mesti ditonjolkan dengan dakapan erat dan juga ciuman-ciuman ringan di ubun-ubun dan dahi. Setiap cerita juga ada kelemahan sendiri akan tetapi apabila sesebuah cerita itu tidak “exciting” dan tiada “excitement” ia mungkin tidak dapat menarik perhatian golongan pertengahan yang dahagakan watak, plot dan jalan cerita yang lebih kukuh.

Saya sudah hampir lupa tentang cerita “Love Story”…yang saya ingat anak muda itu mengahwini wanita pilihannya dan terpaksa meninggalkan kemewahan keluarga yang dimilikinya. Kebahagian mereka terduga apabila isteri yang dicintai jatuh sakit dan meminta bantuan kewangan daripada bapanya. Sebelum bapanya memberi sejumlah wang yang diminta, kalau tidak silap saya berbagai kata pedas dan nista dikeluarkan oleh bapanya terhadap menantunya. Namun tidak ada perang mulut semasa wang bertukar tangan diantara anak dan bapa. Sianak menelan segala kata nista yang dikeluarkan oleh bapanya sendiri terhadap isteri yang dikasihi. Akhirnya sibapa mengetahui juga kenapa sianak mahukan wang sebanyak itu…penyesalan menyusul dan ia memulihkan hubungan anak dan ayah (please correct me if I am wrong on the synopsis). Filem ini adalah filem cinta yang menyayat hati…tetap ada kematian, sakit teruk, penghinaan dan berbagai rencah kehidupan didalamnya namun “simplicity at it’s best” menjadikan cerita ini diingati ramai.

Lalu akhirnya…kenapa? kenapa? dan kenapa menjadi irama didalam otak fikiran saya tentang cerita/drama Melayu yang masih ditakuk lama. Elemen-elemen seperti curang, kaki pukul, mabuk, cerai, penderaan, penyesalan dan insaf serta banyak lagi sememangnya intipati kehidupan yang tidak boleh kita elakkan. Akan tetapi apabila elemen ini diolahkan terlalu lemah didalam sesebuah penerbitan ia menjadikan kita penonton yang “stagnant” yang hanya terbuai oleh romantisnya pasangan hero dan heroine kerana keterujaan yang lainnya sudah hilang.

Kesimpulannnya meninggalkan dua pilihan kepada penonton…menonton ataupun tidak/menonton tanpa kesan kerana sekadar melihat keindahan tempat dan pelakon yang diminati.

Ditulis oleh : Sanaa 29/1/15

HIKMAH KATA Prof Dr Muhaya

Assalmmualaikom pembaca budiman sekalian….

Saya terjumpa coretan Yang Berbahagia Prof Dr Muhaya tentang audit diri dan juga saranan yang diberikan. Setelah membacanya ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya dan telah saya highlight kan juga. Sejak akhir-akhir ini memang ramai dikalangan kita yang berbicara tentang agama dan tidak kurang juga menggunakan agama untuk bertindak di luar garisan seperti yang dilakukan segelintir masyarakat terhadap pekerja-pekerja McDonald dan Starbuck kerana Palestine dan Gaza.

Kesemua yang disenaraikan oleh Prof amat berguna dan mungkin juga tidak ramai yang bertemu dengan blog beliau, lalu saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi. Semoga dengan perkongsian ini dapat kita berusaha ke arah kebaikan dan membaiki kesilapan diri.

Belajar tidak pernah berhenti dan berusaha mencari ilmu juga tidak patut berhenti. Carilah yang baik semoga baik juga perjalanan hidup kita hingga ke akhirnya.

Selamat membaca kepada semua.

Salam kasih

Sanaa 15/08/2014

*****

Jaga niat kita setiap hari. Tentukan kerana Allah. Jika tidak, kita tidak akan sampai pada Allah.

Alangkah sia sianya hidup kita dan alangkah sedihnya apabila sampai di padang mahsyar dan melihat akaun kita kosong kerana tidak niat kerana Allah. Walau kita berasa marah pun mesti kerana Allah. Jom audit emosi negatif kita adakah kerana Allah atau sebaliknya. Apatah lagi bagi anak anak yang marah pada ibu bapa, renung anak kita sendiri. Setiap apa kita buat pada ibu bapa akan dibalas. Kasihan anak kita jika mereka juga tidak berakhlak pada kita dan mendapat dosa.

Ramai ibu bapa muda tertipu dengan anak comel yang diberi Allah tetapi mengecilkan hati ibu bapa dan 20 tahun kemudian menangis bila anak mereka mengecilkan hati mereka. Sama kita renungkan. Jaga niat kita sentiasa.

Emosi kita bangun tadi suatu indikator keimanan dan kesyukuran kita. Jika tidak tenang, muhasabah dan bertaubat dan refleksi diri dan hentikan semua kritikan dan menganalisa orang lain tetapi mula analisa diri kita dan ambil langkah betulkan diri. Pasang niat pagi ini untuk berbuat baik.

Maafkan semua orang dan halalkan semua dan lupakan semua kebaikan kita pada orang dan ingat semua kebaikan orang pada kita, lupakan kejahatan orang pada kita dan ingat kesalahan kita pada orang. Ini formula utk hidup tenang dan sihat, insyaAllah.

