• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2012
    M T W T F S S
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    252627282930  
  • Archives

Kalimah Cinta

Salam kepada semua teman, rakan, kenalan dan pembaca di sini,

Semoga keceriaan menjadi milik kita dan mampu mengharungi dugaan dan ujian hari ini dengan penuh ketabahan dan kecekalan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah menanti namun penantian juga merupakan satu penyiksaan. Segalanya menuntut kesabaran. Segalanya perlu kemaafan dan segalanya membawa kepada keinsafan.

Salam kasih sang pencerita hulurkan kepada pasangan idaman Remy dan Tizzy, semoga dengan tersiarnya “Kalimah Cinta” dapat memanjangkan rasa hati dan doa yang ada. Tidak ku tahu kenapa teriknya mentari membakar sekeping hati, akan tetapi jauh di sudut hati, rasa kasih yang telah, pernah dan masih tercipta akan terus mekar buat selamanya. Carilah “Kalimah Cinta” di hati kalian berdua. Dari jauh doa sang pencerita tetap kalian berdua.

Salam kasih

Sanaa 12/6/12

*****

Video by : Rose Natsuhi via youtube

****

Merendah
rendahkan lah
berlembut hati
perhaluskan lah lagi
sujud merapat sunyi
lagu sedih hiba
teringin
damai lapang
dalam tenggelam
kenikmatan bersamamu
datang tenang
tenteram
hanyut jauh
ke laut senja
segala luka luka

Tidak lepas
tidak kering di ingatan
alangkah indahnya
betapa sakitnya menulis
melukis namaMu
tawakal di dada
mengintai makna
bicara alam bergetaran
diam diam
rahsia

Kekasih
layakkah aku merindu
sehingga kini
kalimah cinta seindah itu
tidak mampu kuucapkan lagi.

Puisi hasil nukilan : GHAFAR BAHARI

Compiled by : Sanaa 14/6/12

5 Responses

  1. Salam..Lia Sakinah, it’s a relief dengar Tiz cakap macam tu..Sememangnya Tiz seorang yg berjiwa besar..Semoga mereka berjaya melalui ujian ini dan melangkah ke tahap seterusnya.BTW, Lia dalam paper apa ye?tq

  2. Sebaris ayat daripada Tiz yang sgt saya kagumi,”Menurut Tiz Zaqyah, mereka berdua semestinya akan bercakap tentang hal ini & isu ini hanya secubit sahaja dari perjalanan hubungan mereka”
    Biarkan mereka selesaikan kemelut ini dgn cara mereka yg tersendiri dan mudah2an ada iktibar & pengajaran yang boleh diambil….amin

    • Salam Lia

      Insha’Allah…sebagaimana yg pernah saya katakan dulu. Setiap yg berlaku ada hikmahnya dan akan membawa kepada banyak perubahan, tentunya kita mengharapkan perubahan yg baik. Doa juga adalah senjata kita.

  3. Berakhir sudah episod Nur Kasih,,,,, yang diikuti sejak episod pertama dulu,,,,tak cukup dengam movie,,,, kisah realiti adam n nur turut diikuti,,,,, kelmarin adalah kemuncaknya,,,, dan hari ini,,, barulah boleh diterima,,, adam dan nur tak pernah wujud pun dalam diri remy dan tiz,,,, jgn lah, mengharapkan mereka untuk terus hingga ke akhirnya….. Kerana mereka pun manusia biasa,,,, cuma doa sentiasa aagar remy dan tiz jodohnya ada

    • Salam

      Nur Kasih memang Sudah lama berlalu. Adam Dan Nur adalah watak dlm sebuah kisah yg pada satu ketika menjadi inpian ramai semoga pasangan ini bertemu di dunia nyata. Alhamdulillah dengan berkat ramai pasangan bernama Remy Ishak Dan Tiz Zaqyah mengumumumkan mrk adalah pasangan yg masih saling mengenali Dan melalui proses2 yg mrk mahu kan. MALANGNYA kisah mrk menjadi buruan ramai tanpa menghadkan batas bahawa mrk adalah manusia biasa. Tatkala gambar manis berdua tersiar di mana2 laman web senyum semua tak Henti, begitu juga kalau Ada pengumuman Dari Remy akan tetapi tatkala kisah kurang manis didengari puak Dan camp masing2 menuding jari Dan membuat berbagai ulasan selari, mengutuk serta mencaci di laman web bernama cari bagaikan tahu segala yg terjadi dan apa yg di lalui oleh pasangan ini Dan terus menuding jari. Kita gagal menerima hakikat bahawa mrk adalah manusia yg di uji oleh Allah jua. Hubungan mrk banyak diperkatakan oleh ramai Dan hangat bualan…biarkan mrk tentukan cara mrk Dan kalau kita masih ikhlas berdoa teruskan. Jgn menuding jari kerana ia tidak memberi erti Dan terimalah hakikat sejak dahulu mrk bkn Adam Dan Nur. Insha’Allah segalanya Akan lebih jelas…

Leave a reply to Idaa Cancel reply