Para isteri sebelum tidur ucap terima kasih pada suami dan minta maaf, begitu juga para suami. Tidak jatuh nilai kita bila kita menghargai orang lain dan meminta maaf. It works like magic in a relationship.

Sebelum tidur ingat segala perkara yang kita bersyukur dan bayangkan siapa kita nak jadi esok hari tentu lebih baik dan soleh dari hari ini. Niat utk lebih senyum dan bermanfaat esok hari.

Cara seseorang memberi pendapat dan interpretasi keadaan mencerminkan kualiti. Jom audit bagaimana perspektif dan prioriti kita. Jika baik kedua ini maka baik lah kehidupan seharian. Cuba audit profile kita setiap hari dan komen kita beri pada pendapat orang lain. Adakah mencari salah atau ingin belajar. Orang yang bijak sentiasa belajar dan memperbaiki diri dan menjadi solusi. Orang kurang bijak sentiasa mencari salah dan menjadi masalah bukan solusi. Orang berjaya suka memberi, orang kurang berjaya sentiasa mencari peluang atas kelemahan orang lain dan sangat berkira dalam kerja seharian. Adakah kita suka menyenangkan orang lain atau menyusahkan, suka menggembirakan atau suka menyakitkan hati, kita menaip untuk nasihat atau melepaskan kemarahan.

Apa kita fokus itu kita dapat. Jika negatif , negatiflah hidup kita, jika positif, positiflah hidup kita.

Kepada semua pakar dan medical officer cuba ubah persepsi terhadap houseman dan stop labeling. Bila ada houseman baru cuba lihat dengan kasih sayang dan hormat dan beri galakan. Ingat masa kita houseman dulu pun penuh dengan kelemahan. Ini akan beri motivasi pada mereka. Selalu nya orang yg marah orang tidak akan tenang dan tidak akan bahagia. Ingat keselamatan anak kita dirumah dan jgn sekali menjatuhkan maruah dan menganiaya sesiapa. Hidup ini ada kitaran. Apa kita buat itu kita dapat. Jom semua pakar perubatan dan ketua jabatan, have more compassion. Tidak ada rugi jika kita baik dgn orang dan akan selalu rugi orang yang berbuat jahat.

Komunikasi- 7 % perkataaan, 38% intonasi, 55% fisiologi ( perasaan happy atau negatif termasuk memek muka). Sama-samalah kita fikirkan.

Lihat profile di facebook. Cuba buat perbandingan dengan gambar yang tertera dan ciri keislaman. Jom audit diri kita. Kaum wanita jika tidak ada kelembutan apa beza dengan lelaki. Lihat diri, refleksi diri, dan cuba ubah diri. Jika kita tidak dihormati bererti kita tidak hormati diri dan hormati orang lain.

Lagi cepat kita sakit hati dan marah terutama orang yang kita buat baik, suatu indikator kurang keikhlasan dan redha Allah yang kita cari. Bila Allah saja yg kita tuju dan cari, apa makhluk lain buat jadi kecil. Utk tahu kebersihan jiwa lihat berapa kali kita marah dan sakit hati. Jika banyak dan selalu mengenang kebaikan kita pada orang dan kejahatan orang pada kita alangkah jauh nya kita dari Allah dan ketenangan jiwa.

Begin the day with gratitude and compassion. Think of doing something kind to another human being. See how your entire day change. Start email someone to tell how you appreciate them

We do not get what we want but what we are. If we want love we have to be loving, if we want friends we have to be friendly, loving people live in a loving world, hostile people live in a hostile world. how come? Decide the world we want by being what we want. Hence we see what we type then we know what world we are living in.

Ramai orang berbual difacebook dan dalam perbualan itu ia samaada break us or make us. Jaga masa. Hanya buat sesuatu yg akan beri progress. Change is permanent, personal growth is a choice. Apa kita willing to do to imprpve. Adakah hanya setakat baca status facebook dan tiada tindakan jika semalam tidak lebih baik dari hari sebelum semalam bererti tiada progress alangkah ruginya. Jangan kita hanya NATO – no action talk only.

Jaga setiap minit akan terjaga jam, hari, minggu, bulan, tahun dan kehidupan. Jaga virus minda iaitu alasan yg di beri dan di cari dalam mencari redha Allah

Isteri menemani, memasak, melahirkan anak, para suami sabar dengan isteri, buat majlis ilmu dirumah atau hadiri majlis ilmu utk didik isteri. Suami yang biarkan isteri tinggal solat hukum dayus. Biarkan maksiat dilakukan isteri. Jom isteri jaga solat dan aurat. Kasihani suami dunia akhirat. Jangan hantar suami ke neraka dengan kedegilan kita. Apa kita dapat kalau degil dgn Allah dan suami dan mula keluh kesah dan tidak disayangi suami setakat toleransi kita sahaja. Niat nak ke syurga bersama suami dan anak anak hari ini. Sia- sia hidup mencari penghargaan manusia dgn menjaga penampilan fizikal sahaja. Lihat muka dicermin dan tanya apa tujuan hidup hari ini.

Allah pandang dgn rahmat dan diberi ketenangan hati bila menghadiri majlis ilmu, sibukkan diri mencari ilmu akidah, ilmu taharah. Kebnyakan azab kubor sebab tidak istinjak dgn betul. Banyak ingat Allah insyaAllah akan tenang. – Ustaz zahazan

Siapa byk solat tahajjud akan sgt positif and terbuka minda. Siapa yg tak solat subuh akan dikencingkan oleh syaitan dalam telinga. Dia bangkit dgn keadaan diri yg negatif, prejudis, segala dalam hidup penuh kotor. Jom qiammulail utk perbaiki diri. -Ustaz zahazan

Imam ghazali. Bila lihat seseorang sentiasa rasa dia lebih baik dari kita. So kita tak boleh bajet bagus dan sentiasa lihat kebaikan orang dan berlapang dada.

Semakin usia bertambah kita harus semakin dekat dgn Allah. Orang yg dah mati pun banyak cubaannya. Ujian hanya selesai bila kaki melangkah dalam syurga. Orang bijak bukan orang yang cerita masalah difacebook, tapi bangun malam dan berdoa pada Allah, insyaAllah akan dapat hidayah selesaikan masalah. Hentikan mengharap pada manusia. -Ustaz Zahazan

Hari ini perhatikan sikap kita, hentikan nak label orang dan jaga jgn kita bajet bagus. Tutup kebaikan kita sebanyak mungkin macam mana kita cuba sembunyikan kejahatan. Itulah ikhlas.

Sama kita perhatikan diri kita hari ini dan hentikan sekejap melihat orang lain. Apa yg kita cakap pada diri dan apa fokus kita. Kita selalu bercakap tentang orang itu mati , kasihan dsb dan rancangan tv juga fokus pada cara mati dan betapa sedihnya yg ditinggalkan. Apa kata kita fikir apa yang berlaku bila masuk kubur, adakah taman syurga atau kawah neraka. Jika semasa hidup penuh ingkar pada Allah kita harus rasa sedih untuk yg meninggal dan renung diri kita apakah nasib kita.

Mulakan setiap hari dengan berfikir yang baik utk, keluarga, masyarakat dan negara. Dalam keluarga tolong seseorang yang merasa rendah diri dengan memberi pujian dan penghargaan. Dalam masyarakat pula kutip sampah yg kita jumpa dan kitar semula sebanyak mungkin. Untuk negara pula doakan mereka yang berkuasa supaya diberi hidayah untuk menjalankan tugas dgn penuh keadilan dan kesejahteraan. Jangan ada komen utk post ini untuk mengutuk sesiapa. Setiap kutukan yang kita lempar akan kembali pada kita semula.

Jika kita payah memaafkan dan sentiasa melihat kesalahan cuba audit kesalahan kita pada orang dan adakah kita mahu orang memaafkan kita. Kita hanya akan dapat apa yg kita buat. Dosa dengan manusia yang payah kita nak bawa diakhirat nanti. Jika kita maafkan orang Allah akan buka hati orang maafkan kita, alangkah tenang kita bila tak banyak dosa dgn orang lain. Dosa dgn Allah boleh taubat nasuha tapi dgn manusia harus mereka maafkan kita. Jika hati kita keras agaknya kita dekat dgn neraka atau syurga, Allah sayang atau Allah murka. Malu pada diri ini yg penuh dosa dan hentikan fokus kesalahan orang pada kita tapi fokus kesalahan kita pada orang utk elak kita bajet bagus.

Setiap orang dari kita dikurniakan kehebatan oleh Allah swt . Hidup dengan kesedaran ini dan fikirkan apa kita boleh buat untuk memberi faedah kepada makhluk Allah. Setiap tindakan kita akan membina atau merusakkan sesuatu. Fikir yang mana satu sedang berlaku setiap kali kita bertindak dalam apa saja situasi.

Jaga anak anak supaya tidak menonton rancangan tv ganas dan ngeri. Akan rosak minda mereka.
Manusia mencipta suasana luar dgn membina dunia dalamn mereka dgn menjaga fikiran dan emosi supaya sentiasa baik dan positif dan sentiasa bersangka baik pada orang lain.

Kita merasa kasihan pada diri kita yg tertipu bila kita sibuk buat amalan soleh menolong orang tapi menyiksa diri kita ke arah neraka bila tidak menjaga ibadah khusus dan aurat dan pegaulan pada kaum wanita. Jom audit diri kita. Apa tujuan kerja adakah hanya memenuhi keperluan hidup membayar bil atau memenuhi tujuan hidup mencari redha Allah supaya menuju jalan ke syurga. Dgn mengingati mati dan syurga dan neraka akan menguatkan kita mengatasi semua masaalah hati insyaAllah. Bebaskan diri dari mencari penghargaan manusia

Ibu bapa yang melabur pada pembangunan peribadi dan sahsiah wawasan dan akhlak Anak anak Akan mendapat hasilnya. Jom audit dimana perbelanjaan kita pada anak anak

Orang yang bermasaalah akan sentiasa ada masaalah. Oleh itu jadikan diri kita orang yg tidak bermasaalah dengan menjadi bahagia dan membahagiakan. Penyelesaian ada dalam diri kita bukan luar diri kita
Orang yg berminat akan buat apa yang selesa. Orang yg komited akan buat APA SAjA untuk capai impian mereka. Yg mana kita. Hentikan mengeluh dan merungut dan mulakan tindakan.

Hari ini jaga fikiran kita, emosi kita , perkataan kita dan tindakan kita. Lihat bagaiaman hidup kita berubah.

Senyum suatu sunnah dan akan menghasilkan hormonn endorphins bila kita senyum. Hanya manusia boleh senyum dan haiwan tidak dapat senyum. Jangan fikir apa orang kata. Walau orang tak senyum balik kita dah dapat pahala sunnah. Senyum yg benar benar niat sunnah akan diterima dgn baik insyaAllah. Nabi Muhamaad saw tidak akan berkata kata sebelum baginda senyum dulu. Jom jadikan senyum suatu amalan dan tabiat. Ajar anak anak senyum bila bangun pagi. Sesiapa yang masam dan kata moody bila bangun, bayangkan bagaiman hari yg dimulakan dgn muka masam. Ubah tabiat ubah kehidupan.

Berapa ramai ibu muda yang sering merungut anak mereka nakal. Cuba tanya diri kita mahu anak nakal dan sihat atau sakit dan tidak nakal. Henti label anak anak dgn ” hyperactive” etc. Sebutbyg baik. Jika anak nakal kemungkinan perlu perhatian terutama baru dapat adik baru. Berapa orang ibu muda bersyukur ada suami dan anak. Berapa ramai orang tiada jodoh lagi dan anak. Hentikan merungut dan bersyukur. Bila hilang nikmat baru nak menyesal dan depressed. Syukuri nikmat insyaAllah Allah kekalkan nikmat.

Khutbah terakhir mengandungi semua yang berlaku kini betapa Rasullullah tahu apa akan berlaku. 3 perkara:-

1. Jaga kebajikan wanita, jangan isteri kerja dan suami rehat sahaja, Nabi Muhammad memuliakan wanita. Wanita dinikahi dgn nama Allah dan harus jaga. Wanita harus bersyukur kerana di khutbah terakhir Rasulullah baginda menyebut kebajikan wanita. Syurga dibawah telapak kaki ibu. Jom wanita semua niat nak jadi dan disiplinkan diri menjadi wanita solehah. Komen yg diberi jgn sebut masalah orang lain tapi perbaiki diri. Kita semua tahu masalah sekarang tak payah diulang byg negatif tapi fokus yg positif. Setiap kali kita melihat orang lain kita tidak melihat diri kita hingga terlupa keaiban diri. Hentikan semua suara dalaman sakit hati, keci hati, dendam dgn sesiapa. Mula lihat diri dan tanya kenapa Allah izinkan orang menyakiti kita dan mula ingat siapa kita pernah sakiti dan minta ampun dan perbaiki diri.
4 Jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun), kedua memperbanyakkan ucapan syahadah, ketiga berdoa meminta syurga dan keempat memohon keredaan Allah.” – Riwayat al-Baihaqi . DAri fanpage Ustaz Dr Zahazan.

Renung bacaan Quran kita. Alangkah sedih bila umur sudah lebih 40 tahun tapi masih merangkak membaca Quran. Ini disebabkan didikan masa kecil kurang ditekankan bacaan Quran dan mengamalkan ajarannya. Jangan biarkan anak-anak kita lemah Al-Quran. Kalau kita ingin sentiasa menambah baik rumah dan kenderaan kita apa kita buat dengan bacaan Quran. Jom belajar dan tingkatkan bacaan Quran kita.
Iman boleh bertambah dan boleh berkurang. Bila rasa iman berkurang istighfar. Banyak perkara melemahkan iman. Mukmin yg cintakan Allah dan syurga akan berbuat amal soleh utk tambah iman dan elakkan maksiat yg mengurangkan iman- ustaz roslan

Hentikan melihat dgn mata fizikal sahaja. Guna mata hati. Kita di nilai bukan dgn apa kita ada, buat, title, rumah, barang branded tapi nilai kita pada nilai hati dan nilai manfaat kita beri pada orang.
Jika ingin mendapat hidayah kita harus berusaha. Jika masih di takok lama tentu hidup akan sama. Lihat kawan kita maka kita tahu siapa kita. Birds of a feather flock together. Kita hanya suka org yg sama dgn kita.

Hidup penuh makna bila setiap perbuatan bebas dari penghargaan manusia. Lihat bagaimana hidup berubah bila capai tahap ini. Lihat hidup kita sekarang. Kalau tertekan erti belum sampai. Jangan terpesona dgn manusia. Harus terpesona dgn pencipta manusia. Jaga jaga supaya amalan mendapat ganjaran akhirat.

Kajian menunjukkakn mereka yg positif masa muda bila berumur 70 keatas tidak ada penyakit. Sebaliknya mereka yang suka risau, takut , marah, dendam, benci orang masa muda banyak penyakit

Kaum wanita fikir apakah kita murah atau mahal, eksklusif atau tidak. Lagi buka aurat lagi murah dan tidak eksklusif tontonan semua. Di dunia terhina di akhirat papa lagi. Jangan ikut amalan ramai orang. Kaum masuk syurga kaum yang sedikit. Jangan ikut adat ikut ibadat.

Allah Maha mendengar, Maha melihat, Maha mengetahui, Maha mengetahui rahsia. Ingat ini dan kita akan takut untuk buat maksiat dan tidak akan takut selain dari Allah dan tidak akan yakin selain Allah. Kita akan ada sifat Muraqabah.

Cara membuat skrip kehidupan. Gambarkan dalam minda kehidupan yang kita mahu dan tulis dalam bentuk tulisan dan sentiasa baca dan kekalkan gambaran itu sentiasa dan bertindak ke arah itu dan yakin Allah akan makbulkan.

Semoga kita semua berjiwa besar dan tidak cepat kecil hati dan marah sebaliknya hidup dengan penuh kasih sayang dan sifat memaafkan orang. Jika kita sentiasa makan racun bagaimana akan sihat. Begitulah jika apa kita tonton dan baca adalah berita negatif dan buruk bagaimana jiwa akan tenang. Sebarkan kasih sayang. Lihat post kita dan post apa kita baca itulah dunia dalaman kita.

Orang yang bijak tidak akan terkesan dengan apa dia lihat dan dengar yang negatif dan hati yang bersih hanya akan menyerap kebaikan. Kita yang tentukan apa yang masuk dalam jiwa kita. Tidak bererti jika ada kemalangan di jalan raya kita tidak akan gunakan jalan raya untuk ke destinasi penting. Jom gunakan media mencari ilmu dan hentikan alasan untuk tidak mendengar ilmu. Orang berminda kecil mencari alasan dan jadi penghalang, orang berminda besar mencari solusi dan mencari jalan.

Hentikan sebut ‘ saya kecewa, kecil hati, terkilan atas segala yang dah berlaku. Yakin pada takdir Allah. Boleh kecewa dengan diri jika berdosa dan mengubah diri. Buang sifat mengeluh merungut mengumpat.

Bagi anak anak atau adik beradik yang bergaduh cuba lihat album lama dan renungi kasih sayang pada masa yang lalu dan refleksi diri dan buat perubahan menyambung silaturrahim. Jangan sekali kali ada dalam jiwa kita orang yang kita benci atau dendam kerana emosi ini adalah racun jiwa dan akan menyebabkan banyak penyakit fizikal juga.

Jika kita bersama seseorang dan merasa tenang dan ingat pada Allah insyaAllah boleh dijadikan sahabat. Jika sebaliknya elakkan diri jika tidak dapat menyeru pada kebaikan dan kita sendiri terpengaruh.

Alangkah rugi jika orang muda yang sihat tidak niat dan mengambil langkah untuk menjadi salah satu golongan di bawah lindungan arasyh Allah di padang mahsyar dengan beribadah ketika usia muda. Jom audit aktiviti setiap hari. Imam Qurtubi mengatakan bergaul dengan anjing lebih baik dari bergaul dengan orang yang jahat-Imam Suhaib Webb. Hidup bukan hanya untuk bersuka suka dan bermain tapi untuk ubudiyah kepada Allah.

http://mirdalavenderoses.blogspot.com/p/hikmah-kata-prof-dr-muhaya.html

Compiled by : Sanaa 15/8/2014

Collection of Words….

Telah berlalu sang mentari, meninggalkan senja ditepian hati, berganti malam yang sunyi, bersama taburan mimpi.

“Ya Allah ampunilah kesalahan, kebodohan Dan keterlaluan ku dalam segala urusan Dan ampuni pula segala dosa yang Engkau lebih mengetahui daripada aku.” (HR Muslim)

*****

Jika bunga-bunga tidak lagi bermahkota, adakah yang mampu kita mekarkan, sebelum senja meretakkan tanah di taman-taman kota?

*****

Everyone has a spirit that can be refined, a body that can be trained in some manner, a suitable path to follow….

*****

Laburkan waktu dan juga harta untuk menuntut ilmu, untuk mengembangkan diri dan minda kerana amatlah beruntung orang yang sentiasa berusaha untuk terus menjadi dan memiliki peribadi yang lebih baik.

*****

Sendiri itu Indah, jika kamu tau cara mencintaiNya… Sendiri itu senyuman, jika kamu tau cara melepaskan kesedihan

#Kang_Abay

*****

Dear friends, look between the sights, hear between the words, feel between your heart and mind, and there you’ll find Allah plans for you, with magic, miracles, and more.

And look between the moments too

Subhanallah

*****

Ya Allah
Sesungguhnya aku bermohon kepadaMU
Ilmu yang bermanfaat
Rezeki yang baik dan amal yang diterima

#DoaIndah

*****

Kekurangan adalah ciri manusia. Akan tetapi cinta tak pernah menuntut sempurna. Biar Allah yang menyempurnakan cinta, lalu terus mengabadi hingga ke syurga.

*****

Senyuman pasti ada bagi orang-orang yang berikhtiar dan sabar dipenghujung episod duka, kerana itu berusahalah dengan sebaik-baiknya bagi beroleh kejayaan.

Andai teman-teman sedang mencari cinta serta berharap bertemu jodoh pasanglah niat untuk mendapat cinta yang terpilih atas dasar dan redha Allah kerana jodoh yang terbaik akan datang sesuai dengan kadar keimanan di hati.

Walaupun kegagalan menimpa bersyukurlah dengan segala yang ditangisi hari ini semoga esok senyuman yang datang pasti akan memeluk dirimu erat dan tidak mungkin mahu dilepaskan.

#Bingkisankatabuatrenungan

*****

Malam ajar kan dingin kepada penyair agar tahu cara merawat duka meskipun sendiri, meski terkadang sepi mengkhianati namun pagi muncul kembali pemberian Iiahi agar terus mendidik hati mensyukuri rahmat yang terindah.

*****

We all make mistakes, hurt and disappoint people, get hurt and get disappointed. Don’t get caught up by pretending and faking about life especially your happiness. Learn and evaluate things that happen in your life. The bad and the good.

Believe and trust me that not everything bad is completely and totally bad after all. At times the happiness which we think we are able to hold deeply and dearly is the one will destroy and kill everything in us. Take time to grow…to understand and allow yourself to grow, to smile and to be happy with full understanding.

Honesty is not easy to come by now days. Your best friend can be your worst enemy and the person who you hate most can be a friend you never thought will be.

Isn’t it lovely to look into the mirror and see a honest person, a best friend, the one you can always count on in YOU? Philosophy of life does not change although the world changes because our mechanism given by our creature remained the same over the centuries.

Life thought us…We have to earned respect…as we respect ourselves. Sincerity comes with sincere heart for you to share with others. Gentle…kind and love comes in a package which no amount of money can buy. Not even a heart transplant able to change that. Our positive outlook and attitude inspire others and we have our responsibility not just to ourselves and our family but to the public and community.

Live is too short for everything and as a human there is not enough time for all. Please choose the best and make the best out of it. Although regrets is necessary to teach us the pain of life but sometimes regrets has no return…

Sanaa…15/9/2013

Sources : my Facebook status https://www.facebook.com/hani.suraya.16?ref=tn_tnmn

Di sebalik baris kata….

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. ….

Sebagai seorang hamba yang kerdil saya juga masih mencari dan terus mencari untuk mengisi di dada ini dengan segala ilmu Allah bagi menuju jalan yang satu. Saya akui ia bukan jalan yang mudah lebih-lebih lagi kita masih berada di dunia yang terus berkejar-kejaran untuk memiliki segala kemewahan duniawi. Maksud kemewahan duniawi itu tadi adalah golongan yang melupakan kemewahan yang dimiliki untuk dikongsi bersama dengan orang lain. Sifat atau sikap bersedekah masih ada yang berbaur untuk mendapat nama lalu kekayaan disalahertikan.

Sempena Ramadhan Al Mubarak ini dengan kelapangan yang ada saya menyelak beberapa naskah tentang Allah Maha Mengetahui dan segalanya Allah yang aturkan. Topic ini menjadi pencarian saya kerana telah lama saya amati link atau post yang terlalu banyak di dalam facebook dan juga twitter. Poskad bergambar dengan tulisan-tulisan sebagai renungan sering dikongsi oleh rakan-rakan dan ada di antaranya punya maksud yang lebih dalam selain dari baris ayat yang tertera. Oleh kerana itu saya mencari makna dicelahan garis yang ada. Ramai dikalangan kawan-kawan sering berkata “Allah mengaturkan segalanya” ketika menghadapi krisis atau “Allah tahu apa yang terbaik” dan “Allah saja yang berhak menghukum”. Secara amnya perkongsian itu amat bagus akan tetapi sejauh mana ia meresap ke dalam diri setiap yang membaca serta pemahaman yang ada sering menjadi tanda tanya buat diri saya.

Semasa kecil arwah atok dan nenek selalu berpesan apabila belajar kenalah ada gurunya kerana sebagai manusia kita perlukan seseorang untuk membimbing. Membaca banyak manafaatnya akan tetapi apabila kita perlukan penjelasan buku saja tidak cukup. Lalu dikesempatan yang diberikan kepada saya minggu lalu dan di hari pertama Ramadhan saya berkumpul dengan beberapa orang penceramah. Dikesempatan ini saya mengemukakan soalan mengenai kata-kata tentang Allah Maha Tahu/Allah mengaturkan segalanya dengan baik/Allah saja yang berhak menghukum.

Jelas seputih pasir di pantai memang itulah sebenar-benarnya akan tetapi ada makna yang lebih dalam dari itu yang kita manusia tidak mengkaji lalu menjadikan kita seorang yang menghukum. Seperti kata “Allah Maha Tahu atau Allah mentadbir segalanya” itu adalah benar dan tiada siapa boleh menidakkan hukuman Allah akan tetapi sedarkah kita bahawa apa yang kita alami, lalui, rasai, perit derita dan bahagia itu datang dari bibir kita yang mengucapkannya. Ini adalah kerana setiap perkara yang kita fikir, rasa, ucap dan buat adalah DOA dan sedarkah kita itulah yang kita DAPAT. Saya diberi contoh orang yang mahu sangat menjadi kaya raya. Setiap detik hidupnya berdoa nak kaya saja akan tetapi tak disebut nak kaya apa, lalu Allah berikan kekayaan kesihatan bukan wang ringgit. Apakah hati akan menjadi puas?

Itulah pertanyaan yang diajukan kepada saya yang membuat saya berfikir jauh mencari jawapan. Jawapan yang diberi kepada saya amat mudah untuk difahami berdasarkan contoh tadi…”Allah menurut sangkaan hambaNYA”. Seketika itu saya dikejutkan bahawa apa yang berlaku kepada diri kita baik ataupun buruk adalah dari perbuatan kita sendiri berdasarkan empat perkara di atas tadi iaitu…fikir..rasa…ucap dan buat menjadi DOA tanpa disedari. Berkali-kali kita ucap benda yang sama kita akan perolehinya dan apabila kita memperolehinya jangan sesekali menyalahkan sesiapa atau mengatakan Allah Maha Mengetahui lagi. Seram juga bila mengingatkan perkara ini kerana janji Allah kepada hambaNYA bahawa penghinaan ada dimukabumi ini dan azab menanti di akhirat.

Di dalam perkara ini juga kita perlu ingat saranan-saranan ahli agama dan ulamak dengan hal berkawan dan pembacaan. Kita disarankan untuk mencari kawan dan rakan yang baik, yang mampu menunjukan jalan yang benar dan yang mampu memberi nasihat dan teguran tanpa menyakitkan hati kita ataupun tanpa provokasi yang tidak sihat. Sekali lagi saya teringat pepatah Inggeris lebih kurang menyebutkan “we are judged from the books we read and friends we have”.

Saya di sini sekadar berkongsi apa yang berlaku disekeliling saya sejak akhir-akhir ini. Tulisan ini juga sekadar mengingatkan kita bersama supaya jangan mudah mengeluarkan kata-kata baik dari segi menghina, menghukum ataupun apa-apa permintaan untuk diri dan keluarga kita. Hukum universal pula berkata “what goes around comes around” dan yang selalu saya gunakan di dalam artikel terdahulu adalah “satu jari menunjuk empat lagi menuding ke arah kita”. Oleh itu berhati-hatilah dalam tindak tanduk kita apabila melakukan sesuatu perkara kerana setiap perbuatan kita ada pembalasannya. Tatkala kita menerima pembalasan itulah saat “Allah Maha Mengetahui dan Allah Mentadbir Segalanya”.

Sebagai seorang manusia apabila kita kurang ilmu janganlah cepat menghukum seseorang ataupun cuba mempertahankan seseorang kerana yang benar tetap benar yang salah tidak mungkin diubah. Hanya pengamatan dan kesudian kita berubah saja mampu mengubahnya.

Luahan rasa terkilan jua : Sanaa 13/7/13

*****

Allah SWT mentadbir segalanya

بسم الله الرحمن الرحيم

alam1

Alhamdulillah, Segala Puja–puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Umat Islam adalah umat yang paling bertuah kerana Allah s.w.t telah menyempurnakan nikmat~Nya ke atas mereka dengan mengurniakan Islam. Allah s.w.t menjamin juga bahawa Dia redha menerima Islam sebagai agama mereka. Jaminan Allah s.w.t itu sudah cukup bagi mereka yang menuntut keredhaan Allah s.w.t untuk tidak menoleh ke kiri atau ke kanan, sebaliknya terus berjalan mengikut landasan yang telah dibina oleh Islam.

Allah s.w.t telah menghamparkan jalan yang lurus kepada hamba-hamba~Nya yang beriman. Dia berfirman: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. [QS al-Maa’idah : 3]

Islam adalah perlembagaan yang lengkap mencakupi semua aspek kehidupan baik yang zahir mahupun yang batin. Islam telah menjelaskan apa yang mesti dibuat, apa yang mesti tidak dibuat, bagaimana mahu bertindak menghadapi sesuatu dan bagaimana jika tidak mahu melakukan apa-apa. Segala peraturan dan kod etika sudah dijelaskan dari perkara yang paling kecil hingga kepada yang paling besar. Sudah dijelaskan cara beribadat, cara berhubungan sesama manusia, cara membahagikan harta pusaka, cara mencari dan membelanjakan harta, cara makan, cara minum, cara berjalan, cara mandi, cara memasuki jamban, cara hukum qisas cara melakukan hubungan kelamin, cara menyempurnakan mayat dan semua aspek kehidupan diterangkan dengan jelas.

Umat Islam tidak perlu bertengkar tentang penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Segala penyelesaian telah dibentangkan, hanya tegakkan IMAN dan rujuk kepada Islam itu sendiri nescaya segala pertanyaan akan terjawab. Begitulah besarnya nikmat yang dikurniakan kepada umat Islam. Kita perlulah menjiwai Islam untuk merasai nikmat yang dikurniakan itu. Kewajipan kita ialah melakukan apa yang telah Allah s.w.t aturkan sementara hak mengatur atau mentadbir adalah hak Allah s.w.t yang mutlak. Jika terdapat peraturan Allah s.w.t yang tidak dipersetujui oleh nafsu kita, jangan pula melentur peraturan tersebut atau membuat peraturan baharu, sebaliknya nafsu hendaklah ditekan supaya tunduk kepada peraturan Allah s.w.t. Jika pendapat akal sesuai dengan Islam maka yakinilah akan kebenaran pendapat tersebut, dan jika penemuan akal bercanggah dengan Islam maka akuilah bahawa akal telah tersilap di dalam perkiraannya. Jangan memaksa Islam supaya tunduk kepada akal semasa yang akan berubah pada masa yang lain, tetapi tundukkan akal kepada apa yang Tuhan kata yang kebenarannya tidak akan berubah sampai bila-bila.

Orang yang mengamalkan tuntutan Islam disertai dengan beriman kepada Qada’ dan Qadar, jiwanya akan sentiasa tenang dan damai. Putaran roda kehidupan tidak membolak-balikkan hatinya kerana dia melihat apa yang berlaku adalah menurut apa yang mesti berlaku. Dia pula mengamalkan kod yang terbaik dan dijamin oleh Allah s.w.t. Hatinya tunduk kepada hakikat bahawa Allah s.w.t yang mentadbir sementara sekalian hamba berkewajipan taat kepada-Nya, tidak perlu masuk campur dalam urusan-Nya.

Mungkin timbul pertanyaan apakah orang Islam tidak boleh menggunakan akal fikiran, tidak boleh mentadbir kehidupannya dan tidak boleh berusaha membaiki kehidupannya? Apakah orang Islam mesti menyerah bulat-bulat kepada takdir tanpa tadbir?

Rasulullah s.a.w sendiri menganjurkan agar pengikut-pengikut baginda s.a.w mentadbir kehidupan mereka. Tadbir yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w ialah tadbir yang tidak memutuskan hubungan dengan Allah s.w.t, tidak berganjak dari tawakal dan penyerahan kepada Tuhan yang mengatur pentadbiran dan perlaksanaan. Janganlah seseorang menyangka apabila dia menggunakan otaknya untuk berfikir maka otak itu berfungsi dengan sendiri tanpa tadbir Ilahi. Dari mana datangnya ilham yang diperolehi oleh otak itu jika tidak dari Tuhan? Allah s.w.t yang membuat otak, membuatnya berfungsi dan Dia juga yang mendatangkan buah fikiran kepada otak itu.

Tadbir yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w ialah tadbir yang sesuai dengan al-Quran dan as-Sunah. Islam hendaklah dijadikan penapis untuk mengasingkan pendapat dan tindakan yang benar dari yang salah. Islam menegaskan bahawa sekiranya tidak kerana daya dan upaya dari Allah s.w.t, pasti tidak ada apa yang dapat dilakukan oleh sesiapa pun.

Oleh yang demikian seseorang mestilah menggunakan daya dan upaya yang dikurniakan Allah s.w.t kepadanya menurut keredhaan Allah s.w.t. Seseorang hamba Allah s.w.t tidak sepatutnya melepaskan diri dari penyerahan kepada Allah Yang Maha Mengatur. Apabila apa yang diaturkannya berjaya menjadi kenyataan maka dia akui bahawa kejayaan itu adalah kerana persesuaian aturannya dengan aturan Allah s.w.t. Jika apa yang diaturkannya tidak menjadi, diakuinya bahawa aturannya wajib tunduk kepada aturan Allah s.w.t dan tidak menjadi itu juga termasuk di dalam tadbir Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t yang berhak untuk menentukan. Allah s.w.t Berdiri Dengan Sendiri, tidak ada sesiapa yang mampu campur tangan dalam urusan~Nya.

Moga ada manfaatnya…

Compiled by : Sanaa 13/7/13
http://insaaniyyah.blogspot.com/2011/07/allah-swt-mentadbir-segalanya.html

*****

Something to ponder about…read it somewhere long time ago and other similar stories…

SON: Daddy, may I ask you a question?
DAD: Yeah sure, what is it?
SON: Daddy, how much do you make an hour?
DAD: That’s none of your business. Why do you… ask such a thing?
SON: I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?
DAD: If you must know, I make $100 an hour.
SON: Oh! (With his head down).
SON: Daddy, may I please borrow $50?

The father was furious.

DAD: If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I work hard everyday for such this childish behavior.

The little boy quietly went to his room and shut the door.

The man sat down and started to get even angrier about the little boy’s questions. How dare he ask such questions only to get some money?

After about an hour or so, the man had calmed down, and started to think:

Maybe there was something he really needed to buy with that $ 50 and he really didn’t ask for money very often. The man went to the door of the little boy’s room and opened the door.

DAD: Are you asleep, son?

SON: No daddy, I’m awake.
DAD: I’ve been thinking, maybe I was too hard on you earlier. It’s been a long day and I took out my aggravation on you. Here’s the $50 you asked for.

The little boy sat straight up, smiling.

SON: Oh, thank you daddy

Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills. The man saw that the boy already had money, started to get angry again. The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his father.

DAD: Why do you want more money if you already have some?

SON: Because I didn’t have enough, but now I do.

Daddy, I have $100 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you.”

The father was crushed. He put his arms around his little son, and he begged for his forgiveness. It’s just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts. Do remember to share that $100 worth of your time with someone you love? If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of days. But the family and friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives. And come to think of it, we pour ourselves more into work than to our family.

Some things are more important.

Compiled by : Sanaa 13/7/13

Sources : Unknown

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 67 other followers